Wednesday 25 April 2012

Barcelona Vs Chelsea


Terharu betul aku tengok game Barcelona Vs Chelsea pagi tadi. Walaupun aku bukan fans Chelsea, disebabkan satu-satunya EPL club yang layak ke semi-final and dapat fight dengan Barca season ni, so layan la jugak. Maklumla, Barca kan the best team in the world (mata ke atas, tangan ke bahu...), so memang puas hati jugaklah tengok diorang kalah. Mula-mula masa first league ritu, aku ingatkan Barca sengaja nak kalah, sebab Chelsea menang tipis jer 1-0, aku agak maybe dalam 2,3 bijik jugaklah Chelsea mungkin kena dengan Bacra nanti. Starting game dah nampak dah, apa akan berlaku next...tengoklah, dengan kapten Chelsea John Terry kena kad merah, kapten beb, bukan substitute player, starting game dah kena main 10 orang, lawan bukan team cap ayam, Barcelona pulak, so boleh bayangkan dah result nanti. Tengok possession Barca - Chelsea lebih kurang 80% - 20%, semua data-data refer ke Barca yang akan menang nanti. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak tang kaki..tuah orang, sape yang tau kan...Nasib baik Torres dapat score last-last minute. Aku agak, if one to one dengan keeper, if Torres tak dapat score, maybe kena jual dah abis season nanti. Pandangan aku, nak menang dengan Barca, counter-attack jer...sebab dari 3 last game Barca, 1 - Chelsea, 2 - Real Madrid, 3 - Chelsea balik, semua kalah sebab gol counter attack...So, untuk semua fans Chelsea, Tahniah sebab menang dengan Barca aggregate 3-2 and dapat ke Final. Untuk fans Man U macam aku nie, maybe kena tunggu season depan la kot,ahaha...tapi takpe, EPL dah sebelah kaki dah, kalau menang dengan Man City dis weekend, Man U dah ble celebrate dah. So, malam nie layan Real Madrid Vs Bayern Munich pulak...

Roger and out!

Monday 16 April 2012

Library UPM vs UKM

Hujung minggu nie, bukan main semangat lagi aku nak pegi library. Tapi yang sebenarnya, bukan aku yang semangat lebih, tapi wife aku yang nak join sekali. Siap suruh tido awal pulak jumaat malam, and pagi sabtu bangun awal. Lepas breakfast jer terus gerak pegi library UPM. So, aku pun semangat la jugak, sebabnya dah lama jugak tak pegi library UPM, asyik pegi library fakulty jer (cewahh..). Nak dijadikan citer, lepas breakfast yang berat, nasi lemak and milo, terus gerak pegi library UPM. Apsal aku pagi library UPM? Sebanya aku student UPM la...Masa dalam kete, wife aku nampak excited sangat, maklum dia pun lagi la lama tak pagi library berbanding aku yang student nie. Bila sampai parking depan library UPM, tengok kete bukan main banyak lagi, so fikir dalam hati, mesti ramai ni. So amik bag and botol air, terus memanjat tangga nak masuk library. Bila sampai jer, aikk...apsal gelap, pintu pulak ada lock. Aku pun pegi dekat pintu, sebab rasa macam ada tulis something. Bila dekat, aku pun baca, "cuti semeter...Sabtu Ahad TUTUP".

Hah...terkejut aku, sepatutnya cuti semester la buka, lagi ramai orang nak datang library. Perrhh...kecewa gile. Tengok wife aku dah down gile dah...hm,so fikir dalam hati, nak pergi lepak mana nie. Nak kata tak makan, breakfast kat umah tadi dah 2,3 kali tambah dah nasi lemak. Lepas fikir masak-masak, aku pun ajak wife aku pegi library UKM pulak. Tatau la bukak ke tutup jugak hujung-hujung minggu camni, tambah-tambah cuti semester kan. So kitorang pun tawakal jela...Sampai jer kat depan library UKM, sama jugak. Banyak kete tengah parking. So tak nak buat conclusion terus. So, dengan perasaan yang kurang excited, amik bag and botol air, sama jugak, kena panjat tangga nak masuk library UKM nie. Fuhh...Alhamdulillah, library UKM bukak, sampai kul5 lagi, Hari Ahad pun bukak jugak. Terus excited balik...memandangkan wife aku x-student UKM, so dia tau la selok belok library ni. Nak masuk library UKM tak la susah masuk library UPM,  nak kena scan sana sini. Bila kuar diorang akan check dalam bag. If bukan student UPM, kena ambik pass pelawat. Library UKM tak, masuk jer terus, macam masuk Jusco jer. Kuar nanti bag pun tak check. Aku agak, sebab dah ada scanner kiri kanan, if ada curi buku ke apa, mesti dapat detect kan...kan mudah tu! So, masuk dalam, lepak sampai kul4 petang. Cukup-cukup la tu, otak dah tepu tahap gaban dah. Kuar jer dari UKM, terus shoot pegi cari cendol and laksa. perrhh...nikmat betul makan cendol and laksa petang-petang.

Kesimpulannya, Library UPM vs UKM? UKM menang, yeehhh...

Saturday 14 April 2012

Permohonan Visa Japan


1st, Alhamdulillah syukur..permohonan visa jepun telah diluluskan, hip hip horrayyyy!!!! Wah terbayang-bayang anime dan jugak bunga-bunga sakura berkembangan (walaupun bukan full bloom time pergi tu, tapi berharap dapatlah ambik pic sekuntum dua jadiklahhh sob..sob..T__T). Actually tiket ke jepun ni kitorang beli since last year..masa tu tak planning pun..tiba-tiba AA buat promotion, rm179.00 gitu untuk pegi and return pun sama. Wah...dengan tanpa timbang tara maka TERRRRRbeli la tiket ni (boleh ker?). Lepas dah beli baru fikir..sempat ke nak kumpul duit ni? Tetapi memandangkan masa banyak lagi..maka berusaha gigihla kami suami isteri demi merialisasikan impian, maklumlah..aku kan student…hendak seribu daya kan..cheewahh..;p

Actually masa nak apply visa jepun, kitorang pun macam yang lain, cari info, google sana sini.  Iye,perkara yang selalu menjadi tanda adalah berapa banyak duit dalam akaun? Ada cakap nak selamat at least sorang 8 ribu, so dua orang dah 16 ribu tuuuu. Ishh ada banyak tu baik aku pi haji terus. Pastu fikir pulak, aku kan student macam mana nak apply, lepas ke? Ish takutla kena reject, tiket dah beli, rugiii wooo and bla..bla..ngomel laki kepada bini beliau. Dari banyak-banyak info yang aku jumpa, ni blog yang bagi penerangan bagus la pasal visa jepun. Ok KLIK sini yer.. Berdasarkan pengalaman aku, tak susah sebenarnya nak apply visa jepun ni, insyaAllah, cukup semua dokumen, lepas jer. POSITIPPPP!!!

Baheklah, ni berdasarkan pengalaman aku. Step by step punya (ok poyo!):

STEP 1
GAMBAR : Ambil gambar dengan penuh bergaya. Pergi kedai gambar minta tokey kedai ambil gambar khas untuk passport jepong. Make sure background mesti PUTIH.

STEP 2
PELAJAR: Sila pergi universiti, minta surat pengesahan status pelajar (aku)
Maklumat tambahan - disebabkan aku tak bekerja, so kena ada 'Self Explanatory letter'. Aku wat simple gile, boleh rujuk kat bawah. Kalu tak jelas, boleh besarkan...

PEKERJA: Sila minta dari HR anda surat pengesahan majikan (wife aku)

Lagi satu, semua dalam bahasa omputih yer.

STEP 3
AKAUN BANK : Pergi bank minta statement akaun. Disebabkan akaun aku adalah Bank Islam, sangat mudah, pergi mesin statement, print la la tu jugak, seterusnya ambil cop dari pegawai. Memandangkan aku pergi laki bini, jadi kami buat satu akaun ja. Total dalam akaun lebih kurang RM 8 K ++ jer taruk...Ok tentang bank akaun ni, sebenarnya sebelum aku apply, aku ada tanya officer sana.

Aku: Salam cik, nak tanya sikit pasal akaun statement ni.
Officer: Awat..pasai pa?
Aku: Saya dapat maklumat yang at least kena ada RM8K sorang if nak pegi apply visa, betoi ka? Statement saya bawak ni pun dalam RM8 K ++ jer untuk saya and wife saya. Boleh lepas ker?
Officer: Macam ni, if encik tengok dalam website kita, tidak dinyatakan berapa jumlah yang perlu ada. Tetapi, jumlah tersebut kenalah reasonable and logic. Sebagai contoh, if encik pegi dalam 3 hari, RM3K ke RM5K pun dah cukup. Macam encik pegi 7 hari, RM8K ke RM10K pun dah cukup untuk laki bini.
Aku: Ohh..macam tu ka? Kira saya boleh lepas la nih.
Officer: Kalau semua dokumen lengkap, Insyallah lepas.

See!! Diorang tak berkira sangat pun pasal bank statement tu..tapi biar reasonable..

(tapi kalau duit korang memang banyak, tak ada masalahlah)

STEP 4
ISI BORANG DAN ITINERARY : Ok, isi borang dan lekat gambar. Ni contoh itinerary aku. Ringkas ja, ruang pun kecik sangat, tulis yang penting-penting ja. Untuk makluman korang, hotel and no. contact aku just ambik dari tenet jer. google! booking ker...pape pun belum buat...




Baik aku mengaku, itinerary ni aku t*** jer.. Buat pun sekadar untuk lepas visa jer. Hik, sebenarnya kami rancang nak pergi sampai Tokyo sana InsyaAllah..tapi tak bolehla tulis, takut tak lulus pulak hehheh(baik aku mengaku > J < isk..isk..)

STEP 5
DOKUMEN BUKTI PERTALIAN : Seterusnya kita perlukan surat pengesahan pertalian. Sijil nikah dan kad nikah sila fotostat ok!

STEP 6
Susun semua ikut susunan! Baik SIAP!!!

STEP 7
Google map Japan embassy di persiaran stonor!! Seterusnya MEREMPITTTTTT, zasss!!!
Bagi yang tak biasa jalan KL, boleh jer naik PUTRA LRT turun kat Ampang Park, tapi kena menapak la dalam 10 ke 12 minit (menurut google maps).


Kalau nak diikutkan, aku ada kepil sekali flight ticket. But diorang tak nak la pulak, katanya buat pening banyak-banyak helai gini...

STEP 8 
Tunggu 3 hari bekerja, if tak dapat call apa-apa, dari diorang silalah anggap visa sudah  siap,haha...yeahhhh. Ok tiada bayaran dikenakan ok untuk buat visa japan ni, baguskan. xoxo...


Lupa pulak...ada pesanan dari akak embassy tu. Dia ada cakap, setiap permohonan, diorang tak pernah gagalkan. If ada kekurangan kat mana-mana, diorang akan call untuk minta maklumat tambahan sampai la permohonan tu lengkap. Kalau nak gagal pun, mesti yang betul-betul ada masalah la kot...penjenayah ker...mana tau...Harap-harap, semua jelas la kot...

Roger and out!

Monday 9 April 2012

Extra Money

Sedikit sebanyak nak share macam mana nak dapat Extra Money. Apa yang aku nak share kat sini bukanlah melibatkan MLM, jual barang, busines internet, dan sewaktu dengannya...tetapi cara ini aku dah praktikkan lama jugaklah. Bila ek aku start? Hmm...lupa dah bila aku start. Tapi yang aku ingat, senior aku yang tunjukkan jalan nie...So, macam mana nak dapatkan Extra Money? Mestila kena kerja. Jawapannya adalah TUISYEN. Ni la kerja yang aku dok buat selama ni. Ramai yang pandang rendah dengan kerja tuisyen ni, lebih senang cakap jadi Tutor la. Tapi, berdasarkan pengalaman aku sendiri, mengajar tuisyen boleh menbantu mendapatkan sikit sebanyak extra money untuk diri sendiri.

Kat sini aku akan explain macam mana nak dapatkan extra money dari ngajar tuisyen and berapa yang boleh dapat. Berdasarkan pengalaman aku, ada 2 cara untuk terlibat dalam tuisyen ni:
  1. Mengajar kat Tuition Center
  2. Home Tuition
Mengajar di Tuition Center

Cara ni paling senang untuk dapat extra money. Just photostat resume banyak-banyak, hantar jer kat semua tuition center yang berdekatan. Jangan hantar jauh-jauh sangat, nanti payah nak bagi komitmen nak pergi sana. Kalau boleh, cari yang dekat-dekat. Subjek apa yang nak ajar? Ikut diri sendiri mahir subjek apa. Macam aku, mostly aku ngajar Math (standard 2 - form 5), Add Math and Physics. Berapa banyak or berapa rate yang selalu tuition center offer?
  1. Sekolah rendah = RM20-30/sejam untuk satu subjek
  2. Sekolah menengah = RM30-60/sejam untuk satu subjek.
Sebagai contoh, aku ambik rate minimum untuk sekolah rendah RM20 and sekolah menengah RM30. Selalunya, setiap tuition center akan adjust jadual mengikut kesenangan tutor. Maksud kat sini, if ikut jadual asal, tutor tersebut perlu ngaja math form 2 hari Isnin jam 8-9 malam and math form 3 hari Selasa jam 8-9 malam jugak, tetapi tuition center akan adjust jadual supaya senang untuk tutor, and jadual baru jadi maybe math from 2 jam 8-9 malam and math form 3 jam 9-10 malam. Kan senang tu, tak payah susah-susah datang banyak kali. Hampir semua tution center beroperasi seawal jam 5 petang - 10 malam. Dan aku tak pernah ambik kelas petang. Pengalaman aku mesti dari kul8 sampai kul10 jer. Cukupla tu, 2 jam jer sehari...tak boleh tamak-tamak, tak baik...

Jadi, berapa banyak yang boleh dapat sebulan? Bagi yang rajin tahap gaban, aku ambik sehari 2 jam mengajar dari kul8-10 and kiraan untuk 5 hari (Isnin - Jumaat).
  1. If tumpu kat sekolah rendah jer = RM20 x 10 kelas (seminggu - 5 hari jer) x 4 minggu (untuk sebulan) = RM 800 / sebulan.
  2. If tumpu kat sekolah menengah = RM30 x 10 kelas (seminggu - 5 hari jer) x 4 minggu (untuk sebulan) = RM1200 / sebulan.
Tengok, saper nak bagi duit banyak tu...ngajar 2 jam jer sehari dari hari Isnin sampai Jumaat, sebulan boleh dapat extra money banyak tue. Berapa modal yang dikeluarkan? Rasa-rasa tak sampai 5 ringgit kot kalau setakat nak photostat resume tu...Lagi satu, pengiraan kat atas tu berdasarkan rate paling rendah. Masa kena interview dengan Tuition Center, cakaplah dah ada pengalaman ngajar untuk beberapa tahun, dapatlah upgrade rate untuk yang tinggi sikit. Orang biasa macam aku ni, tak pernah dapat rate sampai RM60/sejam. Yang selalu dapat rate tu adalah Cikgu yang merangkap 'Bekas Pemeriksa Kertas Peperiksaan UPSR/PMR/SPM'. So, berpada-pada sudahlah...

Mengajar kat tuition center tak perlu fikir pasal bayaran yuran, sebabnya cukup haribulan (ikut perjanjian dengan pihak tuition center), dapatlah gaji. Student takder ker...ponteng ker...selagi kita datang mengajar, dapatlah claim. Ikut malas dengan rajin jer...Sonok sebenarnya mengajr tuition, setakat 2 jam, pejam celik dah abis masa. Lagi satu, if plan nak mengajar tuition, kena ada rasa ikhlas nak mengajar. Kalu mengajar semata-mata nak dapat extra money, tak lama mesti berhenti...Kalau ikhlas mengajar, Allah akan bantu kita, tak perlu risau...

Home Tuition

Bagi nak dapatkan lagi banyak extra money dengan tuition, cari nie yang paling best. Tapi ada beberapa risiko and perlu lebih komitment. Memang betul, kalau buat home tuition, pendapatan berlipat ganda dari mengajar di tuition center. Sebabnya, di tuition center, rate di kira berdasarkan subjek dan kelas. Sekiranya dalam kelas ada 10 orang student pun, rate tetap sama. Tetapi lain citer dengan home tuition, sebabnya rate di kira berdasarkan subjek and bilangan student (sekepala).
  1. Sekolah rendah = RM20-30/sejam untuk seorang mengikut subjek.
  2. Sekolah menengah = RM30-60/sejam untuk seorang mengikut subjek.
Hmm...biasa jer!Ala...bila tengok rate kat atas hampir semua orang akan cakap camtu. Nak bagi menarik, kena kira pendapatan untuk sebulan. Ok...aku ambik contoh, ada 5 orang student.

Student:
1. Ali  2. Abu  3. Ahmad  4. Anis 5. Awang

Jadual: Semua ambik Math Form 3 sahaja
Isnin = 8-10 malam (student: Ali)
Selasa = 8-10 malam (student: Abu)
Rabu = 8-10 malam (student: Ahmad)
Khamis = 8-10 malam (student: Anis)
Jumaat = 8-10 malam (student: Awang)

Total = 5 orang student seminggu dan 10 jam (2 jam sehari x 5 hari)

Jadi, berapa boleh dapat berdasarkan jadual dan bilangan student banyak tu? Tengok pengiraan di bawah:

Extra money = RM30 (sejam) x 10 jam (2 jam sehari x 5 hari) x 4 minggu (untuk sebulan)
= RM 1200 / sebulan

Amacam? Menarik? Student baru 5 orang, sama jugak ngajar 2 jam jer sehari, tup-tup sebulan dapat banyak tu. Seminggu ada berapa hari beb? Nak lebih, Sabtu Ahad pun masuk sekali dalam jadual. Tapi aku tak pernah ambik kelas Sabtu Ahad, nak relax-relax jugak...Tak kan sepanjang masa nak bekerja, tak boleh tamak-tamak, berpada-pada cukup lah...

Advantage yang buat home tuition, lagi ramai student, lagi banyakla dapat tiap-tiap bulan. Lagi satu, bila buat home tuition, masalah selalu dekat bayaran. Kadang-kadang parent tangguh-tangguh. So nak buat macam mana? Buat perjanjian atau amalkan, setiap kali abis kelas terus dapat payment. Kalau tak nak situasi ni terjadik, pastikan student or parent yang nak diambil untuk mengajar adalah dari kalangan yang kaya raya. Macam member aku, pernah dapat parent yang tak kisah...terus dapat cek untuk setahun terus...Just nak citer, berdasarkan pengalaman, kadang-kadang, parent ambik home tuition semata-mata untuk menjaga anak-anak diorang jer. Bila aku datang mengajar kat rumah diorang,mulalah diorang pegi melilau sana sini...pegi Tesco lah, Giant lah...kuar makan lah...macam-macam. So, biarkan jer parent diorang nak pegi mana, yang penting payment mesti kena dapat...

Macam mana nak dapatkan student untuk home tuition? Ada dua cara...Cara pertama paling senang, daftar jer dengan mana-mana laman web, google jer...bersepah-sepah kuar nanti...Tapi senang daftar jela, nak dapat student lambat. Cara yang kedua, kena promosi diri sendiri. Cara kedua ni susah sikit, tapi paling berkesan. Cara kedua ni lebih kepada marketing jugaklah. Walaupun aku bukan budak marketing, tapi Alhamdulillah...dapat hasil jugak cara aku praktikkan nie. Modal? Baget dalam RM100 jer, tak perlu lebih-lebih. Ok, ni cara-cara mudah nak marketing...cewahh...

  1. Buka microsoft word, wat design macam kat atas untuk A4 size. Lagi cantik, lagi bagus. Pastu, bawak pegi kedai, photostat banyak-banyak, contohnya 1000 keping. Kos = 1000 keping x 0.02 sen = RM 20. Pastu mintak diorang potong tengah untuk jadi A5 size. Bila dah potong tengah jadi A5 size, korang akan dapat 2000 keping untuk diedarkan.
  2. Dari 2000 keping tu, ambik 500 keping dan edarkan kat depan sekolah semasa budak-budak balik sekolah. Nak pesan sikit, masa nak mengedar tu, kena buat hati kering sikit. Maklumlah...nanti masa edar, boleh nampak, ada yang buang kertas tu dalam longkang, ada yang pijak-pijak, tapi ada jugak yang ambil bawak balik dan tunjukkan kepada ibu dan ayah...perrhh, ayat skema pulak...buat tak reti jer...Kos? Free jer...maybe kena spend untuk beli air jela kot, panas beb wat keje tengahari nie...
  3. Ada baki lagi 1500 keping kan. Ambik lagi 500 keping, pegi cari brother-brother yang dok edar surat khabar. Kat mana nak cari? Senang jer...pegi mana-mana kedai yang jual surat khabar, tanya saper distributer. Nanti tuan kedai tu akan bagitau saper, dah tau sape pegi cari dia. Jangan malu-malu, nak duit tak?hehe...Dah jumpe, cakap nak mintak diorang masukkan 500 keping pamplet korang tu dalam paper diorang. Jangan ambik hari lain, ambik hari Sabtu or Ahad sahaja. Sebabnya, selalu hari minggu parent akan beli paper. Kos? Tak mahal pun, plus minus dalam RM 20 jer.
  4. Ada lagi baki 1000 keping, so apa nak buat? Baki yang seribu keping nie, edar secara manual. Nak diingatkan, buat waktu pagi, sejuk sikit. Pergi mana-mana kawasan or taman perumahan yang kaya raya, park la keta kat mana-mana, pastu jalan setiap buah rumah. Letak la dalam mail box or selit celah pintu pagar ker...jangan risau, tak ada orang nak halau pun kalau buat macam nie. Tak sampai 5 saat pun pegi setiap umah. Janganla abiskan 1000 keping tu sehari, banyak tu, bahagila untuk rini and esok or lusa ker...malas?sambung pulak minggu depan... Bukannya ada orang nak marah, untuk diri sendiri kan, suka hati la bila-bila pun...
So, tolak pi tolak mai, sudah habis edar 2000 keping pamplet tu...Jangan lupa bersyukur. Dah usaha kan, now tawakal jela tunggu kol dari parent. Kalau ikut logik, dari 2000 keping tu, amik 1% sahaja yang nak buat home tuition, berapa student dapat?

Student = 2000 keping x 1% = 20 orang

Nampak...lepas kira, dalam 20 orang student yang nak buat home tuition. Dari contoh yang dikira kat atas, 5 orang jer pun dah boleh dapat RM1200 / sebulan. Kalau dah 20 orang, tepuk dada tanya selera la...

--------------------------------------------

Alhamdulillah...ni la sedikit sebanyak dari pengalaman sendiri dalam nak dapatkan extra income setiap bulan. Maklumlah, now taraf hidup makin meningkat, kenalah keje lebih. Tak lama pun, spend dalam 2 jam jer sehari, tu pun dari hari Isnin sampai Jumaat jer, hujung minggu enjoy...Aku lebih suka buat kerja macam ini dari wat keje lain macam bisnes internet ker...apa-apa skim ker...sebab yang lain-lain cara nak dapat duit tu tak nampak or tak jelas. Dengan buat cara macam ni, aku boleh nampak jelas...yela, diri sendiri pegi umah orang ngaja tuition, jumpa student, ngajar kat tuition center, so semua jelas...just malas dan rajin jela,ahaha...

Roger and out!

Sunday 8 April 2012

April - Bulan yang jahat

Kenapa aku menggelarkan bulan April tahun ni bulan yang jahat? Tengoklah...1 hb ritu pegi tengok The Hunger Games kat GSC, semalam pulak pegi tengok Wrath of The Titan jugak kat GSC. Nanti 12 hb kuar pulak citer Battleship and dalam 29 hb citer The Avengers. Nak cakap apa lagi, kira asyik dok melabur dalam amanah saham GSC jela tiap-tiap minggu. Aku suka pilih GSC sebab seat dia tinggi, so bila tengok movie boleh relax letak kepala jer, lagipun popcorn GSC lagi sedap dari TGV. Nie pendapat akula... Kalau tengok kat TGV, seat tak cukup tinggi, so bila tengok movie, aku terpaksa turunkan sikit badan aku untuk letak kepala kat hujung seat tue. Sekejap-sekejap oklah...tengok movie mana ada sekejap-sekejap, mau makan sejam dua jam jugak. Lagi satu, kat GSC, space antara seat depan and belakang agak luas, so keadaan kaki pun selesa. Penting ohh semua mende alah nie, bukan apa, kalau tempat duduk selesa, tengok movie pun jadi seronok...kan..kan...

Untuk The Hunger Games and Wrath of The Titan, tak payah lah kot aku letak teaser trailer sebabnya dah tengok. Aku just letakkan untuk movie yang bakal menjelma jela Battleship and The Avengers.

 

Kena pegi tengok citer nie coz tengok trailer macam best. Pelakon idaman Liam Neeson pun ada sekali,ahaha...Lagipun dari studio yang wat Transformers...ala, citer robot lawan-lawan tu...so mesti grafik gempak giler la...tapi jangan harap grafik gempak jer, jalan citer pun kenala best...



Untuk citer The Avengers, tak payah nak cakap la...Dari movie before nie, The First Avenger, Ironman 1 and 2, Thor, and Incredible Hulk, tak mengecewakan. Boleh tahan jugak...The Avengers ada banyak trailers and ni salah satu yang aku letak. Sama jugak, dari trailers yang macam best nie, aku mengharapkan yang citer nanti pun best jugak...so, layann...

Roger and out!

Thursday 5 April 2012

Beli Rumah

Aii...sejak dua menjak nie,harga rumah betul-betul buat aku pening kepala. Sonok-sonok jugak, tapi kena la ada rumah sendiri. Takkan la sampai ke tua asyik dok menyewa jer. Pastu bulan-bulan dok pam duit kat orang untuk bayar diorangnyer rumah. Daripada bayar kosong, setelah berfikir masak-masak, tibalah masanya untuk aku mencari dan membeli rumah sendiri. Daripada survey yang dibuat, agak menyusahkan jugaklah nak beli rumah ni sebabnya banyak pihak yang terlibat contohnya bank, lawyer, pemaju, if subsale, dengan owner rumah tu sendiri, macam-macamlah. Disebabkan tak pandai dalam urusan beli rumah nie, aku banyak buat kajian, tanya sana sini, survey, pegi macam-macam bank, dan lastly, Alhamdulillah...berjaya jugak membeli sebuah rumah. Apa yang aku akan citer kat sini based on pengalaman aku sendiri dalam proses membeli rumah. Aku akan citer dari A sampaila ke Z. Bagi yang dah memiliki rumah sendiri, tahniahla diucapkan...Bagi yang belum, jangan tunggu lama-lama. Nanti harga melambung gile, tak kesampaian pulak nak memiliki rumah. Kalau ada yang murah pun, maybe dah takde kat area bandar-bandar cam gini. Nasihat aku, jumpa jer dengan rumah yang ok, harga pun ok, ada baget, terus beli...

Apa yang aku tau, ada 3 jenis cara untuk membeli rumah. Cara-cara tersebut adalah:
        1. Beli dari pemaju.
        2. Beli secara subsale (maksudnya beli atas orang la..)
        3. Beli dari lelongan bank.

Bagi yang beli terus dari pemaju, kebanyakan semua proses menjadi senang, harga pun murah, dan kebanyakan kos-kos sampingan ditanggung oleh pemaju. Senang kan? Tetapi kenapa aku tak beli dengan cara gini? Sebabnya...lepas proses beli selesai, aku nak terus duduk kat rumah tu. Kalau beli dengan pemaju, kebanyakannya rumah masih lagi dalam pembinaan and maybe dalam setahun or 2 tahun or maybe jugak 5 tahun lagi baru nak siap. Untuk beli rumah dari lelongan bank pulak, selalunya harga rumah yang dilelong adalah lebih rendah dari 'bank value'. Best beli cara gini sebab bila nak jual nanti dapat jual harga tinggi. Tapi yang tak syoknya, nak kena bersaing dengan orang lain. Balik-balik nanti, harga yang murah jadi tinggi melambung pulak. Lagipun aku tak banyak info pasal beli rumah bank lelong nie, so sesape nak beli rumah dengan cara gini, better rujuk dengan yang lebih arif. Disebabkan aku beli rumah dengan cara subsale, maka aku akan citer pasal ni jela...

Tips beli rumah subsale (pengalaman sendiri yer, bukan orang lain punyer)
  • Pertama sekali dalam proses beli rumah, kena tau status kewangan diri sendiri. Yang ada duit berkepuk-kepuk tu, senang citer, bayar cash jela. Bagi yang takde cash macam aku nie, apa yang aku wat, aku pegi bank. Senang jer, pegi bank dan tanya pasal nak buat loan rumah. Bukan satu bank yang aku pegi, tapi banyak bank. Sebabnya, setiap bank ada cara and syarat yang tersendiri dalam proses untuk buat loan bank. Pastu, jangan pegi dengan tangan kosong. Bawak semua document yang berkaitan dengan pendapatan setiap bulan, macam slip gaji, bisnes ker dan sebagainya. Ok, bila dah sampai bank, aku pun tanya pasal diri aku sendiri. Tup-tup...aku tak boleh buat loan sebabnya aku masih lagi seorang pelajar. Walapun aku tunjuk yang aku dapat scholarship setiap bulan, tetapi disebabkan status adalah pelajar, aku tak dibenarkan untuk buat loan rumah. So fine! Aku pun tanya pasal wife aku pulak, tunjuk slip gaji and bank statement, pegawai bank pun cakap, wife aku layak untuk wat loan bank. Tapi jangan sonok sangat yer, baru tau lepas untuk buat loan, tapi berapa limit or jumlah yang boleh dipohon? Haa...ni la maklumat yang paling penting and ni jugakla tujuan aku kuar masuk bank sebenarnya...So, untuk buat loan rumah, mostly bank akan kira dari gaji bersih ok. Mulalah pegawai bank tu soal aku, wife ada pakai credit card ker, kerja swasta ker gomen, ada comitment lain ker macam kereta ker, or loan-loan lain, lepas ambik semua maklumat ni dari aku, dia masukkan semua data-data tersebut dalam system diorang and boommmm...kuar result! Pegawai bank pun cakap, wife encik layak untuk wat loan sebanyak RM sekian...sekian...so settle satu perkara...
  • So, lepas dah tau berapa loan yang layak pohon, baru aku start mencari rumah dalam harga loan tersebut. Bukan apa, kalau cari rumah dulu, nanti takut syok sendiri jer. Yela, bila nak pegi wat loan, bank cakap tak lepas. Kan dah kecewa...Nak kena cari rumah balik... So, papehal, setelkan dulu pasal jumlah loan yang layak dipohon tu. Tapi kena ingat juga, bank cuma bagi loan sampai 90% sahaja dari harga rumah. Lagi 10% kena ada simpanan sendiri. Kat mana aku cari rumah? Banyak cara untuk cari rumah sebenarnya. Kat mudah.my boleh, iproperty.com.my, macam-macam lagi la... Macam aku, siap pegi cari manual. Maksud aku, pegi dekat kawasan rumah yang dah menjadi idaman hati, round-round tengok banner and iklan, amik nombor contact and kol tanya berapa harga rumah. Pastu, pegi tanya kat management kat kawasan rumah tu, ada tak rumah untuk dijual, sama jugak, amik no. contact and kol tanya. Set kan hati jangan berkenan dengan satu rumah jer, try berkenan dengan 2,3 buah lagi. Bukan apa, if harga tinggi sangat, boleh pilih yang lain. Nak dijadikan citer, aku pun dah berkenan dengan 2,3 buah rumah ni, harga pun lebih kurang, pastu apa yang aku buat? Aku pun contact dengan Juruukur Nilai tanya berapa 'bank value' untuk rumah tersebut. Bawah nombor contact yang aku guna masa nak beli rumah ritu. Kol tanya jer, FOC okay...
Jurunilai Bersekutu (Tel: 03-8734 8821)
  • Kenapa perlu tau pasal 'bank value' ni? Nasihat aku, penting untuk tau pasal 'bank value' or setengah orang panggil 'market value', sebabnya...tak kisah berapa banyak kita boleh buat loan dengan bank, tetapi bank cuma benarkan loan untuk sesebuah rumah dibawah 'bank value'. Jika harga rumah adalah RM200 000, and 'bank value' adalah RM150 000, maka loan bank akan bagi sampai RM150 000 sahaja. So, yang lebih RM50 000 lagi macam mana? Balance tu, kena bayar sendiri yer. Jangan lupa, bila bank bagi loan untuk RM150 000, diorang bagi 90% sahaja, maksudnya loan nanti adalah RM135 000 sahaja. Nampak...dah kurang RM15 000 dari RM150 000 kan...So, duit kena ada kat tangan (modal) masa nak beli rumah nanti lebih kurang = RM50 000 + RM15 000 = RM65 000. Perrhh...nak cengkau mana duit banyak tu? So, inilah penting nya kena tau 'bank value'. Sila rujuk summary dibawah:

  • Berderau jugak tengok duit perlu ada ditangan kat atas kan? Tetapi, 'bank value' ada berita gembira jugak. Sebabnya, bila dimaklumkan yang rumah hendak dibeli tu harga di bawah 'bank value', berkemungkinan sekupang pun tak perlu dikeluarkan masa nak beli rumah nanti. Sila rujuk contoh dibawah:

  • Apa yang dapat dilihat dalam contoh kat atas? Nampak...siap ada lebihan lagi RM 6000. Maksud contoh di atas, masa nak beli rumah, langsung tak perlu sediakan apa-apa modal, sebaliknya, lepas buat loan, akan ada lebihan RM6000. Kan berita happy tu, dengan RM6000 tu, banyak benda boleh di buat...kitchen cabinet ker, beli TV baru ker...suke ati korangla...So, aku akan terangkan dengan lebih details pasal contoh kat atas. Lepas cari rumah, jumpe sebijik harga dalam RM150 000. Pastu contact Jurunilai Bersekutu, diorang cakap 'bank value' above RM200 000. So, kita ambik kira RM 200 000 sudahlah. Bila ikut bank value, loan dibenarkan hanyalah 90% iaitu sebanyak RM180 000. Biasalah...bila beli rumah subsale, kenala bagi deposit kat tuan rumah dalam 10% dalam RM15000, standard beb! Lepas tu, kira kos sampingan lebih kurang 5% = RM9000, total kena bayar adalah RM 174 000. Tetapi, loan yang diluluskan adalah RM180 000, jadi semua jumlah RM174 000 ditanggung oleh loan tersebut. Bila loan dah disburse nanti, dapatlah lebihan RM6000. Konsep ni dipanggil markup loan la...win-win situation gitu. 
  • Ok...lepas dah tau pasal 'bank value' untuk rumah yang diidam-idamkan, apa lagi...terus kol owner rumah tersebut untuk pegi tengok rumah dan bincang apa yang patut. If nak markup loan, tanya dia setuju ke tidak. If owner rumah tu setuju, buat hitam putih, jangan main mulut jer, jadi pape nanti, diri sendiri jugak susah. Macam aku, Alhamdulillah...sebabnya, harga rumah aku below bank value. Even rumah below 'bank value', aku just pakai konsep biasa. Maksud aku, aku tak buat markup loan, aku bayar jugak 10% tu. Sebab apa aku buat macam tue? Sebabnya nanti refinance dapat lagi banyak, hehe...Apa itu refinance? Takpe, nanti aku akan cuba sedaya upaya untuk buat post pasal mende alah ni pulak. Ok...lepas dah bersetuju untuk beli rumah tu, aku pun sign agreement dengan owner tersebut. 
  • Bab ni pun penting jugak. Now aku dalam proses nak buat loan, so bank apa yang paling senang and offer interest rate yang best. Kat sini jangan malu-malu, photostat banyak-banyak semua document yang diperlukan, pastu hantar dekat semua bank yang rasa ok. Macam aku, hantar dekat Bank Islam, RHB, CIMB, BSN, and AFFIN. Dalam semua bank yang aku hantar tu, BSN yang the best. So aku pilihla BSN. Lagi satu aku tekankan, even bank ada cakap 'Pembiayaan sehingga 100% or 95%', loan untuk rumah yang diorang akan bagi TETAP 90% okay! Lagi 10% or 5% tu adalah kos sampingan yang berkaitan dengan bank dan diserapkan masuk ke dalam loan, contohnya MRTA dan sebagainya. Dalam lebih kurang 2 minggu macam tu, bank akan keluarkan Offer Letter yang permohonan telah berjaya, yeeaaa...So, nak buat apa pulak lepas ni?
  • Lepas dah dapat Offer Letter dari bank, kenala pegi cari Lawyer untuk uruskan pasal S & P (Sale & Purchase). Before cari lawyer, tanya dulu owner, samada dia nak pakai lawyer yang sama or dia nak cari sendiri. If guna lawyer yang sama, cepat sikit proses. Sebabnya, document kita and owner dipegang oleh lawyer yang sama. If lawyer berbeza, panjangla sikit proses. Contoh, Si A pakai Lawyer A, and Si B pakai Lawyer B. Document Si A akan di pass ke Lawyer A, pastu dari Lawyer A ke Lawyer B and pastu baru sampai ke Si B. Kes ni terjadi kat aku di mana, mula-mula setuju untuk guna lawyer yang sama. Pastu, tup-tup owner cakap lawyer yang aku guna lambat and dia nak pakai lawyer dia sendiri. Aku tak kisah jer, yang penting semua beres. Pastu tengok-tengok, lawyer yang owner aku pakai yang lambat. Apa lagi, hari-hari aku kol tanya status,hahaha...baru padan muka! So, berapa yang nak kena bayar untuk kos guaman ni? Untuk kos guaman lebih kurang 0.1% dari loan bank, Stamp duty pulak 1% untuk RM100k, RM101k - RM500k adalah 2%. So, bagi yang tak buat markup loan, cincai kira better sedia dalam 5%. Bagi yang markup loan, lega la hangpa...
  • Lepas kedua-dua belah pihak dah sign S & P semua, lawyer akan uruskan untuk semua proses selepas tu. Apa yang perlu buat selepas ni? Tak perlu buat apa-apa, just selalu update status dengan lawyer. Nanti lawyer akan inform bila disbursement and dapat kunci. Lepas dapat kunci, jangan lupa bersyukur ke hadrat Illahi. Alhamdulliah...berjaya jugak memiliki sebuah rumah....
  • Lagi satu nak tambah sikit, sebelum ini ada diumumkan untuk Skim Rumah Pertamaku. Kenapa aku tak pakai skim ni? Sebabnya...sama sahaja dengan beli cara biasa. So toksah susah-susah nak tanya bank. Apa yang sama? Ok...untuk Skim Rumah Pertamaku, betul loan rumah yang akan dapat adalah 100%. Aku dah tanya kat bank dah okay! Contohnya, if harga rumah adalah RM 150 000, bank akan bagi loan 100% iaitu RM 150 000. Tetapi, kos-kos lain macam kos guaman, MRTA, kos-kos nie di tanggung sendiri. So tolak pi tolak mai...sama sahaja dengan beli cara biasa...
  • Nak duit tambahan? Kalau akaun 2 KWSP korang duit banyak, boleh dikeluarkan untuk mengganti balik duit yang digunakan semasa beli rumah ritu. Yang ni aku tak buat lagi, tapi Insyallah dalam masa terdekat kot. Ada kol KWSP ritu, tak lama pun, amik masa dalam 7 hari bekerja. Lepas itu, duit akan di bank-in kan ke akaun simpanan sendiri...Takpe, nanti aku dah buat, aku akan update macam mana nak claim dari KWSP ni...
Alhamdulillah...dapat jugak aku menyiapkan post pasal beli rumah ni. Sekadar nak berkongsi...mungkin ada tersalah or tersasul kot pasal info ni, tapi ni la pengalaman aku sendiri dalam proses nak beli rumah secara subsale. So, bagi yang takda rumah and takda duit nak beli rumah, ada cara untuk memiliki rumah jugak menggunakan kaedah markup loan. Tak perlu risau...Bagi yang ada duit, tunggu apa lagi...

Roger and out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...