Kejadian membuat kuih koci ni berlaku dalam minggu lepas, tengah syok marathon layan The Blacklist, sekali wife aku tanya, "bro...lu tak rasa nak mengunyah paper ker? kopok ke...jajan ke...takkan nak layan movie teguk air kosong je"... Betul jugak cakap wife aku, mana syok layan movie mulut tak kunyah paper. Paling kurang pun ada lah burger daging double cheese special dengan teh ais. Tak boleh jadi ni, so aku pun membentangkan idea untuk buat kuih, sebab nak lain sikit malam ni. Tak kisah lah kuih pape pun, janji kuih. Wife aku pun balas, "idea lu memang brilliant, wa suka lah"...jadi, kitorang pun start mengelistkan kuih-kuih yang rasa macam senang nak buat and tapi sedap. 1:donut - boring. 2:karipap - dah makan time breakfast pagi tadi. 3:roti jala - ni macam boleh nak diterima. Sekali cari acuan tak jumpa, dah hilang agaknya, next! 4:?? Masa ni aku cakap nak makan kuih yang dalam daun pisang, pernah makan time kenduri rumah kawan kitorang. Wife aku pun blur, sebab aku bukannya nak ingat sangat nama-nama kuih ni. So wife aku pun tanya mak dia, and dimaklumkan kuih yang aku nak makan tu dikenali sebagai Kuih Koci. So berbekalkan panduan dan pedoman dari mak aku, kitorang pun list kan barang-barang yang patut dibeli.
Pukul 9 malam.
Dah macam masuk Amazing Race pulak rasa, kitorang keluar rumah pergi beli bahan-bahan dalam kul9 malam. Target sebelum kul12 malam semua dah siap. Antara bahan-bahan yang diperlukan:
1. Tepung pulut
2. Tepung pulut hitam
3. Gula pasir
4. Gula melaka
5. Kelapa parut
6. Pati santan
7. Daun pandan
8. Daun pisang
Dalam list dekat atas tu, yang takde cuma tepung pulut hitam, kelapa parut and daun pandan je. Yang lain semua tersedia dekat dapur, so cepat lah sikit sesi shopping menyoping kitorang.
Pukul 9.15 malam
Time ni aku and wife aku dah get ready dekat dapur, bersiap sedia untuk menyatu-padukan bahan-bahan tadi supaya menjadi kuih koci. First sekali kena buat inti dulu, sebab part ni lama, nak kena masak bagai. Tugas aku biasalah, kacau mengacau, hehe...
- Mula-mula, ambil kuali sambil nyalakan api, cewah... Kalau api tak menyala, tahun depan pun tak siap lagi kuih koci ni. kan...kan...
- Taruk air beserta secawan gula pasir and beberapa ketul gula melaka.
- Masukkan jugak daun pandan sekali. Biar semua jiran tetangga bau yang time ni aku tengah masak something.
- Pastu kacau and kacau sampai semua dah hancur and sebati.
- Bila dah nampak macam dah sebati, terus masukkan kelapa parut.
- Kacau and kacau lagi sampai lah dah nampak macam kering sikit.
- Bila dah nampak kering, tutup api and biar jer sejuk atas dapur tu.
Occay, part inti dah setel. Now untuk buat kulit luar pulak or nama glamor dia Doh. Kalau nak diikutkan, time aku dok kacau mengacau gula tu, wife aku dah prepare buat doh, so dapat jimat banyak masa.
Untuk buat doh senang jer, campurkan tepung pulut and tepung pulut hitam sambilkan masukkan air ciput-ciput biar sampai sebati macam gambar bawah. Resepi orang tua-tua kan, kebanyakannya senang-senang jer nak buat.
Bukannya complicated pun, tepung pulut, tepung pulut hitam, air, tu je. Mula-mula aku ingat nak lah tolong wife kan, nak tunjuk sikit aku ni seorang yang romantik gitu. Sekali kena halau, wife aku suruh setelkan pasal daun pisang sebab belum potong lagi. So aku pun ambik pembaris, ukur dalam 10 cm x 10 cm, gunting. Lepas gunting kena layur dulu, kalau tak layur, nanti susah nak lipat sebab keras.
Pukul 10 malam
Lebih kurang time ni, aku dah duduk bersila depan tibi untuk part menguli buat kuih koci ni. Kuali yang ada inti tadi pun aku bawak sekali, sebab kiri kanan tangan aku main dengan minyak, so tak dapatlah nak ambik gambar. Untuk uli doh untuk masukkan inti, tangan kena ada minyak tak mo bagi melekat/melekit. Setengah orang pakai plastik, tapi aku pakai tangan je, baru syok sikit. Feel tu penting, hehe...
Hasil kiraan aku, dapatlah dalam 30 biji. Terer jugak aku uli, make sure jangan letak banyak sangat inti, takut nanti tak jadi kuih koci. Macam mana aku nak explain pun taktau, kalau korang buat, mesti faham maksud aku ni.
Lepas siap uli masukkan inti semua, dah nampak bentuk kuih koci dah, then aku rendamkan dalam air panas kejap. Tak sampai 10 saat pun, nampak terapung jer terus angkat masukkan dalam pati santan pulak. Pati santan ni wife aku prepare adalah masukkan sikit garam, biar ada rasa sikit.
nampak tak...nampak tak...
Lepas masukkan dalam pati santan, ambil daun pisang yang dah siap layur tadi, taruk sebiji kuih koci and taruk jugak satu sudu pati santan tu, biar lagi berlemak masa masak nanti. Then balut macam bungkus nasi lemak. Ni arahan dari mak aku, so kitorang pun ikut jelah.
get ready untuk kukus...
Selepas 15 minit
tadaa...!!
Pukul 11 malam lebih sikit
Tak sangka betul, dalam 2 jam jer untuk siapkan 30 biji Koci Yang Lazat Lagi Berkrim ni. Hasilnya amatlah memuaskan, sebab even 30 biji, aku rasa macam tak cukup, ahaha... Bila dah siap semua, baru sambung balik layan The Blacklist sambil mulut mengunyah kuih koci. Disaat lidah bersentuh dengan inti, serius wa cakap beb, sangat sedap! Tak percaya...kenalah buat sendiri, hehe....
Wassalam.