Semalam pun aku try tulis lagi, lepas on laptop, dengan jiwa yang tenang, fuh~...tarik nafas, lepas...lagi sekali tarik nafas, lepas...@#$%~ Arghh!! Tak boleh jadi nih...Hm, maybe aku nerbes sangat kot, jiwa kacau. So, rini dengan tanpa segan silunya, aku memulakan entry pasal Phuket. Nak dijadikan citer, aku beli tic ke Phuket bulan March 2012 lagi tau, AA return tic untuk 2 orang RM386 including tax bagai, punyalah lama kan, November baru boleh pi. Aku ke Phuket dari 15 Nov sampai 18 Nov, lebih kurang 4 hari jer and seperti semua tau, time ni hampir semua orang cuti seminggu. Duit pun tak banyak sangat aku bawak, lebih kurang 7000 Baht (RM708.40; rate 100 Baht = RM10.12) untuk aku and wife aku selama 4 hari kitorang ada kat sana. Di hari kejadian, Alhamdulillah...lepas check in bag, flight pun tak delay, lebih kurang kul6.10 pm, kitorang berlepas dari LCCT ke Phuket and sampai lebih kurang kul6.30 pm waktu Phuket. Urusan kastam and imigresen pun smooth jer and aku keluar dari airport Phuket lebih kurang kul7.00 pm. Di Phuket, aku stay area Patong sebab hasil penyelidikan aku, area Patong macam happening sikit.
Disebabkan aku bawak duit banyak sangat, so pilihan aku ke Patong dari airport mestilah dengan minibus, apa barang naik teksi, ahaha...Kos dari airport ke Patong dengan minibus 150 Baht sekepala, lepas bayar 300 Baht untuk aku and wife aku, belum sempat aku nak keluarkan camera, ingatkan nak snap kaunter situ, diorang dah suruh aku and wife aku masuk dalam minibus. Patutlah, minibus yang aku kena naik tu dah hampir penuh, tinggal seat depan sebelah driver jer yang kosong. Masuk jer aku and wife aku, minibus ni terus gerak ke Patong. Sebelum aku terlupa, salah satu info aku dapat dari Travelogue Et adalah pasal sim card untuk berinternet, penting ni, sebabnya manatau, kalau tersesat dekat Phuket nanti, boleh tengok google maps kan cari jalan balik. Aku ada terfikir jugak nak beli sim card masa dekat Patong nanti, tapi kebetulan masa on the way keluar dari airport, ada syarikat True Move bagi sim card free di samping ada 70 Baht credit. Okay lah kan, barang free, save buget, hehe...
Gambar ni bukan aku sengaja blur tau, tapi memang blur. Tatau naper, dari dalam camera tengok ok jer, bila upload ke laptop, blur pulak. Senang jer nak aktivated, semua instruction ada dekat dalam. Berbalik citer aku dalam minibus tadi, aku tengok signboard lagi 9 km, tiba-tiba hujan turun, tak lah lebat sangat, tapi kalau kena basah lencun jugaklah. Lepas sorang, sorang minibus ni anta orang. Lebih kurang kul8.30 pm, sampai pulak giliran aku untuk turun.
See! Ada bathtub tau, besar pun besar, hehe...Bila tengok keadaan dalam bilik, puas hati jugaklah. Lepas letak bag, aktiviti kitorang malam ni just nak pergi cari travel agent untuk trip ke pulau esok. Tengok kat luar hujan dah reda sikit, macam nak berhenti dah, kitorang pun keluar. Maklumlah, aku ni baru lega demam, nanti tak pasal-pasal buat trip Phuket dalam bilik jer. Keluar malamnya aku tak bawak 600D pun, biar dia berehat untuk aktiviti esok. Aku just bawak Ixus 220 HS, camera kesayangan sebelum 600D. Macam aku cakap tadi, kebetulan hotel aku berdekatan dengan pantai and dari info aku baca, kalau nak ambik trip ke James Bond Island and Phi Phi Island, better cari travel agent area dekat pantai, lagi murah compare dengan kawasan city. Kalau nak diikutkan, bersepah-sepah travel agent ni, depan hotel aku ada, sebelah kira kanan pun ada, tapi aim aku nak cari yang murah and makanan adalah Halal. Rata-rata travel agent aku dapat 1000 Baht per pax untuk trip James Bond Island and Phi Phi Island. Saje nak survey dulu, memang betul minimum price tetap 1000 Baht jugak aku dapat. Tataulah kalau orang lain boleh dapat lebih rendah dari harga ni.
Selepas survey, SWAT Adventure Travel yang jadi pilihan kitorang. Kebetulan sebenarnya aku jumpa dengan travel agent ni, sebabnya aku pernah terbaca dari blog Iyrin, dia pakai yang nih and dari review dia cakap ok and makanan yang disediakan pun halal. Masa nak booking, aku confirm pasal trip and pasal makan sekali lagi and mamat ni cakap memang trip diorang menyediakan makanan halal. Untuk summary, aku ambik trip ke James Bond Island (termasuk Hong Island, Panak Island, Lawa Island and buffet atas kapal) untuk esok 16 Nov and 17 Nov aku ambik trip ke Phi Phi Island (termasuk Monkey beach, Viking Cave, Loh Sa Ma Bay, Khai Island, and Maya Bay by speedboat, buffet dekat restoran di Phi Phi Island). Total kos untuk 2 trip ni bagi aku and wife aku adalah 4000 Baht. Lepas dah settle semua pasal aktiviti untuk next 2 days, kitorang pun jalan-jalan sekitar area depan pantai ni jer, cuci mata, hehe...
Aku ingatkan nak kena cari sign Patong Beach nih, rupa-rupanya bersepah dekat laluan pejalan area depan pantai.
Lebih kurang kul10.30 malam camtu, kitorang pun gerak balik hotel sebabnya esok pagi-pagi buta, lebih kurang kul7.45 am, minibus akan datang ambik untuk trip ke James Bond Island. Full aktiviti sampai petang, so kena rest cukup-cukup malamnya. Sebelum ni aku risau sangat pasal keadaan cuaca yang tak menentu ni, hujan jer memanjang. Tetapi, lega sikit rasa bila tengok Phuket Wheather Forecast untuk next 5 days.
Lepas tengok info nih, bolehlah aku tidor dengan senang hati. Yeay...roger & out!










