Showing posts with label Buat duit. Show all posts
Showing posts with label Buat duit. Show all posts

Wednesday, 10 October 2012

Maybank Photography Awards

Bak kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu"...


Aku agak ramai yang dah tahu pasal Maybank Photography Awards nih, sebab dah start lama dah, tapi bagi yang belum tau, meh sini aku nak story sikit. Dalam masa terdekat nih lebih kurang dari 3 September 2012 sampai 31 October 2012, Maybank ada anjurkan pertandingan mewarna photography dengan tema "Being Human". Dari info, ada 5 kategori yang pertandingkan seperti Photography of the Year, Street Photography, Studio Photography, Landscape Photography and Press Photography. Aku tau, hangpa semua mesti ada koleksi gambar banyak dalam stock sendiri kan, pergi Medan lah, Taiwan lah, tak pun, pergi Penang or Melaka ker, daripada dok simpan buat tukun, baik join competition nih, free jer pun untuk masuk, lepas register terus upload gambar.

Manatau rezeki Allah nak bagi, tup-tup boleh menang. Tapi, apa hadiahnyer...jeng jeng jeng!!

Photography of the Year
1 x Maybank debit card preloaded with RM10,000

Street Photography
1 x Personalised Leica x 2 set

Studio Photography
1 x Profoto D1 Studio Kit

Landscape Photography
1 x HP Designjet Z2100 24

Press Photography
1 x Maybank debit card preloaded with RM5,000

People's Choice Award
2 x RM1,000

Gud luck to all occay!!

Roger and out.

Monday, 18 June 2012

Dana Belia 1 Malaysia

Sementara aku menunggu match Denmark vs German & Poland vs Portugal kul2.45 nanti, terfikir untuk share info pasal perkara ni. So, saper-saper yang nak duit, sila angkat kaki!!ahaha..


Apa benda Dana Belia 1 Malaysia ni? Setelah aku go through pasal dana belia ni, ada beberapa perkara yang aku faham. So, aku akan sebutkan POINT yang penting sajalah occay! Pasal dana ni, apa yang penting, adalah PROPOSAL. yup...as long korang ada idea yang giler, bolehlah buat PROPOSAL and hantar dekat dara dana belia ni. Tak rugi pun, if pihak pengurusan dana belia menolak permohonan korang, buat je lah yang baru, and pastu hantar lagi. Fail! buat lagi and hantar lagi...modal? Just pen dengan kertas jer. Yang paling penting, ini adalah DANA dan BUKAN LOAN. Maksudnya, if korang dapat duit nanti, tak perlu bayar semula. Guna jer sampai habis...

Tak kisah apa status korang, student macam aku ker, mat rempit ker, pengangur terhormat ker, as long as korang rakyat Malaysia, boleh apply. Orang dah nak bagi duit free, takkan dan dilepaskan macam tu jer kan. Alang-alang dah nak dekat pilihanraya ni, faham-faham jelah. Kata orang, semua yang minta mesti dapat. Bukan aku yang cakap, orang lain yang cakap.

So, don't push yourself, just relax and think 'bout something BIG and CRAZY. ANYTHING!!!

For more info, click jer pic dekat atas tu. Roger and out!

Monday, 9 April 2012

Extra Money

Sedikit sebanyak nak share macam mana nak dapat Extra Money. Apa yang aku nak share kat sini bukanlah melibatkan MLM, jual barang, busines internet, dan sewaktu dengannya...tetapi cara ini aku dah praktikkan lama jugaklah. Bila ek aku start? Hmm...lupa dah bila aku start. Tapi yang aku ingat, senior aku yang tunjukkan jalan nie...So, macam mana nak dapatkan Extra Money? Mestila kena kerja. Jawapannya adalah TUISYEN. Ni la kerja yang aku dok buat selama ni. Ramai yang pandang rendah dengan kerja tuisyen ni, lebih senang cakap jadi Tutor la. Tapi, berdasarkan pengalaman aku sendiri, mengajar tuisyen boleh menbantu mendapatkan sikit sebanyak extra money untuk diri sendiri.

Kat sini aku akan explain macam mana nak dapatkan extra money dari ngajar tuisyen and berapa yang boleh dapat. Berdasarkan pengalaman aku, ada 2 cara untuk terlibat dalam tuisyen ni:
  1. Mengajar kat Tuition Center
  2. Home Tuition
Mengajar di Tuition Center

Cara ni paling senang untuk dapat extra money. Just photostat resume banyak-banyak, hantar jer kat semua tuition center yang berdekatan. Jangan hantar jauh-jauh sangat, nanti payah nak bagi komitmen nak pergi sana. Kalau boleh, cari yang dekat-dekat. Subjek apa yang nak ajar? Ikut diri sendiri mahir subjek apa. Macam aku, mostly aku ngajar Math (standard 2 - form 5), Add Math and Physics. Berapa banyak or berapa rate yang selalu tuition center offer?
  1. Sekolah rendah = RM20-30/sejam untuk satu subjek
  2. Sekolah menengah = RM30-60/sejam untuk satu subjek.
Sebagai contoh, aku ambik rate minimum untuk sekolah rendah RM20 and sekolah menengah RM30. Selalunya, setiap tuition center akan adjust jadual mengikut kesenangan tutor. Maksud kat sini, if ikut jadual asal, tutor tersebut perlu ngaja math form 2 hari Isnin jam 8-9 malam and math form 3 hari Selasa jam 8-9 malam jugak, tetapi tuition center akan adjust jadual supaya senang untuk tutor, and jadual baru jadi maybe math from 2 jam 8-9 malam and math form 3 jam 9-10 malam. Kan senang tu, tak payah susah-susah datang banyak kali. Hampir semua tution center beroperasi seawal jam 5 petang - 10 malam. Dan aku tak pernah ambik kelas petang. Pengalaman aku mesti dari kul8 sampai kul10 jer. Cukupla tu, 2 jam jer sehari...tak boleh tamak-tamak, tak baik...

Jadi, berapa banyak yang boleh dapat sebulan? Bagi yang rajin tahap gaban, aku ambik sehari 2 jam mengajar dari kul8-10 and kiraan untuk 5 hari (Isnin - Jumaat).
  1. If tumpu kat sekolah rendah jer = RM20 x 10 kelas (seminggu - 5 hari jer) x 4 minggu (untuk sebulan) = RM 800 / sebulan.
  2. If tumpu kat sekolah menengah = RM30 x 10 kelas (seminggu - 5 hari jer) x 4 minggu (untuk sebulan) = RM1200 / sebulan.
Tengok, saper nak bagi duit banyak tu...ngajar 2 jam jer sehari dari hari Isnin sampai Jumaat, sebulan boleh dapat extra money banyak tue. Berapa modal yang dikeluarkan? Rasa-rasa tak sampai 5 ringgit kot kalau setakat nak photostat resume tu...Lagi satu, pengiraan kat atas tu berdasarkan rate paling rendah. Masa kena interview dengan Tuition Center, cakaplah dah ada pengalaman ngajar untuk beberapa tahun, dapatlah upgrade rate untuk yang tinggi sikit. Orang biasa macam aku ni, tak pernah dapat rate sampai RM60/sejam. Yang selalu dapat rate tu adalah Cikgu yang merangkap 'Bekas Pemeriksa Kertas Peperiksaan UPSR/PMR/SPM'. So, berpada-pada sudahlah...

Mengajar kat tuition center tak perlu fikir pasal bayaran yuran, sebabnya cukup haribulan (ikut perjanjian dengan pihak tuition center), dapatlah gaji. Student takder ker...ponteng ker...selagi kita datang mengajar, dapatlah claim. Ikut malas dengan rajin jer...Sonok sebenarnya mengajr tuition, setakat 2 jam, pejam celik dah abis masa. Lagi satu, if plan nak mengajar tuition, kena ada rasa ikhlas nak mengajar. Kalu mengajar semata-mata nak dapat extra money, tak lama mesti berhenti...Kalau ikhlas mengajar, Allah akan bantu kita, tak perlu risau...

Home Tuition

Bagi nak dapatkan lagi banyak extra money dengan tuition, cari nie yang paling best. Tapi ada beberapa risiko and perlu lebih komitment. Memang betul, kalau buat home tuition, pendapatan berlipat ganda dari mengajar di tuition center. Sebabnya, di tuition center, rate di kira berdasarkan subjek dan kelas. Sekiranya dalam kelas ada 10 orang student pun, rate tetap sama. Tetapi lain citer dengan home tuition, sebabnya rate di kira berdasarkan subjek and bilangan student (sekepala).
  1. Sekolah rendah = RM20-30/sejam untuk seorang mengikut subjek.
  2. Sekolah menengah = RM30-60/sejam untuk seorang mengikut subjek.
Hmm...biasa jer!Ala...bila tengok rate kat atas hampir semua orang akan cakap camtu. Nak bagi menarik, kena kira pendapatan untuk sebulan. Ok...aku ambik contoh, ada 5 orang student.

Student:
1. Ali  2. Abu  3. Ahmad  4. Anis 5. Awang

Jadual: Semua ambik Math Form 3 sahaja
Isnin = 8-10 malam (student: Ali)
Selasa = 8-10 malam (student: Abu)
Rabu = 8-10 malam (student: Ahmad)
Khamis = 8-10 malam (student: Anis)
Jumaat = 8-10 malam (student: Awang)

Total = 5 orang student seminggu dan 10 jam (2 jam sehari x 5 hari)

Jadi, berapa boleh dapat berdasarkan jadual dan bilangan student banyak tu? Tengok pengiraan di bawah:

Extra money = RM30 (sejam) x 10 jam (2 jam sehari x 5 hari) x 4 minggu (untuk sebulan)
= RM 1200 / sebulan

Amacam? Menarik? Student baru 5 orang, sama jugak ngajar 2 jam jer sehari, tup-tup sebulan dapat banyak tu. Seminggu ada berapa hari beb? Nak lebih, Sabtu Ahad pun masuk sekali dalam jadual. Tapi aku tak pernah ambik kelas Sabtu Ahad, nak relax-relax jugak...Tak kan sepanjang masa nak bekerja, tak boleh tamak-tamak, berpada-pada cukup lah...

Advantage yang buat home tuition, lagi ramai student, lagi banyakla dapat tiap-tiap bulan. Lagi satu, bila buat home tuition, masalah selalu dekat bayaran. Kadang-kadang parent tangguh-tangguh. So nak buat macam mana? Buat perjanjian atau amalkan, setiap kali abis kelas terus dapat payment. Kalau tak nak situasi ni terjadik, pastikan student or parent yang nak diambil untuk mengajar adalah dari kalangan yang kaya raya. Macam member aku, pernah dapat parent yang tak kisah...terus dapat cek untuk setahun terus...Just nak citer, berdasarkan pengalaman, kadang-kadang, parent ambik home tuition semata-mata untuk menjaga anak-anak diorang jer. Bila aku datang mengajar kat rumah diorang,mulalah diorang pegi melilau sana sini...pegi Tesco lah, Giant lah...kuar makan lah...macam-macam. So, biarkan jer parent diorang nak pegi mana, yang penting payment mesti kena dapat...

Macam mana nak dapatkan student untuk home tuition? Ada dua cara...Cara pertama paling senang, daftar jer dengan mana-mana laman web, google jer...bersepah-sepah kuar nanti...Tapi senang daftar jela, nak dapat student lambat. Cara yang kedua, kena promosi diri sendiri. Cara kedua ni susah sikit, tapi paling berkesan. Cara kedua ni lebih kepada marketing jugaklah. Walaupun aku bukan budak marketing, tapi Alhamdulillah...dapat hasil jugak cara aku praktikkan nie. Modal? Baget dalam RM100 jer, tak perlu lebih-lebih. Ok, ni cara-cara mudah nak marketing...cewahh...

  1. Buka microsoft word, wat design macam kat atas untuk A4 size. Lagi cantik, lagi bagus. Pastu, bawak pegi kedai, photostat banyak-banyak, contohnya 1000 keping. Kos = 1000 keping x 0.02 sen = RM 20. Pastu mintak diorang potong tengah untuk jadi A5 size. Bila dah potong tengah jadi A5 size, korang akan dapat 2000 keping untuk diedarkan.
  2. Dari 2000 keping tu, ambik 500 keping dan edarkan kat depan sekolah semasa budak-budak balik sekolah. Nak pesan sikit, masa nak mengedar tu, kena buat hati kering sikit. Maklumlah...nanti masa edar, boleh nampak, ada yang buang kertas tu dalam longkang, ada yang pijak-pijak, tapi ada jugak yang ambil bawak balik dan tunjukkan kepada ibu dan ayah...perrhh, ayat skema pulak...buat tak reti jer...Kos? Free jer...maybe kena spend untuk beli air jela kot, panas beb wat keje tengahari nie...
  3. Ada baki lagi 1500 keping kan. Ambik lagi 500 keping, pegi cari brother-brother yang dok edar surat khabar. Kat mana nak cari? Senang jer...pegi mana-mana kedai yang jual surat khabar, tanya saper distributer. Nanti tuan kedai tu akan bagitau saper, dah tau sape pegi cari dia. Jangan malu-malu, nak duit tak?hehe...Dah jumpe, cakap nak mintak diorang masukkan 500 keping pamplet korang tu dalam paper diorang. Jangan ambik hari lain, ambik hari Sabtu or Ahad sahaja. Sebabnya, selalu hari minggu parent akan beli paper. Kos? Tak mahal pun, plus minus dalam RM 20 jer.
  4. Ada lagi baki 1000 keping, so apa nak buat? Baki yang seribu keping nie, edar secara manual. Nak diingatkan, buat waktu pagi, sejuk sikit. Pergi mana-mana kawasan or taman perumahan yang kaya raya, park la keta kat mana-mana, pastu jalan setiap buah rumah. Letak la dalam mail box or selit celah pintu pagar ker...jangan risau, tak ada orang nak halau pun kalau buat macam nie. Tak sampai 5 saat pun pegi setiap umah. Janganla abiskan 1000 keping tu sehari, banyak tu, bahagila untuk rini and esok or lusa ker...malas?sambung pulak minggu depan... Bukannya ada orang nak marah, untuk diri sendiri kan, suka hati la bila-bila pun...
So, tolak pi tolak mai, sudah habis edar 2000 keping pamplet tu...Jangan lupa bersyukur. Dah usaha kan, now tawakal jela tunggu kol dari parent. Kalau ikut logik, dari 2000 keping tu, amik 1% sahaja yang nak buat home tuition, berapa student dapat?

Student = 2000 keping x 1% = 20 orang

Nampak...lepas kira, dalam 20 orang student yang nak buat home tuition. Dari contoh yang dikira kat atas, 5 orang jer pun dah boleh dapat RM1200 / sebulan. Kalau dah 20 orang, tepuk dada tanya selera la...

--------------------------------------------

Alhamdulillah...ni la sedikit sebanyak dari pengalaman sendiri dalam nak dapatkan extra income setiap bulan. Maklumlah, now taraf hidup makin meningkat, kenalah keje lebih. Tak lama pun, spend dalam 2 jam jer sehari, tu pun dari hari Isnin sampai Jumaat jer, hujung minggu enjoy...Aku lebih suka buat kerja macam ini dari wat keje lain macam bisnes internet ker...apa-apa skim ker...sebab yang lain-lain cara nak dapat duit tu tak nampak or tak jelas. Dengan buat cara macam ni, aku boleh nampak jelas...yela, diri sendiri pegi umah orang ngaja tuition, jumpa student, ngajar kat tuition center, so semua jelas...just malas dan rajin jela,ahaha...

Roger and out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...