Sunday 21 October 2012

Ibu Negeri Perak - Ipoh Trip Part 2

lain yang fokus, lain pulak yang tangkap.

Walaupun tak jelas, aku nak letak jugak pic ni dalam post aku. Sebenarnya dari jauh lagi aku dah perasan trademark Ipoh ala-ala Hollywood nih, tapi otak tengah berfikir pasal mende lain, dekat-dekat nak sampai baru kalut nak keluarkan camera. Disebabkan kekenyangan melayan Pau Yik Mun dekat Tanjung Malim, on the way ke Ipoh lepas tu, asyik nak terpejam jer mata. Nak bawak laju, speed trap bersepah-sepah, kereta dekat lane sebelah asyik angkat lampu jer inform pasal speed trap nih. Selepas 2 jam drive, sampai jugak kitorang dekat ibu negeri Perak nih. Sebelum pergi mana-mana, kitorang check in hotel dulu, sebabnyer masing-masing ada hal peribadi yang perlu disettlekan secepat mungkin, ahaha...

bag tu jer aku bawak untuk jalan-jalan Ipoh (2hari 1 malam), kapasiti untuk 2 orang tu!

Selepas menelaah Agoda sejam dua before datang ke Ipoh, hotel yang menjadi pilihan aku kalini adalah Heritage Hotel. Rate yang aku dapat Rm130/night, oklah kan semalam jer pun. Kalau 3,4 malam aku kat sini, mungkin hotel lain yang aku cari, rate yang lagi rendah maybe. Selepas semua perkara berbangkit settle, kitorang pun meneruskan aktiviti seperti dalam itinerary aku buat nih. Tempat pertama yang akan aku melawat adalah Stesen Keretapi Ipoh, zasss...

Stesen Keretapi Ipoh

Mengikut hikayat negeri Perak, Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal disebabkan rekaannya yang hampir serupa. Bagi sesiapa yang pernah tengok Taj Mahal, mungkin mereka boleh menilai sendiri tang mana yang sama tu, tapi macam aku yang tak pernah tengok Taj Mahal, sekadar cuci mata jelah sambil mendalami maksud tersirat yang ada dekat tempat nih.

Stesen Keretapi Ipoh

kaunter tiket


Kebetulan masa aku sampai sini, ada construction betul-betul depan stesen keretapi nih. Sebenarnya nak shoot depan-depan, nak simpan buat kenangan, tapi apakan daya, ada halangan pulak. Untuk info sejarah, Stesen Keretapi Ipoh ni siap dibina pada tahun 1917, pergh...lagi lama dari Pau Yik Mun! Disamping itu jugak pernah beberapa kali dijadikan tempat untuk shooting filem macam Anna and The King dsb.

On the way keluar, aku terperasan ada beberapa lagi bangunan yang agak unik betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi nih. Masa sampai tadi tak perasan maybe terlindung dengan construction yang tengah buat kot. 


Sepatutnya next aktiviti aku pergi melawat Gunung Lang. Tetapi wife aku ajak pekena Nasi Ayam Fuziah area Greentown dulu untuk makan tengahari. Disebabkan aku tak biasa dengan Ipoh, terpaksalah menggunakan khidmat GPS. Bila tengok map, ala dekat jer. Lepas set and go, aku pun follow dengan senang hati minah GPS tu, dia suruh left...aku pun left...right, aku pun right...lepas 4,5 kali left right, minah tu pun cakap, "arrive at destination". Aku and wife aku tercengang kejap, hah...kita kat mana nih? Pening aku, tengah beratur dekat traffic light, boleh cakap dah sampai. Pelik pulak tetiba GPS aku jadi bengong. Disebabkan gigih nak pergi makan jugak dekat Nasi Ayam Fuziah tu, aku ikut signboad Greentown jer. Tapi, balik-balik jumpa The Store...pusing lagi sekali pun, The Store jugak aku jumpa.

Memang sah aku dah sesat nih, adey~...motif aku sekarang just nak keluar dari area town jer dulu, sesak sangat, kalau tak, mana-mana pun tak boleh pergi nanti. Lepas segala keringat dicurahkan, akhirnya dapat jugak aku keluar dari area town, tapi sekali sampai Menglembu la pulak. Lapar punya pasal, kedai mamak jelah yang diterjah. Sambil makan, sambil tengok map cari jalan. Rasa-rasa dekat 2 jam jugaklah aku tawaf area town Ipoh tadi. Lepas fikir masak-masak, kitorang plan balik hotel dulu berehat sebab dari pagi lagi berjalan non-stop. Untuk ke hotel aku pun satu hal jugak tu, terpaksa follow signboard Kuala Lumpur dulu, sampai depan bulatan lepas Hospital Ipoh, baru ambik pukul 3 untuk ke hotel aku. Pergh...betul-betul tak sangka, cabaran betul area Ipoh ni, huhu...Ingatkan nak keluar balik pukul 5 camtu, bak kata pepatah, "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan diwatu petang", apa lagi...Zzzzz ler...

Taman Kanak-Kanak & Gerbang Malam

Lepas maghrib camtu, kitorang pun turun untuk aktiviti malam pulak. Disebabkan tak mau kejadian siang hari berulang, aku pun bawak pen and kertas, jumpa dengan customer service hotel tanya arah. Untuk makan malam, kitorang plan untuk pekena Sate Endut. Aku pernah makan dulu, memang terbaiklah. Ada member aku pulak siap cakap Sate Endut adalah yang The Best!


Tempat yang aku datang ni dipanggil Taman Kanak-Kanak or Taman Permainan Kanak-Kanak, aku pun lupa pulak yang mana satu tapi Sate Endut ada dekat salah satu gerai dekat sini. Direction yang customer service hotel aku bagi, keluar dari hotel, belok kiri, terus sampai jumpa bulatan, lepas tu traffic light ketiga belok kanan, first traffic light belok kanan, and pastu simpang pertama belok kanan. Jumpa beb! Terer sungguh orang hotel ni, ingatkan nak tapau Sate Endut sebatang dua dekat diorang nanti. Tetapi...tetapi...


Apasal tutup pulak, argh!! kecewa betul aku, lepas tanya dengan kedai sebelah, kenapa malam minggu boleh tutup, diorang jawab, kedai Sate Endut memang suka-suka hati tutup, kadang-kadang Selasa, kadang-kadang Rabu, ikut harilah. Maybe takder rezeki kot untuk trip aku ke Ipoh kalini. Bagi menebus kekecewaan, kitorang just pekena Popiah yang agak sedap jugak dekat Gerai no 18.


Lepas kekenyangan, aktiviti kitorang diteruskan lagi, tapi sekadar berjalan-jalan dekat kawasan Gerbang Malam, bersebelahan dengan Taman Kanak-Kanak nih jer. Suasana Gerbang Malam ni macam Uptown, bolehlah sekadar nak mencuci mata.

"kita berkenalan dalam laman muka buku~..." :)

Tamat sudah aktiviti hari pertama aku dekat Ipoh, walaupun siangnya penuh pancaroba dan onak duri dok pusing-pusing dekat Pekan Ipoh, malamnyer pulak kecewa sebab tak dapat makan Sate Endut, kitorang tetap enjoy jugak (mata ke atas, tangan ke bahu). Balik hotel berehat untuk aktiviti esoknya pulak.

Roger & out!

16 comments:

  1. aku pernah sekali jer g ipoh... blurr tak tau nak g mana
    p/s cantik jer gambar malam kau amik Orga... guna speedlight eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sama shidah, main terjah jer.tu pasal asyik sesat jer dekat pekan Ipoh, huhu...

      aku mana ada speedlight shidah, manual dengan kit lens 18-55 jer. pernah usha rege speedlight canon, dekat nak sama rege lens pulak, baik angkat lens dulu kan...

      Delete
  2. teringat gitar t teringat YUNA
    best lah Perak....cam teringin lak nak gi ni
    photo sangat shuntek.......ORGA
    meriah sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hang nak pi dila, better ajak orang Ipoh sekali, lagi best kalau diorang tau tempat-tempat yang menarik.

      Delete
  3. mse kck2 sll ke ipoh ikot makpak jnjln. tp xtau ape sgt mse tuh.. harus di repeat. btw aku kagum tgk beg ko tuh.. 1mlm utk 2org??? hbttt. klu aku tuh bwk 1 rmh dh.. byk nau ciut miutnye huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut direpeat pun, tapi next time maybe kena buat research banyak sikit, hehe

      laa...apsal nak bawak 1 rumah pulak, bawak yang penting-penting dah ler, sari semalam jer pun...

      Delete
  4. Yeay.. dekat je dari mahkamah nak pegi greentown tu... teruss dan masuk kiri masa dekat flyover #bajet faham.. hahaha.

    BTW welcome to Ipoh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler pasal..tengok map memang dekat, tapi sebab aku dah nak ke arah Gunung Lang, terpaksa pusing balik. bila pusing, masuk pekan Ipoh,pastu tah mana-mana dah arah aku.

      akan repeat lagi next time, nak makan sate endut jugak, hehe...

      Delete
    2. kalau tngah hari kene try nasi ganja.... perghhhhhh. mmg ganja la !

      Delete
    3. mati-matian aku ingatkan nasi ganja tu dekat penang, dekat Ipoh rupanya. rugi rasa tak pergi ritu, hm...

      Delete
  5. salam....welcome to ipoh =)

    cantik gambar2 dlm blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kira...hang pun orang ipoh jugak ker? ramainya blogger dari ipoh, ahaha..

      Delete
  6. Salam, I love your pictures, lawaaaaa sangat, Camera apa? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks puteri ameena, ada blog tak? guna camera Canon 600D jer...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...