Thursday 30 August 2012

Hujan emas di negeri owang...hujan batu di negeri sendiri - Part 1

Bak kata pepatah,

"Hujan emas di negeri owang, hujan batu di negeri sendiri..."

Kalau korang nak tau, kampung aku memang pernah di landa HUJAN BATU satu ketika dulu. Aku pun dah lupa tahun bila, tapi time tu, aku masih lagi dekat sekolah rendah. Kalau itut ikut sifat kimia hujan batu nih, molekul-molekul tersebut...opss, macam salah bab jer nih. Post aku kalini bukan nak citer pasal hujan batu, tapi saja nak berkongsi sikit-sikit pasal aktiviti aku masa balik raya ritu. Tapi tajuk macam takder kena mengena kan, muahaha...

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 6 jam perjalanan, aku and wife aku selamat sampai ke kampung halaman. Nak buat 4 jam pun boleh, tapi takut-takut nanti aku beraya dekat spital je lah. Biar lambat, asal selamat kan! Aku balik hari khamis, sempatlah berbuka puasa and sahur bersama-sama dengan family tercinta. Tengok mak and abah aku yang semakin tua, hm...terasa perasaan menusuk kalbu. Tapi syukurlah, diorang masih sihat and kuat. Dalam dok pi mai pi mai dekat area dapur rumah aku tu, aku terperasan sejenis sayur yang menjadi pujaan ramai nih, banyak giler dekat dapur mak aku. Aku ada tanya mak aku, saper yang baik hati sangat sedekah banyak-banyak nih? Pastu mak aku jawab, takder saper-saper yang bagi pun, ambik dekat pokok kita depan rumah tu. 

inilah dia sayurnya...nama manja ialah petai


Menurut mak abah aku, kebetulan tahun nih pokok petai ni menjadi. Lebat betul aku tengok...Aku bukan penggemar petai, tapi kalau menu berkaitan sambal petai, berpinggan pinggan jugaklah aku tambah. Inilah keistimewaan orang kampung, kebanyakan sayur apapun, diorang suka makan mentah. Kalau makan macam tu aje memang lah tak sedap. Tapi kalau dimakan macam nih...


Barrack Obama pun tambah 2,3 pinggan...Percaya atau tidak, sambal belacan tu sesuai hampir untuk semua jenis sayur. Nak sedap lagi?? Bolehhh...no hal punya. 


Kalau buah nih di potong and di perah-perah dekat sambal belacan tu, nasi pulak tengah panas-panas lagi, tak payah bagi lauk hebat-hebat, bagi ikan masin jer cukup...gulp!!tepuk dada, tanya selera...

Jadi, apa lagi...memandangkan hero sudah balik kampung, tugas memetik buah petai diserahkan sepenuhnya dekat aku. Petang-petangnya, aku habiskan masa dengan round-round kampung, tengok keadaan sekeliling, and dengan kesempatan tu jugak, aku singgah kejap di office tempat mak abah aku kerja.


Dengan citer dari parent aku, dah banyak hari jugaklah diorang ponteng kerja, amboi...makin malas pulak yer. Rupa-rupanya, tak dapat datang sebab asyik hujan jer kebelakangan nih...Ye, inilah office tempat mak abah aku kerja. Satu ketika dulu, kalau hujan jer, mesti diorang susah hati giler. Maklumlah, budget aku and adik beradik pergi sekolah, makan minum hari-hari, datangnyer dari hasil pokok nih lah. Sekarang, relax jer aku tengok. Pakai astro beyond pulak tu dekat rumah. hm~...


Banyak gile kenangan aku dekat sini. Cari cacing untuk dijadikan umpan memancing, buat perangkap burung puyuh, cari biji getah untuk dijadikan kalkulator, main sembunyi-sembunyi, macam-macam lagilah. Tapi kenangan paling best aku dengan pokok getah nih, pergi mengaji waktu malam. Aku taktau lah, kadang-kadang terfikir jugak, adakah parent aku sengaja buat macam ini untuk buat aku jadi lebih berani, or diorang sengaja nak kenakan aku. 

Bayangkan, bersebelahan dengan taman perumahan aku, ada jugak kebun getah, tapi kepunyaan orang lainlah. Setiap malam, aku and adik beradik aku kena cross kebun getah tu (lebih kurang macam kat atas lah) semata-mata kena pergi mengaji waktu malam. Sebelah sinun kebun getah tu ada rumah tok guru ajar mengaji. Masa pergi ok, boleh tahan lagi sebab gerak dalam pukul7 macam tu. Masa balik yang tak tahan tu, abis mengaji dalam pukul9 malam. Abah aku memang takkan jemputlah. Dengan gelap giler, pakai lampu picit jer. Masuk jer dalam kebun getah nih, tak sampai 10 langkah, terus lari macam orang giler. Pastu dari jauh, aku and adik-adikku jerit, "makk...bukak pintu!!" Tak kurang dari 10 kali kot, suspen beb...Sebab tu, setakat citer Ju-on, tak heran pun aku tengok. Langsung tak takut, cewahh...Bila malam jumaat jer, kawan aku, Kori yang baru kahwin tu, apa lagi, jadi modal dialah nak takutkan aku. Masa tu, jeles betul aku dengan si kori tu, rumah dia dalam 20 langkah jer dari rumah tok guru kitorang mengaji tu. ciss!! Masuk jer form 1, dah tak kena pergi dah, sebabnya kena stay dekat asrama, yeay...

Lepas puas mengenang zaman silam, next  plan aku nak bawak wife aku tengok view seluruh kampung aku nih. Dah lama sebenarnya aku nak bawak dia, tapi tak berkesempatan. Disebabkan kalini balik kampung lama sikit dari tahun sebelum nih, jadi adalah banyak masa. Untuk citer pasal tu, aku akan post untuk next entry. 

Roger and out!

14 comments:

  1. ang ni lawak lah ORGa. aku lau baca ni tak sah kalau tak gelak (kehkehkeh) ni lom shidah ramli baca lagi mahu jatuh kusi gak aaa hehehehe
    aku suka suasana kampung macam ni. pasti akan teringat suka duka segala nostalgia yang ada. bersyukur sangat mak pak ang ada lagi Orga. nak balik kg selalu pun tak ngapey erk. selamat hari raya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...lama sangat si shidah bercuti tu, tak hingat...family ko lagi besar dila, siap ada 7 twins lagi tuh, mesti lagi best...

      Delete
  2. bestnyer suasana kampungkan, mmg mendamaikan

    ReplyDelete
  3. Salam lebaran Orga...

    Saya memang tak leh masuk sungguh dg sambal belacan ni... nape ntah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah??biaq betul mie, takkan sambal belacan tak makan. tak ganaslah macam nih :)

      Delete
  4. Perrrghhhh.....potai + sambal belacan.....tambah dengan tempoyak..fuuuhhhh..berpoloh den makan....

    ReplyDelete
  5. Hahahaha... Orga. Kau mmg hero kampung

    ReplyDelete
  6. Dulu rumah aku pun dlm kebun getah. Seberang jln sawah padi tp mak bapak aku x pandai menoreh dan x pernah ke bendang. Almaklum la bapak aku kerja gomen. Masa aku kecik2 dulu balik sekolah kutip buah getah pastu buat buah congkak dan buat laga. Tapi la ni dah x der pokok getah semua kena tebang sbb mak aku buat kuih dulu. Kayu getah jadi kayu api. Hahaha panjang komen aku mcm n3 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...apsal tebang semua, rugi oo..bila rege getah naik, kalah org keje gomen tu...

      Delete
  7. rumah syieda ada petai + durian. kait saja nak makan bila balik raya tempoh hari. heaven.. hihiihi :) kebun nak g amik durian. dah rasa jauh :) salam lebaran..

    * syieda dah update peta lokasi nasi arab tempoh hari. jemput la datang ke blog :) http://loves313.blogspot.com/2012/08/nasi-arab-sri-kembangan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih syieda sebab update, next week baru boleh pegi try kot. dis week open house bersepah-sepah, dengan kenduri kahwin lagi, adey...bila masa nak kurus nih :)

      Delete
  8. petai....wah sedap tu.

    salam kenal bro

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...