Myeongdong St. - Chungmuro St. - Gyeongbokgung St. (exit 5)
Gyeongbokgung Palace
Inilah view yang akan nampak bila keluar dari Gyeongbokgung St. Kalau dekat Sokcho, suasana berkabus memanjang, bila balik ke Seoul, tak sangka cuaca sangat clear. Kalau macam ni, nak berjalan sepanjang hari pun ok kot, sejuk and nyaman. Kemudian, kitorang pun melangkah masuk ke perkarangan Gyeongbokgung Palace. Setiap kali aku baca citer orang yang pergi ke Korea, tak sah kalau takda gambar dekat Gyeongbokgung Palace, tempat yang memang wajib dilawati!
sejarah Gyeongbokgung Palace
admission ticket: 3,000 Won seorang
Kawasan Gyeongbokgung Palace ni sangatlah luas, macam masuk padang bola rasa, besar... Senibina and rekabentuk istana ni memang cantik, especeli design tiang and bumbung. Kalau tengok gambar atas, hujung bumbung tu macam ada rupa kepala kura-kura, pastu dekat atas tu pulak seolah-olah macam orang tengah duduk. Rasa-rasanya lah... Kebanyakan orang aku tengok, ramai yang lepak dekat area perkarangan depan istana ni jer, tak masuk ke dalam pun. Sebabnya, untuk masuk ke dalam kena bayar admission ticket, tapi kalau stay dekat luar tak perlu. Then, kitorang pun decide untuk pusing-pusing kawasan luar sahaja, save budget, hehe... Tengah dok syok ambik gambar, tetiba ada announcement yang maklumkan, kejap lagi ada Royal Guard Changing Ceremonies dekat depan entrance gate. Baru aku tau, yang Royal Guard semua ada dekat depan pintu utama, aku ingat Royal Guard Changing Ceremonies ni dekat dalam perkarangan istana. Pastu, gigihlah kitorang jalan cepat-cepat pergi dekat kawasan pintu utama.
dihadapan pintu utama
Giler serius muka diorang, buatlah lawak macam mana pun, diorang takkan gelak punya. Aku saja tangkap gambar dekat, konon-kononnya nak cari bukti yang misai and janggut diorang tu dilekatkan jer, bukan asli. Kalau betul asli, memang diorang betul-betul Royal Guard lah. Walaupun bukan asli, cara diorang pakai sangat kemas, tak nampak cacat cela. Yang paling aku respect, muka diorang yang serius tu. Kalau jadi cikgu disiplin dekat sekolah, konpem student takut, hehe...
sama tak? hehe...
Tak lama kemudian, kitorang semua diarahkan untuk memberi ruang kepada upacara yang bakal diadakan kejap lagi. Ada 3,4 orang lelaki berkot hitam yang aku rasa petugas untuk mengawal Royal Guard Changing Ceremonies ni. Sebagai peringataan, kalau sesiapa yang berada dekat perkarangan istana, perlu cepat-cepat keluar untuk tengok upacara ni sekiranya sudah ada pengumuman dibuat. Kalau upacara ni dah start, petugas yang berkot hitam tu takkan benarkan untuk keluar dah, so kena tunggu next time pulak untuk tengok upacara ni balik. Okaylah, jom layan Royal Guard Changing Ceremonies :)
Royal Guard Changing Ceremonies
Royal Guard Changing Ceremonies dimulakan
Pengawal berbaju biru dibelakang Ketua yang berbaju kuning keluar memberi tunduk hormat disamping semua pengawal yang lain mengadap ke arah Ketua tersebut.
Pengawal berbaju biru ni kemudian memberi arahan supaya pengawal yang lain follow dia.
Sampai dipersimpangan, pengawal berbaju biru membuat lap and u-turn menuju ke arah Ketua tadi.
Shif pertama and kedua bertemu untuk proses pertukaran shif.
memohon kebenaran untuk pertukaran.
setelah mendapat perkenan untuk pertukaran. pengawal pun mula mengambil tempat.
Pertukaran sudah dilakukan, and sekarang masa untuk Ketua memeriksa barisan. Pengawal yang tunjuk belakang badan tu adalah shif awal tadi, and pengawal yang mengadap depan tu adalah shif yang baru.
Pemeriksaan barisan oleh Ketua.
Memohon kebenaran untuk keluar baris.
Setelah mendapat perkenan untuk keluar baris, pengawal berbaju biru berjalan masuk ke dalam perkarangan istana diikuti oleh pengawal-pengawal bawahan.
Pertukaran sudah dilakukan, and sekarang masa untuk Ketua memeriksa barisan. Pengawal yang tunjuk belakang badan tu adalah shif awal tadi, and pengawal yang mengadap depan tu adalah shif yang baru.
Pemeriksaan barisan oleh Ketua.
Memohon kebenaran untuk keluar baris.
Setelah mendapat perkenan untuk keluar baris, pengawal berbaju biru berjalan masuk ke dalam perkarangan istana diikuti oleh pengawal-pengawal bawahan.
Jadi, inilah rupanya Royal Guard Changing Ceremonies. Untung jugak kitorang sebabnya baru je sampai ke Gyeongbokgung Palace, tak lama lepas tu dah dapat tengok acara ni. Aku recommend sesangat untuk sesaper yang visit ke Gyeongbokgung Palace, jangan lepaskan peluang untuk saksi sendiri upacara Royal Guard Changing Ceremonies. Lepas selesai melayan upacara guard ni, dari depan entrance gate, aku pergi pulak untuk aktiviti memakai pakaian rasmi royal guard.
Sumunjang Costume Experience
Ni je design yang ada? First aku macam malas nak try, tapi lepas fikir balik, alang-alang dah sampai ke Gyeongbokgung Palace, try jelah. Lagipun free, bila lagi kan nak ada pengalaman camni. Then, aku pun join orang beratur untuk merasai sendiri memakai pakaian royal guard. Untuk memakai pakaian royal guard ni, ada 4 orang perempuan yang uruskan, and dekat dalam bilik persalinan, tidak dibenarkan menggunakan camera. Cuma seorang yang dibenarkan untuk masuk ke bilik persalinan dalam sesuatu masa. Wife aku pergi dulu, then tak lama lepas tu giliran aku pulak. Masuk dalam bilik persalinan, aku nak buang jacket, tapi diorang cakap tak payah. Pastu depa suruh aku buka tangan luas sambil sarungkan seluar and baju. Aku siap gelak lagi masa diorang sarungkan seluar, pastu ada seorang tu tanya kenapa aku gelak. Yela...dah tua-tua macam ni, ada orang pakaikan seluar, mestila rasa kelakar. Lepas siap pakai pakaian guard ni, aku pun keluar dari bilik persalinan untuk join wife aku dekat luar.
see...aku dah buat gaya lain, tak buat gaya tangan seluk poket dah...
wife aku pilih pakaian Ketua, aku pulak pilih pengawal bawahan saja. barulah nampak macam hero sikit, hehe...
aku pun tak pasti apa aku cuba buat sebenarnya...
Selesai mencuba pakai royal guard, kitorang gerak menuju ke entrance untuk masuk ke dalam Gyeongbokgung Palace, tapi tak masuk pun sebab tak beli tiket. Aku just nak ambik gambar jer dari luar. View dekat dalam hampir sampir sama dengan kawasan perkarangan palace ni, tapi kalau ke dalam lagi, maybe dah lain. Kalau tengok map palace ni, ada berapa gate yang kena lalu baru boleh sampai ke Gyeongbokgung Palace dekat tengah-tengah tu. Untuk aku, cukuplah sekadar tengok dari luar jer.
view dekat dalam dari entrance
Aku cukup puas hati dengan aktiviti yang pertama untuk hari kelima ni, Royal Guard Changing Ceremonies dah tengok, pakaian royal guard pun dah try, kawasan sekitar Gyeongbokgung Palace ni pun dah merata aku lawat, then tiba masa untuk move ke aktiviti yang kedua. Untuk cerita aktiviti kedua bagi hari kelima, nanti aku sambung dalam next entry yer. Tak sempatlah nak tulis sekarang sebab nak prepare untuk pergi solat jumaat. Bersambung...
Roger and out.
Suka tengok acara changing guard tu kan...Satu lagi colourful baju diaorng tu. Pastu ngan bendera berkibaran....nampak sangat cantik.
ReplyDeletetu lah kak, pakaian diorang semua colorful, terang-terang pulak tu...cantik kan...
Deleteheheh...comel la baju pengawal tu...cinta dua darjat antara ketua dan pengawal bawahan..hehe
ReplyDeletecinta antara dua darjat, hehe...dah boleh wat novel dah ni cik viva, taktaulah laku ke tak jual nanti :)
DeleteAJ tau gaya apa tu...
ReplyDeleteGaya kungfu.......
Heheheheheh...
Tapi lebih kurang same je Orga masa bergamba dengan guard tu...
Ada sedara mara kat Korea ke?? Hehehheh... =D
iyah~ (sambil pecahkan bata)...betul tu aj, ni memang gaya kungfu...korea mari, hehe...
Deleteni lah sedara yang hilang dari kampung aj, tak sangka pi jadi pak gad dekat korea, jauh betoi dia merantau :)
hahahahahha...
DeleteSesat kot, tu yang lupa jalan balik Malaysia...
Kihkihkih... =P
Patutlah misai dan janggut tu nampak keras semacam je..ingatkan lupa nak letak shampoo
ReplyDeleteJam berapa pertukaran guard tu bermula..kiranyanya hari2 lah eh..kesian dorang
hahaha..tak tahan buat gaya mentadak tue :-)
jm perasan jugak ek...kalau dari jauh nampak real kan...
Deletetak pastilah jm, rasa-rasanya pertukaran guard ni ikut waktu tepat, contoh macam pukul 10, pukul 11 gitu...takda pukul 10.30 or 11.30...info ni dari tourism korea...
Ada berapa kali apacara guard changing tu dalam sehari?
ReplyDeletekalau ikut info dari page tourism Korea, sehari ada 6 kali upacara ni mie, start dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang, ikut jam...
Deleteomaigod banyaknye citer ko! kelakar la baju guard tu, kalau lari kejar org, mesti kembang2! Tapi cuaca memang cun! aku dah masuk kan palace ni dlm list aku! memang must go katanya hehehehehe #taksabar nk pi korea!!
ReplyDeleteaku try untuk pendekkan, tapi still banyak jugak na, huhu~...
Deletetu la pasal, gambar kitorang pakai baju tu banyak yang buruk sebab kembang kena tiup angin, letak yang rasa cun-cun jer, hehe...
seronok dapat gi korea...
ReplyDeletehehe...mesti la :)
DeleteSalam Yeop
ReplyDeleteLaaaaaaaaaaa...ngape tak pakei pakaian raja ngan queen nyer...
tak biasa kak yong, saya ni orang kampung jer, jadi padanlah tu pakai pakaian orang bawahan...lagipun, selalu hero memang watak dia orang bawahan kak yong :)
DeleteMerasa jugak pakai pakain korea.. Pakaian guard lagi.. Hehe.. =)
ReplyDeletemerasalah jugak mieza, kalau ada beraneka jenis, nak jer try semua...tengok sikit rupa orang melayu pakai pakaian korea :)
Deletewah...seronok..siap pakai baju korea lagi tu.hehe
ReplyDeleteluas kwsan tu yea. cantik bangunan nya :)
baju guard je nik...yang tak tahan sebab nampak gemuk, terpaksa pakai sekali dengan jacket, huhu~...
DeleteAlahai nk tukar guards pun siap berupacara bagai..hehe
ReplyDeleteApapun, tu yg istimewanya culture dorang
Neway, tq sbb close up kan sejarah gyeongbokgung palace ni
Baca je kt situ, x pyh dh p korea.hehehe
ni acara yang wajib tengok kalau visit ke Gyeongbokgung Palace muis...rugi la kalau jauh-jauh datang lepaskan peluang untuk hayati culture orang korea, hehe...
DeleteSesuai la sangat pakaian tu ngan kau Orga.... hehehe...
ReplyDeleteNi... kau tgh nak buat tarian K-Pop ke apa tu???
hang jangan perli aku shidah, aku tau la aku tak pandai nak buat gaya, uhuhu~...
DeleteHahahaha....Enjoy gambar pakai baju tradisional Korea.
ReplyDeleteEntri awak ni memang lengkap....
kalau merasa sendiri lagi enjoy, hehe...
Deletewah siap pakai bj korea lagi tuu...saya dl peminat citer korea..huhu.. salam singgah n kenal.. :D
ReplyDeletedulu je ker, sekarang dah minat ker izan...best-best tau citer korea sekarang, hehe...
Deletesalam kenal jugak izan :)
Serious excited lol..gigih mengumpul duit nie..muuhahahaa
ReplyDeletehehe...samalah kiter, next time kalau boleh nak terjah jeju pulak :)
DeleteOrga, awat gambar hang ni semua clear and cantik2 jek? Stress kot tengok! Ada berapa entry lagi to complete your Korea Trip nie?
ReplyDeletekebetulan kot zara, cahaya mentari menyuluh dari belakang, lagipun cuaca hari ni sangat clear, tu yang gambar pun clear. tak banyak dah zara, ni dah entry day 5, day 7 dah balik ke m'sia ::)
Deleteheheheheheeh..comel betul korang berdua ni tau :D
ReplyDeleteahaha...biasalah sue, syok berjalan :)
Deleteactually, sue pun mcm korang jugak.
Deleteg mane2 mmg suka amik gambar.
x kiralah gambar ape pun :D
tu la pasal sue, wajib ambik gambar...nanti bila tengok balik photo album, mesti seronok and terimbas balik kenangan kan :)
DeleteHahahah ala.. dah alang-alang snap gambar dari jarak dekat tu,
ReplyDeleteapsal tak tarik je janggut dorang tu.. nak tau dorang gelak @ still seriyus jugak ke? :P
tak boleh dekda, ada orang berkot itam jaga diorang, sentuh lebih-lebih nanti kena tegur.apatah lagi nak tarik janggut, hehe...tunggu dekda la yang buat nanti :)
Deletewahh! dah jadi orang korea la plak.. tak bawak balik ke baju tu satu?
ReplyDeletetak sesuai la lavender, bila tengok balik gambar buruk pulak...sesuai dengan baju melayu jer, hehe...
DeletePakai baju tu kena bayar tak?
ReplyDeleteala x sabar nak pegi sana.....
tak pun...tapi kena beratur cepat, sebab waktu untuk try pakaian sangatlah singkat.pastu nak tunggu next turn lama pulak...
DeleteBila tgok gambar gambar ni rasa seperti mcm tgok cerita korea plak.
ReplyDeleteEh orga...sama la kegarangan muka tuh dgn royal guard tuh! ada tak tnye depa de kerja kosong ke tak...hahahaha...
ahaha...muka garang ke tu ena, tengah senyum pun orang cakap garang. ish~...mesti sebab cahaya matahari yang terang sangat tu, hehe...
Delete