Friday, 14 December 2012

Trip ke Phuket - Day 4 (Part 1)

Sebelum breakfast pagi ni, aku call receptionist hotel untuk confirmkan time check out, memang aku dah tau pun pukul 12 tengahari, tapi ada tujuan lain sebenarnya aku call tu. Selepas mendapat kelulusan untuk check out pukul 1 tengahari, maka pagi ni, tak perlulah nak mengemas bag lagi. Lebih kurang pukul 7.30 pagi camtu, kitorang pun turun ke lobby hotel. Ingatkan nak sewa motor yang depan hotel ni, tapi takder la pulak, nak kena tunggu orang lain return dulu, baru aku boleh sewa pulak lepas tu. Paling awal orang akan return pukul 10 pagi nanti, adey~...lari plan aku kalau tunggu sampai pukul 10 pagi. Jadi, aku buat keputusan untuk sewa motor dekat tempat lain, tapi sekitar area hotel jelah.

Keluar dari hotel, aku ambik arah sebelah kanan, yakni arah ke pantai Patong. Sambil jalan ke pantai, sambil cari motor untuk sewa, tapi kebanyakan travel tour tutup lagi. Bagus betul travel tour dekat Patong ni, bukan setakat boleh booking aktiviti pantai jer, tapi nak booking transport ke airport, sewa motor, kereta, semua depa buat. Alang-alang dah sampai pantai, kitorang lepak sini kejaplah. Tengok suasana waktu pagi dekat pantai.

Patong Beach

 

Patong Beach, Phuket

Macam dalam citer omputih pulak rasa, tengok suasana pagi dekat pantai Patong nih. Ramai yang berjogging, mandi laut, berjemur, main dengan anjing, padahal pagi lagi. Kitorang pun buat aktiviti sendiri dekat sini, adalah jugak sentuh air laut sikit-sikit.

Patong Beach, Phuket
view sebelah kiri dari tempat aku berdiri

Patong Beach, Phuket
sebelah kanan pulak


Sebelah depan pun ada jugak! Disebabkan tak ramai orang, apa lagi, keluarkan tripod, letak camera, pastu macam-macam gaya kitorang buat, daripada guling-guling sampailah gaya terbang. Fuh~...Berpeluh jugaklah, pastu baru tersedar yang kitorang tak bawak bekal air. Tengok jam, rasa macam dah lambat ni, risau takut plan lari. Aku pun jalan balik ke hotel, masih lagi dengan tujuan yang sama iaitu nak sewa motor. 

Tak sangka, nasib menyebelahi kitorang, sebab masa beli air dekat 7E (bersebelahan hotel), ada tanya cashier pasal sewa motor, dia pun jawab, boleh sewa dekat kedai sebelah 7E nih, and kedai nih pukul 7 pagi dah buka. Apa lagi, keluar jer dari 7E, terus aku terjah. Aku ada survey before ni, rate sewa motor area Patong lebih kurang 200 Baht sehari, so kalau atas harga nih, deal sampai dapat 200 Baht. Mamat yang aku deal tu pun tak banyak songeh, terus jer bersetuju dengan reger 200 Baht tu. Dah menjadi adat dekat area Patong, kalau nak sewa motor kena tinggalkan passport. Yang bestnyer sewa motor dengan kedai ni, minyak dia dah isi full, so nak return nanti, kena make sure minyak full jugak. Lega rasa, sebab dari info aku survey before nih, kalau sewa motor, minyak tu cukup-cukup makan jer untuk sampai stesen minyak. Lepas tu satu hal pulak nak kena cari stesen minyak. 

Lepas dapat kunci, aku pun start motor, vroom...vroom...amboi, sedap bunyi! Bila wife aku dah ready dekat belakang, apa lagi...kitorang pun terus gerak and motor pun bergerak bersama-sama dengan kitorang, menuju ke satu destinasi yang aku dah aim dari awal, tempat tu memang cantik. Tempat yang aku nak pergi ni dipanggil Promthep Cape

Promthep Cape


Disebabkan sudah awal-awal lagi aku study route untuk ke Promthep Cape, so perjalanan aku agak senang and mudah. Kalau tengok map atas, dari depan kedai 7E, terus sampai simpang empat depan kedai Tshirt 100 Baht, belok kanan and terus...terus...terus...sampai Promthep Cape. Signboard tepi jalan bersepah-sepah, and make sure jalan yang lalu tu adalah Route 4233. Jarak dari Patong ke Promthep Cape lebih kurang 21 km, tak jauh mana pun. Jalan pun tak banyak kereta, tapi banyak lalu kawasan berbukit. 

Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket

Walaupun orang lain banyak yang tak pakai helmet, demi keselamatan, aku tetap pakai. Sepanjang perjalanan ke Promthep Cape, akan lalu Kata Beach dulu, di samping Karon View Point and Rawai Beach. Route untuk ke tempat ni pun best sebab memang akan lalu tepi pantai jer. Plan aku nak terus ke Promthep Cape dulu, sebab tempat ni dah penghujung Phuket, balik nanti baru singgah mana-mana pantai or tempat yang berkenan. Lebih kurang 30 minit camtu, kitorang pun sampai.

Promthep Cape, Phuket

Aku parking motor depan singboard nih, satu sebab teduh, keduanya memang tempat parking motor, muahaha...


Bacaan minyak motor bila sampai ke Promthep Cape, lebih kurang 1 bar dia makan. Kelajuan motor aku maintain dalam 80-100 km/h, adalah lebih sikit sampai 110 km/h, tu pun bila turun bukit. Bawak slow-slow dahlah, lagipun nak enjoy view. 

Promthep Cape, Phuket

Lepas parking motor, memang kena menapak naik ke atas. Orang pun ramai boleh tahan, aku perasan ada 2 bas dekat parking tadi. Bila dah sampai sini, aku pun taktau nak pergi mana sebenarnya, ikut kaki jer. Tetiba wife aku cakap, apsal ramai orang dekat sebelah sana? hm??

Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket

Patutlah ramai, view ni lah yang aku dok tengok selama ni dalam google images. Memang cantik! Aku pulak excited bila tengok lalang-lalang ni ditiup angin, rasa macam nak berguling-guling jer. Tapi bahaya la pulak, sebab sini dah bahagian gaung, silap guling, hospital la jawabnya, hehe... So, Promthep Cape ni tempat apa sebenarnya? Meh nak kabo sikit. Kalau tengok peta or keadaan geografi Phuket, penghujung peta adalah tempat ni. Biasanya, orang datang sini waktu petang sebab nak enjoy sunset, tapi bila buat aktiviti sendiri, nak datang waktu bila pun takpa. Macam aku yang flight pukul 7 petang nanti, mana sempat nak datang waktu petang. 

Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket

Sepatutnya, aku nak turun pergi sampai ke penghujung batu sana, tapi bila tengok wife aku, kesian pulak rasa. Yelah kan, nak merentasi jalan yang penuh onak dan duri, rasa macam susah jer untuk dia. Sebab tu ler, aku ambik gambar dekat sini jer. Lagipun, gambar dekat sini dah cukup untuk buat aku kagum dengan Promthep Cape nih. Sungguh indah ciptaan Illahi kan :)

Dekat bahagian legar atas ni, ada macam kuil. Entahlah, kalau siam, diorang panggil Wat kot. So, lepas puas ambik gambar lompat ke sana kemari, tibalah masa untuk ke destinasi seterusnya pulak. Tapi, before pergi, kitorang pusing-pusing dekat bahagian legar ni. Sebagai pesanan, kalau sesaper datang sini, sila bawak air yang banyak, dahaga beb panas-panas cam gini.  Sambil tu, layanlah gambar-gambar sekitar kuil/wat ni kay.

Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket
Promthep Cape, Phuket

Next destinasi aku nak pergi adalah Karon View Point, sebab on the way datang sini tadi, jumpa Karon View Point dulu, betul-betul tepi jalan. Disebabkan dalam itinerary aku Promthep Cape yang paling jauh, so better pergi yang jauh dulu. On the way turun dari kuil/wat nak ke parking motor, terserempak pulak dengan mail post. Kalau awal-awal aku tau, boleh bawak poskad letak dalam post box nih, rugi pulak rasa.

Thailand Post - collection time 11 am

Setakat ni dulu untuk day 4, sambung next entry pulak untuk part last Trip ke Phuket nih. Seriously, Promthep Cape sangat cantik and recommended untuk sesaper datang ke Phuket :)

Roger and out.

30 comments:

  1. indahnya ciptaan Allah ni
    view kat sana mmg sgt sgt cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun nik, perasaan masa sampai tu, kagum sangat...

      Delete
  2. serius.. cantik gile tempat tu...
    kagum aku sejenak... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kiter zette...bayangkan kalau dapat tengok sunset petang tu, mesti lagi canti, hehe...

      Delete
  3. Memang cantik sesangat...
    Agak2 kalau sewa kereta, mudah tak memandu di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah jer mie, dari Patong tu, straight jer sampai Promthep Cape. Lagipun signboard tepi jalan banyak, rasa-rasa tak kan sesat kot.

      Delete
  4. bro.. pandai amik gambar.. semua cantik.. pakai kamera jenis ape yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mummy! heheh...saya guna canon 600D...

      Delete
  5. Weiii... Orga, lesen kau laku ke kat sana.... Orga aku macam pernah kenal kau la sebelum ni... tapi di mana yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. shidah, bawak motor kat sana, boleh jer pakai lesen memandu M'sia nih...laku kat sana, kereta pun sama...

      yeke pernah kenal?ada la tu terserempak dekat mana-mana...hehe...

      Delete
  6. wahhhh cantekkkkk gilerrr! dah la langit biru nih! bulan brape bro pegi nih? lupa dah. hehehe takde tanda2 nk hujan langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pergi bulan lepas john, 15-18Nov. risau jugak before pergi tu, huhu...so far masa aku dekat sana, siangnya memang tak hujan langsung, hujan waktu malam jer, time tidor...

      Delete
  7. penat aku nak puji gmbr ko ctk2. puji bini ko plak la.. ctk bini ko orga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko jangan puji lebih-lebih, nanti kembang hidung sampai boleh sumbat jari kaki pulak, hahaha...

      Delete
  8. elok pulak cuaca kat sana wlpun nak ke hjg thn. waktu aku pegi awal bln dis dulu hujan memanjang. nak berkuak dlm laut pun tak berselera. aku suka phuket, minus all the pub street and the bapoksss. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang taktau fatt, sebelum aku pergi pun cuak jugak, sini asyik hujan jer.lepas tengok wheather forecast, baru rasa lega, 4 hari aku pergi tak hujan. apsal tak suka bapokss, best per kaco diorang, ahaha...

      Delete
  9. Bestnye... Suka tempat2 cantik mcm ni... Hilang stress bila tgk keindahan alam... Cheewaahhh.. ayat giler skema.. o_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...tapi memang betul pun zureen, ternyata aman dan damai di sana...aiseh~,aku pulak yang skema :)

      Delete
  10. I missed Phuket, been there twice..eh tak 3 kali tau.Tak pernah jemu..tak pernah mengecewakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudia depa...pi sampai 3 kali dah, jelesnya...tapi serius nowwa,memang teringin nak pergi lagi, huhu...

      Delete
  11. Cantiknya gambar! dan cuaca kat sana pun cantik gak, langit biru jek, tidak seperti ditanah air kita, tiap2 ari ujan je, kelabu asap gitew..apa2 pn aku bersyukur dgn nikmat ujan tu (kang kena panah petir plak kan!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai chawanna, macam frust jer, heheh..la ni musim tak menentu dah, taktau bila musim panas, bila pulak musim hujan.nasib baik masa pergi sana cuaca pun ok, bolehlah sewa motor keliling phuket...

      Delete
  12. Replies
    1. memang cantik, hehe...ada rezeki, mesti pergi nanti :)

      Delete
  13. Cantik...cantik... sewa motor tu kan...mintak lesen x..? road block ada..? bulan 3 hari tu plan nak p tp tercacat plak coz ada meeting...hu..hu...lain thn la nmpknyer...

    p/s: amboi..cntik header baru..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen dia tak mintak Farikica, tapi dia mintak passport. So far roadblock tak pernah jumpa lagi, kalau rakyat tempatan pun, ramai yang tak pakai helmet, pastu naik motor bertiga, empat tu dah jadi adat dekat sini...

      hehe...sajer tukar header baru, ada orang cakap header lama merah terlampau :)

      Delete
  14. Promthep Cape tu... serius cantik gile.. macam National Geography :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? apa lagi wan...jomla terjah, sebelah border kita jer, hehe...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...