Sunday, 11 November 2012

Demam

Dalam pemerhatian aku, sudah dekat seminggu dah hujan asyik turun jer, kalau bukan petang, malam mesti turun. Bukan apa, selalu time petang-petang, aku selalu berjogging dengan wife aku, now aktiviti mengeratkan hubungan suami isteri sedikit sebanyak terganggu disebabkan musim hujan. Disebabkan time hujan pun aku gedik jugak nak berjogging, sorang-sorang jela, wife aku tak join, maka inilah akibatnyer...

demam

Sejak dua hari ni, paracetamol jer aku dok balun siang malam. Ingatkan selalu jogging, bersenam, aku jadi kuat & sihat and semua penyakit tak berani datang. Rupa-rupanya, semua itu salah. Sekali penyakit demam datang, tak kisahlah macam mana pun keadaan, mesti demam jugak. Ingatkan bila demam ni, dapatlah nak bermanja-manja ke apa, tetapi...bila aku bagitau dekat orang tersayang, lain pulak reaksi diorang, huhu...

Aku : Mak, abang demam...
Mak : Bila kena demam? Ni mesti kena hujan lepas tu tak terus mandi. Mak dah cakap dah, setiap kali lepas kena hujan, terus mandi. Kan mak dah ajar kecik-kecik dulu, tu lah tak ingat pesanan mak. Sekarang baru padan muka...

Aku : Abah, abang demam...
Abah : Sekali sekala demam apa salahnya, ahaha...

Aku : Ayang, abang demam...
Wife : Hah, demam! (sentuh dahi) Panasnya...ambik termo cek suhu, buka mulut...tingginya suhu abang, dah makan panadol belum? Nak pergi klinik? Abang nih...lagi 3 hari nak pergi Phuket, boleh demam pulak. Abang ada 3 hari je tau untuk sihat, kalau tak sembuh, kita cancel trip ni. Risau takut keadaan abang jadi worst pulak (dalam hati, sayang jugak wife aku dekat aku kan)...Abang, nanti tolong buang sampah. Lepas tu, telur dengan kicap pun dah habislah (huhuhu)...

Mudah-mudahan, lagi 3 hari aku dapat sembuh sepenuhnya, chaiyo!! Sekarang, nak ambik mood dulu, yeay...

source google

Bila aku dok menelaah google, blog-blog and forum, adehh~...tak boleh jadi ni, nak tak nak, nak pergi jugak. Itinerary apa pun tak buat lagi, hotel jer yang dah booking last week. Harap-harap, semua oklah before berangkat and termasuklah semasa berada di sana nanti, amin...

Roger and out!


22 comments:

  1. er.. ko nak phuket!!! bestnye!!!!!!!!!!

    er.. ko patut rehat...sekarang nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tengah berusaha keras ni, nak cepat sembuh punya pasal...argh!

      Delete
  2. Apo lagi, pi klinik cepat .... mintak ubat paling power .... yg penting, planned trip jangan miss... kalo tak mesti akan rase lousy giler ( mcm aku skang nih T_T) ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat paling power?bukan panadol ker?ahaha...itu ler,aku pun harap mende yang sama...

      Delete
  3. selamat sihattt! phuket??/ wahhh bestnya! aku aritu dah burnt tiket pegi phuket. sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...ruginya john, aku pun harap tak jadik perkara yang sama, sob sob...

      Delete
  4. phuket best...abis la ko kalau demam, tak mandi laut la jawabnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira, demam demam pun aku terjun laut jugak, muahaha...

      Delete
  5. Lah ko dah knape jogging dlm hujan? Xdo kojo tau! Dah la nak ke phuket blablbalblablablabla ok stop bebel. Ahaks. Aku rase now pon ko dah berdansar kot kat patong/bangla rd tuh. Nanti kongsi gmbr2 cantik disini. Pasti ku terjah.



    Beb aka wonderfulretreats.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...ko ke beb,ingatkan saperlah anonymous nih. aku bukannyer pergi jogging dalam hujan lebat tu, yang renyai-renyai jer, tu pun kena kalau aku dah start separuh jalan. kena jogging beb, berat aku dah 82 kg now nih, BMI dah lari, ahaha...aku ke phuket esok, 15 hb, dah tak saba-saba nih :)

      Delete
  6. take care.. cuaca tak menentu skarang ni,senang nak sakit

    P/s : semalam dan pagi tadi try nak bukak blog ni tapi tak dapat.skarang dah ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. domo arigato nik ros! nasib baik dah occay, syukur rasa, hehe...

      Delete
  7. Replies
    1. dah sembuh dah norh, just suara jer macam ramli sarip sikit, ahaha...

      Delete
  8. Bro.....
    Hujan zaman milineum ni tak sama dengan hujan zaman batu masa kau kecik2 dulu Orga... kena dua tiga titik pun sakit kepala wooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la shidah,aku pun rasa yang sama.dulu siap boleh main bola tengah hujan lagi, now ni kena ciput jer,pastu dah start selsema dah.

      Delete
  9. Mak aii... lame dah tak BW..

    Same la, jogging dah menjadi rutin bile azam nak Kuruih tersemat dihati.
    * kalau saya nak demam.. Uphamol + Soluble + air asam jawa.. insyaallah esok saya ok.

    WOW nak pergi pulau james Bond.. best nyeeeeee :) please snap all scene :)

    Get well SooN !

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah balik,ahaha...memang best sangat pegi phuket :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...