Tuesday 7 August 2012

Citer pasal arnab

Hujung minggu lepas, aku dengan wife aku membuat aktiviti berjalan-jalan ke rumah sedara mara. Yer aku tahu, raya lambat lagi, sajer nak berlatih dulu, nanti bila time raya, senang sikit nak praktikkan. Punyalah rajin, pergi sebuah rumah jer, tu pun rumah kakak ipar aku yang sulung. Plan asal, nak jalan-jalan singgah ke semua rumah kakak ipar aku, tapi last-last minit tukar pulak. Bukan malas, cuma sifat rajin tu tetiba jadi kurang. Yela, rumah masing-masing bukannya dekat. Perbualan dimulakan dengan dok menyembang pasal baju raya, pasal beli mercun, pastu pulak pasal raya tahun ini nak balik sebelah mana, bla..bla...bla...tengok-tengok jam, laa...awal lagi nak tunggu buka puasa sama-sama. Pastu decide nak pergi Alamanda cari barang-barang paper yang patut.

Kebetulan masa nak balik, tetiba anak buah aku cakap, "pak cik, kitorang ada bela arnab dekat belakang rumah. comeeelll...". Nak suruh aku pergi tengoklah tu. Aku pun tanya balik dengan diorang, "ummi tak marah ker korang bela arnab nih?" Bukan apa, confius jugak aku, selama nih tak pernah bela binatang pun. "Ummi tak marah pun, ummi yang beli arnab ni suruh kitorang jaga. Lepas tu, ayah yang buat sangkar". Wife aku pantang tengok binatang yang comel, mulalah...alaaa, comelnya! Laa...tadi cakap nak pergi Alamanda, tersangkut dekat sini pulak.

comel tak? macam kambing pun ada aku tengok.


Berbanding dengan kucing, arnab lagi senang nak jaga. Anak buah aku cakap manja, siap bagi nama lagi. Tapi tula, 10 kali panggil nama pun tak datang-datang lagi. Manja kucing lain, kalau panggil datang, pastu dengarlah bunyi meow...meow...Tetiba aku teringat Shidah pernah cakap, ada arnab golek dekat param putrajaya, hmm...Bukan apa, aku tak pernah makan arnab, taktau rasa macam mana. Saja nak try test, hehe...

cuba teka, siapa saya?

Semua arnab yang anak buah aku bela, kecik-kecik lagi. Masa nak balik, aku saja pura-pura nak ambik sekor nak bawak balik, amboi...siap nak nangis lagi tu, hehe...sukalah mengusik budak-budak. 

Lepas pergi param Putrajaya petangnyer, aku kecewa sikit. Bukan apa, dah berapa kali aku tawaf param ni, tak jumpa-jumpa jugak dengan arnab golek. Maybe takde rezeki kot...Next time, aku nak try cari lagi. Mudah-mudahan jumpalah...Ayam golek selalu sangat, sampai tengok pun dah rasa bosan nak beli.

Untuk iftar petang nanti, takde idea lagi. Rasa-rasa macam nak pekena steambot jer. Tengoklah macam mana...

Roger and out!


12 comments:

  1. walahai comellllllll
    panggang sodap ni! hahahhaha menangis anak buah ang lau dengar statement acik ni nak
    ** Orga aku ada nampak Arnab Salai besi yang shidah shoot kat Param alamandan tu. aku pun teringin lak. Cam nak beli ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal...baru acah nak bawak balik, dah buat muka sekupang.

      Aku dah cari lah dila dekat param tu, tapi tak jumpa...takde stok ker or dah abis tataulah. Aku ingat, nak pergi cari lagi hujung minggu nanti...

      Delete
  2. Alalalaaa.... chomelll arnab tu.. aku tau nama arnab tu.. orGa Junior... hehehe... pandai pulak arnab tu pandang kamera, ada eye contact la

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga junior?biar betul shidah...sian arnab tu nanti, tak pasal-pasal kena update blog, hehe

      Delete
  3. kenapa arnab ni comel2 belaka. rase nk geget je tau. btw, ur pics sgt nice! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...bukan setakat boleh gigit, nak makan pun boleh. tapi kena pergi cari dekat param putrajaya lah...

      Delete
  4. eeee... i geli menatang2 macam ni.. eee..mau melompat kalau ada dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...apsal nak geli pulak,arnab jer pon. kalau ular ker, tarantula ker...mau saya pong lompat sekali :)

      Delete
  5. Ello bro.mana lama mghilang ni. Mood raya mari sudah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang tengah mood raya pong, penat mencari baju raya hujung minggu ni.

      Delete
  6. cutenya dia..saya pn baru start ngn sekor dulu..hehe..best

    ReplyDelete
    Replies
    1. amy pun bela jugak ke? bagusla...memperbanyakkan lagi golongan pencinta haiwan :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...