Monday, 9 July 2012

Singapore USS - Day 1 (Part 2)

Berbalik kepada cerita aku sebelum nie, sepatutnya selepas pergi Madagacar and Shrek, nak pergi pulak ke Waterworld. Tetapi ada member aku cakap, baik pergi petang sebabnya ada action show yang tembak-tembak air tu, so aku pun mengfollow jer lah. Next plan, aku pun pergi tengok Jurassic Park dulu, bersebelahan dengan Waterworld jer.

berani nyer diorang nih, tak nampak ker raksasa ganas tuh!

ala tomei-tomei~..

binatang betul ni...sungguh, tak tipu! sebabnya aku tengok dia bergerak-gerak. pastu mamat renjer ni dok suap makan...hehe


Before masuk ke dalam tempat ni, aku ada perasan beberapa orang yang pakaian diorang basah, bukan sikit-sikit, basah teruk pulak tu. Pastu perasan pulak ada 3,4 orang pakai pakaian macam baju hujan. Aku pun masuk dalam, baca instruction dulu. Tengah baca, member aku datang tunjuk yang diorang dapat baju hujan tu dari customer lain yang baru lepas main Rapid Advanture ni. Member aku cakap, kalau beli dekat dalam cost SGD3. So, tanpa buang masa lagi, aku dengan 2,3 orang member aku yang tak dapat, terus pergi cari. Aku ada perasan baju hujan ni dekat dalam tong sampah, maybe ada customer yang buang kot, nak ambik rasa terhina la pulak, huhu...Tetiba wife aku ajak pergi tunggu dekat exit game ni, mana tau kot-kot ada yang sudi bagi. On the way ke exit tu, ramai aku tengok kebasahan. Sampai dekat exit, aku tengok bersepah-sepah baju hujan ni, ramai jugak yang bertukar tangan. Tetiba ada 1 family tegur untuk bagi baju hujan tu, hehe...ambik jelah, selamat SGD3 aku, huhu...lepas semua dapat, baru kitorang semua masuk untuk main game nih :)


Ni la baju hujan aku cakap tadi, kena beli cost SGD3. Kalau korang sanggup kebasahan, takyahlah beli. Kalau tak sanggup, nak save baget, pergi jer tunggu dekat exit tempat ni, mesti orang yang keluar tu bagi nanti.


Aku tak enjoy sangat dinosaur ni, tapi aku enjoy naik mende ni, berpusing-pusing dengan air masuk dalam, tak kena gaya, memang basah. Part yang last sekali tu yang best, best dekat mana? haa...kalau nak tau, kenalah datang merasa sendiri, ahaha...


Bagi yang nak beli souviner, bolehlah singgah sini. Aku setakat usha-usha jelah...lagipun takde yang berkenan (alasan, hehe)...Lepas sudah menatap binatang ganas ni, aku teruskan perjuangan untuk tengok mummy pulak.


tips untuk ambik gambar camni: 1st, cakap dekat patung tu, "jangan bergerak...kami polis!!!". lepas diorang angkat tangan, baru snap pic occay. :)

aku tak masuk pun tempat ni, tatau nape, hm~...

game dekat dalam ni pun best, tapi yang tak bestnya, kena beratur panjang sebelum dapat main, dalam 15 minit jugaklah...

jumpa jer dengan manusia pelik ni, terus beratur ambik gambar. yang aku tak puas hati, mantop betul badan diorang. kalah aku yang senam 2x kali seminggu nih. As info,sekitar kawasan depan ni, memang ramai yang dressing ala-ala egypt ni.

patung:"amboi abang baju itam, makan sorang-sorang nampak...mai la cikit" :)

Bersebelahan dengan kawasan Ancient Egypt, ada surau untuk muslim bersolat. Surau tu tak la besar sangat, tapi selesa jer. Even surau ni kecik, tapi orangnyer takde pun. Bagi girlz, tak perlu lah nak berebut kain sembahyang kan..

 air sembahyang ada dekat dalam.


Bersebelahan and berdekatan dengan surau ni jugak ada tempat untuk letak bag or bagasi. Amboi...perkataan bagasi lagi aku pakai. Sebenarnya, di setiap tempat untuk permainan, ada locker ni. Cuma aku tak berkesempatan untuk snap pic. Jadi, kalau nak guna, berapa kena bayar?


Dari pic atas, bayaran untuk 30 minit pertama adalah FREE. Dari pengalaman aku, setiap game kejap jer. Yang lama tu dekat beratur. Lepas abis satu game, ambik bag, pergi game tempat lain, sewa macam biasa untuk 30 minit, kan jimat!

locker takdelah besar sangat, tapi cukuplah sekadar untuk letak barang-barang.

Tempat yang aku pergi lepas ni adalah yang paling best. Punyalah best sampai aku masuk 2 kali, ada pulak member aku masuk sampai 3 kali. Nampak sangat best kan! 

Welcome to Sci-Fi City! Recognize these two characters??

 Cun abis kereta ni, kalaulah boleh dapat sejibik...

Badan dah terketar-ketar ni, tak sabar-sabar untuk enjoy Transformers the Ride. Let's Roll!!

NEST stand for Non-biological Extraterrestrial Species Treaty

Disebabkan tempat ni best, dah boleh agak, berapa panjang nak kena beratur, tapi taklah lama sangat sebab ada banyak entrance. Huh...aku tak kisah semua tu, sebabnya view dekat dalam dah menarik dah, muahaha...

 Sir...no camera please!!

Before kete ni sampai, mamat ni tak tegur aku pun dok snap pic. Sampai jer kete ni, terus dia tegur aku. Yup...i know buddy! Yela...nanti nak pergi menentang Megatron yang jahat lagi durjana, takkan bawak camera kan, kenalah bawak senapang. Ayuh Freedom Fighters!!


BEST SANGAT!! Ni la ayat yang aku asyik dengar dari mulut member-member aku. Tak dinafikan, memang superb. Keluar dari game ni, masuk tempat untuk beli souviner transformers ni. Dekat sini baru aku beli 2,3 barang, baru jumpa yang berkenan di hati, hehe...


Lepas main game Transformers The Ride, kitorang lepak-lepak dekat kawasan sini sambil makan-makan and minum-minum. Nanti nak round sekali lagi and pastu ada member aku nak masuk sekali lagi untuk game transformers ni termasuklah aku, muahaha...

Ok, sampai sini jer dulu, next citer roller coaster pulak. Roger and out!

12 comments:

  1. binatang apa kebenda tu? real ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby triceratops...betul la tu, takkan lah abg renjer tu main-main pulak :)

      Delete
  2. pergh!! Best giller information travel Orga ni. ayoh adik adik abang abang kakak akak kita gi USS marri. photo menarik....aku suka sngat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak tak saba-saba tunggu post ko pasal USS ni dila :)

      Delete
  3. bestnye !! jeles dah nie =.="

    ReplyDelete
  4. best sesgt!! jeles tau. ntah bila la kita dpt pergi ni. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. save duit sket-sket,lama-lama jadi bukit,hehe...

      Delete
  5. Hai Orga
    USS bestkan? Saya baru jer pergi Sabtu lepas... tapi sangat ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah ramai,ko pergi sabtu kot...macam aku pergi jumaat,setiap game tak la lama sangat Q...tp, memang BEST!

      Delete
  6. amboi ang ngan shidah kan main erk...tahu la aku tak gi lagi (wahhhh nanis) x leh nak bayangkan camana kat sana tu. nanti lah aku tggu lau ada rezeki nak pijak tanah singapore. wei ORGA next entry Plsssssss:-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...mesti hang jeles kan!!yela-yela, aku tengah post la ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...