Wednesday 15 August 2012

Kuih raya buatan sendiri...

Jam 2 petang
Sedang aku berehat-rehat dekat rumah, wife aku tetiba call cakap nak buat kuih raya malam nanti. Aku pun...hah??bukan nak tunjuk jer ker?Wife aku cakap, teringin nak buat kuih raya, baru ada feel raya tu nanti. Kuih raya yang nak dibuat tu pun, yang simple-simple jer. Disebabkan wife aku teringin sangat nak buat, aku on je lah. Lagipun, aku pun dah mood raya jugak nih, hehe...

Jam 5 petang
Balik jer kerja, terus shoot pergi Maidin beli barang and bahan untuk buat kuih wife aku tu. Taktau lah apa jenis kuih yang wife aku nak buat malam nanti, tapi yang aku tau, tugas aku mesti dekat bahagian bakar angkat masuk kuar dari oven. Tak kan aku bahagian buat kuih pulak kan, tak ganas lah macam tu.

Jam 10 malam
Hoccay...selepas terawikh, maka, bermula lah aktiviti membuat kuih raya. Menurut wife aku, malam ni just nak buat satu jenis jer. Malam esok kalau rajin nak buat satu jenis lagi, tu pun kalau rajin...

antara bahan bahan yang dibeli. nampak tak, free 25g tuu...

Kuih yang akan dibuat malam ni adalah Cornflakes Madu. Aku taktau apa bahan-bahan dia sebab macam aku cakap siang tadi, tugas aku adalah memastikan oven panas pada suhu yang sepatutnya. Hah...nak resepi? Google jer, bersepah-sepah kuar resepi nanti...


Disamping tugas aku mengawal selia pasal oven, aku jugak ada tugas sampingan iaitu memastikan si bulat and si nyer nih tidak menimbulkan kekacauan yang serius. Tengok muka macam baik-baik jer, tapi hakikatnya buas tahap gaban. Pantang tengok tali or benda bergolek, nanti mereka akan bersorak meow meow disebabkan keriangan berganda, hmm~...

tadaa...!!

Ni batch pertama. Lepas jer masak, test dulu, manatau ada terkurang or terlebih ker...Lagi sekali, job load aku bertambah, jadi Quality Officer pulak...lepas dijamin quality, baru batch seterusnya and seterusnya dimasuk kat dalam oven. Dekat tengah malam, baru aktiviti buat kuih ni siap sepenuhnya. Dapatlah dalam 2 balang gitu...cukuplah kan, sonok-sonok jer :)

Jam 12.30 malam
Menyiapkan post pasal "Kuih raya buatan sendiri"...

Roger and out!

10 comments:

  1. weeeeee ~
    bestnyw buat sendiri kuih raya ^^

    ReplyDelete
  2. Comelnye kucingg ...huhuhu .. eeh silap... sedapnye kuih raye tuh.... ^_^

    ReplyDelete
  3. Wah meriah kuih raya orga.lpsnni kita serang umh orga erk shida....hehe

    ReplyDelete
  4. Hehehe.... sama la kita dah 3 hari aku mengerjalan biskut raya... tp pg tadi aku buat conflake madu... okey kak dila nanti kita pi na

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, conflake madu jugak...tiru lah nih :)

      Delete
  5. wahh rajinnya buat kuih raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin ker?buat 2 jenis jer,yang lain semua tunjuk, hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...