Saturday, 14 July 2012

Singapore USS - Day 1 (Part 3)

Berbalik kepada post aku yang lepas, sudah jer masuk Transformers The Ride, aku and the gang just rehat-rehat, lepak-lepak sambil makan minum dekat area depan World Premier Palace nih. Wah...rasa macam dekat US la pulak, hehe...berangan itu penting :) Bekal yang bawak tak mencukupi, so aku pun melantak roti pulak. Nikmat betul rasa, bila perut penuh, baru semangat untuk nak main game seterusnya. Masa beli belah before datang Singapore dulu, rasa macam banyak jer makanan bawak. Tapi lepas seharian dok main macam budak kecik dekat USS ni, boleh tak cukup pulak. Ingatkan aku sorang jer, gang aku yang lain pun sama, ish...ish...ish!!Sambil-sambil mulut dok mengunyah, sambil tu jugak jari jemari dok snap gambar.

mahal betul, gelang camtu jer dah kos $9.90

aku tak berapa kenal sangat dengan watak girlz ni, tapi banyak keychain patung bentuk macam dia.

Sebenarnya, banyak lagi character yang dok lalu lalang dekat depan ni, macam zombie, frankenstein, clown, tapi aku tak berpeluang ambik gambar. Dengan minah ni je sempat, uhuks...Kalau ikut schdule, dekat depan World Premier Palace ni jugak ada show, tapi kitorang tak tunggu pun sebab plan nak jalan-jalan jer sambil usha sekeliling.

aiseh~...tak bukak la pulak coffee shop nih...


Tengoh aku dok sonok snap sana sini, tak perasan yang aku dah termasuk sikit kat dalam tempat ni. Kebetulan minah depan ni tegur, suruh masuk cepat sikit sebab show dah nak start. huhh?!!Aku confius jap, sebabnya...dalam aku dok lalu lalang before sampai sini, kebanyakan tempat tutup, bila aku dongak atas, baru perasan ada tulus tulis entrance. Ceh...Tapi, best sangat masuk tempat ni. Ibarat acting studio gitu...dekat dalam ada show macam mana Steven Spielberg direct kebanyakan citer dia, beza gile dengan tahap movie kita nih. Sesape yang datang, jangan lupa masuk tempat nih yer...

i'm in hollywood??really??


Sebenarnya dekat dalam tempat ni, aku tak berapa nak enjoy sangat. Aku masuk ni sebab Termasuk jer, wife aku yang tarik, kononnya nak tengok monster. Bila aku masuk dalam, aku no idea langsung. Nampak stage, maybe silap mata kot. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset, theater musical rupanyer. Bagi yang suka tengok theater maybe enjoy kot, macam aku...suka tengok wayang jer, muahaha....

tempat menjamu selera, aku tak masuk pun sebab diragui halal dia.

hmm...i noticed you noticing me noticing you!!noticed that guy behind me, guess who??

slumber gila sandar dekat keta polis, ko berani??haha

Lepas tengok show ni, jalan depan sikit, balik ke tempat awal-awal datang tadi. So, start second round!!

ada berani??

entrance untuk cyclon

Kalau nak diikutkan, aku dah berapa kali pusing depan tempat nih, tapi ramai orang. Dah ramai orang, aku and the gang teruskan perjuangan untuk main mende lain dulu. Bila petang-petang sikit, baru orang dah kurang. 

Kalau korang perasan, ada dua kaler deck dekat sini, satu merah and lagi satu biru. Bagi yang hati tikus, bolehlah naik yang merah or nama manja dia Battlestar Galactica - Human. Yang kaler biru tu pulak nama manja dia Battlestar Galactica - Cyclon. Apa beza Human and Cyclon? Human rasa macam naik kereta jer...Cyclon rasa macam duduk atas kerusi, pastu humban dari atas KLCC, pastu... wah~...wah~... sampai keluar anak tekak, haha!! Untuk completed satu pusingan, amik masa kurang dari 10 second rasanya, kedua-dua Human and Cyclon akan bergerak serentak. So, ayuh rakan-rakanku! Live for something or die for nothing - quote by Rambo.

naik lewat petang cam gini, orang tak ramai. beratur pun tak sampai 10 second, orang dah jemput masuk. Sila-sila, jangan malu-malu!


Before sampai sini, ada member aku siap masuk kali ketiga untuk Transformers The Ride. Layan jer...mahal tu tiket nak masuk sini, jadi jika dah berkenan dengan mana-mana game, sila main sampai muntah! 


Sebelum meninggalkan USS ni, singgah dulu beli souviner. Tengok member aku, jeles pulak...borong sakan diorang. Dengan t-shirt, keychain, hadiah untuk ahli keluarga, perrgh...aku beli apa yang patut dibeli jer...

Bila aku tengok gambar ni, menyesal pun ada. Bukan apa, patutnya ambik siang-siang, baru cantik. View waktu malam aku kurang berkenan sangat. Tula...semua orang gedik nak ambik masa waktu balik, tak expect pulak kitorang  boleh stay sini sampai malam. Gambar masa mula-mula sampai ciput jer, uhuks~...Lupa nak inform, dalam kul9 malam camtu, ada firework.


Lepas seharian jadik budak-budak dekat USS, tibalah masa untuk pulang ke hostel. On the way tu, aku tengok semua member aku lemah gemalai jer, tapi takper...masing-masing muka happy. Kalau datang USS awal tadi dengan bas, balik kitorang naik train. Keluar je dari Bugis station, terus kitorang cari restoran untuk makan, betul-betul lapar. Restoran Zam Zam ni member aku yang suggest, maybe dia survey dekat tenet kot. Kitorang follow jer, lagipun dekat jer dengan hostel kitorang stay. Aku order Nasi beriyani, wife aku order Nasi Goreng Chicken, pergh...memang terbaik lah nasi beryani sini. So, lepas kitorang makan, recommended menu untuk korang, Murtabak Ayam and Nasi Beriyani Ayam, terbaik...sedap sampai menjilat kaki!! haha...

Next activity, balik hostel, mandi, solat and tidor. Penat giler! Dapatkan rehat secukupnya untuk esok punya activity pulak. 

So, abis sudah Singapore Day 1. till then, roger and out!

8 comments:

  1. memang enjoyed lau gi ngan kawan2 sekepala ni khen
    nampak best la. Banyak watak2 yang lalu lalang depan ang tu yang ang tak shoot photoq depa. kat USS japan harem....susahnya nak tgok watak2 ni lalu depan aku. Shrek lalu pun laju2 ntah nak kemana macam nak gi jamban je kekdahnya. sian kat urg2 yang kejor2 shrek semata mata nak bergambor....siut tul shrek japan nih ORGA.

    ReplyDelete
  2. Best la masa kau pegi org tak ramai kot. Masa aku pegi tu org mcm ulat... sume game beratur panjang. Pastu hujan lebat lak tu. Tak puas hati jer... yg dapat masuk game indoor jer, one day akan sampai lagi sini ngan Kak Dila Bangi... Kawan aku pun rekomen restoran zam zam tu kalau dok S'pore... halal dan sedap katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...memang sedap bangat makan dekat restoran zam zam tu. kalau korang pergi lagi, better pilih hari yang peak jer, jangan pilih super peak pulak. alhamdulillah, masa aku pergi, kena beratur jugak, tak la lama sangat. kalau hujan tu, tak boleh nak wat apa la...

      Delete
  3. aku teruja gak ni. kumpul duit asyik BOLOS ja ni. sampai VILler nak fenuh cam ni......arghhhh

    ReplyDelete
  4. dila, aku rasa bukan pasal shrek kot. orang jepang memang jalan laju la, masa aku jalan dengan member aku dekat tokyo tu pun sama...

    ahaha, kelakar la ayat hang ni. senang jer nak simpan duit, dapat jer gaji, hang bagi si shidah tu simpan. mesti bergunung ganang nanti, haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari mari mari sini ada tabung kosong

      Delete
  5. 321 action tu memang my favourite...best kan..? eh, sapa yg baju purple tu..? x kenal pon character ape ya...? Lgik satu, kat state library yg korang lepak tulah tempat saseme street lepak jugak..x terjumpa ka...? aku dok berator nak tangkap gmbr ngan character sesame yg dalam tong sampah tu, sampai giliran aku, die kata dah cukup time...!@#$% betol...ha..ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...siannya,awat tak mintak nak amik gambar jugak, datang jauh-jauh tu..pasal character purple tu, samalah...takde idea jugak.

      ada ke character saseme street kat situ?lama jugak kitorang dok melepak situ, tak nampak pun. van saseme street tu adalah, tapi just jual souviner jer...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...