Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

Sepetang di Bagan Lalang

Hujung minggu lepas, kononnya nak outing ke Alamanda sambil nak tengok citer Hotel Transylvania. Entah macam mana boleh tercorner ke Bagan Lalang pulak. Ini semua kerja wife aku lah, konon-kononnya nak pergi perkena seafood dekat sana. Last-last minit plan, kalau awal sikit, maybe banyak aktiviti boleh buat kot macam bbQ ker...Kitorang bertolak pun dah lewat petang, kalau setakat pergi makan jer, tak best lah. Masa driving, aku bawak selaju yang boleh, bukan apa, nak kejar masa, konon-kononnya nak ambik gambar sunset. Dulu pernah datang, rasa macam dekat jer, tapi kalini tak tau pasai pa rasa macam jauhhh jer.


Tepat 6.30 petang aku sampai. Ingatkan takder orang, penuh jugaklah pantai tu, siap ada yang berkhemah lagi. Kitorang pun pusing-pusing cari port nak lepak-lepak. Tengah dok jalan-jalan, tetiba wife aku jerit, "ice cream !!". Eh, macam budak-budak pulak.


Macam-macam aku tanya, last-last mamat nih cakap dia ada satu perisa jer. hm...tak kisahlah, bedal jelah! Makan ice cream sambil menikmati sunset, syok woo... Ramai jugak yang bermandi manda, tapi malaslah nak join sebab aku tak bawak baju lebih.


Waktu nih dah pukul 7 lebih dah, orang yang mandi manda pun dah kurang, cuma ada dua tiga orang yang ketegaq jer dok mandi lagi. Lepas solat maghrib, aku and wife aku pun cari restoran yang ok untuk makan seafood. Aku takde idea restoran mana yang ok, kalau ramai orang, aku anggap restoran tu oklah. Senang jer kan buat keputusan. Masa on the way datang, kalau ikut signboard, pantai Morib lagi 40 km dari Bagan Lalang nih. Setengah orang cakap, Morib lagi best. Kalau tanya aku, best lagi Mabul, muahaha...

Roger and out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...