Thursday 4 October 2012

Sepetang di Bagan Lalang

Hujung minggu lepas, kononnya nak outing ke Alamanda sambil nak tengok citer Hotel Transylvania. Entah macam mana boleh tercorner ke Bagan Lalang pulak. Ini semua kerja wife aku lah, konon-kononnya nak pergi perkena seafood dekat sana. Last-last minit plan, kalau awal sikit, maybe banyak aktiviti boleh buat kot macam bbQ ker...Kitorang bertolak pun dah lewat petang, kalau setakat pergi makan jer, tak best lah. Masa driving, aku bawak selaju yang boleh, bukan apa, nak kejar masa, konon-kononnya nak ambik gambar sunset. Dulu pernah datang, rasa macam dekat jer, tapi kalini tak tau pasai pa rasa macam jauhhh jer.


Tepat 6.30 petang aku sampai. Ingatkan takder orang, penuh jugaklah pantai tu, siap ada yang berkhemah lagi. Kitorang pun pusing-pusing cari port nak lepak-lepak. Tengah dok jalan-jalan, tetiba wife aku jerit, "ice cream !!". Eh, macam budak-budak pulak.


Macam-macam aku tanya, last-last mamat nih cakap dia ada satu perisa jer. hm...tak kisahlah, bedal jelah! Makan ice cream sambil menikmati sunset, syok woo... Ramai jugak yang bermandi manda, tapi malaslah nak join sebab aku tak bawak baju lebih.


Waktu nih dah pukul 7 lebih dah, orang yang mandi manda pun dah kurang, cuma ada dua tiga orang yang ketegaq jer dok mandi lagi. Lepas solat maghrib, aku and wife aku pun cari restoran yang ok untuk makan seafood. Aku takde idea restoran mana yang ok, kalau ramai orang, aku anggap restoran tu oklah. Senang jer kan buat keputusan. Masa on the way datang, kalau ikut signboard, pantai Morib lagi 40 km dari Bagan Lalang nih. Setengah orang cakap, Morib lagi best. Kalau tanya aku, best lagi Mabul, muahaha...

Roger and out!

11 comments:

  1. Bagan Lalang dgn Morib tu dua kali lima je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin lah kot, pantai yang sama kan...

      Delete
  2. amboi...diapun sepetang jugak!!! :P
    Saya dh byk petang kat sini..mmg best..sejuk jer rasa angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela...pergi sari jer, kalau 2 hari dah jadi dua petang :)
      best kan, tapi kalau pergi ramai-ramai and ada aktiviti sekali, lagi best...

      Delete
  3. Orga......Kat Morib sunset dia lagi cantik

    Cantik gambar air laut berombak tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke shidah? ala...nak kena pergi lagi sekali lah nih...

      Delete
  4. gmbr ombak tu lawa...x sesia menang hadiah pertandingan aritu. ;)

    aku tak penah jejak lagi ni bagan lalang kes nk makan seafood. insyaALLAH 1 hari nnt. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak abis dah hadiah pertandigan tu, ingatkan nak simpan taknak guna, maklumlah first time menang hadiah macam tu...

      dah dua orang tegur pasal gambar ombak tu, mesti korang terpengaruh dengan citer Ombak Rindu nih, hehe ~

      aku pun tak pernah makan seafood situ, baru first time. wife aku jer yang pernah dengan kengkawan dia dulu. rasa biasa jer, tapi feel tepi pantai yang buat rasa lain sikit :)

      Delete
    2. lorr..hang menang apa plak? xtau pun...haishh

      Delete
    3. ala...menang pertandingan buat citer pasal makan, bawah Tourism Selangor - Selangorlicious, hehe...

      tahun depan ada lagi, sama-sama kita join nanti !

      Delete
  5. NI KAMPUNG SAYA...

    ADA JUGAK CERITA BAGAN LALANG... CANTIK KAN MATAHARI TERBENAM...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...