Berdasarkan pengalaman aku 2-3 minggu lepas, disebabkan kucing aku sakit, so ada seorang kawan aku suggest untuk mai check kat Hospital Haiwan ni. Apa...Hospital Haiwan??!! Aku student UPM pun tatau pasal wujudnya hospital haiwan ini. Yela...UPM bukannya kecik! Mulanya, aku ingat nak bawak pergi klinik haiwan yang biasa-biasa jer, tapi memandangkan kawan aku ada pengalaman buruk pasal klinik haiwan, katanya...kucing kesayangan dia sakit, bila pergi klinik biasa, diorang just bagi vitamin and antibiotic jer. Pastu, dia tau pasal Hospital Haiwan ni. Lepas pemeriksaan dekat hospital ni, doktor cakap, kucing kesayangan dia kena virus and now virus tu dah merebak ke seluruh saluran darah. Doktor tu kecek lagi, if datang awal, maybe boleh diselamatkan. For info, now kucing kawan aku tu dah mati dah. So, aku pun tak nak ambik risiko, terus datang ke Hospital Haiwan UPM ni. Yang bestnya, if student UPM, boleh dapat diskaun sampai 30%, hehe...jeles tak?
Ikut prosedur yang ditetapkan.
Dekat Hospital Haiwan ni, memang dah diasingkan antara anjing dengan kucing. Kalau datang bawak hamster or arnab ker, boleh masuk bahagian Menunggu Kucing bagi yang Muslim. Disebabkan aku bawak kucing, jadi aku masuklah ikut sini. Lepas masuk, terus ambik nombor giliran dekat kaunter.
If zoom gambar ni, boleh nampak ada 6 bilik pemeriksaan start dari 7 -12.
Between seats, ada tempat untuk letak cage
Tengok gambar dalam TV tu, semua binatang di jemput hadir tau. Jadi, bila nombor giliran dipanggil, boleh masuk ikut pintu yang ada tulis untuk pemeriksaan tu. Nak bayar bil nanti pun, akan dipanggil jugak. So, tak perlulah nak mencangak dekat kaunter tu lama-lama. Duduk jer dekat tempat yang disediakan.
Ini lah kucingku, nama dia Bulat. aisehh~...nampak sangat malu-malu kucing tu. Disebabkan excident, dah nak kena masuk untuk x-ray. Sian dia kan...As info, Hospital Haiwan ni memang lengkap semua peralatan perubatan, dari segi doktor sampailah ke ubat-ubatan. Kalau pergi klinik biasa di luar, kos pun lebih kurang sama jer. Hospital ni jugak ada specialist untuk pemeriksaan mata, pemeriksaan kulit, dewan bedah, boleh dikatakan seakan hospital untuk orang pulak.
Tengok...siap ada wad lagi! Bulat kena stay wad untuk 3 hari sebab nak buat pemeriksaan darah dan macam-macam lagi. Bagi yang nak datang melawat, kena buat appointment dulu.
Sape sakit sila angkat tangan!!
Lepas siap rawatan and ambik ubat, dah boleh balik rumah dah. So, saje aku nak share info pasal Hospital Haiwan UPM ni, sebab aku pun baru tau wujudnya Hospital untuk haiwan kesayangan. Yang keduanya, layanan and rawatan di Hospital ni memang detail and tiptop. Apa lagi, bagi pencinta haiwan sekalian, bolehlah datang sini sekirannya haiwan kesayangan korang ada masalah kesihatan atau sewaktu dengannya.
Roger and out!
HOSPITAL HAIwan UPM ni shuntek rupanya. Kalah spital Kajang erk ORGA. dari kita hantar kat VET Clinic tu mahal kosnya. kucing ang xcident kat mana? siannya
ReplyDeletetula pasal dila, hospital kajang pun boleh kalah. tataulah dila si bulat tu excident kat mana, sebab balik kampung. lagipun dia buas sangat, hmm~..tapi now dah occay :)
DeleteMahal x??Nk prepare c0st. . Payment cne ek?? Ade 3 ekor kucing sy mlut bebuih, bwa g vet bese kne bg antibi0tik je. . Tp tg0k mkn truk je. .
Deletebetter oyien bawak datang vet ni, tentang cost saya tak berani nak bagi jawapn.tak pun, oyien boleh call diorang dulu mintak advise...
Deletebaru tahu:)
ReplyDeletemak aii.. never thot..
ReplyDeleteyup..saya pun sama awalnya, hehe..
Deletesalam...
ReplyDeletewahh spital animal ni??perghhh
mcm manusia tau...semoga neko awak sihatt2 saja
thanks rayyan, now bulat dah sihat :)
Deletewah.. baru tau.. thanks for the info. Dulu ada bele kucing. Nama dia lisa tp jantan. kikikiki pastu tetibe dia xmo makan. pastu mati T___T. skang agak serik nak bele kucing. hurmmm
ReplyDeletesedap nama kucing iza, hehe...ala, janganlah serik pulak, maybe si lisa dah sampai ajal kot masa tu.
Deletekelas UPM, ada klinik haiwan. tak pernah tahupun... byk kenangan kat UPM ni.... dulu masa study kat UPM, pernah anak kucing entah dari mana masuk dlm enjin kereta. mujur selamat anak kucing tu. fuhhhh
ReplyDeletePM x-Upm gak ker,haha...ada geng!samalah,tau pun sebab orang lain bagitau..
Deletesatu perkongsian yg baik..thanks :)
ReplyDeletewahh kat mesia ada gak spital haiwann
ReplyDeleteyup..memang ada,bersebelahan hospital serdang and Mardi.
Deletekalau nak pegi kene buat temu janji dulu ke?
ReplyDeletekalau binatang kesayangan sakit, terus jer direct masuk, tak perlu booking or temu janji pun...
Deletenak tnya..harga dia mahal tak sebab saya ada kucing n kaki dia patah dan lembik.. agak agak mahal tak caj dia?
ReplyDeletekalau pergi klinik luar pun harga lebih kurang jer. tapi disini kelengkapan lengkap, doktor pun baik-baik, boleh dapat diskaun nanti. kalau pergi nanti, masa doktor check, try bincang dengan dengan doktor tu total kos berapa akan kena...
DeleteAssalam
ReplyDeletesaya pon baru je selesai berurusan di HVU ni..kucing kt rumah ni eksiden sampai bengkak kt belakang dia.
Teringat psl hosp ni pon sbb penah masuk dlm utusan dulu.so bwk terus kucing datang sini..
Seronok la kt sini,envirmnt pon best.tak serabut jiwa raga mcm tmpt2 lain.kalah hosp manusia heheh
Overall sy kena caj dlm rm350. Ini termasuk fee operate potong ekor dia,2 hari dok dlm wad, xray lagi,ubat2 lagi.. Oh ye, sblm nak operate doc kt situ akan bagi explanation psl anggaran kos kt kita.so takde la trkejut beruk time membayar nanti :)
kesiannya dekat kucing jerryjemima, hopefully sekarang dah oklah...setuju tu, hvu ni macam aman sikit, tempat nak duduk pun selesa sebab kawasan dia besar. kagum kan tengak dekat suasana dalam, siap ada dewan bedah, bilik x-ray bagai...samalah, masa bawak pergi ritu, doc ada explain tulu berapa anggaran kos, lepas tu dia ada cakap boleh dapat diskaun masa nak bayar nanti...
DeleteStuju admin.kucheng nma dotdot.tgn patah n ada infction.bw pg vet kuantan.warded 2 ari n operate.dh nk operate bru dpt tau dot2 ni anemic-byk kutu.ulalaaa.maka kna postpne n kna charge rm650.dpt tau dr paper psl klinik ni. Buln tu gk pg bw upm n miss byo kete sb save utk operate dot2.layanan mmg tbaik n sebak time doc bcakn procedure n risiko oprtn.tp alhamdulillah,3ari ward,ubat n oprtn rm558.sgt pueh ati.walopon dia tripod-3kaki tp dia sgt xtive n sihat cm dlu.dh ada girlfren dh skang.
ReplyDeletecomel jer nama dotdot, hehe...bulat dengan nyer pun dulu masa kecik banyk kutu jugak, lepas dah baggi ubat kutu, yearly la, now dah takde. samalah dengan apanama, puas hati dengan layanan dari vet upm kan...
DeleteBoleh x kita call and tanya anggaran kos siap2 before datang. Huhu. :( Kalau bukan student UPM dapat diskaun jugak ke?
ReplyDeleteboleh jer kol...kalau bukan student upm, mungkin boleh mintak budi bicara dari doktor untuk diskaun.
Deleteadmin,bulat kena masuk wad kan. kos masuk wad berapa?
ReplyDeleteMy baby Didot also kena langgar malam tadi. Pergi cek kt klinik vet kata dia tak patah kaki. Tapi kaki dia macam teruk bengkok and now nafas dia laju kadang tu tercungap-cungap. Nak ke upm esok tapi tak tahu lak anggarannya :'(
ReplyDeletenanti esok fida pergi jupe doktor, boleh bincang. nanti doktor akan bagitau total kos kena bayar. jangan risaulah, kita berbuat baik pada binatang, Allah akan murahkan rezeki :)
Deletetak sure la pulak naufal, better kol jer untuk dapat kepastian.
ReplyDeleteUniversiti Putra Malaysia mengucapkan terima kasih kepada tuan atas tulisan mengenai pengalaman terbaik yang tuan dapati melalui khidmat kami Hospital Veterinar Universiti, UPM.
ReplyDeleteKetua Bahagian
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia.
saya juga berterima kasih dan berpuas hati sepanjang rawatan si bulat di sini :)
Deletebaru2 ni kucing sy jatuh dr tkt 3 beranda rumah...mlm tu jugak bw pi hospital vet 24 jam...doktor kata patah tgn..n takut internal organ rosak...sekrg ni dh msk 3 hari kt hospital..apabila visit doktor dok kata tak blh x tray sbb kucing demam...masalahnya kos semakin meningkat.anggaran masa masok wad..kena rm 1k keatas...dh lah kena byr deposit 80%..boleh tak saya discaj dan bw ke upm vet...mohon advise
ReplyDeleteAssalamualaikum. Esok.sabtu uvh ni buka x. Kucing saya badan panas and now xmo mkn
ReplyDelete