Thursday 30 October 2014

Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, Kuala Selangor

Pada suatu hari, kejadian mencendol bakar di Kg. Assam Jawa di wilayah Kuala Selangor terjadi selepas pemergian aku and the geng ke kenduri kahwin yang terletak di Sabak Bernam seadanya. Pada mulanya, jalan yang aku lalui adalah berlainan sekali, kerana kami mengikuti highway Guthrie dan selepas tu masuk ke highway Utara-Selatan, dan kemudia exit di mana taktau sebab memang fully depends dekat Waze application. Aku yang merangkap pemandu utama, berlagak pandai kekononnya jalan yang dilalui tersebut adalah bertepatan sekali. Perjalanan mengambil masa agak lama untuk sampai ke Sabak Bernam, nasib baiklah bekalan yang dibawa seperti jajan, sandwich, buns serta kacang parang mampu melegakan kelaparan yang melanda diri. Hampir 3 jam, kami tiba ke destinasi kenduri kahwin dengan jayanya. Apabila hendak pulang, kami beramai-ramai bersetuju untuk tidak menggunakan laluan yang sama, dan memilih laluan lain untuk pulang ke KL. Kali ini aku tidak menggunakan khidmat Waze application, tetapi cukup sekadar berpandukan papan tanda di tepi jalan.

Dalam sejam perjalanan, aku dapat rasakan sama jer jarak perjalanan sewaktu datang awal tadi, nasi kenduri yang dijamah tadi telah mula meninggalkan kesan. Hatta, perut pun kembali menyanyikan lagu kelaparan diiringi mata yang mula layu di tasik madu. Keberhentian aku untuk mengisi minyak kereta Ron95 yang kini telah dinaikkan harga kepada Rm2.30 seliter di Shell, mampu memberikan sedikit ruang untuk ke toilet dan sebagainya. Selesai mengisi minyak kereta, salah seorang kawan aku memberikan pendapat untuk singgah di Cendol Bakar Kg. Assam Jawa. Kata beliau, glamor cendol bakar tersebut dan kedudukannya betul-betul di pinggiran jalan sahaja. Tampak sinar cahaya di situ, aku pun memandu ke desinasi yang telah dicadangkan.


Setelah sampai di tempat kejadian, kami bercadang untuk menikmati cendol bakar di sini sahaja, sesambil tu boleh pekena menu yang lain. Akan tetapi terdapat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di mana Aimi yang dari awal berkelakuan baik, secara senyum dan tawanya telah memberakkan diri di atas auntie Linda. Disebabkan plan sedikit tergendala, dan pilihan yang ada adalah dengan membeli melalui drive thru.


Ermm...harga pun boleh tahan, so kitorang pun memulakan order and aku memilih Cendol Tapai. Manakala Cendol Durian and Cendol Pulut menjadi pilihan wife aku and yang lain-lain. Dari pemerhatian aku, operasi cendol bakar di sini sungguh tersusun, sebabnya tugas untuk membuat cendol sudah dibahagikan untuk yang drive-thru and makan di situ. Sekajap jer cendol-cendol yang diorder telah diterima.


Selesai shopping cendol di sini, aku cepat-cepat belah nak cari tempat untuk basuh Aimi. Tak jauh dari Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, terdapat sebuah R & R and aku lupa nama apa. Kitorang berhenti di sini untuk solat, and menikmati cendol bakar.


Cendol Tapai yang aku order boleh tahan sedapnya. Tapi Cendol Durian yang wife aku order lebih sedap dan lazat. Sangat recommended! Sekian dulu coretan aku mengenai Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, harga boleh tahan, sedap pun sedap, portion pun banyak.

Yeay...berjaya juga aku siapkan entry ni, 3 hari ambik masa, not bad. Lama sangat tak menulis, camnilah jadinya. Wokeylah, till next time, wassalam :)



Saturday 11 October 2014

Rely On Me !



Sometimes on her birthday...


And these are tall tale signs
That shows your are mine
It's how your body translates to me...

I wanna be the one that you can rely on
And give you everything
Give you everything
You need to set you free...


And these are tall tale signs
That shows your are mine
It's how your body translates to me...

I wanna be the one that you can rely on
And give you everything
Give you everything
You need to set you free...


I wanna be the one that you can rely on
And give you everything
Give you everything
You need to set you free...


----------------------------------------------------------------

Entry muntah darah ni ditujukan khas kepada isteri terchenta yang mana hari ini merupakan hari istimewa untuk kami sekeluarga. Dah alang-alang si dia asyik tanya aku bila nak hupdate blog, so tadaa...dah siap pong! Aku tau, saban tahun si dia mesti wish satu perkara ni and Alhamdulillah tahun ni Allah dah makbulkan doanya dengan mengurniakan kehadiran ahli baru iaitu Aimi. Si dia happy aku pun happy jugak. Betul cakap orang tua-tua, bila umur dah masuk angka tiga, baru life mula stabil sikit. Macam-macam dugaan before ni, but kitorang berjaya tangani dengan cemerlang dan terbilang, pengalaman yang penting sebenarnya. Bak kata pepatah, "the farther backward we can look, the farther forward we can see" - Winston Churchill.

Kepada mika-mika yang hantar email request itinerary korea and japan, sebahagiannya aku dah balas. Insyaallah hujung minggu ni aku akan cuba settlekan yang sebahagian lagi. Bizi sikit beb, Aimi la ni dah pandai demand, nak kena layan memanjang, tinggal je kejap mesti nangis. Wokeylah, sampai sini je dulu, sebelum aku akhiri entry ni, sekali lagi wishing si dia A Very Happy Birthday and May Allah Bless Us All...

Wassalam.


 


Tuesday 2 September 2014

Terima Kasih DiGi ^_^

Kehadapan sahabat-sahabat yang dirindui 200%...tatkala warkah ini ditulis, aku telah pun berada diatas katil ready untuk melabuhkan mata yang telah seharian penat melihat keindahan dunia yang tidak kekal ini. Usahlah ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana...kerna, segala persoalan tersebut tidak mampu ku jawabnya, apatah lagi jika ditanya bila dan di mana... Izinkan mata ini menutup untuk seketika sahabat-sahabatku, biarlah dia berehat sebentar, kerana sat lagi, dalam pukul 3 pagi macam tu, Aimi akan bangun disusuli dengan tangisan dan senyuman. Walaupun ibunya cakap takper, ok jer dia bangun susukan Aimi sorang-sorang, but diatas keprihatinan bapanya yang berjiwa suci, bangunlah jugak temankan sambil-sambil bancuhkan milo dan sebagainya, hehe... Pelik je rasa sebab lama dah tak menulis.


Hikayat mengenai cerita ini bermula, apabila aku ternampak iklan mengenai peraduan ini di laman sesawang DiGi. Setelah beberapa kali aku belek dan membelek, akhirnya aku pun decide untuk menyertai jugak disebabkan peraduan ini agak mudah and aku pun memang pelanggan DiGi. Bermodalkan saki baki credit dalam akaun DiGi, aku pun mula menghantar SMS seperti yang diminta. Leka melayan SMS dari DiGi, bila dicheck baki, banyak jugak yang telah aku habiskan. Tanggal 5 Ogos 2014 jam lebih kurang pukul 4 petang gitu, aku menerima panggilan dari pihak DiGi. Jeng...jeng...jeng... Tujuan panggilan ini dibuat untuk memberikan aku 3 soalan, and sekiranya aku dapat menjawab semua, maka aku bakal dinobatkan sebagai pemenang. Alhamdulillah...ketiga-tiga soklan yang tanya, aku dapat menjawab semuanya and suspennya, aku merupakan pemenang yang terakhir. Tak kisahlah, yang penting menang. Orang tua-tua cakap, rezeki anak, hehe... So, 22 hb ritu DiGi menghantar SMS untuk mengconfirm kehadiran bagi majlis penyampaian hadiah, yeay... Tempatnya adalah The Duchess Place, Kuala Lumpur bertarikh 27 Ogos 2014.


Punyalah semangat, macam biasalah aku antara orang yang terawal sampai. Kalini aku pergi bersendirian tanpa ditemani isteri serta anak tercinta. Selepas meregisterkan diri, aku dibawa ke meja dan dilayan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tema majlis ini hari raya and celebriti utama adalah Ustaz Don. Okaylah kan, berkat lah sikit majlis.


Masa yang terluang, aku habiskan dengan mengangkut makanan ke meja serta mengambil gambar sekitar suasana majlis ini. Seronok pulak dengar ceramah Ustaz Don secara live, selalu layan dekat 30 minit bersama Ustaz Don je, kalini berpeluang bersua muka.


Banyak lagi sebenarnya menu yang dihidangkan, tapi nak jaga tatatertib sebab dah jadi bapak punya pasal, so aku pun makan sekadar kekenyangan je lah, cewah~... Dalam dok jalan-jalan ambik gambar, tak sangka sungguh boleh berjumpa dengan kawan lama aku. Ni lah jodoh namanya, hehe...


Seriusly, Ustaz Don memang peramah. Ensem pun ensem, bila bersembang tu rasa macam dah berkawan lama. Tambah-tambah bila kitorang masing-masing keluaq loghat utara, seronok jer bersembang. Lebih kurang pukul 5.30 macam tu, barulah majlis penyampaian hadiah dimulakan. Fuh~...lama sungguh tunggu...


Alhamdulillah, lebih kurang kul6 camtu, majlis penyampaian hadiah bersurai. Kesemua pemenang adalah 13 orang and aku adalah orang yang ke-13. Peraduan ini berlangsung selama 4 minggu di mana setiap minggu 3 pemenang akan dipilih. Syukur sangat-sangat sebab berjaya memenangi RM1,000 dari DiGi and berpeluang berjumpa dengan Ustaz Don. Insyaallah, kalau ada jodoh, mungkin berjumpa lagi, kawan lama katakan, hehe...


Disamping cheque hadiah yang terima, pihak DiGi jugak ada memberikan goodies bag untuk semua tetamu yang hadir. Bak kata DiGi, "waste is a disease, don't be a carrier". Okay, jom tengok Free Seats AirAsia, taktau lah available lagi ke tidak, hehe... Anyway, DiGi is always the smarter choice. cewah~...tetiba je kan...


Roger and out.




Monday 28 July 2014

Selamat Hari Raya


Salam semua...syukur alhamdulillah, tahun 2014 ni aku dah jadi seorang bapa dan tahun ni juga aku dah raya bertiga, yeay...tanggal 2 Julai 2014, wife aku selamat melahirkan Aimi seberat 3.24 kg. Wife aku masih dalam pantang lagi, tapi gigih nak pakai baju kurung jugak, kekonon nak ambik mood raya katanya, padahal bukan boleh makan ketupat lemang pun. So, dikesempatan ni jugak, aku ingin memohon maaf kepada semua kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, gurau senda terlebih ker, pantun tak berbalas ker...harap dimaafkan lah yer...anyway,

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Ikhlas dari
Orga, Shaf & Aimi :)



Monday 17 March 2014

Geisha Edition: Maiko Mameharu, Maiko Tsuruha & Maiko Eriha

Salam semua...amacam, dapat grab trip best-best tak dekat Matta Fair semalam? Aku dok umah jer, bukan apa, dah lama sangat tak hujan, semalam pulak tetiba hujan turun lebat, so aktiviti tarik bantal lah jawabnya. Wokey, entry kalini aku nak menstorykan pasal Geisha pulak. Kebetulan aku baru dapat maklumat semalam, di mana dalam beberapa gambar Geisha yang aku shoot masa ke Japan dulu, ada orang yang kenal diorang. Excited pulak aku, sebabnya time aku shoot dulu, main taram jer mana-mana Geisha yang aku jumpa. Bila dah kenal muka, dapat tau nama lagi, aku pun start menelaah Google and banyak sangat info pasal diorang. Macam artis pulak jadinya...untuk rujukan, bawah entry pasal Geisha yang aku tulis dulu:

http://skampung.blogspot.com/2012/05/japan-kyoto-part-2.html

Maiko Mameharu


Ni lah rupanya Maiko Mameharu. Nanti aku tunjuk wajah dia tanpa make-up. Tujuan aku upload gambar atas just untuk share dengan orang ramai, pengalaman masa aku dekat Kyoto area Gion. Sekali ada orang komen yang ini adalah Maiko Mameharu and masa aku ambik gambar dia pulak adalah special moment di mana time ni dia dalam proses pertukaran dari Maiko ke Geiko. Ini adalah discussion kitorang:


Maiko Mameharu tengah dating

The exact date aku shoot gambar Maiko Mameharu adalah 14 March 2012 dekat Gion area. Now aku rasa excited sangat, perasaan tu rasa macam dapat ambik hadiah atas stage sebab dapat nombor satu dalam kelas. Sebab after this, Mameharu dah bukan Maiko lagi. Bila dah jadi Geiko, pakaian and make-up bagai dah tak sama. And yang paling penting, aku tau siapa watak dalam gambar ni. Ni yang buat hati aku lagi berkobar-kobar untuk merepeat balik trip ke Japan, mungkin boleh jumpa dengan Mameharu somewhere. Seperti yang Sakura cakap, info yang aku baca jugak sama, di mana Maiko Mameharu dah retired sekarang ni. Bawah adalah gambar-gambar Maiko Mameharu dari google termasuk gambar dia tanpa make-up:

source: google

Maiko Tsuruha


Ini pulak adalah Maiko Tsuruha. Aku tau nama dia pun dari Floatingsakura jugak, and rasa bertuah sangat dapat shoot pic Maiko Tsuruha ni, sebabnya, dia siap ada Documentary sendiri perjalanan untuk menjadi seorang Geisha. Boleh layan cerita dia dekat youtube kalau rajin (http://www.youtube.com/playlist?list=PL38FF18E92E137BE5).
 

Seingat aku, masa tengah pusing-pusing area Gion, tetiba ada orang jerit nampak Geisha, and dia adalah yang pertama aku shoot. Ikut entry aku yang dah tulis tu, masa tu, Maiko Tsuruha tengah berjalan dalam satu kumpulan, and ada lagi seorang Maiko iaitu Maiko Eriha. Disebabkan kitorang ramai-ramai tengah shoot gambar dia, so dia pon posing ayu-ayu gitu untuk kitorang. Apa lagi, terus aku tekan butang snap sampai lenguh jari-jari. Dari info yang aku baca jugak, setiap Geiko or Maiko ada nama tersendiri and nama diorang tak akan sama di antara satu sama lain. Perbetulkan aku kalau aku silap. Sekali lagi, aku rasa bertuah sangat sebab berpeluang ambik gambar diorang. Bukan apa, perasaan tu berbeza bila shoot pics orang yang kenal and tidak, lebih appreciate gitu... Bawah pulak adalah gambar-gambar Maiko Tsuruha dari google termasuk gambar dia tanpa make-up:

source: google

Maiko Eriha


Yang pakai kasut tinggi 5 inci inilah merupakan Maiko Eriha. Dibelakang tu pulak adalah Maiko Tsuruha. Inilah kumpulan yang aku citer tadi. Pada masa aku shoot gambar ni, Maiko Eriha cuma berumur 17 tahun, and antara yang paling muda dalam family Geisha. Sebab tu dia nampak macam special sikit layanan. 


Pendapat aku sendiri, aku agak pakaian Maiko Eriha ni ada maksud tersendiri. Sebabnya, orang lain dapat teka nama padahal aku post gambar belakang badan jer, and diorang dapat teka dengan betul nama Maiko Eriha. Bila aku search dekat google Maiko Eriha, result shows sejibik macam aku ambik gambar. Tapi tula, kebanyakan gambar aku yang aku ada, semua belakang badan Maiko Eriha ni, nampak sangat pemalunya. Takper, ada chance, next time nak shoot depan-depan, hehe...macam biasa, bawah adalah gambar-gambar Maiko Eriha dari google termasuk gambar dia tanpa make-up, tapi gambar tak berapa nak clear sangat, sorry:

 source: google

---------------------------------------------------------------------------------

Kepada member-member yang akan ke Japan especially yang akan singgah Kyoto, jangan lupa visit Gion area. Kalau boleh pergi petang-petang sikit, cahaya elok untuk shoot gambar diorang. Untuk ingatan, diorang ni macam chipsmore, kejap ada, kejap hilang. So pandai-pandai lah kejar mengejar dengan diorang nanti. Jangan lupa check jugak apa event yang akan berlangsung dekat area Gion or sekitar Kyoto, untung badan dapat shoot ramai lagi Geisha. Wokey, sampai sini saja, see you again Geiko Mameharu, Maiko Tsuruha and Maiko Eriha. Peace!


Wassalam.



Saturday 15 March 2014

Jom ke Matta Fair 2014 !!

Salam semua...nampak gaya Matta Fair 2014 kembali lagi, tapi untuk bulan March 2014 ni ada dua kali. Start 14 - 16 March 2014 di PWTC and 21 - 23 March 2014 di SACC, Shah Alam. Geng-geng travel mesti tertunggu-tunggu dengan event ni kan, semalam nampak Penunggang Bulan Putih dah awal-awal lagi terjah sini, laju sungguh dia na...mesti dah bersiap sedia plan trip untuk tahun ni, sama-sama kita tunggu entry yang beliau akan keluarkan, hehe...So, kepada mereka-mereka yang takde aktiviti hujung minggu ni, apakata join event Matta Fair ni dekat PWTC. Bagi yang tak sempat, nanti 21 - 23 March 2014, boleh terjah yang Shah Alam punya.

http://www.mattafair.org.my/index.php/en/

http://www.mattafair.org.my/index.php/en/



Wassalam.



Monday 10 March 2014

Pau Yik Mun...HALAL??

halal ker??

Salam semua...untuk pengetahuan, aku ada terima satu komen yang menyatakan status Halal Pau Yik Mun kena tarik balik. Tak syok lah macam ni, sebabnya...pada zaman dahulu kala, aku pernah buat entry yang mensabitkan aku telah memakan pau dekat sini, and bukan takat tu jer, aku jugak telah mengesyorkan orang lain untuk mencuba sama. So kalau status tak halal, bertimpa-timpa dosa yang aku dapat nanti, nauzubillahiminzalik...boleh refer link bawah untuk entry sebelum ni:


Bila dapat je info yang cakap status Halal Pau Yik Mun diragui, aku pun terus membuka website JAKIM. Yelah...semua status makanan halal dekat Malaysia ni, JAKIM yang uruskan. Kalau JAKIM cakap haram, so haram jadinya. Sebabnya, pihak JAKIM mesti sudah buat pemeriksaan and siasatan tersendiri sebelum memberikan status Halal. Setelah aku buka website Jakim, lega rasa sebab Pau Yik Mun ni berstatus HALAL dari Jakim sehingga 29 April 2014. Bukan apa, risau takut dapat dosa free, huhu...




Lengkap maklumat yang JAKIM tunjuk, bukan setakat nama kedai je, tapi termasuk menu sekali yang berstatus halal. Kalau korang ragu-ragu, boleh check sendiri dekat website JAKIM. Bila dah tau halal, tengok pau ni rasa berselera pulak tetiba. Macam tengok bini lah bagi yang dah berkahwin, halal kan...mengancam gitu. Takkan tengok awek pulak, haram, buat hidung berdarah jer, baik kahwin cepat-cepat, muahaha...gurau je beb :)


Wokey, ni jelah yang mampu aku kongsikan sedikit maklumat pasal status Halal Pau Yik Mun. Kalau korang still rasa was-was, aku nasihatkan tok sah lah makan, banyak lagi makanan yang boleh dimakan, setakat pau je kan... Tapi aku, ok je, selagi JAKIM kuarkan status halal untuk diorang, layan je lah macam biasa kalau singgah Tanjung Malim. 


Wassalam.

(note: still wish and pray for MH370)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...