Sunday, 6 May 2012

Pusing-pusing Melaka (Day 1)

Ingatkan tak jadik dah plan kitorang pegi Melaka, tak sangka jadi jugak. Al maklumlah...ari keje kan, 26-27/4/12 (Khamis & Jumaat), so susah la sikit nak plan. Tapi nak buat macam mana, masa pegi Matta Fair ritu, date ni jer y available untuk book yang diskaun pakej kat Afamosa. Yang hujung minggu semua dah book...yela kot, memandangkan aku pegi dah last day. Saje je pegi nak usha-usha pape yang menarik kat Matta fair tu...So, nak dijadikan citer, tanggal 26 April 2012, aku and the geng, lebih kurang 8 orang, berangkatlah pegi ke Melaka. Memandangkan kitorang amik pakej Water World kat Afamosa, lepas tengok schdule, pukul 11 baru bukak tempat tu. So, watpe nak pegi awal-awal kan, nanti nak berselisih dengan orang pegi kerja pulak, buat senak hati jer. Before berangkat, kenalah breakfast dulu. Disebabkan member aku terer kawasan Bangi, kitorang pun breakfast kat kedai makan ni. Roti canai and nasi lemak memang perfect...aku siap balun dua-dua sekali pulak tu...


Dalam kul9.30 camtu, kitorang pun gerak pegi Melaka. Sonok pulak rasa, orang lain sibuk pegi keje, kitorang pulak pegi sukaria, hehe...


Boleh baca tak nie?Bukan pics yang terbalik, tapi memang design dah macam tu, sebelah lagi yang tulis betul. Lebih kurang kul11 camtu kitorang sampai sini. Masuk Water World kena cas parking RM3...ciss, tapi parking kat tempat biasa jer, atas rumput lagi...


Suasana waktu pagi...lawak lah, kitorang jer pelanggan pagi-pagi nie. Macam aku cakap tadi, maybe sebab hari kerja kot...


yee...dah masuk, hehe...tanpa segan silu,jadik budak-budak kejap...


Tak perlu risau pasal pakaian, pakai jer nak pakai pape pun...kat sini macam tak straight sangat...


Lupa pulak nak snap locker...so, ni best pics pasal locker...kat belakang tu ada locker besar and kecik. If pegi ramai-ramai, better amik locker besar, rent dalam RM12 jer skali masuk, yang kecik RM4. Kitorang amik yang besar, muat semua barang, towel lah...baju nak salin lepas mandi nanti...beg-beg lagi, camera ker, paper lah semua boleh simpan...nanti masa main air, nak lupa jap pasal camera, hehe...


Amboi wife aku nie, sempat lagi control ek...


Ni la map kat dalam Water World nie...so pilih jangan tak pilih...lepas mesyuarat agong, kitorang pun decide pegi Inner Tube dulu...


Sini memang best...yang tak bestnyer, nak kena mengusung tube sampai kat atas sana, bukan main tinggi lagi nak kena menapak, adeyy...masa naik dengan wife aku sonok, epi jer layan corner lah...pusing-pusing...tapi, ada pengalaman menyeramkan jugak. Masa naik dengan member yang sorang ni, sama-sama laki, saiz pulak macam Badang masing-masing...masa corner, perrhhh...rotate almost 360 degree beb...macam nak pusing balik jer rasa. So, moral, sekali jer naik dengan yang sama saiz, hehe...


Scene ni tak best sangat, tak mencabar...so kitorang masing-masing naik dua kali jer...


Body slide best jugak....tapi kebanyakan member aku berendam kat dalam kolam ni jer. Bukan apa, masing-masing penat dengan game yang before nie, penat main, penat nak mengangkut tube tu satu hal. Dah la setiap game nak kena menapak tinggi gile baru sampai entrance, hmm....


Game ni memang tinggi nak menapak sampai entrance...boleh sakit jantung ni bila sampai atas...naik yang body slide pun masing-masing dah tercungap-cungap macam lari pusing padang bola tue...


Ahah...sini paling lama kitorang lepak, lepas main semua game, lepak sini jer sampai la petang. Sini semua ada surau, so boleh solat kat dalam sini...


Lepas puas main air, mestilah lapar kan...food court memang ada sekitar kawasan sini, kalau lapa, boleh aja order kat mana-mana kedai...tapi harga agak mahal sikit lah...


Ni la kondo tempat kitorang stay...oklah jugak, besar...masa kat Matta Fair, amik condo untuk 6 orang. So diorang kasi condo 2 bilik, 1 bilik besar and 1 bilik kecik sket...Biasalah, mesti guyz kena mengalah kan...Girlz dapat bilik besar sebab diorang ramai, kitorang guyz dapat bilik yang kecik sket, tapi selesa. Bilik air pun ada 2, dapur pun ada, meja makan untuk 8 orang, sofa if tak nak tido dalam bilik ker, kira lengkap semua lah...

Masing-masing penat, lepas masuk condo, ada yang dah hanyut, ada yang layan tv, pastu tv pulak layan diorang, ish3...plan petang pegi makan cendol melaka. Pastu malam kuar makan ikan bakar, slurpp...layan...


Arghh...muka aku nampak serabut sikit, maklumlah...terlupa bawak minyak rambut, huhu...tapi, cendol yang korang makan ni memang sedap beb...self-made!if datang kat Jonker Street, memang banyak kedai cendol yang self-made, pastu sedap-sedap pulak tu....Kitorang just sekadar isi perut jer, sebab malam nanti nak makan besar, hehe...


Nampaknya...malam hampir tiba, so....plan seterusnya pegi cari seafood restaurant untuk makan malam...zass!!


Ni la kedai makan yang dikatakan glamor tu...Jangan risau, before kitorang datang sini, kitorang dah survey dah. Siap tanya orang Melaka lagi, so memang jelas ternyata kedai la yang dijadikan pilihan ramai...


Pasal buat pilihan, pihak lelaki serahkan kepada kaum hawa jela untuk buat pilihan...



Memang terbaiklah masakan sini...yang sedapnya nasi lemak daun pisang tu, sambal dia memang marvelous..Agak-agak berapa kena? Hmm...lepas hasil darab bahagi, sorang lebih kurang RM30...ok tak? Ok lah tu...sedap pun sedap, puas hati makan...

Plan selepas ni, ingatkan nak pegi karok kat mana? Tapi masing-masing penat main air petang siang tadi tak hilang lagi, so cancel...lepas makan, borak-borak...and pastu shoot balik condo...sambung lagi borak-borak...pastu...pastu....apa lagi, zzzzz.....

Roger and out!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...