Kejadian membuat kuih koci ni berlaku dalam minggu lepas, tengah syok marathon layan The Blacklist, sekali wife aku tanya, "bro...lu tak rasa nak mengunyah paper ker? kopok ke...jajan ke...takkan nak layan movie teguk air kosong je"... Betul jugak cakap wife aku, mana syok layan movie mulut tak kunyah paper. Paling kurang pun ada lah burger daging double cheese special dengan teh ais. Tak boleh jadi ni, so aku pun membentangkan idea untuk buat kuih, sebab nak lain sikit malam ni. Tak kisah lah kuih pape pun, janji kuih. Wife aku pun balas, "idea lu memang brilliant, wa suka lah"...jadi, kitorang pun start mengelistkan kuih-kuih yang rasa macam senang nak buat and tapi sedap. 1:donut - boring. 2:karipap - dah makan time breakfast pagi tadi. 3:roti jala - ni macam boleh nak diterima. Sekali cari acuan tak jumpa, dah hilang agaknya, next! 4:?? Masa ni aku cakap nak makan kuih yang dalam daun pisang, pernah makan time kenduri rumah kawan kitorang. Wife aku pun blur, sebab aku bukannya nak ingat sangat nama-nama kuih ni. So wife aku pun tanya mak dia, and dimaklumkan kuih yang aku nak makan tu dikenali sebagai Kuih Koci. So berbekalkan panduan dan pedoman dari mak aku, kitorang pun list kan barang-barang yang patut dibeli.
Pukul 9 malam.
Dah macam masuk Amazing Race pulak rasa, kitorang keluar rumah pergi beli bahan-bahan dalam kul9 malam. Target sebelum kul12 malam semua dah siap. Antara bahan-bahan yang diperlukan:
1. Tepung pulut
2. Tepung pulut hitam
3. Gula pasir
4. Gula melaka
5. Kelapa parut
6. Pati santan
7. Daun pandan
8. Daun pisang
Dalam list dekat atas tu, yang takde cuma tepung pulut hitam, kelapa parut and daun pandan je. Yang lain semua tersedia dekat dapur, so cepat lah sikit sesi shopping menyoping kitorang.
Pukul 9.15 malam
Time ni aku and wife aku dah get ready dekat dapur, bersiap sedia untuk menyatu-padukan bahan-bahan tadi supaya menjadi kuih koci. First sekali kena buat inti dulu, sebab part ni lama, nak kena masak bagai. Tugas aku biasalah, kacau mengacau, hehe...
- Mula-mula, ambil kuali sambil nyalakan api, cewah... Kalau api tak menyala, tahun depan pun tak siap lagi kuih koci ni. kan...kan...
- Taruk air beserta secawan gula pasir and beberapa ketul gula melaka.
- Masukkan jugak daun pandan sekali. Biar semua jiran tetangga bau yang time ni aku tengah masak something.
- Pastu kacau and kacau sampai semua dah hancur and sebati.
- Bila dah nampak macam dah sebati, terus masukkan kelapa parut.
- Kacau and kacau lagi sampai lah dah nampak macam kering sikit.
- Bila dah nampak kering, tutup api and biar jer sejuk atas dapur tu.
Occay, part inti dah setel. Now untuk buat kulit luar pulak or nama glamor dia Doh. Kalau nak diikutkan, time aku dok kacau mengacau gula tu, wife aku dah prepare buat doh, so dapat jimat banyak masa.
Untuk buat doh senang jer, campurkan tepung pulut and tepung pulut hitam sambilkan masukkan air ciput-ciput biar sampai sebati macam gambar bawah. Resepi orang tua-tua kan, kebanyakannya senang-senang jer nak buat.
Bukannya complicated pun, tepung pulut, tepung pulut hitam, air, tu je. Mula-mula aku ingat nak lah tolong wife kan, nak tunjuk sikit aku ni seorang yang romantik gitu. Sekali kena halau, wife aku suruh setelkan pasal daun pisang sebab belum potong lagi. So aku pun ambik pembaris, ukur dalam 10 cm x 10 cm, gunting. Lepas gunting kena layur dulu, kalau tak layur, nanti susah nak lipat sebab keras.
Pukul 10 malam
Lebih kurang time ni, aku dah duduk bersila depan tibi untuk part menguli buat kuih koci ni. Kuali yang ada inti tadi pun aku bawak sekali, sebab kiri kanan tangan aku main dengan minyak, so tak dapatlah nak ambik gambar. Untuk uli doh untuk masukkan inti, tangan kena ada minyak tak mo bagi melekat/melekit. Setengah orang pakai plastik, tapi aku pakai tangan je, baru syok sikit. Feel tu penting, hehe...
Hasil kiraan aku, dapatlah dalam 30 biji. Terer jugak aku uli, make sure jangan letak banyak sangat inti, takut nanti tak jadi kuih koci. Macam mana aku nak explain pun taktau, kalau korang buat, mesti faham maksud aku ni.
Lepas siap uli masukkan inti semua, dah nampak bentuk kuih koci dah, then aku rendamkan dalam air panas kejap. Tak sampai 10 saat pun, nampak terapung jer terus angkat masukkan dalam pati santan pulak. Pati santan ni wife aku prepare adalah masukkan sikit garam, biar ada rasa sikit.
nampak tak...nampak tak...
Lepas masukkan dalam pati santan, ambil daun pisang yang dah siap layur tadi, taruk sebiji kuih koci and taruk jugak satu sudu pati santan tu, biar lagi berlemak masa masak nanti. Then balut macam bungkus nasi lemak. Ni arahan dari mak aku, so kitorang pun ikut jelah.
get ready untuk kukus...
Selepas 15 minit
tadaa...!!
Pukul 11 malam lebih sikit
Tak sangka betul, dalam 2 jam jer untuk siapkan 30 biji Koci Yang Lazat Lagi Berkrim ni. Hasilnya amatlah memuaskan, sebab even 30 biji, aku rasa macam tak cukup, ahaha... Bila dah siap semua, baru sambung balik layan The Blacklist sambil mulut mengunyah kuih koci. Disaat lidah bersentuh dengan inti, serius wa cakap beb, sangat sedap! Tak percaya...kenalah buat sendiri, hehe....
Wassalam.
Memang mengundang betul lah kuih koci ni. Dah lah gambar step by step, rasa nak buat sekarang juga. Part mengukur daun pisang tu memang xboleh blah, siap guna pembaris gitu. Dapat tips baru, aku xpenah lagi buat style rendam dalam pati santan tu. Nak cuba lah step ko ni.
ReplyDeletebuat jangan tak bibie, hehe...taruk pati santan lagi menarik bibie, berlemak lagi rasa kuih koci ni...
DeleteMasyaallah.....
ReplyDeletejadi gak kuih koci korangs
aku salute aa tabik sungguh ngan suami isteri ni
secepat kilat dah siap
mesti sedap
bila lah nak bagi aku rasa ni erk orha HAHAHAHA
ouji puji merelip!!!! P
hamboi dila...resepi karipap hang pun tak bagi lagi, shidah ada cakap ritu, hang buat memang terbaik. nanti bila-bila boleh kita buat sistem barter, hehe...
DeleteSedap, buleh berniaga nih...packing pun cantik..
ReplyDeletepacking ni salah cik viva, sebab taktau packing sebenar, packing je cara bungkus nasi lemak, janji boleh kukus and makan...
DeleteYa Allah nampak sedap gile weh...ajak la aku mai umah ko..leh ko buat koci tu.aku suka kuih2 tradisional ni..ya ampunnnnnn
ReplyDeleteNak try buat jugak la nanti hew hew hew
ahaha...takper na, nanti bila-bila aku ajak hang mai umah aku. aku pun suka kuih-kuih tradisional ni, senang nak buat, yang penting sedap pulak...
DeleteBolehlah aku order dengan Orga bila ada jamuan nanti... hehe
ReplyDeleteuntuk diri sendiri lepas la pak lang mie, nak buat untuk orang lain macam tak berani pulak, hehe...
DeleteAssalam Yeop
ReplyDeleteGhajin nyeeeerrr memalam bute ke dapor...dan makaannnnnn.....
dah lapor kak, ke dapor la jawab nyer...
DeleteIngatkan kuih kuaci rupanya koci cam betuk koci mesin jahit ek ehhh ye ker
ReplyDeletePart menguli ti Jm x pahsm coz tgk tepung dh siap d uli warna putih bila dh isi inti jadi warna kehitaman ni la akibatnya klau x pandai masak baca resipi pun x pandai. Ehhh perlu ke nk ukur ngan pembaris bagai tu?
Kuih yg simple 2 jam siap klsu jm yg buat sorang2 ni mahu esok pg baru boleh mkn tp yg pasti bila tgk pic last tu meleleh air lir ni ha dpt rasa lemak berkrim tu
senang je jm nak uli, lepas letak inti dekat doh tu, balut pastu uli dengan tangan kasi jadi bulat, gitu...
Deletekenalah guna pembaris, nanti ukuran tak sama, hasil kurang memberangsangkan, alang-alang buat, biar perfect :)
resepi orang tua-tua jm, sure jm pun boleh buat jugak, malas dengan rajin jer, hehe...
Memang terliur....meleleh beb :P
ReplyDeletehehe...macam nak kena repeat je nih :)
DeleteAmboiii........ pandainya Orga, biar betik memalam kau dok uli kuih koci
ReplyDeletedah mengidam katanya mekda, layan jela, hehe...
Deletehahaha.... entri ko ni memang sgt lucu tapi penuh info! plus bikin gua meleleh ayaq lioq tgk kuih koci lemak berkrim tu! hahaha
ReplyDeleteharus cuba buat ni!
hang jangan puji lebih-lebih farel, nanti ada orang terangkat pulak, hehe...
Deleteoi sedapnyerrrrrrrrrr! aku suka kuih ni! sejak dua menjak ni aku rajin gak masak tapi berasaskan itali la hahaha...
ReplyDeleteibu mengandung macam ko ni biqque, selera macam-macam sungguh...
Deletebro, wa rasa terliur dgn kecomelan kuih koci ini. siyes bro. ini adalah kuih kegemaran wa bro. adoyai bro. nape lu tak buat lebih sikit bagi wa. ini tidak adil!! hahahahaha. nnt wa try buat la bro. terror la bini lu bro.
ReplyDelete(wa baca entry lu, wa tergelak sorang2 je bro. kelas sgt bro! sampaikan terikut2 pulak wa lu tu. hahaha. mahap terkasar bahasa)
ahaha...ok je sue, kekadang bergurau senda apa salahnya...peace!
Deleteeh entri ni boleh makan ke? benci tau hahaha... dah tukar konsep ke blog ni, baru je nak usha2 tempat2 best kat blog ni...
ReplyDeletedah lama hang tak share resepi baru-baru wan, aku pun hupdate la pulak, ahaha...
Deletemak aiiiii...meleleh..sedapnya
ReplyDelete