Monday, 10 December 2012

Hadiah dari Tourism Malaysia

Alhamdulillah...Pertamanya, syukur sesangat sebab dalam tak disangka-sangka, ada berita mengembirakan yang berlaku hari ini. Ya...seperti yang tertulis dalam tajuk dekat atas, aku telah menang hadiah dari Tourism Malaysia untuk Cuti-Cuti 1 Malaysia Photo Contest. Sebenarnya, aku pun tak ingat dah tarikh yang sebenar aku masuk, cuma terkejut sekejap bila dapat panggilan tepon dari pihak Tourism Malaysia hari jumaat lepas. Depa habaq mai yang aku merupakan salah seorang pemenang untuk pertandingan ni. Mula-mula rasa macam tak percaya, ingatkan kena Panggilan Hangit Hot Fm ker, lepas confirm betul-betul, baru aku percaya. So, aku diminta untuk datang collect hadiah pada hari ini. Sehubungan itu, cewah...lebih kurang pukul 2 petang tadi, aku pun bertolak ke tempat yang dinyatakan iaitu Pusat Dagangan Phileo, Damansara.

first time sampai sini...


Apa Hadiah yang aku menang tu? Inilah dia...Aku telah memenangi Consolation Prize untuk pertandingan ni. Bawah adalah details pasal hadiah yang lain, tapi taktaulah pulak siapakah gerangan yang dah menang...

Tempat Pertama : Mac Book + Travel Package
Tempat Kedua : iPhone 4s + Travel Package
Tempat Ketiga : iPad3 + Travel Package
Consolation Prize : Travel Package x 5


Sebenarnya, takder pun upacara penyampaian hadiah, aku jer yang request untuk wat cam gini, nasib baik diorang pun sporting jer, hehe...So, hadiah yang aku menang tu adalah Malacca Tour Travel Package for 2 Person, 3 Days 2 Nights at Mahkota Hotel including breakfast and dinner, activity Malacca River Cruise and Half Day Malacca Tour. Best sangat rasa, buat pertama kalinya percutian aku di sponsor sepenuhnya, yeay!!

Lepas semua hal berbangkit selesai, aku pun bertolak balik. Kalau takder aral melintang, bulan Januari 2013 kitorang akan terjah Melaka!! JOM PAKAT-PAKAT SUPPORT TOURISM MALAYSIA.

Roger and out.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...