The House Hostel
Gambar macam blur sikit, maklumlah waktu malam.
First impression masa masuk ke guest house ni, rasa macam, ini guest house ke muzium? Banyak sangat teddy bear and mainan yang dijadikan hiasan, nampak macam British style gitu, cute! Lepas bayar 35,000 Won untuk check-in, Mr. Yoo pun bagi kunci bilik and sekali dengan Map bandar Sokcho. Mr. Yoo tanya aku, apa aktiviti aku nak buat dekat sini? So aku pun explain pong pang pong pang itinerary aku. Kemudian, Mr. Yoo cakap, dekat Sokcho, bukan Mount Seorak jer yang ada sebagai destinasi tarikan, tapi banyak tempat lain lagi. Dengar Mr. Yoo explain and sambil tengok map, aku rasa menyesal sangat sebab sampai sini lewat petang. Kalau aku tau, nak jer datang awal pagi, and visit tempat-tempat yang ada dekat sini.
klik untuk enlarge
Kalau tengok dalam map, kedudukan guest house ni dekat Sokcho City Hall. And yang paling aku tak puas hati, kebanyakan tempat-tempat menarik dekat sini boleh sampai dengan naik beskal jer. So, aku pun buat penambahan sikit dekat itinerary aku untuk malam ni and esok pagi, pastu tanya pendapat Mr. Yoo, mana yang sempat visit, kitorang pergilah. Selesai semua urusan check-in, kitorang pun dibawa ke bilik.
tadaaa...inilah bilik kitorang, terkejut aku masa masuk bilik, sangat besar okay, siap ada mesin air panas-sejuk lagi dalam bilik, senanglah nak bancuh milo bagai.
Bilik air pun besar, ada bathtub u'olls...
Bilik air pun besar, ada bathtub u'olls...
Aku ambik gambar ni dekat depan pintu bilik, ada ruang untuk letak kasut. Sebelah kiri adalah pintu bilik air and pintu hijau tu adalah bilik tidor. So far, inilah bilik kitorang, sangat-sangat puas hati. Kalau dekat M'sia, aku pentingkan aircond, dekat sini aku pentingkan heater. Heater tak function dalam bilik, bangun pagi esok mau jadi ais ketoi ni. Lagi satu yang aku tertarik dekat dalam bilik, design suis-suis yang ada, sangat comel...
Kalau tengok gambar yang first, rating dari Tripadvisor cuma 4.5/5. Now aku tau, apa yang kurangnya 0.5 tu. Jawapan dia adalah wifi dalam bilik, kemut sangat. Kena turun ke kitchen or ruang tamu baru laju sikit. Kalau nak lagi laju, boleh guna available PC yang tersedia ada ni. Kalau tak silap, dekat kitchen saja ada 5 PC yang boleh diguna pakai. Kalau Mr. Yoo upgrade setiap bilik boleh guna wifi, mesti dapat full rating 5/5 dari Tripadvisor. Tengah dok syok main tenet dekat PC ni, wife aku panggil untuk dinner, nyum-nyum!
suis lampu bilik air
suis lampu bilik and ruang tempat letak kasut...
Comel kan? hehe...bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Disebabkan aku yang kena tanggung bag untuk dua orang punya stock, maka terpaksalah aku ambil masa lama sikit untuk berehat-rehat atas katil yang empuk berlapikkan heater. waduh~...nikmat betul rasa, tambah-tambah masa mengeliat tu, dengar pulak bunyi tulang kruk-krak, perhh...hilang stress. Selesai mandi and solat, lebih kurang kul8 lebih, kitorang pun turun ke kitchen untuk makan malam. Masak sendiri sajo...jom tengok kitchen pulak :)
Lagi sekali aku, woww...aku dekat Korea ke Wisteria Lane ni? Cantiknya, harap one day, aku pun nak buat kitchen macam ni jugak dekat rumah. Bayangkan, kitorang nak guna perkakas dapur pun confius, yang ni boleh guna ke or hiasan dekat dapur? Dengan pinggan mangkuk nya yang warna warni, terpaksa tanya Mr. Yoo dulu untuk dapatkan advise. Sekali Mr. Yoo cakap, apa yang ada dekat dapur tu, semua boleh pakai, tapi lepas guna kena cuci baliklah. Okaylah macam tu. Dinner kitorang malam ni adalah dinner paling digemari oleh sekian rakyat M'sia, apa lagi kalau bukan...maggi, ahaha... Sementara wife aku prepare untuk masak, aku keluar ke Mart GS25 untuk beli telur. Takda telur, mana mari makan maggi kan. Lagipun Mart GS25 sekangkang kera jer dari guest house.
harga dalam 1,500 Won rasanya, ada 4 ketoi...
jom makan...
Selesai makan, kitorang tengok balik map. Seperti yang dirancang, malam ni nak pergi visit Sokcho Lighthouse Observatory and Yeonggeumjeong Pavilion, sebabnya, dua tempat ni antara yang paling dekat dengan guest house. Lebih kurang 10 minit gitu dengan berbasikal. Yang conteng-conteng dekat map tu kerja Mr. Yoo, punyalah gigih dia explain sampai aku betul-betul faham.
Sokcho Lighthouse Observatory
ada laluan untuk penunggang beskal
apa??! berani tuan hamba memotong beta, dengan tongkat beskal tak angkat...nak kena nih!
sekejap jer dah sampai...
Masa sampai dekat pintu masuk lighthouse ni, aku was-was kejap samada nak masuk ke dalam or tak. Kalau nak masuk, kena panjat naik atas bukit sinun, tapi tu bukan masalah utama. Yang jadi masalahnya adalah kawasan dia gelap sangat, tengok dari jauh, laluan anak tangga tu, kalau takda touch light, bahaya jugak. Dari pemerhatian aku, orang yang naik turun tu kebanyakan bawa touch light sendiri. Takpelah, kitorang tengok dari bawah jer, cantik sebab lighthouse ni bertukar-tukar color lampu. Lain kali memang kena sentiasa prepare touch light jugaklah, salah aku jugak, dah tau keluar malam-malam tak bawak. Next, kitorang terus gerak ke Yeonggeumjeong Pavilion, dekat sangat, sebabnya lokasi kedua-dua tempat ni bersebelahan saja.
Yeonggeumjeong Pavilion
Pavilion ni ada dua bahagian, satu dekat bawah di tengah-tengah laut tu, lagi satu dekat atas bukit, bersebelahan dengan lighthouse. And kitorang pergi yang dekat atas bukit, sebab berdekatan dengan lighthouse. Sepatutnya, pavilion ni orang datang waktu pagi untuk tengok sunrise, and kalau ikut Map Sokcho, nama penuh pavilion ni adalah Yeonggeumjeong Sunrise Pavilion. Alang-alang dah sampai kan, singgah jelah waktu bila pun.
Macam pavilion ni ok sikit, sebab laluan and kawasan sekitarnya penuh dengan lampu-lampu. Tak la risau sangat kalau nak naik tangga. Sampai dekat atas, ramai jugak orang and dekat ruang legar pavilion ni pulak ada satu group tengah dok celebrate apatah.
Seriously, sangat cantik and sangat sejuk. Aku dah pakai 3 lapis kot termasuk jacket, tapi still menggigil lagi. Dari sini boleh tengok permandangan sekitar pantai and sebahagian bandar Sokcho. Jambatan warna-warni macam dekat Putrajaya pun ada. Kawasan pantai sini sangat luas, sejauh-jauh mata memandaing boleh tengok, jadi aku pun tanam azam, esok pagi nak bangun awal untuk datang tengok sunrise dekat sini. wajib!!
view Sokcho Lighthouse Observatory dari Yeonggeumjeong Pavilion.
view sekitar pantai and sebahagian bandar Sokcho
Selepas melayan permandangan dan perasaan di sini, tibalah masanya untuk kitorang balik ke guest house sebab macam dah lewat rasa. Dalam perjalanan balik tu, boleh pulak aku ajak wife aku pergi melepak dekat jambatan ala-ala Putrajaya tu, sebab dah tak jauh sangat dari guest house. Dia pun on jer, tapi dengan syarat kena singgah mart dulu beli susu pisang, then, lepas tu baru teruskan perjalanan. On the way nak ke jambatan tu, banyak sangat restoran-restoran seafood yang aku jumpa, mostly dekat depan restoran mesti ada ketam yang besar-besar diletakkan dalam aquarium. Maksud aku, sangat-sangat-sangat besar, rasa-rasa 5,6 kali ganda dengan saiz ketam yang dok jual dekat pasar borong kita ni.
Ketam-ketam merah ni antara yang paling kecik di sini, tapi still besar lagi compare dengan dekat M'sia. hai~...aku dah terbayang-bayang dah masak lomak cili api bila tengok ketam-ketam ni, kalau boleh taknak makan dengan nasi, nak ratah macam tu jer, hehe...kebanyakan ketam yang besar-besar gedabak tu kaler hitam.
Kitorang lepak dekat sini jer, jalanraya pun dah kosong sebab dah lewat malam. Ini jambatan pertama, and jambatan yang berlampu oren tu adalah jambatan kedua. Bawah jambatan pertama ni adalah Abai Village. Kalau datang waktu siang, bolehlah singgah, tapi malam-malam cam gini dah takda apa sebab kebanyakan dah tutup.
view jambatan kedua
Annyong haseyo Sokcho!
view lighthouse dari jambatan pulak
Lebih kurang pukul11.15 macam tu, kitorang pun berangkat pulang ke guest house. Kalini betul-betul balik, tak singgah mana-mana dah, penat siang tadi naik bus pun tak hilang lagi, so kenalah balik berehat kan. Puas hati sangat, sebab dapat jugak menikmati permandangan dan suasana dekat Sokcho waktu malam. Maklumlah, esok petang dah nak gerak balik ke Seoul, so malam ni jelah masa yang ada pun kalau nak jalan-jalan.
Sampai guest house, simpan balik beskal and terus masuk bilik. Sebelum tidor saja bukak tibi, ada Spongebob pulak, favorite nih, so layanlah kejap. Ting tong ting tong, kitorang pun dah hanyut dibuai mimpi, yang ada hanyalah Spongebob and Patrick bersama rakan-rakan sampailah ke pagi. So, citer pasal Day 3 iaitu dari Seoul ke Sokcho tamat di sini. Next citer pasal Day 4 pulak :)
aku suka interior dalam guesthouse tu, cuma bila lama-lama nmpk mcm terlalu semak dgn hiasan dan pokok-pokokkan. hahahah tp kreatif jugakla owner dia.
ReplyDeletetgk bilik dia mcm bilik umah org kampung. siap ade kerusi rotan tuh!
sebab tu aku cakap macam bilik pengantin henry, color old skool sikit, ahaha...tapi ok jer, yang penting bilik dia besar, kalau bergerak tu, takla berlaga bontot :)
Deleteeh menarik la interior hostel tu! terasa mcm bleh main aci nyorok hahaha! rajin sungguh depa lap, mest tak berhabuk kan?
Deletehaih sedap plak aku tgk ketam tu...gambar ko lawa2 ah! puas nengok!
ahaha...gambar waktu malam banyak yang blur la biqque...umah kalau design macam ni kena rajin lap selalu la, kalau tak, mau bersin setiap kali masuk dapur...
Deletebestnya makan ketam besar tu!nyumnyum!
ReplyDeletekalau dapat dj, tak moh share dengan orang lain, makan sesorang, hehe...
Deletepnah makan king crab kat korea dulu...makan kaki je dah kenyang!hehehe sedappp....
Deletehuh? tak aci lah macam ni kak, kami dapat tengok jer...lain kali kalau pergi, nak kena bawak bajet lebih lah :)
DeleteWisteria Lane sangatssss guesthouse nih... hahahaha
ReplyDeleteinterior dalam jer azra, luar nyer masih lagi di sokcho, hehe...
Deletewalaweh guesthouse tu..serabut jer letak mcm2..hahaha. Lawak la bini hang..tongkat pun x tarik naik..memnonong jer kayuh baskal..kahkahkah. Cepat2 skit update..nak tgk view siang pulak!!!
ReplyDeleteni design style omputih zila, memang kena macam tu...tu lah, suka-suka hati dia jer tak tarik tongkat, nasib bek aku somi misali, hehe...
DeleteCantiknya guesthouse tu... Rasa macam Alice in wonderland pulak hahah.
ReplyDeletemacam biqque cakap lah janggel, seronok kalau boleh main sorok-sorok, hehe...
DeleteMemang nampak sangat meriah suasana The House Hostel ni. Bolehlah nanti saya ikut itinerary Orga...
ReplyDeleterecommended lah mie kalau datang sokcho and stay sini, dekat dengan bus terminal, bus stop untuk ke mount seorak, and banyak tempat menarik lagi...
DeleteWahhhhhhh... cantiknya pavilion tu.....
ReplyDeleteSuka la yang lampu2 camtu......
Waaaaaaaa....... Nak pegi KOREA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
datanglah time sakura aj, lagi cantik view dekat situ, hehe...
DeleteEh eh eh....
ReplyDeleteLupa nak puji....
Wahhhh guesthouse tu cantiklah.......
Siap ada bear2 besar lagi depan tu...
penyambut tetamu katanya, encik ted :)
DeleteInsyaallah ada rezeki AJ nak kesana lah.....
DeleteHehehheh..
Comel beno penyambut tetamu.... =D
Memang best lah nampak guesthouse tu. Lokasi dia yg dekat ngan banyak tempat menarik memang bonuslah untuk tourist. Boleh ikut itinerary orga ni in future kalau nak datang sini..
ReplyDeletesetuju tu akak, lokasi guest house bagus kalau plan nak round-round sekitar sokcho, boleh pergi abai village, sokcho beach and mount seorak jugak...
DeleteDapur dia macam serabut sket la,tapi yang CV sukeeee sangat part suiz lampu tu,comel gilerrr kot..rasa macam nak pasang kat rumah lak..
ReplyDeletebest naik beskal tu memalam..feeling cite full house..hehehe
a'ah, nampak macam serabut, tapi cantik jer CV, dengan pokok-pokoknya, macam dalam garden gitu style dia, hehe...syok pulak malam tu boleh naik beskal round-round tepi pantai, tapi yang tahan, sejuk jelah...
Deleteikhlas cakap dh tak tahu nak komen part mana
ReplyDeletesbb semuanya comel2 je
okey,,part naik beskal tongkat tak angkat tu akak x tahan nak gelak
hihi
ahaha..thanks akak...tu lah, saya pun terkejut jugak, macam mana boleh tak perasan masa gerak dari guest house tu...
Deletekuat pengaruh desprate housewives ko ni..hahah
ReplyDeleteyang suis lampu tu comel sangattt...apsal ko tak cabut,bawak balik malaysia....hihi
biasalah aza, citer best, mestilah layan, heheh..
Deletenak cabut? mau kena saman dengan mr. yoo nanti, hehe...nak try cari lah design suis tu dekat sini :)
masak maggie ala-ala dalam taman gitu.... cute jer guest house dia, macam dalam cerita kartun jer nampak
ReplyDeletehehe...kalau hang yang ambik gambar shidah, mesti lagi cantik. gambar aku banyak yang blur, tak puas hati bila tengok balik, hm~...
Deleteselepas 3 thn deco the house hostel sama jugak. Err.. Jumpa x note rm1 tergantung kat pokok orga? Hehe
ReplyDeleteTapi duk situ memang best, murah, selesa dan dekat dgn st bas. Senang nk ke mana2. Kalu ada rezeki ke korwa lg, nk repeat sokcho lg.
aku tak jumpa pun PM, banyak sangat orang letak note dekat situ, tah-tah mr. yoo dah alihkan yang korang punya, hehe...memang patut korang repeat pun PM, ritu pergi hujan kan. syok woo jalan-jalan sokcho :)
DeleteWah..cntiknya hostel ni...esp dapor...berdaun2 bagai... memang plan nak dudok sini nanti... tp lah kan.. agak2 kalau 2 hari 1 malam, blh habis cover ke tmpt2 ni..? nampak mcm bnyk tempat ja kat dalam peta mr yeoh tu... ada p teddy bear house x..? kat sokcho kan..? beza dari teddy bear muzium yg kat seoul tu...
ReplyDeletekitorang tak pergi pun teddy bear house tu farikica, tak sempat. nak diikutkan, kitorang pun macam pergi 2hari/1mlm jugak, tapi tak sempat cover semua. kalau nak cover banyak tempat, 1st day masa sampai tu kena naik bas awal pagi...
DeleteWoooo! Guest house nih sangatlah ohsem hokay! Terasa macam iols pulak yang tengah makan angin kat sana.. Hikhik! So nice view kat sini waktu malam.. =)
ReplyDeletehehe...nice and sejuk mieza, tak tahan, huhu~...
Deletewahhh....seronoknya tgk guest house tu. dapur dia pun cantik jea.
ReplyDeletecuma serabut skit bila ada pokok tu..hehe
kan nak support green environment nik, kenalah letak pokok-pokok dekat dapur. baru nampak ceria :)
Deletekat toilet ada letak tak? lagi bagus letak kat situ. terus boleh siram.hahaha
DeleteGuestHousee die over gile... sweet nak mampoih, tapi kitchen die kurang berkenan macam serabut sikit. tapi memang cute... dari first entry sebut susu pisang, mohon PENCERAHAN tentang rasa dia, macam sedap jer. *nak tanye internet korea laju ke?? takde buffer???
ReplyDeleterasa susu pisang? hehe...mana boleh bagitau, rahsia wan. kalau nak tau, kena rasa sendiri lah, hehe...serius, sangat sedap hokey :)
Deletekalau nak diikutkan, korea antar negara yang paling laju internet, tapi masa main-main dekat guest house so-so jela.taktaulah kot ada limitation ker...
kat korea tu, aku download citer korea yg satu siri size 700mb, berdesup download, tak sampai 5 minit dah abis download ... mmg terbaekkkk....
Deleteaku tak experience lagi download dekat korea, tapi dekat japan pernah lah.kalau nak diikutkan, korea lagi laju dari japan, tapi tu pun dah puas hati dah...kalaulah m'sia macam tu jugak kan best...
DeleteAmboi sungguh tak menahan le tengok The House Hotel tu.
ReplyDeleteSuka gila interior camgitu. Kalu la buleh buat umah macam tu heheh!
And... ketam tu sangat le mengerikan hmmm!
apsal mengerikan pulak dekda...sedap tu, nanti buat masak lemak, tah-tah dekda yang sapu dulu, hehe...
Deletepergggghhhhh!!!! interior design guesthouse tu sgt sgt sgt menarik, gorgeous, superb!!!! kalau la saya dan anak2 ada rumah camtu, confirm x bole tido sbb dah dipenuhi dgn mcm2. tp syiok!!!
ReplyDeletealamak...ur wife x angkat tongkat basikal, tu sah sah lama sungguh x bawak basikal tu. kihkihkih.
jalan2 di waktu malam bersama dgn org tersyg mmg agak romantik. siyes!
tu lah sue, saya pun tak perasan masa gerak dari guest house, bila dia potong ke depan baru perasan, hm~...nasib baik reti bawak lagi kan, kalau tak, nak kena mengusung dekat belakang lah jawabnyer...
DeleteTk komen panjang2 heeee
ReplyDeleteGuesthouse tu murah mmg bebaloi. Kt msia ada x yg mcm tu :-)
tu lah jm...separuh reger dari Namsan GH3, tidor pulak atas katil...ok lah, not bad...
DeleteSori la parking soalan kat sini, ni pegi bulan berapa ek?
ReplyDeleteawal bulan march MS..
Deletesalam, tumpang tnya, macam mane nk book hostel ni ye?
ReplyDeletesalam aqilah, boleh book thru www.hostels.com
Delete