Tuesday 23 October 2012

Kellie's Castle - Ipoh Trip Part Last

Subuh yang hening, air cond yang sejuk, mode bercuti pulak, dugaan betul untuk bangun awal-awal pagi. Lepas subuh ingatkan nak terus bangun mandi, tapi sayup-sayup jer aku dengar katil panggil 'mari...mari...", arhh...apa lagi, kitorang pun sambung tidor balik seround dua. Sedar-sedar jer wife aku kejut suruh bangun mandi, tengok jam dah dekat pukul 9 dah. Dengan rasa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", aku pun pergilah mandi.

Lepas perbincangan semalam, itinerary yang aku prepare sebelum datang ke Ipoh, terpaksa dilupakan sebab nyer dari hasil perbincangan just nak pergi satu tempat jer rini and lepas tu terus berangkat pulang ke kota. Kitorang turun breakfast dulu sebab jam dah pukul 9 lebih, menurut info dari customer service hotel, pukul 10 camtu, breakfast dah abis. Lepas breakfast yang berat and sedap, balik bilik untuk packing semua barang and terus check out. Kalau ikut itinerary asal, arini plan nak pergi Lost World Tambun, pastu melawat Cave Temple and last sekali sebelum balik baru singgah Kellie's Castle. Tapi nampak macam rush pulak, so untuk trip rini, just nak enjoy-enjoy jer sambil layan suasana Ipoh. Lepas set Kellie's Castle dekat GPS, kitorang pun gerak.

Kellie's Castle

Ingatkan dekat, jauh jugak rupanya. Dalam GPS cakap 40 minit jer, balik-balik sejam lebih baru sampai sebab traffic and berhenti isi minyak sekali. Kalau ikut highway, dari Tol Ipoh - Simpang Pulai - Gopeng, baru sampai tempat nih.

tudiaa..

Dari info yang aku dapat, Kellie's Castile ni glamor bukan sebab struktur pembinaannyer, tapi disebabkan misteri yang ada dekat dalam istana ni. Macam-macamlah, ada yang cakap masih nampak lagi roh William Kellie Smith iaitu tuan punya tempat nih yang dah meninggal, pastu kalau saper-saper datang sini, nanti ada yang ikut balik, pastu lagi, kalau berjalan-jalan dekat dalam istana nih, terasa macam ada orang ikut belakang jer. 

chup!! (ai~...main chup-chup pulak yer)
kalau boleh, sila baca entry ini diwaktu malam, kalau tengah malam lagi baik. Di samping itu juga, pastikan sekeliling tiada sesiapa and semua lampu ditutup. Dengan buat macam ni, baru boleh memahami kemisterian Kellie's Castle nih. jeng...jeng...jeng...selangkah ke alam misteri!


Harga tiket RM4 untuk masuk ke dalam. Bagi yang nak datang, sebelum masuk ke dalam, make sure kenali betul-betul pasangan or kawan-kawan korang. Jangan salahkan orang lain, sekiranya dekat dalam nanti, tengah seronok ambik gambar sana sini, pastu tengok belakang ingatkan kawan korang, muka sama, baju sama, tapi bila tanya tak jawab, diam jer. Tengah nak zoom untuk shoot gambar dekat depan, nampak dari dalam camera, kawan korang tengah rancak sembang dengan orang lain, jadi...siapakah yang sedang ikut korang dibelakang nih?? haa...kan susah tu, so, sila hati-hati ditempat yang penuh misteri ni yer...

auwoo....auw auwooo....

Boleh masuk ikut sebelah kiri or kanan istana nih, tetapi kitorang pilih jalan masuk sebelah kanan iaitu dari arah sini sebab nampak sungguh misteri. Aku tak berapa nak pasti samada tangga and kubu ni tak siap dibina sepenuhnya or runtuh sebab sesuatu, misterinya!! Sebagai pengetahuan, takder sesiapa di dalam 2 gambar diatas. Sekiranya terperasan ada seseorang, sila jangan tengok lagi, terus scroll jer ke gambar seterusnya. Jika tidak, yakin dan pasti anda telah diselubungi misteri...

Misteri bukan sebab tak nampak orang lain pun melainkan aku and wife aku...


Nampak tak? Kan aku dah cakap dah, siap ada notis lagi pasal istana ni ada misteri. Mengikut notis tu, dekat kawasan lorong ni lah dikatakan roh William Kellies Smith masih lagi berlegar-legar. Kalau datang waktu malam lagi best, dah boleh buat Paranormal Activity versi Malaysia dah. Tetapi, waktu yang dibenarkan untuk lawatan adalah sehingga jam 6 petang sahaja. Hm~...misteri jugak, kenapa waktu lawatan sampai jam 6 petang jer, kenapa bukan 5.30 or 6.30 petang?


Nampak gaya, misteri gambar tak nampak orang lain selain aku and wife aku telah dibongkari. Semasa aku dekat sini, ada lagi 3,4 family or group lain, dekat depan istana ni pulak ada pasangan pengantin tengah buat wedding photoshot. Ingatkan ada restoran or kedai makan dekat kawasan nih, boleh jugak pekena teh tarik ke, sedih jugaklah sebab takder. 


Misteri tak macam mana boleh ada 2 orang perempuan dekat atas tu? Jadi, kalau nak lebih misteri lagi pasal Kellie's Castle nih, kena datang cuba sendiri, hehe... Selepas meninggalkan Kellie's Castle, maka tamatlah sudah trip aku ke Ipoh, simple jer trip kalini :)

Roger & out!

14 comments:

  1. Aku biasanya lalu jer istana ni... tak pernah lagi terbuka hati nak singgah.... heheh takut

    p/s Orga... bangunan buruk pun cantik dalam gambar tu... bila guna kamera canggih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takut la yang patut singgah, baru dapat bersemuka dengan perasaan takut tu, hehe...mana ada shidah, kamera cap ayam jer aku guna, amatur lagi. nanti dah pro macam dila, baru la upgrade, haha...

      Delete
  2. tulisan kellie castle kat gambar paling atas tu baru je pasang ...dulu takde pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?ingatkan dah lama pasang, first time katakan...

      Delete
  3. haha..hang pi sini jugak..cantik arr photo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...mestilah kena pi, trademark Ipoh kan :)

      Delete
  4. cantik2 semua gambar. teringin gak nak pi sana. nak kena singgah gak nnt ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah lah, kalau ramai-ramai lagi best...

      Delete
  5. Cantik gmbr2 Orga..tp bila tengok hallway castle ni, memang menyeramkan jugak, esp malam2.. hu..hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...menyeramkan ker?itu yang best pasal tempat nih...

      Delete
  6. suka pic2 ni, baca N3 ni serius rasa lama betul KA x ke ipoh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah KA...support visit Perak 2012, hehe...

      Delete
  7. First.. cantik nak mamp.. gegambar dalam ni :) *tunjuk ajar ku sifu !

    Actualy kan, mmg 40 min pun, saya dulu praktikal dekat batu gajah.. atas dari kelli .. around 50 minit dah smpai. Maybe sbb dah tahu jalan kann.

    Ini dah kira cantik la ni, dulu sebelum komersial.. ermmm nangis tengok banggunan ni.. lepas tu ruangan kat bawah yang gelap tu (kalau masuk la ) bau hannncing.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...belaja dengan utube jer wan.

      yeke 40 min jugak,ingat gps wat hal lagi. ada jugak amik dekat dalam,tapi buruk sebab gelap.maklumlah takde speedlight...tapi so far, harum semerbak jer, takdelah pulak terbau hancing.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...