Friday, 3 August 2012

Iftar @Dewan Banquet UPM

Salam to all

Semalam aku and ahli jemaah yang lain seramai 7 orang, telah berpusu-pusu datang untuk berbuka posa dekat tempat nih. Memandangkan kul6.30 baru gerak, jalan pun ok jer, taklah jam teruk. Maybe sebab semua orang dah balik masa kul4.30 kot...kot yelah aku pun. Macam aku post sebelum nih, rege yang aku dapat untuk berbuka posa di Semanis Aroma Buffer Ramadhan adalah diskaun 50% untuk 5 orang, lagi 2 orang member aku kena bayar full RM49.50. Nanti aku discuss dalam sikt pasal rege nih.

Masuk jer ke kawasan UPM, bersepah-sepah banner pasal buffet nih and banyak signboard, jadi bagi saper-saper yang tak biasa kawasan UPM, memang takkan sesat lah. 


Nampak rege kat atas tu? Kitorang dah plan, even 5 orang dapat diskaun 50% and lagi 2 orang kena bayar full, macam tak adil kan, jadi kitorang just ambik total rege kena bayar and bahagi 7 orang. So, masing-masing kena bayar dalam RM31.90 jer. Win-win situation, semua orang dapat jimat kan :) Compare dengan rege hasal, save dalam RM17.60...banyak tu! Dalam iklan diorang, ada lebih 200 jenis menu yang dihidangkan, jadi aku dengan sedaya upaya gigih snap pic hampir semua menu tu. huhu...gigihnya aku!!

Kambing bakar

Ikan pari bakar

 Daging salai

Sosej yang dimasak beramai-ramai

Sotong bakar + daging kambing + sosej + etc...penuh pinggan

Macam-macam jenis air ada, tapi paling dekat dengan meja kitorang oren and sirap, so balun lah air tu dulu.

saper tak kenal menu apa nih memang kena ketuk kepala la ni...

kepelbagaian buah-buahan tropika dan sewaktu dengannya.

hmm...ABC!

Ada 3 jenis sup dekat sini, sup kambing, sup tulang, lagi satu aku terlupa sup apa.

aneka ramai kuih muih

yang ni puding kan?

macam-macam menu ada kat sini, aku pulak buta nama, tau makan jer...ish-ish!!

menu omputih...apa dia adik-adik?salah...ini bukan rojak...

Roti canai, murtabak, roti john...ayam daging semua ada.

tudiaa...wuhaii!!

Ikan bakar


sudah-sudah!Memang banyak menu yang dihidangkan...ni belum termasuk lauk pauk masakan padang, macam masak lemak udang, ayam goreng, sambal daging, kari sotong, macam lagi lah...pastu ada pulak berbagai jenis bubur untuk desert, mee kari, laksa, rojak buah-buahan...pisang and cempedak goreng pun ada...


Besar kan tempat nih...nama pun dewan...Kebetulan, masa aku and the gang datang, ada orang buat berbuka puasa bersama anak-anak yatim, jadi ramailah orang sikit. Kalau korang nak datang, masa nak tempah tu, tanya sekali ada majlis paper ker untuk date korang pilih tu? Bukan apa, sesetengah orang, tak suka tempat crowded. Macam aku tak kisah, yang penting boleh makan, muahaha...

sebelum

selepas

Lagi satu, bila sampai jer, lepas buat bayaran and dapat tempat duduk, toksah nak tunggu-tunggu tengok orang lain. Terus jer ambik pinggan and pergi ambik makanan. Nanti tak pasal-pasal kena beratur. Sebabnya, ni berlaku dekat meja sebelah tempat kitorang. Sampai jer, terus kitorang pergi attack kambing bakar dulu, pastu shoot menu lain pulak. Lepas dah puas hati, baru duduk tunggu waktu berbuka. Dah bayar kan...

Surau pun ada and memang besar. Makan jap, berhenti solat dulu, pastu boleh sambung balik. Tempat ni buka sampai kul10 malam. Oklah makan sini, memang puas hati...

Roger and out!

8 comments:

  1. sedapnye ! ^^
    bestnye dapat makan ramai2.hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..best sangat, sambil makan sambil bergosip, hehe

      Delete
  2. Banyak sungguh makan? tak pecah ke perut korang

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ker?biasalah shidah...tank masing-masing saiz XXL, hehe..

      Delete
  3. wow!!murah lah tu.. choices pun banyak sangat.. kamping panggang pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler...lepas makan,semua jadik doraemon dah..

      Delete
  4. Sebaik baca ajer entry awak ni saya pun call lah tempat ni utk book berbuka tuk 6 org. Org yg jawab call tu kats, dah xde disksun camtu lg yakni 5 org diskaun 50%, sebaliknya, 10 org baru dpt diskaun 10%. Cehhhh....agaknya tauke tengok dpt sambuta, terus buat diskaun lain. Langsung lah sy dan geng xjadi ke tempat ni. Caw dia kat maeps pun sama gak, diskaun 50%tuk 5 org dah xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...cepat betul diorang tutup offer ni. betul lah,masa pegi ritu pun memang ramai. takper, tahun depan kita sama-sama cuba lagi, hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...