Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Jom Pi Melaka - Last Day

Pagi yang indah, subuh yang permai, aircond yang sejuk, sambil mengeliat, arhh...cepat sungguh masa berjalan. Rasa macam baru pejam mata jer, sedar-sedar dah masuk waktu subuh. Kalau ikut plan aku, hari last ni nak pergi makan asam pedas dekat area town, tapi disebabkan ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menamatkan Trip Ke Melaka ni lebih awal. Rasa tak puas sebenarnya berjalan dekat Melaka semalam, sebabnya banyak lagi tempat yang tak dicover. Jadinya, disebabkan terpaksa menamatkan trip ni lebih awal, lepas breakfast nanti, aku akan terus gerak balik ke KL. Aktiviti pertama yang aku mulakan pagi ni adalah bermandi manda di kolam renang. Wife aku pulak tak nak turun, katanya just nak berendam dalam bathtub jer. Mana syok berendam jadi tukun jer, pagi-pagi kena senaman, gym pun ada, tapi aku memilih untuk main air dekat kolam renang jer, syok woo...

Memandangkan hal kecemasan yang aku terima malamnya amatlah mencemaskan, maka aktiviti mandi manda aku dekat kolam renang ni terpaksa diletakkan limit masa. Adalah kot dalam sejam gitu, heheh... Masa aku dok main air dekat kolam renang ni, aku tengok ramai pulak orang pagi-pagi camni. Semalam bukan main payah lagi nak jumpa orang, aku agak, kebanyakan orang yang datang ni mesti bercuti rasanya, maklumlah hujung minggu. Cukup masa aku pun naik ke bilik untuk bersiap and packing. Masa nak bergerak keluar, aku terperasan dekat atas meja ada 2,3 biji buah Melaka yang aku ambik gambar semalam. Pelik jugak, macam mana aku boleh bawak balik, rasa-rasa lepas ambik gambar semalam, aku terus buang. Aku tanya wife aku samada dia ke yang bawak balik, tak jugak.


Serius, aku memang langsung takda idea macam mana buah Melaka ni boleh ada atas meja, samada aku bawak balik and kemudian letak atas meja, or aku masukkan dalam poket seluar aku and masa sampai bilik aku letak atas meja. Tapi rasa macam tak logik pulak sebab buah ni bukannya keras, kalau letak dalam seluar aku mesti pecah and berair. Samada wife aku sengaja nak kenakan aku taktaulah, tapi berkali-kali jugak aku tanya, jawapan tetap tak. Aku malas nak fikir lagi, mesti ada cara tertentu macam mana buah Melaka ni boleh ada dekat atas  meja.

Lepas siap berkemas, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast. Kan aku dah cakap, memang ramai orang punya pagi ni, sampai tempat nak duduk pun aku terpaksa cari. Nasib baik staff hotel ni prihatin, maybe dia perasan aku dok cari tempat kosong, so dia pun bawak aku meja yang available. Dah dapat tempat, aku suruh wife aku ambik makanan dulu. Sambil-sambil tu aku masih lagi dok fikir, macam mana buah Melaka tu boleh ada atas meja, hm~...tadi tak nak fikir, tapi bila dok sorang-sorang, terfikir pulak. Stress!!

see...takda tempat kosong tu..

Lama jugak wife aku pergi ambik makanan, taktaulah kot ada special menu ke rini. Disebabkan aku stress dengan hal kecemasan aku terima semalam, ditambah lagi dengan kes buah Melaka ada atas meja, so aku terpaksa makan banyak pagi ni untuk menghilangkan stress aku. Lepas aku pusing 5,6 kali area makanan ni, aku just ambik dua menu jer, entahlah...tak rasa nak makan mende lain. So, ni jelah, breakfast yang kitorang ambik pagi ni. 

Pembuka hidangan untuk menghilangkan stress aku

wife aku ambik bubur nasi...konon-kononnya nak diet ler tu, ceh~..

nasi lemak lagi...

Menu utama breakfast kitorang, wife aku makan sepinggan jer, aku yang stress terpaksa tambah lagi sepinggan. Semalam pun nasi lemak jugak, pagi ni pun sama. Sambal dia memang terbaik lah, kalau tak, takkan ambik lagi kan pagi ni. Kalau aku jadi tukang masak yang buat nasi lemak ni, dah lama aku buka kedai sendiri. Aku just reti masak nasi jer, lemaknya tak pandai lagi. Lepas breakfast, aku terus check-out. Sedih pun ada, dalam hati teringin nak berjalan lagi sebenarnya. On the way jalan ke kereta, aku terserempak dengan binatang yang menjadi tulang belakang negeri Melaka ni. Mereka adalah...jeng jeng jeng!!

Sang Kancil dan kawan-kawan.

Aku: ah..encik, tumpang tanya sikit boleh?
Sang Kancil: boleh-boleh, ada apa tu?
Aku: Boleh encik ceritakan sikit peristiwa kenapa moyang encik menendang anjing buruan Parameswara?
Sang Kancil: Sebenarnya ini kisah lama, spesis kami pun dah berbaik semula dengan golongan anjing tu, jadi tak elok lah peristiwa yang lepas di kenang kembali.
Aku: encik..cerita la sikit, kami rakyat jelata nak mengetahui kisah sebenarnya.
Sang Kancil: maaf...no komen!
Aku: (pergi dengan perasaan hampa)
Kawan Sang Kancil: (berbisik) eh...ko tau ke kenapa moyang kita tendang anjing Parameswara tu?
Sang Kancil: manalah aku tau, sebab tu aku cakap no komen, janganlah ada orang tanya lagi lepas ni.

encik orga..encik orga, tak nak tahu ke kisah saya menang lumba lari dengan sang arnab?

Ada jugak yang nak kena lempang ni! Nasib baik wife aku menarik aku ke kereta, dah lah aku tengah stress. Setakat cerita dia menang lumba lari dengan arnab, 1 dunia dah tau. Masuk jer highway, maka tamatlah sudah percutian tajaan aku ke Melaka dari Tourism Malaysia hasil hadiah saguhati Photo Contest yang aku menang tahun lepas. Syukur sesangat, walaupun cuma 3 hari 2 malam, pengalaman berada di Melaka sangatlah best. Harap sangat, tahun ni Tourism Malaysia akan anjurkan lebih banyak pertandingan sebegini and boleh kita pakat-pakat masuk. Menang kalah tu lain cerita, yang penting masuk dulu. Insyaallah, one day akan datang lagi Melaka, bukannya jauh mana pun. So, Jom Pi Melaka! :)

Roger & out.




Saturday, 9 February 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (Pokok Melaka & Jonker Walk)

Kalini aku bersiaran secara langsung dari kampung halamanku, ahaha...kepada mereka-mereka yang masih lagi berada di kota, jangan jeles ek. Kenyang betul pagi ni, makan nasi lemak 3 bungkus, dah macam doraemon dah rasa. Sanggup bangun awal-awal pagi semata-mata untuk beli nasi lemak, sebabnya kalau lambat sikit, nasi lemak ni dah habis. Kalau pergi kul7.30 pagi tu dah dikira lewat tau, silap haribulan boleh teranggap kedai tak buka pulak. Harga sebungkus nasi lemak 70 sen, ada lauk ikan or udang or telur ikan bilis, murah kan... Tahun lepas 60 sen jer, tahun ni naik harga 10 sen. Tapi bagi aku masih lagi murah lah, yang penting, sedap!! Sepatutnya entry ni siap dalam kul10.30 pagi tadi, tengah aku menaip mak aku ajak pergi market or orang dekat utara panggil Pekan Nat untuk beli ikan. Bertambah terkejut aku, sekilo harga ikan kembung RM2 sahaja. Dekat Pasar Borong Selangor pun tak dapat harga ni. Aku cakap dengan mak aku, murahnya!!! (sambil lap air mata, terharu dengan harga barang-barang dekat sini). Lepas beli barang-barang, balik masak untuk makan tengahari, now semua dah setel. Tinggal aku sorang jer yang masih lagi berjaga, orang lain masing-masing melayan tidor petang. Siap jer entry ni aku pun nak join jugak lah :)

Bersambung citer Trip Ke Melaka aku ni, entry ni adalah part last untuk Day 2. Cukup-cukup lah tu, nak buat cerita lain pulak. Lepas kitorang menyiapkan diri sendiri, target aku petang ni nak pergi round-round dekat Jonker Walk. Berjalan kaki jer dari hotel, kalau naik kereta cepat pulak sampai sebab dekat. Sambil-sambil jalan kaki, boleh melayan suasana petang dekat Dataran Pahlawan ni.

Dataran Pahlawan

Banyak tempat menarik di sekitar Dataran Pahwalan ni, macam naik Menara Taming Sari, tengok Kapal Besar, pastu boleh jugak masuk dekat shopping mall untuk menghabiskan duit, and macam-macam lagi lah.

Pokok Melaka


Ada sesiapa pernah tengok Pokok Melaka? Kalau orang Melaka sendiri tak aci ler. Aku? Buah Melaka yang letak isi kelapa tu pernah makan ler, pokoknya memang sah-sah lah tak pernah tengok, wife aku pun sama. Aku tau pun Mr. Sam yang cakap. Masa on the way hantar kitorang balik hotel, Mr. Sam ada tanya samada kitorang kenal ke tak dengan Pokok Melaka. Niat di hati dia, nak tunjuk awal-awal lagi, tapi dia agak kitorang dah tau, tu pasal tak tunjuk. So, on the way tu, Mr. Sam just tunjuk dari dalam kereta sahaja. Sedih kan, Pokok Melaka pun tak kenal. Tapi, masa keluar jalan-jalan petang ni untuk ke Jonker Walk, sempat lah aku bersua muka terang tang-tang dengan Pokok Melaka ni. Tanpa Pokok Melaka ni, tak wujudlah negeri Melaka, tak gitu?

 Pokok Melaka
 Pokok Melaka

Kenapa aku cakap tanpa Pokok Melaka ni, negeri Melaka tak wujud? Sebabnya, sejarah sudah menceritakan segala-galanya. Kalau tak percaya, cuba google asal-usul Negeri Melaka. Menurut sejarah, semasa Parameswara serta member-member dia keluar memburu, ketika sedang berehat, Parameswara ni ternampak seekor sang kancil membuat flying kick dekat anjing buruan dia. Apa lagi, Parameswara pun terkejut lah. Lantas, dia pun bertanya dengan member-member dia, "hey uolls, korang tau tak pokok apa yang i olls dok berteduh ni?". Salah seorang member Parameswara adalah pakar botani, publications bersepah-sepah, jadi soalan yang ditanya oleh Parameswara pun dijawab olehnya, "ikut rupa bentuk batang, agak kasar...dahan bercabang-cabang...daun kaler hijau...erm, berkemungkinan DNA penjenayah tersebut masih lagi melekat dekat batang pokok ni"...tidak semena-mena, Parameswara menyampuk, "apa ko olls merepek ni, i olls just nak tau nama pokok ni jer"... member Parameswara tadi pun membalas, "oh~...maafkan i olls Parameswara, i olls terpengaruh dengan cerita CSI. Nama pokok ni? hm~...seingat i olls, pokok ni digelar Pokok Melaka". Sekali lagi Parameswara terkejut, "sungguh kebetulan sekali, tadi masa berehat, kita makan cendol Melaka, pastu masa makan laksa tadi, i olls tergigit cabai Melaka, tak sangka pokok yang kita berteduh ni pulak adalah Pokok Melaka. Jadi, dengan ini, i olls isytiharkan tempat ini adalah Negeri Melaka."...

 Pokok Melaka
Ini adalah daun Pokok Melaka

 Pokok Melaka
Buah Melaka - boleh dimakan hokey...

Kalau nak diikutkan, bersepah-sepah Pokok Melaka ni ditanam dekat tepi jalan, cuma aku jer yang tak kenal. Maklumlah, aku bukan orang tempatan. Kalau aku tanya orang Melaka pun, mesti diorang tak pernah tengok Pokok Kedah kan. Selepas bergambar bersama-sama dengan Pokok Melaka, kitorang pun meneruskan perjalan ke tempat yang memang dari awal lagi target kitorang, mana lagi kalau bukan Jonker Walk.

bandaraya melaka
bandaraya melaka
rate tambang beca - melaka
 Ini adalah rate untuk tambang beca di Melaka. Sebenarnya, boleh deal dengan tukang kayuh beca untuk dapatkan harga diskaun, maybe lebih murah.



Jonker Walk


Apa yang menarik dengan Jonker Walk ni? Untuk pengetahuan, Jonker Walk and Jonket Street adalah tempat yang sama. Jonker Walk hanya wujud pada hari cuti hujung minggu sahaja, hari biasa adalah Jonker Street. Apa beza kedua-dua perkataan ni? Untuk ini, kepada orang Melaka, kalau aku salah tolong tegur yer. Ok, menurut maklumat yang aku dapat, Jonker Street adalah pada hari biasa, di mana pada waktu ini, boleh tengok kenderaan masih lagi dibenarkan melalui jalan-jalan di Jonker Street ni. Kedai-kedai pulak akan menutup operasi sekitar jam 7 or 8 malam. Tetapi,  berbeza dengan Jonker Walk, iaitu cuti di hujung minggu. Di mana, kenderaan tidak dibenarkan masuk ke tempat ni, and semua kedai akan menamatkan operasi sekitar jam 10- 11 malam. Sebagai penambahan, terdapat jugak gerai-gerai dibuka dihadapan setiap gerai-gerai yang ada dekat Jonker Walk ni, alah...ala-ala Uptown gitu. So, untuk lebih jelas, ini adalah view aku dapat masa sampai ke Jonker Walk sekitar jam 7 lebih sikit.

Jonker Walk melaka
penuh dengan lautan manusia

Jonker Walk melaka

Tujuan aku datang dekat Jonker Walk ni adalah nak mencari cendol sedap sebenarnya. Aku pernah buat entry pasal tempat makan cendol ni dalam entry aku tahun lepas (boleh klik sini untuk baca), di sebabkan terhingin giler, sesak-sesak pun kitorang datang jugak. Lepas penat mencari akhirnya jumpa jugak. Nama kedai ni Jonker88, oarang ramai sangat, so aku suruh wife aku masuk dalam cari tempat duduk dulu and aku sorang jer yang buat order. Menu aku dengan wife aku sama jer, iaitu cendol durian and asam laksa.

cendol durian, jonker88 melaka
 cendol durian

asam laksa, jonker88 melaka
Asam laksa,  merah betul kuah dia, sedap and pedas...

Dah abis makan semangkuk cendol durian tu, aku topup lagi semangkuk, memang menarik lagi tertarik lah cendol durian ni. Nikmat betul! Lama jugak kitorang lepak dekat kedai ni, sambil makan sambil borak-borak. Dalam kul9 camtu baru kitorang keluar dari kedai, nak mencari satu mende lagi, yang sedap jugak. Sebelah dengan Jonker88 ni jer, iaitu Durian Puff, yeay...

durian puff melaka
durian puff melaka

Kitorang angkat 12 ketul jer, sambil berjalan-jalan dalam Jonker Walk ni, sambil mengunyah. Nanti dah balik, payah dah nak mencari makanan-makanan cam gini. Lain la kalau boleh buat sendiri, heheh...Dah sampai dekat hujung jalan, kitorang patah balik, kalini nak mencari souviner satu dua untuk family and rakan-rakan. Lepas siap menghabiskan duit untuk family and rakan-rakan, kitorang pun berjalan untuk balik ke hotel. 


Semasa dekat atas bridge keluar dari Jonker Walk, aku stop jap untuk ambik gambar waktu malam. Memang betul pun, tengok dengan mata sendiri, permandangan waktu malam lebih cantik dengan lampu-lampunya. Sebab tu river cruise disuggest untuk naik waktu malam. Kalau ada orang belanja munkin aku join, tapi kalau nak pergi sesaja untuk naik cruise waktu malam, tak lah kot sebab dah naik siangnya. Even dah lewat malam, aku tengok orang masih ramai lagi dekat tempat ni, siap ada yang baru datang pulak tu. 

beca melaka
beca melaka

Jangan kata permandangan dekat sungai jer penuh lampu-lampu, beca-beca pun tak nak kalah sebenarnya. Lagi meriah, macam-macam kaler ada lampu tu. Aku teringin nak naik jugak sebenarnya, tapi tahla...aku kesian dengan pakcik-pakcik yang bawak beca tu. Kalau geng muda-mudi lain citer, ni tak, semua sebaya bapa aku jer, tu pasal aku tak pernah naik. Yang tak tahan tu, siap ada music box dekat bawah beca untuk pasang lagu-lagu, memang kecohlah kalau naik. 

Lepas aku ambik-ambik gambar beca dekat sini, kitorang terus balik ke hotel jer, tak singgah mana-mana dah. Penat dengan aktiviti pagi tadi pun tak habis lagi, bersambung aktiviti petang bawa ke malam pulak. Berendam air panas dalam bath tub pun layan jugak ni sambil makan durian puff, heheh... So, tamatlah sudah aktiviti untuk Day 2 trip ke Melaka. Next aku akan citer pulak aktiviti untuk Day 3, satu entry jer aku buat untuk Day 3, pastu khatam terus trip ke Melaka ni.

roger and out.

(arrhh...dah dekat pukul5 dah, patut ker aku layan tidor petang jugak, huhu~...)


Tuesday, 5 February 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (Restaurant Melayu Melaka, Bangunan Stadthuys & Bukit St. Paul)

Bersambung dari entry yang lepas, macam aku cakap, kitorang agak terkejut bila Mr. Sam maklumkan yang trip ni include sekali dengan lunch. Sebenarnya, aku pun teringin nak tanya jugak, samada trip ni terus menerus sampai petang ker, berjalan sana sini, nasi lemak yang aku makan pagi tadi pun rasa-rasa semua dah tukar kepada tenaga dah. Tapi, macam faham-faham pulak Mr. Sam ni, belum sempat aku bertanya, dia dah cakap dekat kitorang. Aku tak sure sangat jalan mana yang Mr. Sam ni lalu untuk ke restoran ni, sedar-sedar jer dah sampai.

Restaurant Melayu Melaka


Even dah tengahari, masa kitorang sampai, tak la ramai sangat pelanggan, Lunch kitorang dekat sini jenis buffet, hm~...buffet lagi, wife aku dah jeling tajam, siap bagi warning lagi jangan makan banyak, maklumlah jaga badan. Aku tak sure kenapa tak ramai pelanggan, menurut Mr. Sam, restoran ni baru je buka, mungkinlah kot...disebabkan baru buka, maybe ramai yang tak tahu kewujudan restoran ni. Tak kisahlah, yang penting boleh makan dahla :)

Restaurant Melayu Melaka
Restaurant Melayu Melaka
Restaurant Melayu Melaka

Banyak jugak pilihan lauk dengan sayur, sampai aku pun pening nak makan lauk apa. Berpusing-pusing aku dekat area lauk tu, cari feel, heheh...Harga aku tak sure berapa per pax untuk makan dekat sini, Mr. Sam pulak tak join. Masa aku tanya samada dia join makan sekali ker, Mr. Sam jawab tak sebab dah booking aku and wife aku jer. Segan pun ado sebenarnya, huhu~... Tetapi, bila aku sentuh jer pinggan nak ambik nasi, rasa segan aku tu terus hilang, pelik kan...

Restaurant Melayu Melaka
Makan dekat teratak, baru feel ala-ala kampung gitu...

Restaurant Melayu Melaka

Gambar atas lauk yang wife aku ambik, bawah lauk yang aku ambik. hehe...kenyang nasi lemak pagi tadi masih terasa, so terpaksa makan simple-simple jer. Aku ratah lauk je lebih, nasi tu pun tak habis makan. Lepas makan yang berat-berat, sebagai pencuci mulut, macam-macam jenis buah ada, ice cream, and kek. Aku tak mampu makan yang lain-lain, just ambik buah betik jer, wife aku dua tiga kali angkut kek, ceh~...kata diet! Air pulak ada softdrink and hot macam teh and kopi. Oklah, memang sedap jugak. Betul cakap Mr. Sam, makanan dekat Restaurant Melayu Melaka ni memang sedap, tapi sayang tak ramai pelanggan. Kalau ramai, meriah sikit... Aku tak sure apa itinerary kitorang lepas ni, terlupa tanya dengan Mr. Sam. Adalah kot dekat 45 minit kitorang lepak sini, sedar-sedar bila Mr. Sam bagi salam and tanya samada kitorang dah sudah makan ke belum. Yes Mr. Sam, kami sangat ready untuk next aktiviti, let's go!!

Bangunan Stadthuys


Lepas berbincang apa yang patut dengan Mr. Sam, next aktiviti adalah melawat Bangunan Stadthuys dekat tengah-tengah bandar Melaka tu. Rasa-rasa aku, semua orang mesti tau tempat ni kan, dulu aku selalu lepak makan cendol dekat area depan bangunan Stadthuys ni, sekarang tidak lagi, sebab aku dah jumpa tempat yang lagi sedap, heheh...takper, simpan untuk next entry hokey :)

Apa maksud Stadthuys tu? Kalau mengikut kamus wiki, perkataan Stadthuys tu sendiri dalam bahasa Belanda, maksudnya "Dewan Perbandaran". Nak kenal dengan bangunan Stadthuys ni senang jer, semua bangunan dia kaler Merah, termasuklah dengan Menara Jam dekat depan bangunan ni.

Bangunan Stadthuys
Bangunan Stadthuys
See, semua kaler merah kan...

Bangunan Stadthuys
Menara Jam

Bangunan Stadthuys

Nak masuk dalam pun boleh, tapi kitorang tak masuk pun, sebabnya kena bayar and dah pernah masuk dulu masa zaman sekolah. Sekadar pusing depan-depan and berjalan dekat area gerai-gerai ni jer cuci mata. Harga tiket untuk masuk dalam RM5 and untuk pelajar/kanak-kanak RM2. Lepas pusing-pusing sini, kitorang naik ke atas untuk ke Bukit St. Paul pulak. Kedua-dua tempat ni dekat dan bersebelahan jer, tapi penat sikit ler nak menapak naik ke Bukit St. Paul tu, naik bukit kan...

Bukit St. Paul


Pendapat aku, Bukit St. Paul ni memang glamor dikalangan pengunjung, sebab on the way naik tu, ramai sangat orang aku tengok.  Macam aku cakap, lepas perbincangan dengan Mr. Sam, kitorang nak pergi 2 tempat ni jer untuk lawatan terakhir trip ni, penat rasa, dari jauh aku dengar, katil dekat hotel dok panggil, balik la woii...tidor dulu, nanti sambung pulak... hehe, tak tahan dengan godaan tu, that's why kitorang decide untuk pergi 2 tempat ni jer.

Bukit St. Paul
Belum sampai lagi, baru separuh perjalanan, tinggi betul rasa untuk sampai ke atas.


Sampai jugak akhirnya, yeay... Pandangan aku, Bukit St. Paul ni agak meriah sikit berbanding dengan tempat lain, dengan gerai jual souvenir, makanan, lukisan, t-shirt, pastu ada pulak group budak-budak sekolah. Kalau ikut sejarah, Bukit St. Paul ni dahulunyer adalah gereja, and adik beradik dengan Kota A Famosa, sebab tu design bangunan and bahan binaan macam ni, lebih kurang jer. 

Bukit St. Paul
Bukit St. Paul
Bukit St. Paul
 Dekat dalam pulak banyak tomstones ni, and takda satu pun yang aku faham apa yang ditulis.
 
Bukit St. Paul


Ramai kan orang dekat sini, siap ada show free lagi. Tapi serius, suara pak cik tu macam Saleem, best jer dengar dia nyanyi. Kitorang lepak luar je lebih sebab panas-panas cam gini, seronok kena angin. Lagipun dekat dalam takda tempat duduk, kalau nak diikutkan dekat luar pun sama, tapi boleh jer duduk dekat area tepi-tepi tu. Lepas puas melayan perasaan semua, kitorang pun turun menuju ke kereta, cukup-cukup la tu, kalau tak puas hati, nanti boleh jer datang sendiri kan.

Tengok jam dah dekat pukul 4 petang, aku mintak Mr. Sam hantar balik hotel. Penat rasa, tapi best sebab ada orang bawa berjalan sana sini, siap ada makan tengahari lagi. Kalau datang sendiri ke Melaka ni, agak-agak aku tak pergi kot semua tempat-tempat ni, balik-balik mesti Jonker Street jer. Lepas salam cium tangan semua dengan Mr. Sam, cewah...dia pun balik. Taktau lah bila lagi aku akan dapat pengalaman macam gini, Private Trip Melaka. Harap-harap ada lagi rezeki untuk tahun ni pulak, hehe...


Masuk je bilik, lepas solat semua terus terlentang. Tapi tak lama mana pun tidur, adalah kot dalam 2 jam gitu, sedar-sedar dah pukul 6.30 petang, hehe... So, kitorang pun mandi and bersiap untuk aktiviti lewat petang bawa ke malam. Nanti aku story-story dalam next entry kay...

Roger & out.

Friday, 1 February 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (River Cruise & Kampung Morten)

Salam semua dan selamat hari Jumaat, untuk mereka-mereka yang bekerja di Wilayah, Selamat Bercuti diucapkan. Bagi mereka yang kerja di Selangor, syoklah kan, jalan tak sesak rini, boleh pergi kerja lambat sikit dari biasa. Bagi aku, ada satu masalah jer kalau hal bercuti ni, nasi lemak sedap yang dijual dekat umah aku ni cepat sangat abis, padahal baru kul8 pagi. Adey~...makcik ni pun, dah berbuih mulut aku pesan, kalau time orang cuti tu buatlah lebih sikit. So terpaksalah aku menapak beli kat tempat lain yang kurang kualiti (kedekut ikan bilis, kacang je lebih, pastu ayam kecik, jual pulak sama reger dengan nasik lemak makcik sedap tu, huh!). Apa lah aku ni, pagi-pagi buta dah mengumpat orang.

Hokey, berbalik kepada cerita Jom Pi Melaka ni, sepatutnya hujung minggu ritu aku nak update, tetapi...haa, ada tetapi disitu, disebabkan ada perkara berbangkit yang tidak dapat dielakkan sampai aku terpaksa panggil ahli lembaga pengarah lah untuk settlekan isu ni, so rini baru dapat update. Even petang semalam aku terima email dari Asiahost cakap masalah dot my ni dah settle, disebabkan aku dah bersetuju dengan pandangan Ms. Bulat, terpaksalah aku teruskan menggunakan blogspot jer. Bersambung dari entry Jom Pi Melaka - Day 2, lepas Mr. Sam membawa kitorang melawat Masjid Selat Melaka, next itinerary adalah Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise


Dekat dalam kereta, Mr. Sam ada maklum yang next itinerary adalah River Cruise, so aku rasa sikit tak puas hati, aku tanya, sepatutnya aktiviti ni waktu malam kan, baru cantik tengok sungai Melaka ni, dengan lampu bagai. Tapi, Mr. Sam cakap, dia hanya bawak kitorang until 5 pm paling lambat, so dia tanya balik, nak pergi tempat lain dulu ker, petang-petang sikit ker baru layan Melaka River Cruise ni. Lepas kami bincang laki bini, follow jelah itinerary Mr. Sam tu, tak kisah pergi mana-mana pun, kitorang just nak enjoy trip ni jer, heheh...

Melaka River Cruise

Aku dok ingat tak ramai yang join Melaka River Cruise ni, al maklum ler, dah dekat tengahari kan, tak sangka ramai jugak. Masa untuk complete 1 pusingan, bot ni ambik masa lebih kurang 45 minit, lama jugak tu. Nasib baik bawak kopok dengan air, boleh jugak mengunyah sampai habis nanti. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam lagu yang driver bot ni pasang, sekali sekala, sempat jugak aku angkat-angkat kening dengan driver bot ni, sporting jer dia, hehe...

Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise

Not bad jugak layan Melaka River Cruise waktu siang, cantik view, pastu kitorang macam mengimbas kenangan balik, pernah makan dekat kedai sini, pastu sini pulak. Kitorang tuju dekat kedai-kedai yang ada tepi sungai ni. Kalau malam maybe payah sikit nak ingat balik sebab gelap. So, samada aku tengok sungai waktu siang or malam, masing-masing ada kelebihan kan...ceh~, ayat cover :)

Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise

Bila bot ni dah patah balik and dari jauh aku nampak LRT yang dekat atas tu, bermaksud Melaka River Cruise kitorang akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Menurut Mr. Sam, LRT ni tidak dapat bergerak disebabkan landasan (rail) yang dibina tu tidak ikut piawaian keselamatan, agak kecik, pastu struktur binaan landasan besi sahaja, bukan konkrit. Mungkinlah kot, aku tengok pun memang agak kecik jugak. Aku ingat, LRT ni sebagai hiasan or tarikan, tak sangka, LRT ni memang boleh digunakan. Kalau landasan yang dibuat tu, ok and takda masalah, rasa-rasa now Melaka mesti sudah ada system LRT tersendiri. Disebabkan bersebelahan sungai ni adalah Kampung Morten, maka next itinerary kitorang adalah melawat Kampung Morten. yeay...

Kampung Morten


Kampung Morten

Sebenarnya, Kampung Morten ni dah beberapa kali aku datang, so aku maklumkan dekat Mr. Sam. Dia tanya balik dengan aku, dalam beberapa kali datang tu, pernah masuk dalam rumah-rumah dekat sini tak? Aku jawab, setiap rumah ada penghuni lagi, macam mana nak masuk. So Mr. Sam khabo, dalam Kampung Morten ni, hanya ada sebuah rumah sahaja yang orang luar/pengunjung boleh masuk and Mr. Sam akan bawak kitorang masuk rumah tu.

Kampung Morten
Kampung Morten

Aku rasa semua orang tau kan info ni, setiap tahun kerajaan Melaka akan memberi peruntukan kepada setiap penghuni di Kampung Morten ni, untuk diorang baik pulih or mencantikkan lagi rumah-rumah diorang, and segala bil air/letrik setiap bulan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka. Best kan, kalau ada rumah dekat sini, takyah keje pun takper. Tapi aku tengok, rumah-rumah dekat Kampung Morten ni, kebanyakannya dijadikan homestay.


Inilah rumah yang kitorang masuk, ada seorang makcik tua yang tinggal di sini. Terpaksa masuk ikut pintu belakang, sebab makcik ni cakap, kunci pintu pagar depan hilang tah kemana. Memang old skool giler lah rumah ni, banyak barang-barang antik, besar pun besar. Tapi kesian pulak aku dengan makcik ni, sebab dia tinggal sesorang jer. Tapi bila aku tanya, tak sunyi ke tinggal sesorang, makcik ni jawab ayat cover, dia cakap tak pun sebab orang selalu keluar masuk rumah dia. Lagipun sekali sekala anak-anak balik jugak. Seronok borak-borak dengan makcik ni, kecoh orangnya. Makcik ni cakap keturunan dia tinggal di rumah ni sejak tahun 1925 lagi, maybe lebih lama kot. Kagum aku dengar hikayat-hikayat keluarga makcik ni. Tengah dok borak-borak, tetiba ada satu group lain dok bagi salam dekat depan rumah. Aku pun dengan baik hatinya, tolonglah makcik ni, bawak diorang ikut pintu belakang, cewah~... Semenatara makcik layan group tu, kitorang pusing-pusing dalam rumah ambik gambar. Untuk pengetahuan, hampir semua mende dalam rumah di label dengan nama masing-masing.

Kampung Morten
even lantai and tiang seri pun dilabel yer

sterika besi

Kampung Morten
Acuan pembuat kuih. Aku memang tertarik dengan mende ni, first time tengok, memang unik. Bayangkan time raya, mesti guna acuan ni untuk buat kuih raya, hehe...

Papan kukur kelapa. Hehe...dulu mak aku pun ada tau, tapi tah hilang mana. Kalau sesaper yang dilabel perempuan melayu terakhir, mesti kena tau guna mende ni,hehe... Unik kan, lepas guna boleh lipat and simpan.

Kampung Morten
Almari Solek


Buku rekod untuk pengunjung yang hadir, kena tulis nama. Tengok, betapa banyaknya buku rekod ni, bayangkan, seorang datang tulis nama ambik satu baris jer dalam buku ni, kiralah sendiri, satu muka surat ada berapa baris, pastu satu buku ada berapa muka surat pulak, aku tengok memang banyak buku rekod yang makcik ni ada. Nampak sangat rumah ni memang glamor and sesaper yang datang ke Kampung Morten, wajib singgah rumah ni yer. Ada banyak lagi barang-barang antik, macam kamera, radio, pinggan mangkuk, alat-alat muzik, set sudu, macam-macam lagi lah.


Lepas bersalaman dengan makcik yang merangkap tuan rumah, kitorang pun melepaskan permandangan terakhir dalam rumah ni, and pastu gerak menuju ke kereta. Berjalan-jalan dalam rumah yang semua menggunakan barang-barang antik, rasa macam zaman dulu pulak. Makcik ni pulak tak sombong, suka jer orang datang rumah dia. Seronok and memang pengalaman yang lain sangat rasa. Sebelum ni just datang tengok-tengok kawasan or persekitaran rumah jer di Kampung Morten ni, kalini berpeluang masuk dalam. 

Disebabkan dah menjangkau waktu tengahari, maka next itinerary kitorang adalah makan tengahari. Yang ni pun aku terkejut jugak, punyalah kitorang breakfast berat pagi tadi, tak sangka, menurut Mr. Sam, private trip kitorang ni termasuk sekali dengan lunch. Kitorang pun hah~...ok! And Mr. Sam bawak kitorang ke satu restoran yang best and sedap. Untuk ini, aku akan sambung next entry ok.

Roger and out.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...