Friday, 31 May 2013

Fly to Seoul (Day 6 & Day 7) - The End

Salam Jumaat untuk semua...

Selepas selesai mengenyangkan perut dekat Yoogane Restaurant, kitorang keluar and pusing-pusing area Myeondong buat kali yang terakhir. Masa tengah berjalan-jalan tu, tetiba nampak pulak orang jual sotong bakar. Pernah aku baca before ni, ramai blogger yang suggest untuk try sotong bakar kalau datang ke sini, so kitorang pun apa lagi, terus berkejaran la ke gerai tu. Sekali tengok harga, 1 cup dalam 5,000 Won. Hm...stop kejap dekat situ, ingatkan dalam seribu or dua ribu Won jer, baru ingat nak tapau banyak-banyak. Dari pemerhatian aku, banyak jugak pilihan yang ada, cuma aku tak pasti yang mana yang sedap. So, kitorang pun bertenggek la area tepi gerai sotong bakar ni, usha-usha orang lain beli dulu. Kalau ramai yang beli type tu jer, so confirm sotong bakar jenis tu mesti sedap kan hihi.


Disebabkan ramai sangat pilihan sotong bakar, nak kata tengok orang lain pun, tak tentu jugak, sebab rata-rata yang beli bukan orang tempatan. Tapi serius, semua nampak sedap dan enak dimakan. Kemudian, aku pun pilih and ambik jenis nipis-nipis ni. Lepas bayar 5,000 Won, ahjussi pun bakarlah sotong yang dah aku pilih tu. Tengok asap yang berterbangan dek bakar sotong kitorang, wah...dalam hati aku, mesti sedap tahap gaban ni.

sotong yang kitorang pilih...

Tak lama sangat pun ahjussi ni bakar, tak sampai 5 minit pun. Pastu dia masukkan balik dalam cup and pass ke kitorang. Aku ambik seketoi and terus masukkan dalam mulut. gulp! mak aii...rasa dah okay dah, yang tak tahan, liat nak mampus! Abis lenguh rahang aku dok mengunyah sotong ni, tak boleh-boleh telan lagi. Wife aku cakap, teknik pemakanan aku salah, patutnya orang makan sikit-sikit. Aku pun cakap, cer tunjuk teknik yang makan sikit-sikit tu, sekali bila wife aku gigit, nak tarik tak putus-putus, macam gigit plastic, aku gelak jelah. Adakah kitorang pilih sotong yang salah? Alang-alang dah beli, aku sesorang jer yang makan, wife aku surrender, macam nak tercabut gigi katanya... Lebih kurang pukul 6 petang gitu, aku decide untuk balik ke guest house and ambik bag. Sebab malam nanti kitorang akan tidur dekat guest house di Incheon. 

Dari Myeongdong, kitorang bergerak ke Incheon menggunakan train. Tambang lebih murah berbanding naik bas, lagipun baki dalam T-Money cukup untuk perjalanan dengan train, tapi kalau dengan bas, kitorang kena pakai cash or topup T-Money. Lepas berbincang dengan wife aku, why not try naik train pulak kan, rasa pengalaman yang lain pulak. Then, dari guest house, kitorang pun menapak ke Myeongdong St. Lepas tengok subway map untuk ke Incehon Int'l Airport, cuma sekali jer transit iaitu dekat Seoul Station. 

Myeongdong St. - Seoul St. - Incheon Int'l Airport.

Tetapi, perjalanan kitorang ke Incheon Int'l Airport tak semudah yang disangka. Masalah tu terjadi masa di Seoul St., untuk pertukaran ke line yang menuju ke Incheon Int'l Airport, tapi kitorang wrongly masuk ke line yang menuju ke Incheon sahaja. Ada beza tau, Incheon Int'l Airport and Incheon sahaja, dua lokasi yang berbeza ni. Sila tengok map bawah:


Bila train start berjalan, aku tengok next station adalah Namyeong St., so aku agak kitorang dah dalam train yang betul iaitu menuju ke Incheon. Padahal bukan Incheon Int'l Airport. So, masa dalam train tu, aku perhatikan sekeliling, time ni pulak orang balik keje, memang macam tin sardin keadaan dalam train tu, tapi yang aku hairan, kenapa kitorang jer yang bawak bag besar. Then, aku bukak balik map subway, rasa macam tak wat salah dah, kebetulan masa tu, map yang aku pegang memang aku lipat-lipat, supaya senang letak dalam poket seluar. Bila aku buka besar-besar map ni, baru rasa macam semua darah naik ke muka, even keadaan sejuk, aku dah start berpeluh dah, kitorang naik train yang salah rupanya. Kalau tengok map dekat atas, kitorang menuju ke Incheon St. yang aku dah tanda dengan anak panah merah tu, tetapi destinasi kitorang yang sebenar adalah yang ditunjuk dengan anak panah hitam. Ya ampun...patutlah rasa macam orang asyik dok pandang-pandang jeling-jeling...

Nasib baik jugaklah aku detect awal-awal, so sempat lagi untuk tukar train dekat Bupyeong St. nanti. Rasa macam citer suspen pun ada time ni, hari last pun boleh tersesat lagi. Sampai dekat Bupyeong St., kitorang pun keluar and tukar ke line yang betul iaitu ke Incheon Int'l Airport. Sepatutnya ada dalam 13 station je yang kena tempuh untuk sampai ke Incheon Int'l Airport and perjalanan pun lebih kurang 50 minit jer, tapi perjalanan kitorang terpaksa tempuh hampir 35 station and ambik masa almost sejam setengah plus terpaksa berdiri sepanjang dalam train sebab padat dengan orang, drama sangat. Sampai dekat Incheon Int'l Airport, sepatutnya aku boleh call guest house aku stay untuk datang pick up. Malas fikir and penat punya pasal, aku pilih untuk naik teksi jer.


Dekat kaunter ni, aku tunjuk alamat and nama guest house yang aku akan pergi dalam Korean, sebab bila aku cakap, diorang tak dapat tangkap nama guest house yang aku sebut. Tak lama kemudian, kitorang disuruh masuk dekat dalam sebuah teksi, jenis Sonata u'olls. Masuk je dalam, ternampak kecanggihan disitu, sekali lagi aku tunjuk nama guest house aku stay dekat driver teksi, then dia pun key-in dekat dalam gps, aku risau dah takut tak jumpa. Tak sangka ada guest house aku nak pergi dalam gps diorang, lega rasa. Dari Incheon Int'l Airport ke guest house aku stay ni dalam 5 minit jer perjalanan dengan teksi, and tambang yang dikenakan cuma 3,000 Won. Untuk Makluman, guest house aku stay adalah World of Guesthouse.

World of Guesthouse, Incheon Int'l Airport.


Dari review yang baca dekat Tripadvisor, World of Guesthouse antara yang direcommened kalau nak stay untuk jangkamasa pendek or sebagai persinggahan di Incheon Int'l Airport. Ada 3 sebab bagi menyokong hujah-hujah yang aku cakap ni, pertamanya dekat sangat dengan airport, keduanya guest house ni agak murah, aku booking guna Agoda.com, dapat RM130 untuk semalam, and ketiganya, bilik pun ok, dan jugak ada penghataran dari guest house ke Airport, free.


Untuk makluman, World of Guesthouse dekat dalam bangunan ni. Kena naik ke Tingkat 11, and turn ke sebelah kiri, jalan terus sampai jumpa bilik bernombor 1105 yang merangkap office diorang.


Selepas aku tunjuk voucher yang dah aku booking by Agoda.com, kitorang dibawa turun ke 1st Floor and diberikan kunci bilik. Macam biasa, staff diorang akan explain dulu apa yang ada dalam bilik and macam mana nak guna alat-alat yang ada, then lepas tu, dia pun tanya, flight kitorang esok pukul berapa. Kemudian aku jawab, pukul 9.30 pagi, so staff ni cakap, dia akan datang jemput dalam pukul7 pagi dekat depan bilik untuk dihantar ke airport. Oklah, walaupun nampak macam awal sangat, tapi dah orang nak hantarkan, aku ok jer. So, inilah view dalam bilik kitorang...


Pendapat aku, ok lah jugak guest house ni, besar pun besar, ada kitchen lagi, harga pun tak mahal sangat. Kalau masuk sorang dua lagi pun okay, still ada sofa untuk tidor. Bilik mandi pun not bad, ada mesin basuh dekat dalam. Selesai berehat and membersihkan diri, even petang tadi kenyang makan Yoogane, malamnya dah start lapar balik. Mungkin sebab sesat masa on the way datang sini kot, so aku pun kuar ke 7-E yang terletak dekat luar bangunan ni. Takde mende lain dah yang aku beli, susu pisang and nasi, balik makan dengan kari ayam. Lepas makan terus tidor sampai lah pagi esoknya...

Day 7

 
Tepat jam pukul 7 pagi, aku dengar ada orang ketuk pintu bilik. Sharp sungguh mamat ni, lepas check and pastikan takda barang yang tertinggal dalam bilik, then kitorang dibawa ke kereta untuk dihantar ke airport. Sampai di airport, kitorang pergi ke kaunter AA and check in, nasib baik dah buka. Bukan apa, malas aku nak usung bag sana sini. Lepas check in, kitorang pusing-pusing tengok suasana dekat airport. Ramai aku tengok yang tidor dekat airport, pada mulanya, before aku booking World of Guesthouse, ingatkan nak tidor dekat airport jugak. Tapi sebab ada pilihan lain, and guest house pun tak mahal sangat, so better aku pilih guest house, selesa pun selesa.


Tak lama kemudian, kitorang pun bergerak menuju ke gate untuk pulang ke Malaysia tanah tumpah darahku ewahhh..patriotik sikit hehe. 6 hari masih tak cukup untuk explore South Korea, In sha Allah harap diberi peluang kembali lagi ke sini, amin. Negara yang cantik, makanan sedap, sejuk yang amat, strawaberi manis, hmm apa lagi, banyak sangat benda best termasuk pengalaman sesat barat ahaha.. Overall puas hati and saat ni rasa rindu pulak ke sini semula. South Korea, till we meet again...dengan ini aku akhiri dengan gurindam melayu yang berbunyi..

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Bye-bye Korea !!

Roger & out.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...