Thursday, 12 September 2013

Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Salam semua...sihat-sihat je yer, musim-musim hujan ni, berjaga-jaga la sikit. Lama sungguh aku tak menghupdate blog, dah bersawang dah sampai anak labah-labah tu pun dah besar pergi sekolah dah. Di kesempatan ni jugak aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Kalau makan lemang dengan ketupat tu, ingat-ingatlah aku sama. Eh...ada lagi ke orang makan lemang dengan ketupat sekarang, hehe... Wokey, dalam entry ni aku nak share yang UiTM ada buka offer untuk Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda untuk peringkat Sarjana and PhD, bagi tahun 2014. So, apa kaitan dengan pepatah diatas yang berbunyi "Sambil Menyelam Sambil Minum Air??" Bagi yang faham apa yang aku maksudkan, mesti diorang tak sabar-sabar menunggu tarikh permohonan ni buka. Syarat-syarat untuk apply pun simple jer, cewah~...


Syarat-syarat untuk PhD:
1. Ada ijazah yang diiktiraf
2. Pointer CGPA masa peringkat ijazah at least 3.50
3. Pointer CGPA masa peringkat sarjana at least 3.00

Syarat-syarat untuk Sarjana:
1. Ada ijazah yang diiktiraf
2. Pointer CGPA peringkat ijazah at least 3.50

Permohonan untuk Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM ni akan dibuka 17 September 2013 sehingga 1 Oktober 2013. Boleh refer link dekat bawah untuk lebih detail.


Amacam? Menarik lagi tertarik?? hehe...bagi sesiapa yang dapat tu, amatlah bertuah. Dapat pergi US, UK, Japan, Singapore, or mana-mana negara yang menjadi impian sejak dari bangku sekolah lagi. Pergi pulak bukan 5,6 hari tau, tapi sehinggalah tamat pengajian. Wokeylah, sampai sini jer. Pasni nak BW pulak, dah lama sangat tak melawat jiran tetangga, nak tau jugak diorang apa cer kan...

Roger and out.



29 comments:

  1. uiks lama nya mengilang raya sakan nampak hehehe.........

    ada cita-citakah mau sambung study ke tempat2 tersebut di atas?? hehe nanti MS boleh datang melawat..kiranya sambil menyelam sambil minum air juga lah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala MS...saya dah ada komitmen lain, lagipun dah nak abis dah pun, bagi peluang dekat orang lain la pulak, hehe...

      Delete
  2. Orga ; wellcome back ,lama menyepi, skrg org dah berenti makan ketupat lemang dah raya da abis.Thanks atas info tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks manaf haneem...orang berhenti makan pun, saya nak makan jugak, hehe...

      Delete
  3. bagi yg layak, apa tunggu lagi
    apply le cepat ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu akak...tapi tak boleh lagi, 17 hb baru boleh start apply...now tak buka lagi...

      Delete
    2. laaa...yeke.. tak pe, mana-mana pun ok.. :)

      Delete
  4. orga.. kalo ko apply.. welcome to uitm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak apply la zette, dah ada komitmen dengan yang lain, bagi orang lain la apply...

      Delete
  5. Wah..menarik..nak try lah...

    Orga..lama betul menghilang..rindu sama kamu meh...eheheh...larikkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jm, kita lari sama-sama, muahaha...

      Delete
  6. Saya supervise ramai student yang ambil skim ni. Ada yang buat Master dan ada PhD. Ramai yang sudah grad dan ramai juga yang sedang buat tesis/projek dgn saya. Ada jugalah anak-anak murid saya tu jadi pensyarah di Uitm :)

    Orga kata di atas tu "dah nak habis pun." Apa maksudnya? Tengah study ke?

    Kalau dapat peluang belajar di luar negara memang seronok. Sambil menyelam minum air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah sambungla kak...macam nak pecah kepala dah ni, ahaha...nak hilang stress punya pasal baru bawak diri tengok-tengok dunia luar :)

      Delete
  7. Alamak, bestnya! Tapi macam tak berapa ak cukup syarat la pulak.. Huhuhu.. Orga apply ke? Hehe.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miza...samalah kita, tak cukup syarat pun takper, apply jer...dapat tak dapat belakang kira, rezeki dari Dia :)

      Delete
  8. mohon share bro....( nak share kat FB ni) hehehehe

    ReplyDelete
  9. wah teringat zaman2 lepas grad dulu berangan nak join TPM ni, tp tiba2 dpt keje lain....terusssss lupa cita2 nak jd lecturer dolu2... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpelah kak, kita bagi golongan muda pulak yang apply, cewah~...

      Delete
  10. weh Orga..... kau menghilang lama tgh buat PHD kew???

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah shidah, dah sambung study camni la...ko pun lama tak dengar citer, selamat hari raya weh~...

      Delete
  11. Waaa kalau berjaya, jadi lecturer la pasni ye.
    Agak-agak kalu jadi lecturer... garang ke tak ni? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dekda, kalau dapat grab ni, mesti jadi lecturer punya pasni.pastu nak garang ke tidak, tengok dulu anak murid macam mana, hehe...

      Delete
  12. Orga,

    huhu..direct jek aku tanye..klu pointer tak cukup 3.5, tp ade pengalaman keje boleh apply jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut nasib jugak...macam member aku, pointer tak cukup 3.5, tapi masa master dia dah publish 3 paper, apply untuk phd dapat. rezeki la tu...kalau pengalaman keje saje, tak sure la. apply jer, dapat tak dapat belakang kira, muahaha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...