Friday, 2 August 2013

Iftar @ Umai Cafe

Kejadian iftar ni sepatutnya berlangsung pada minggu lepas, tapi memandangkan kebanyakan ahli jemaah ada hal yang tidak dapat dielakkan, maka terubah ke semalam. So aku pun ditugaskan untuk mencari tempat untuk iftar. Bagus jugak aku dapat tugas ni, sebabnya tempat iftar yang aku cari of coz lah area yang berdekatan rumah aku jer, senang sikit nak pergi. Berbekalkan pertolongan dari pokcik google, aku pun mula mencari tempat untuk iftar. Harga pulak tak moh la mahal-mahal sangat, almaklumlah aku student je lagi, lainlah macam orang lain, siap dapat bonus sebulan gaji and duit raya lagi kan. Cari punya cari, akhirnya aku pilih Umai Cafe sebab ramai blogger lain dah pergi and komen dari diorang sungguh menyelerakan.


Pada hari yang dijanjikan, kitorang pun sampai ke Umai Cafe. Tetapi ada kejadian aneh pulak yang berlaku, sebabnya booking yang aku buat diorang tak terima, maksudnya takda dalam list booking diorang. WTH!! Aku terus marah dan mengamuk sehinggakan hampir terbalik semua meja kerusi. Rupa-rupanya aku marah dalam hati jer, bulan-bulan puasa gini, tak elok marah-marah kan. Disebabkan diorang cakap booking yang aku buat takda, so aku pun tunjukkan bukti perbualan mesej aku bersama owner Umai Cafe ni, pastu terus menggelabah susun atur meja untuk kitorang. Ok jugak tempat yang diorang sediakan, walaupun takda kipas or aircond and terletak dibahagian luar, dapatlah kitorang menikmati permandangan matahari terbenam di kala menunggu waktu berbuka puasa.

Apa yang terjadi selepas tu adalah pengalaman ngeri bagi kitorang, sebabnya orang ramai ya amat, macam semut. Semua makanan nak ambik kena beratur panjang giler. Yang paling panjang of coz lah kambing bakar. Tengok riak muka kengkawan aku yang lain macam tak puas hati pun ado, rasa bersalah lah pulak. Disebabkan tak boleh nak buat apa, terpaksa beraturlah jugak. Untuk round pertama, kitorang semua berbuka dengan kuih muih je dulu. Bila tengok keadaan macam dah cool sikit, baru start untuk round kedua, tu pun still ramai lagi. Bila dah masuk round ke sepuluh and sebelas, orang dah tak ramai dah, masa ni baru aman dan damai untuk ambik makanan. Time ni jugaklah baru terdengar ketawa riang dari kengkawan aku yang lain, cewah~...

kek lapis semenanjung

karipap yang sedap

cucur udang + kuah kacang + kari ayam = jilat pinggan

roti jala yang seksi

keranamu, kami sanggup beratur...oh kambing bakar!

Apa yang aku boleh cakap pasal Iftar dekat Umai Cafe ni, makanan diorang memang terbaik. Cuma servisnya macam kurang sikit, kalau dipertingkatkan, mungkin lain kali boleh datang lagi. Harga untuk per pax pun tak mahal sangat, dalam RM39 seorang. Ada menu lain macam nasi campur, mee kari, laksa, ABC bagai, tapi aku tak sempat nak snap gambar, kecoh bersembang tak hingat punya pasal.

lokasi kejadian

Umai Cafe


Macam blogger lain jugak, lepas selesai iftar di Umai Cafe, masing-masing tak lepaskan peluang bergambar berlatar belakang Masjid Besi Putrajaya. Konsep dekat Umai Cafe ni, makan dulu pastu baru bayar. Nasib baik ada salah seorang member aku yang ingatkan, kalau tak, semua orang balik macam tu jer, tak bayar. Sebab memang tak teringat langsung, satunya sebab kenyang sangat, keduanya syok menyembang. Pukul10 lebih baru kitorang blah dari Umai Cafe, seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Wokeylah...ni je aku nak share pasal Iftar dekat Umai Cafe, so Selamat Bersahur and Selamat Berpuasa semua...

Roger & out.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...