Sebelum aku nak citer pasal Trip ke Phuket Last Part, saja nak buat promosi sikit, hehe... Mana-mana individu atau company yang berniat untuk memiliki domain website sendiri (dot my), bolehlah refer tutorial aku dekat link bawah ni:
http://www.skampung.my/2012/12/tukar-dari-blogspot-ke-dot-my-my.html
Tak kisahlah, kalau tetiba rasa nak buat bisnes Cupcake ker, kalau pakai Cupcake.blogspot.com, macam rasa tak berapa nak sedap kan, better tukar ke Cupcake.my, lagi sedap bunyi dia. Tak pun nak involved dalam Wedding Photography ker, boleh guna weddingphotography.my instead of weddingphotography.blogspot.com, kan panjang nama tu. Kalau TAKDA website or blog sekalipun boleh daftar, booking domain dulu (Bahagian Pertama Tutorial), nanti dah ada idea nak buat website/blog/bisness apa, baru guna domain tu, PERCUMA ni beb! Peluang ni terbuka sampai 25 Disember 2012 sahaja, sekian :)
Panjang pulak mukadimah aku kan, sekali sekala apa salahnya, hehe...Baheklah, meh nak sambung citer Trip ke Phuket nih. Selepas seronok menikmati permandangan dan panorama di Promthep Cape, next plan nak pergi ke Karon View Point pulak. Jarak perjalanan lebih kurang 10-15 minit gitu.
Sebenarnya masa on the way dari Patong nak ke Promthep Cape, aku terperasan lepas area Kata Beach tu, ada banyak tempat untuk naik gajah ni, tepi-tepi jalan jer. So, on the way nak ke Karon View Point, masa lalu kawasan sini, aku pun berhenti ambik gambar, tapi dari jauh jelah. Mahal jugak pakej nak naik gajah ni, kalau tak silap reger atas 500 Baht kot. Memandangkan bajet aku yang tinggal sekangkang kera, niat nak naik tu terpaksa dilupakan. Lagipun wife aku cakap, dia geli dengan mende-mende cam gini, ceh~ alasan! Aku tengok, yang ramai dok naik gajah ni mat and minah saleh. Lebih kurang 10-15 minit cam gitu, aku pun sampai ke Karon View Point, yeay...
Karon View Point
Boleh tahan jugak tempat ni, just parking agak susah untuk yang berkereta, kebanyakan parking di monopoly oleh geng-geng minibus. Macam kitorang yang naik motor ni tak kisah, celah-celah kereta pun boleh parking lagi. Belum sempat aku turun dari motor, dah ada orang datang promote untuk pakej naik gajah. Offerlah macam mana pun, aku memang tak mau naik, lainlah kalau free. Alang-alang mamat ni dah datang jumpa aku, even tak jadi ambik pakej diorang, boleh pulak aku suruh dia ambik gambar kitorang atas motor ni. Nasib baik mamat ni pun sporting jer.
Inilah motor yang disewa, 200 Baht sehari
Bila aku naik atas, boleh tahan ramai orangnya. Kitorang pun duduk relax kejap, tunggu orang kurang sikit, baru cari port untuk ambik gambar. Untuk makluman, dekat bahagian bawah tempat ni ada kedai macam minimart gitu, aku tau pun sebab ternampak budak makan ice-cream. Setakat duduk saja tak boleh jadi, lagipun panas, sedap jugak ni layan ice-cream, hehe...
Orang agak ramai time dekat tengahari cam gini
Sudah jer makan ice-cream, tengok orang pun dah makin kurang, so aku pun cari port and terus snap gambar. Memang cantik view dekat Karon View Point ni, tambah-tambah cuaca pun memang elok, seronok ambil gambar.
Bye bye Karon View Point
Layanlah gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Karon View Point balik ke Patong Beach :)
Depan situ adalah Kata Beach, tak sempat nak berhenti.
Roundabout dekat Kata Area
Dah nak sampai Patong Area
Patong Beach
Naik motor bertiga,berempat tu adalah habitat orang dekat Patong.
Bacaan minyak motor bila sampai depan hotel.
Kalau pergi makan 1 bar, balik pun makan lagi 1 bar. Kitorang sampai depan hotel lebih kurang pukul 11.50 cam gitu. Lepas parking motor, terus masuk bilik, baring-baring, mandi-mandi and packing, dekat pukul1.00, kitorang pun check out. Lega rasa bila tanya pasal tempat simpan bag, hotel ni ada bilik khas and untuk pelanggan or bekas pelanggan, percuma jer untuk simpan bag. Sesetengah hotel, takde bilik untuk simpan bag, pastu letak tepi meja receptionist jer, macam tak berapa nak selamat kan. Lagipun petang nanti dalam pukul4 camtu, minibus akan datang ambik kitorang dekat hotel ni jugak untuk ke airport. Lepas hal bag settle, next plan nak pergi makan tengahari dekat area depan Masjid, Saveena Restaurant.
MAP AREA PATONG
Lepas parking motor depan Saveena Restaurant, ingatkan nak terus masuk makan tengahari. Alang-alang dah depan Masjid, kitorang pun naik solat dulu. Kalau tak salah aku, ini satu-satunya Masjid dekat area Patong.
Masjid
Bahagian ambil wuduk, toilet laki, pompuan adalah dekat bawah Masjid ni, belakang tangga tu. Sementara tunggu wife aku sudah solat, tetiba ada orang tegur aku. Nampak sangat aku orang luar sampai ada orang kenal. Yang tegur aku tu kakitangan masjid ni jugak, berasal dari Kelantan. Peramah jugaklah and dia pun syorkan untuk aku makan dekat Saveena Restaurant nih. Apa lagi, lepas selesai solat, terus kitorang terjah restoran nih.
Saveena Restaurant
Buat kali terakhir, kitorang order tomyam dekat Phuket nih. Perhh...memang terbaiklah tomyam diorang buat, telinga berasap macam keretapi tu, pedas and sedap. Harga pun tak mahal sangat, total aku and wife aku makan sekali dengan air just 120 Baht jer. Bila perut dah penuh, energy ada balik, baru best nak teruskan next aktiviti. Plan nak round-round area Patong jer, tapi sebelum ke mana-mana, aku singgah isi minyak motor dekat Station Minyak ESSO.
Kalau ikut MAP dekat atas, dari Saveena Restaurant, terus ke bahagian atas and akan jumpa ESSO sebelah kanan, besar jugak station minyak ni. Tetapi, sekali kena beraturlah pulak, nasib baik tak panjang sangat. Setahu aku, dalam dok pusing-pusing area Patong ni, ESSO satu-satunya station minyak yang aku jumpa. Selain daripada ESSO, boleh jer isi minyak dekat kedai-kedai tepi jalan, diorang jual minyak petrol dalam botol, ala...macam zaman-zaman dulu, masa station minyak tak banyak lagi. Tapi, dari info aku dapat, yang dalam botol tepi-tepi jalan tu mahal, satu botol berharga 40 Baht, tak penuh pun botol tu. Ada orang suggest, lagi baik isi dekat pam station.
Dekat ESSO ni, hampir setiap pam ada orang jaga, so bila turn aku sampai, just sebut FULL, dia dah faham dah. Memang cekik darahlah isi minyak dekat Thailand ni, patutlah orang kita dok seludup masuk sana. Untuk penuhkan tank minyak motor aku yang hilang 2 bar tu, isi penuh lebih kurang 100.++ Baht. Tu belum isi yang pakai botol, tataulah berapa botol nak kena isi sampai penuh. So, macam orang lain jugak, aku suggest better isi dekat station minyak berbanding kedai-kedai tepi jalan ni. Mula-mula berani, cewah~...plan nak keluar kawasan Patong nih, tapi lepas few kilometer, patah balik sebab takut sesat. Luar dari kawasan Patong, aku tak study route dia, kalau banyak masa, memang aku bantai jer, sesat pun sesatlah. Tapi sebab pukul4 nanti nak kena balik hotel, niat untuk ke luar kawasan terpaksa dipendam, next time maybe :)
Patah balik ke Patong, depan sinun tu adalah Patong.
Ingatkan nak singgah beli tshirt Hard Rock Cafe, tapi bajet lari pulak, so aktiviti diteruskan dengan jalan-jalan tepi pantai Patong. Daripada Hard Rock Cafe, jalan terus and aku parking motor dekat dengan Hachiko Version Phuket. Bukan Shibuya jer ada Hachiko, Phuket pun ada jugak.
Hachiko Version Phuket
Aku taktau nama local patung anjing ni, tu pasal aku panggil Hachiko version Phuket. Located dekat tepi pantai Patong, refer MAP atas untuk lebih faham. Jam pun dah dekat pukul 2.30, aku rasa aku buat tindakan yang tepat untuk lepak area pantai Patong. Nanti dalam 3.45 petang, nak gerak pergi hantar motor balik dekat kedai motor sebelah 7E, pastu balik hotel and tunggu minibus datang pick up untuk ke airport. Layanlah gambar-gambar dekat pantai Patong waktu petang, memang happening!
macam best main mende ni, 1100 Baht sekali main.
Lebih kurang pukul3.45, kitorang ke motor and patah balik ke kedai sebelah 7E tu. Minyak motor tak tergugat pun, masih lagi full. Urusan pulangkan motor pun kejap jer, lepas dapat Passport aku, kitorang jalan balik ke hotel. Ambik bag and tunggu minibus datang pick up. Dalam pukul4 camtu, minibus sampai and aku tengok ada 3,4 tempat lagi dalam minibus tu yang masih lagi kosong. Nampaknya, lepas ambik kitorang, minibus ni akan pergi ambik orang lain pulak sampailah tempat duduk dalam minibus ni penuh. Hehe...tekaan aku memang betul pun and kitorang sampai dekat airport lebih kurang pukul 5.30 petang. Nasib baik jugak sampai awal dekat airport, urusan check in bag, kastam and immigration memang lama, ramai sangat orang. Dapat masuk dalam and duduk dekat depan departure gate lebih kurang pukul 6.30, ambik masa dalam sejam jugaklah semua urusan tadi tu.
Flight kitorang pukul 7, masuk jer dalam kapal terbang AA, maka dengan rasminya berakhirlah percutian kitorang ke Phuket. Memang best sangat, pengalaman yang lain rasa, and syukur jugak sebab sepanjang berada di Phuket, cuaca elok jer.
Bye bye Phuket!
Kalau ada peluang, mungkin akan repeat lagi sekali kot. Tapi next time nak try pergi jalan darat pulak, maklumlah kitorang orang utara, Thailand tu bersebelahan jer. Ai~...mengidam pulak dengan Banana Pancake, huhu...
Hokeylah, nama pun Last Part kan, so Entry aku untuk Trip Ke Phuket tamat di sini dengan jayanya. Untuk next entry, aku akan try finalize budget aku untuk Trip Ke Phuket nih.
Roger and out.
































