Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

Jalan-Jalan Borneo - Miri

Ni last chapter pasal Jalan-Jalan Borneo, penat tangan den menaip nie. Chaiyo!! Terlupa nak menyebut, kat Miri and Bintulu, agak susah sikit nak mencari kedai makan muslim. Kebanyakan mix, tapi susah-susah cari pun, ada jugak. Jangan malu-malu, dah datang tempat orang, kenala banyak bertanya...

Otw to hotel kitorang, banyak jupe view-view yang best. Pendapat aku la kan. Miri ni macam lagi maju dari Sibu and Bintulu.

Action je lebih, maklumla tilam best, ahaha..


 View Miri dari hotel kitorang. Dah nak malam dah pun...

Orang-orang kat sini agak friendly jugakla...bila tanya pasal tempat best-best, diorang cakap jer. langsung tak sombong. Macam biasa, bila datang area macan ni, kena sewa keta jugak. Ada keta sendiri, kita bebas untuk pergi ke mana-mana jua. Apatah lagi bagi kitorang yang ada fix activities, malam pegi cari makan and pastu cari tempat nak karok....

Ingat kat Bangi je ker ada SOHO, Miri pun ada jugak.

Lepas bertanya kepada kakitangan hotel, dia syorkan untuk pegi makan kat restaurant nie. Dengar nama menu pun dah terliur dah. Banyak juga menu, menarik pulak tue. Nama restaurant nie Restaurant D'Muara. Okla...lagipun hotel kitorang dekat dengan restoran nie and sebelah restoran ni ada sungai. Kalau datang Miri, tak singgah kedai makan nie, mesti rasa macam kurang menyengat jer..

Nama menu ni Lelapan. Ada 8 jenis decoration dalam menu ni, so dat's why nama menu nie lelapan kot..

Sambal belacan kat tengah tu yang paling best dalam menu lelapan nie. Perrhh...tatau la diorang buat macam mana, tapi memang sedap beb. Ni restoran muslim yer, so tak perlu risau pasal makanan.

Cantik kan panorerama waktu-waktu senja macam nie...

Before berangkat pulang ke desa, kenala pegi pusing-pusing beli pape yang patut. Lepas survey-survey and baca blog semua, banyak orang cakap terubuk masin kat Miri antara yang The Best. So, kenala beli bawak balik...

Laa...senang je rupanya nak dapatkan terubuk masin kat area Miri nie, dekat market pun ada jual. Tengok brother tu tengah sibuk nak wat terubuk masin, nampak macam senang jer, nak masin lagi, letak garam jela kan...pastu, maybe kena peram la kot supaya kemasinan garam tu meresap sampai ke dalam isi terubuk nie.

Pilih jangan tak pilih, macam-macam ada...

Harga macam mana? Ok la, tak mahal sangat, Harga ikut size sebenarnya, ada 3 ekor RM10, macam kat atas, 2 ekor RM 10, nak yang besar lagi pun ada. Tapi jangan tamak, beli ikut kemampuan. Mana tau, beli banyak-banyak, bila makan tak abis, membazir pulak buang. Ingat, ni ikan masin, bila makan dengan nasi, makan sikit-sikit jer, mana ada orang makan macam ikan goreng biasa, mau kena darah tinggi nanti...

Selepas puas pusing-pusing dalam market ni, so terpaksa la mengundur diri. Lambat-lambat undur kang kena tinggal pulak dengan flight. Kalau boleh naek bas balik semenanjung ni, takpela jugak...

Roger and out!

Jalan-Jalan Borneo - Bintulu

Semangat nak menulis nie. Idea? tak perlu idea-idea, taip jer pape yang patut, ahahah...Dekat Bintulu and Miri, sini hotel agak mahal sikit. Sebabnyer, dekat sini glamor dengan orang minyak...jangan salah faham, bukan orang minyak yang kaler itam tue, tapi geng-geng Oil and Gas. Tahula kan, saper-saper keje dengan O & G, gaji mesti berkepuk-kepuk. Kalau nak tau, hotel memang banyak gile, tapi jangan terkejut, banyak-banyak pun, bila walk-in, memang susah nak cari yang available. Naper? Haa..Sarawak ni ada macam-macam perayaan, macam-macam sambutan diorang sambut. Jadi kalau penuh tu mesti ada paper sambutan dekat area sini. Selepas menapak beberapa hotel yang kebanyakan dah penuh, terjumpala dengan hotel Jin Pegang...

  
Airport Bintulu...Jalan lupa sewa keter yer...

Ni la hotel yang aku cakap tadi, hotel Jin Pegang. Tapi dalam best giler beb, macam 5 Star hotel pulak rasa...

Aku bersama kembar-kembar ku...cantik kan bilik nie, harga dalam RM170/night. Murah lagi coz baru bukak...

View Bintulu dari hotel kitorang. Sebahagian jer nie, Bintulu ni agak besar jugak. Kebanyakan bangunan yang tinggi adalah hotel sebenarnya.

Menikmati panorama di waktu petang. Sini ada track untuk saper-saper nak berjoging ker...bersukan ker...tempat nak melepak pun ada, cool jer...


Sebenarnya aku dipaksa datang ke sini oleh member aku tu, maklumlah dia tak puas hati sebab asyik kalah jer main PS. Nak memujuk punya pasal, layan jelah. Hari pun dah nak malam, balik mandi and pastu kuar makan and pastu pulak pegi karok...Zass untuk Bintulu!

Jalan-Jalan Borneo - Sibu

Alhamdulillah...masuk post pasal Sarawakian pulak. Apa kata aku start dengan Sibu dulu, pastu Bintulu and last sekali Miri. Sonok sebenarnya dapat jalan-jalan tengok tempat orang, kenali budaya orang lain, tambah-tambah ada tempat makan yang best, macam dekat Penang, aku dah rasa Nasi Kandar Beratur and Nasi Kandar Kampung Melayu. Tetapi yang menjadi pilihan aku, Nasi Kandar Kg. Melayu jugak. Kalau pergi Penang, memang akan pegi tempat nie. Eh, terciter pasal Penang pulak, padahal nak citer pasal Sibu.


Saper-saper yang nak pegi Sibu, mai masuk mai...

Dah nak turun dah...
Lepas letak barang-barang dekat hotel, kitorang terus bergerak. Tak tau nak pergi mana sebenarnya, pusing-pusing kawasan sekitar jer tengk suasana sini.

 
Ni la suasana kat Pekan Sibu. Hmm...lebih kurang macam kat Kangar jer...

Pekan Sibu terletak dekat jugak degan sungai. Tak ingat pulak nama sungai ni, kalau datang sini, location sebelah town aje. Pastu akan nampak banyak bot-bot, ada bot nelayan, ada bot untuk ke kawasan pendalaman, macam-macam lagi la.


Arca berkuda ni terletak dekat area town. Kat tempat nie, ada padang yang luas, ada track untuk jogging, and tempat bersukan. Apsal skema semacam jer ayat aku nih?hm~...


Bukan setakat kuda and itik jer, macam-macam lagi ada...


Off dari kawasan arca-arca tu, sambil-sambil pusing tatau nak pegi mana, terjumpa dengan night market kat sini. Selepas bertanya dan kaji selidik, mostly muslim jarang lepak sini coz ada beberapa kedai yang jual tuttt**, so sekadar cuci mata jela...


Yeahh...macam biasa, lepas tanya sana sini, diorang syorkan makan kat tempat ni best. Lupa pulak nama kedai apa, tapi tepi jalan jer. Macam mana nak tau tempat makan ni best, bila datang sini, tengok parking dah tau dah, penuh beb! So, memang sahla tempat nie best. Udang sotong tak yah cakap la. Yang aku nak tekan kan kat sini ikan terubuk goreng tu, memang sedap. Terubuk tu, tulang bersepah-sepah...tapi bila diorang goreng rangup macam tu, makan terus jer semua tulang-tulang, langsung tak terasa. Air pulak aku balun ayaq nyoq ler...Lepas settle makan semua, terus shoot ke karaoke, hahaha...


Bila sampai hotel lepas karok, bukannya nak tido lagi. Sambung pulang perjuagan berdarah dengan member aku, kononnya nak balas  dendam ler  tuh. Enjoy beb! Zasss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...