Thursday 30 August 2012

Hujan emas di negeri owang...hujan batu di negeri sendiri - Part 1

Bak kata pepatah,

"Hujan emas di negeri owang, hujan batu di negeri sendiri..."

Kalau korang nak tau, kampung aku memang pernah di landa HUJAN BATU satu ketika dulu. Aku pun dah lupa tahun bila, tapi time tu, aku masih lagi dekat sekolah rendah. Kalau itut ikut sifat kimia hujan batu nih, molekul-molekul tersebut...opss, macam salah bab jer nih. Post aku kalini bukan nak citer pasal hujan batu, tapi saja nak berkongsi sikit-sikit pasal aktiviti aku masa balik raya ritu. Tapi tajuk macam takder kena mengena kan, muahaha...

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 6 jam perjalanan, aku and wife aku selamat sampai ke kampung halaman. Nak buat 4 jam pun boleh, tapi takut-takut nanti aku beraya dekat spital je lah. Biar lambat, asal selamat kan! Aku balik hari khamis, sempatlah berbuka puasa and sahur bersama-sama dengan family tercinta. Tengok mak and abah aku yang semakin tua, hm...terasa perasaan menusuk kalbu. Tapi syukurlah, diorang masih sihat and kuat. Dalam dok pi mai pi mai dekat area dapur rumah aku tu, aku terperasan sejenis sayur yang menjadi pujaan ramai nih, banyak giler dekat dapur mak aku. Aku ada tanya mak aku, saper yang baik hati sangat sedekah banyak-banyak nih? Pastu mak aku jawab, takder saper-saper yang bagi pun, ambik dekat pokok kita depan rumah tu. 

inilah dia sayurnya...nama manja ialah petai


Menurut mak abah aku, kebetulan tahun nih pokok petai ni menjadi. Lebat betul aku tengok...Aku bukan penggemar petai, tapi kalau menu berkaitan sambal petai, berpinggan pinggan jugaklah aku tambah. Inilah keistimewaan orang kampung, kebanyakan sayur apapun, diorang suka makan mentah. Kalau makan macam tu aje memang lah tak sedap. Tapi kalau dimakan macam nih...


Barrack Obama pun tambah 2,3 pinggan...Percaya atau tidak, sambal belacan tu sesuai hampir untuk semua jenis sayur. Nak sedap lagi?? Bolehhh...no hal punya. 


Kalau buah nih di potong and di perah-perah dekat sambal belacan tu, nasi pulak tengah panas-panas lagi, tak payah bagi lauk hebat-hebat, bagi ikan masin jer cukup...gulp!!tepuk dada, tanya selera...

Jadi, apa lagi...memandangkan hero sudah balik kampung, tugas memetik buah petai diserahkan sepenuhnya dekat aku. Petang-petangnya, aku habiskan masa dengan round-round kampung, tengok keadaan sekeliling, and dengan kesempatan tu jugak, aku singgah kejap di office tempat mak abah aku kerja.


Dengan citer dari parent aku, dah banyak hari jugaklah diorang ponteng kerja, amboi...makin malas pulak yer. Rupa-rupanya, tak dapat datang sebab asyik hujan jer kebelakangan nih...Ye, inilah office tempat mak abah aku kerja. Satu ketika dulu, kalau hujan jer, mesti diorang susah hati giler. Maklumlah, budget aku and adik beradik pergi sekolah, makan minum hari-hari, datangnyer dari hasil pokok nih lah. Sekarang, relax jer aku tengok. Pakai astro beyond pulak tu dekat rumah. hm~...


Banyak gile kenangan aku dekat sini. Cari cacing untuk dijadikan umpan memancing, buat perangkap burung puyuh, cari biji getah untuk dijadikan kalkulator, main sembunyi-sembunyi, macam-macam lagilah. Tapi kenangan paling best aku dengan pokok getah nih, pergi mengaji waktu malam. Aku taktau lah, kadang-kadang terfikir jugak, adakah parent aku sengaja buat macam ini untuk buat aku jadi lebih berani, or diorang sengaja nak kenakan aku. 

Bayangkan, bersebelahan dengan taman perumahan aku, ada jugak kebun getah, tapi kepunyaan orang lainlah. Setiap malam, aku and adik beradik aku kena cross kebun getah tu (lebih kurang macam kat atas lah) semata-mata kena pergi mengaji waktu malam. Sebelah sinun kebun getah tu ada rumah tok guru ajar mengaji. Masa pergi ok, boleh tahan lagi sebab gerak dalam pukul7 macam tu. Masa balik yang tak tahan tu, abis mengaji dalam pukul9 malam. Abah aku memang takkan jemputlah. Dengan gelap giler, pakai lampu picit jer. Masuk jer dalam kebun getah nih, tak sampai 10 langkah, terus lari macam orang giler. Pastu dari jauh, aku and adik-adikku jerit, "makk...bukak pintu!!" Tak kurang dari 10 kali kot, suspen beb...Sebab tu, setakat citer Ju-on, tak heran pun aku tengok. Langsung tak takut, cewahh...Bila malam jumaat jer, kawan aku, Kori yang baru kahwin tu, apa lagi, jadi modal dialah nak takutkan aku. Masa tu, jeles betul aku dengan si kori tu, rumah dia dalam 20 langkah jer dari rumah tok guru kitorang mengaji tu. ciss!! Masuk jer form 1, dah tak kena pergi dah, sebabnya kena stay dekat asrama, yeay...

Lepas puas mengenang zaman silam, next  plan aku nak bawak wife aku tengok view seluruh kampung aku nih. Dah lama sebenarnya aku nak bawak dia, tapi tak berkesempatan. Disebabkan kalini balik kampung lama sikit dari tahun sebelum nih, jadi adalah banyak masa. Untuk citer pasal tu, aku akan post untuk next entry. 

Roger and out!

Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri




Salam to all...

Dikesempatan ni, aku and wife nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan seandainya ada tersalah or terkasar bahasa, mohon ampun dan maaf lah yer. Sambil-sambil tu, enjoylah video clip and pantun aku nih, hehe...

"Pergi ke kedai membeli roti,
 Tetiba tuan kedai tanya ang tak puasa ker...
Puasa dah abis jadi nak ucaplah Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki lah yer..."

Roger and out!

Wednesday 15 August 2012

Kuih raya buatan sendiri...

Jam 2 petang
Sedang aku berehat-rehat dekat rumah, wife aku tetiba call cakap nak buat kuih raya malam nanti. Aku pun...hah??bukan nak tunjuk jer ker?Wife aku cakap, teringin nak buat kuih raya, baru ada feel raya tu nanti. Kuih raya yang nak dibuat tu pun, yang simple-simple jer. Disebabkan wife aku teringin sangat nak buat, aku on je lah. Lagipun, aku pun dah mood raya jugak nih, hehe...

Jam 5 petang
Balik jer kerja, terus shoot pergi Maidin beli barang and bahan untuk buat kuih wife aku tu. Taktau lah apa jenis kuih yang wife aku nak buat malam nanti, tapi yang aku tau, tugas aku mesti dekat bahagian bakar angkat masuk kuar dari oven. Tak kan aku bahagian buat kuih pulak kan, tak ganas lah macam tu.

Jam 10 malam
Hoccay...selepas terawikh, maka, bermula lah aktiviti membuat kuih raya. Menurut wife aku, malam ni just nak buat satu jenis jer. Malam esok kalau rajin nak buat satu jenis lagi, tu pun kalau rajin...

antara bahan bahan yang dibeli. nampak tak, free 25g tuu...

Kuih yang akan dibuat malam ni adalah Cornflakes Madu. Aku taktau apa bahan-bahan dia sebab macam aku cakap siang tadi, tugas aku adalah memastikan oven panas pada suhu yang sepatutnya. Hah...nak resepi? Google jer, bersepah-sepah kuar resepi nanti...


Disamping tugas aku mengawal selia pasal oven, aku jugak ada tugas sampingan iaitu memastikan si bulat and si nyer nih tidak menimbulkan kekacauan yang serius. Tengok muka macam baik-baik jer, tapi hakikatnya buas tahap gaban. Pantang tengok tali or benda bergolek, nanti mereka akan bersorak meow meow disebabkan keriangan berganda, hmm~...

tadaa...!!

Ni batch pertama. Lepas jer masak, test dulu, manatau ada terkurang or terlebih ker...Lagi sekali, job load aku bertambah, jadi Quality Officer pulak...lepas dijamin quality, baru batch seterusnya and seterusnya dimasuk kat dalam oven. Dekat tengah malam, baru aktiviti buat kuih ni siap sepenuhnya. Dapatlah dalam 2 balang gitu...cukuplah kan, sonok-sonok jer :)

Jam 12.30 malam
Menyiapkan post pasal "Kuih raya buatan sendiri"...

Roger and out!

Monday 13 August 2012

Mission: Mencari Persiapan Raya

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Cepat-cepat kira, tinggal berapa hari aje lagi nak sampai hari raya? Persiapan raya korang dah siap semua? Aku punya last weekend boleh dikatakan dah settle lah. Seronok dan penat! Maklumlah...Shah Alam - Kajang - Bangi - Cyberjaya...

Hari Sabtu
Nak dijadikan citer, pada mulanya aku plan nak pergi mencari baju raya dekat area Masjid India or Sogo or Jalan TAR camtu jer. Before pergi, aku roger member-member aku, tanya ada saper-saper masuk KL ker rini. Kebetulan, ada 2,3 kerat yang memang plan macam aku jugak, just diorang awal-awal lagi dah gerak masuk KL. Maklumat yang aku dapat, memang JAM tahap gaban. Tu baru jalan nak masuk KL, belum keadaan dekat area Jalan TAR tu lagi. Hah...sudah, macam mana nak pergi nih? Pilihan aku, samada naik LRT or merempit naik moto. Lepas fikir masak-masak sampai dah berlemak pong, aku pun decide nak pergi cari dekat Shah Alam jer, area PKNS camtu. Aku pun roger member aku yang dok Shah Alam. Jawapan yang aku dapat, "ok kot...semalam aku pergi ok jer". Betul-betul tak meyakinkan langsung, yang dia pergi tu semalam, aku pulak nak pergi rini, adoyai...

Try and error jelah. Aku pun bergerak menuju ke Shah Alam. On the way tu, aku asyik dengar radio jer, manatau tetiba kuar info pasal keadaan dekat PKNS tu ker. Bila aku sampai jalan nak ke PKNS, Alhamdulillah...jalan tak jam sangat, just parking jer penuh. Ramai parking tepi jalan jer, termasuklah aku, hehe...

tips untuk shopping: make sure dah kuarkan duit awal-awal lagi, jangan dekat sini baru nak buat. tak pasal-pasal kena beratur panjang semata-mata untuk keluarkan duit dari atm.

keadaan dalam PKNS, penuh dengan homo sapiens

blink-blink! RM150 jer sepasang...

Dekat dalam SACC, kalau dah penat berjalan, rehat jer dekat sini sambil tengok persembahan

Lepas PKNS and SACC, Plaza Alam Sentral pulak dahh...


Sehari suntuk aku dengan wife aku dekat sini. Lepas penat survey dekat PKNS, masuk pulak ke SACC. Rasa macam takde yang menarik, keluar balik masuk PKNS. Bila masuk PKNS, rasa macam mahal la pulak. Pergi Plaza Alam Sentral pulak survey paper yang patut. Lepas penat menelaah hampir semua baju-baju dekat area sini, akhirnya terjumpa jugak yang berkenan di hati. Rege pun boleh tahan. Aku angkat 2 pasang + sampin + songkok. Wife aku pulak just angkat sepasang jer, dia cakap, takde sangat yang berkenan. Kalau berkenan pun, rege mahal giler. Lepas dah dapat baju raya, sampin raya and songkok raya, nak cari pulak kasut raya. Tak sempat nak survey sepenuhnya, sebab nak kejar masa balik berbuka dekat rumah. 

Tamat sudah episod penuh drama hari Sabtu, uhuks~..

Hari Ahad
Wife aku cakap, baju raya yang dia beli semalam dekat Plaza Alam Sentral tu untuk hari raya ke-2. Untuk hari raya pertama, ketiga, keempat, belum ada lagi. Aku pun hah??!! Bagi memenuhi impian wife aku dengan baju raya dia and aku pun nak cari jugak kasut raya, dalam kul10 pagi camtu dah gerak ke Metro Kajang. Plan harini just nak survey area Kajang and Bangi jer...

Dalam Metro Kajang...banyak jugak yang menarik, just wife aku jer memilih sangat...


Tengah dok survey, tetiba terjumpa dengan kedai ni. Butik De' Alfa ni ada 2, satu tingkat bawah and yang kitorang masuk ni tingkat 1. Bagi yang belum beli baju raya or yang nak menambah koleksi baju raya, aku SYORKAN butik ni. Tapi, kena beli waktu "HAPPY HOUR".


Kenapa perlu beli waktu Happy Hour? Sebabnya, masa nilah rege baju turun murah giler. Dekat dalam butik ni ada 3 kaler penanda harga, putih, hijau and oren. Bagi penanda harga kaler putih, semua baju dalam RM89. Untuk hijau, RM119 and untuk oren RM189. Masa Happy Hour, untuk penanda harga kaler putih, butik ni offer 4 pasang RM100 jer. Untuk penanda harga hijau, buy 1 free 1 and untuk penanda harga kaler oren, harga turun RM100 sepasang. Happy hour diorang bagi sejam sahaja. Nasib baik betullah wife aku nih, kebetulan masa kitorang lalu depan butik nih, diorang tengah announce offer ni. Apa lagi wife aku, mata terus blink-blink lah...Design pun kebanyakan boleh tahan. Tengah dok pegang semua baju yang wife aku nak try, nak jer aku tanya, ni nak beli baju raya untuk sebulan ker? Belum sempat aku tanya, wife aku dah jawab, kalau tak pakai masa raya pun, boleh pakai pergi office...

Lepas puas try semua baju yang menjadi idaman hati, akhirnya, wife aku pilih sepasang baju dari penanda oren and 2 pasang dari penanda hijau. Lepas tu, pergi cari pulak kasut raya. Nak beli sandal jer pun, tapi takda pulak yang berkenan di hati. Lepas Metro Kajang, pergi pulak PKNS Bangi, sama jer, takder jugak. Lepas tu, pergi Warta pulak. hmm...kecewa lagik. Last-last aku angkatlah butang baju rege RM10 sekotak. Tetiba wife aku cakap, nak tempah spek mata barulah. Kononnya, spek mata yang tengah pakai ni dah tak best. Yelah tu, mentang-mentang nak raya, semua nak baru, hm~...Esok lusa, maybe aku pergi cari dekat Alamanda or Mines or Jusco Cheras Selatan, tu pun kalau rajin. Harap-harap jumpalah sandal raya ku, huhu...

Belum sempat melepas batuk di tangga, nak kena pergi Cyberjaya pulak sebab ada Iftar bersama-sama sahabat handai dekat Nasi Arab Saba Restaurant. Harga buffet dalam RM35/pax. Semua menu adalah makanan arab, kambing, ayam, daging, kebab, macam-macam lagi, memang puas hati lah.


Setelah aku buat kajian dan analysis, nampak gaya, persiapan raya aku hanya settle dalam 90% jer sebab kasut raya takde lagi. Takper, masih ada seminggu sebelum hari raya kan...Jadi, tamatlah sudah episod penuh drama hari Ahad. ~ Selamat, hari raya..hari untuk...~ aii, tak sabar rasa :)

Roger and out!


Tuesday 7 August 2012

Citer pasal arnab

Hujung minggu lepas, aku dengan wife aku membuat aktiviti berjalan-jalan ke rumah sedara mara. Yer aku tahu, raya lambat lagi, sajer nak berlatih dulu, nanti bila time raya, senang sikit nak praktikkan. Punyalah rajin, pergi sebuah rumah jer, tu pun rumah kakak ipar aku yang sulung. Plan asal, nak jalan-jalan singgah ke semua rumah kakak ipar aku, tapi last-last minit tukar pulak. Bukan malas, cuma sifat rajin tu tetiba jadi kurang. Yela, rumah masing-masing bukannya dekat. Perbualan dimulakan dengan dok menyembang pasal baju raya, pasal beli mercun, pastu pulak pasal raya tahun ini nak balik sebelah mana, bla..bla...bla...tengok-tengok jam, laa...awal lagi nak tunggu buka puasa sama-sama. Pastu decide nak pergi Alamanda cari barang-barang paper yang patut.

Kebetulan masa nak balik, tetiba anak buah aku cakap, "pak cik, kitorang ada bela arnab dekat belakang rumah. comeeelll...". Nak suruh aku pergi tengoklah tu. Aku pun tanya balik dengan diorang, "ummi tak marah ker korang bela arnab nih?" Bukan apa, confius jugak aku, selama nih tak pernah bela binatang pun. "Ummi tak marah pun, ummi yang beli arnab ni suruh kitorang jaga. Lepas tu, ayah yang buat sangkar". Wife aku pantang tengok binatang yang comel, mulalah...alaaa, comelnya! Laa...tadi cakap nak pergi Alamanda, tersangkut dekat sini pulak.

comel tak? macam kambing pun ada aku tengok.


Berbanding dengan kucing, arnab lagi senang nak jaga. Anak buah aku cakap manja, siap bagi nama lagi. Tapi tula, 10 kali panggil nama pun tak datang-datang lagi. Manja kucing lain, kalau panggil datang, pastu dengarlah bunyi meow...meow...Tetiba aku teringat Shidah pernah cakap, ada arnab golek dekat param putrajaya, hmm...Bukan apa, aku tak pernah makan arnab, taktau rasa macam mana. Saja nak try test, hehe...

cuba teka, siapa saya?

Semua arnab yang anak buah aku bela, kecik-kecik lagi. Masa nak balik, aku saja pura-pura nak ambik sekor nak bawak balik, amboi...siap nak nangis lagi tu, hehe...sukalah mengusik budak-budak. 

Lepas pergi param Putrajaya petangnyer, aku kecewa sikit. Bukan apa, dah berapa kali aku tawaf param ni, tak jumpa-jumpa jugak dengan arnab golek. Maybe takde rezeki kot...Next time, aku nak try cari lagi. Mudah-mudahan jumpalah...Ayam golek selalu sangat, sampai tengok pun dah rasa bosan nak beli.

Untuk iftar petang nanti, takde idea lagi. Rasa-rasa macam nak pekena steambot jer. Tengoklah macam mana...

Roger and out!


Friday 3 August 2012

Iftar @Dewan Banquet UPM

Salam to all

Semalam aku and ahli jemaah yang lain seramai 7 orang, telah berpusu-pusu datang untuk berbuka posa dekat tempat nih. Memandangkan kul6.30 baru gerak, jalan pun ok jer, taklah jam teruk. Maybe sebab semua orang dah balik masa kul4.30 kot...kot yelah aku pun. Macam aku post sebelum nih, rege yang aku dapat untuk berbuka posa di Semanis Aroma Buffer Ramadhan adalah diskaun 50% untuk 5 orang, lagi 2 orang member aku kena bayar full RM49.50. Nanti aku discuss dalam sikt pasal rege nih.

Masuk jer ke kawasan UPM, bersepah-sepah banner pasal buffet nih and banyak signboard, jadi bagi saper-saper yang tak biasa kawasan UPM, memang takkan sesat lah. 


Nampak rege kat atas tu? Kitorang dah plan, even 5 orang dapat diskaun 50% and lagi 2 orang kena bayar full, macam tak adil kan, jadi kitorang just ambik total rege kena bayar and bahagi 7 orang. So, masing-masing kena bayar dalam RM31.90 jer. Win-win situation, semua orang dapat jimat kan :) Compare dengan rege hasal, save dalam RM17.60...banyak tu! Dalam iklan diorang, ada lebih 200 jenis menu yang dihidangkan, jadi aku dengan sedaya upaya gigih snap pic hampir semua menu tu. huhu...gigihnya aku!!

Kambing bakar

Ikan pari bakar

 Daging salai

Sosej yang dimasak beramai-ramai

Sotong bakar + daging kambing + sosej + etc...penuh pinggan

Macam-macam jenis air ada, tapi paling dekat dengan meja kitorang oren and sirap, so balun lah air tu dulu.

saper tak kenal menu apa nih memang kena ketuk kepala la ni...

kepelbagaian buah-buahan tropika dan sewaktu dengannya.

hmm...ABC!

Ada 3 jenis sup dekat sini, sup kambing, sup tulang, lagi satu aku terlupa sup apa.

aneka ramai kuih muih

yang ni puding kan?

macam-macam menu ada kat sini, aku pulak buta nama, tau makan jer...ish-ish!!

menu omputih...apa dia adik-adik?salah...ini bukan rojak...

Roti canai, murtabak, roti john...ayam daging semua ada.

tudiaa...wuhaii!!

Ikan bakar


sudah-sudah!Memang banyak menu yang dihidangkan...ni belum termasuk lauk pauk masakan padang, macam masak lemak udang, ayam goreng, sambal daging, kari sotong, macam lagi lah...pastu ada pulak berbagai jenis bubur untuk desert, mee kari, laksa, rojak buah-buahan...pisang and cempedak goreng pun ada...


Besar kan tempat nih...nama pun dewan...Kebetulan, masa aku and the gang datang, ada orang buat berbuka puasa bersama anak-anak yatim, jadi ramailah orang sikit. Kalau korang nak datang, masa nak tempah tu, tanya sekali ada majlis paper ker untuk date korang pilih tu? Bukan apa, sesetengah orang, tak suka tempat crowded. Macam aku tak kisah, yang penting boleh makan, muahaha...

sebelum

selepas

Lagi satu, bila sampai jer, lepas buat bayaran and dapat tempat duduk, toksah nak tunggu-tunggu tengok orang lain. Terus jer ambik pinggan and pergi ambik makanan. Nanti tak pasal-pasal kena beratur. Sebabnya, ni berlaku dekat meja sebelah tempat kitorang. Sampai jer, terus kitorang pergi attack kambing bakar dulu, pastu shoot menu lain pulak. Lepas dah puas hati, baru duduk tunggu waktu berbuka. Dah bayar kan...

Surau pun ada and memang besar. Makan jap, berhenti solat dulu, pastu boleh sambung balik. Tempat ni buka sampai kul10 malam. Oklah makan sini, memang puas hati...

Roger and out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...