Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

Jalan-Jalan Borneo - Sandakan & Tawau

Aku tengah hati kering sekarang ni. Al maklumlah, nak siapkan post pasal Jalan-Jalan Borneo nie, nak abiskan Sabah and pastu masuk pasal Serawak pulak. So, kitorang bertolak dari KK ke Sandakan nek MasWings, takkan KTM pulak..


Selepas mendarat, terus menuju ke hotel dulu coz nak letak barang-barang and beg-beg semua. Apa...nampak macam rumah setinggan? Ishh...tak baik tau cakap macam ni, itu kawasan perumahan tu, kalu pegi sana and perhatikan betul-betul rumah kat area situ, nampak jer macam nak runtuh, tapi pakai Astro Beyond lagi...


Sepanjang perjalanan ke hotel kitorang, kebanyakan view macam nie jer. Apa yang menarik kat Sandakan ni? hmmm...tatau la, bila tanya kat customer service kat hotel kitorang, dia cakap pun takde apa sangat. Pendapat aku, yang menarik kat Sandakan ni rainforest and wildlife habitat.


Jeti kat Sandakan. Kebetulan pulak hotel kitorang stay dekat dengan tempat ni, so dapat permandangan tepi laut. Terer betul kucing tu, tak perlu batang kail pun untuk pancing ikan. mode: kagum! :)


Adoi...hujan lebat pulak kat luar sepangjang petang sampai la ke malam nyer. So, masing-masing kebosanan and kelaparan gitu. Lepas survey kat GPS, ada restoran best. Nak comfirm, tanya la kat customer service hotel nie, memang betul, kalau datang town Sandakan, memang restoran tu menjadi salah satu tempat yang patut pergi.

 Yup, surved no pork!

Ni la restoran yang dikatakan glamor sangat tu. Nama restoran ni, Ocean King Seafood Restaurant. Besar betul restorant ni, ada hall lagi untuk semua jenis majlis. Macam biasa, disebabkan semua member aku adalah jantan sebenar, lepas tanya apa menu yang best, kitorang pun order, butter prawn sekilo, sotong celup tepung sekilo, pastu ikan kerapu bakar and sayur kailan. Masa makanan sampai, rasa-rasa macam tak abis jer. Tetapi aku tersilap, licin beb...


Selepas kekenyangan melayan seafood, kenala pergi bersukan yer. Lagipun selepas bersukan nak pergi berkaraoke pulak. On the way tue, nampak pusat bowling, so kitorang pun singgah. Tetapi...tetapi...


Kene kira pakai pensel dah...disebabkan kira manual, aku yang terer pun boleh kalah...kalah pun takpe, yang penting enjoy...

Tawau

Now aku nak citer pulak pasal pergi Tawau. Hm, yang aku tau, pulau-pulau yang best kena travel dari Tawau. Disebabkan baget yang ciput, memadailah setakat jalan-jalan dekat darat jer,  hehe...


Macam biasa, bila dah malam, pegi cari tempat makan best and pastu off to karaoke.


Hmm...seafood jer kitorang balun sejak dua menjak datang Borneo nie. Ayam tak sentuh langsung, memang murah gile la berbanding makan seafood kat semenanjung. Kalau kat semenanjung, aku rasa, mau kena dalam dua ratus ni. Tapi kat Borneo, makam cam gini, seratus pun tak sampai tau. Tengokla tu, macam-macam jenis siput order, rasa macam mana? Of coz la kitorang just pilih restoran yang tip top jer...

OK...untuk Jalan-Jalan Borneo Sabah, sampai sini jer citer nyer. Maklumlah, citer nih dah basi. Insyaallah, maybe next planning, view-view pulau pulak. Kalau boleh nak sekali amik lesen menyelam. Boleh amik view dasar laut pulak. Tapi yang tak tahan, kos untuk ambik lesen menyelam, dalam RM600 - 800 kot. Kalau ada tempat yang murah, aku akan post nanti. Kot-kot ler sape-sape jumpa tempat murah, roger-rogerla kawan-kawan, jangan layan sorang-sorang...

Next story, Sarawakian la pulak...

Jalan-Jalan Borneo - Kota Kinabalu

Kali ini, nak citer-citer pulak sedikit sebanyak pasal Jalan-Jalan Borneo. Kebanyakan tempat aku pergi adaler sekitar area-area town aje, tak la sampai ke pulau or gunung ganang. Pada pendapat aku, Sabah and Sarawak ni glamor dengan pulau-pulau. So, untuk post ini, aku akan start dengan KK, pastu nanti Sandakan and Tawau pulak. Aku tau ramai yang dah pergi sini, mesti dah tau macam mana tempat kat sana. Jangan malu-malu baca aku nyer citer. Citer sikit-sikit, banyak-banyak berbukit-bukit jadinyer nanti,ahaha...


Tengok...baru jer cakap, dah terletak gambar dah. Jesselton Point. Bukan apa, saja nak tunjuk Kota Kinabalu Welcome You tu jer, hehe...Apa yang aku tau, di sini la tempat bot-bot nak berlabuh, bak kata orang tua-tua, macam jeti la. Kalau nak pergi pulau mana-mana, Labuan ker...boleh naik kapal kat sini. Nak tanya sejarah pasal tempat nie, jangan tanya aku. Maklumla...aku nie tak pandai mana sejarah. Nak tau lebih banyak, korang  google la sendiri k...


Sini la tempat aku beradu and bermandi manda. Aku pilih hotel ni sebabnya, harga yang boleh tahan, dalam RM150/night. Bilik pun ok... So,bila dah sampai KK, better sewa keta jer, jangan naik teksi. Bukan apa, kalau naik teksi, satu perjalanan dah RM25-30 kalau tak silap, lagipun nanti nak keluar jalan-jalan payah, nak kena panggil teksi lagi. Kalau sewa keta, amik kancil pun dah cukup, sekitar RM60/day jer.


Tadaa...ni la keadaan dalam bilik kat hotel nie. Bagi gamers, jangan lupa bawak PS ke mana-mana saja anda pegi. Lepas penat berjalan or just nak bersantai dalam bilik je ker, boleh la bertarung, ahaha...

 
Sekitar Town KK


Hari dah makin malam. so, apa lagi...kenala pegi cari tempat untuk makan malam. Tempat ni bersebelahan dengan Pasar Philippines. Nak pegi makan, awal lagi, so lepak-lepak dulu menikmati permandangan.




Sebelah pasar philipines, heaven untuk penggemar seafood. Aku and the geng apa lagi, serbu ler. Boleh tawar menawar pulak nak beli lauk-lauk, lagi satu pong, yang tukang jual tu, budak-budak jer. Budak-budak, putar belit sikit terus dapat reger murah, hehe...


Ok...dah kenyang makan, pegi la pulak kat area bazar nie. Bazar nie terletak bertentangan dengan Pasar Philippines nie. Setahu aku, bazar ni glamor dengan manik and crystal. Contohnya macam rantai, gelang, perhiasan, butang baju, macam-macam lagi la idea kreatif diorang nie yang kebanyakan diperbuat dari manik and crystal. Cantik giler, rambang mata beb...Apa lagi, perabis duit ler...


Konon-kononnya nak pegi jalan-jalan kat Centre Point la, tengok apa ada, dalam pukul 8 malam macam tu la kot, sampai-sampai dah hampir tutup semua kedai. Baru tersentak kejap. Borneo masa cepat sikit dari semenanjung. Kalau ikut waktu bukak pose, diorang kul6 lebih-lebih dah buka dah. So, tak kesampaian jugak. Tapi takper, malam sok nyer, kitorang datang awal gile. hmm...sama macam kat Sungai Wang jer...apa activity lewat malam kitorang? haha...apa lagi, karaoke la...member-member aku gile sikit pasal karaoke ni...

Ni jela kot sedikit sebanyak pasal KK nie. Ada banyak lagi tempat menarik, macam museum, zoo, Gunung Kinabalu, cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan.

Roger and out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...