Monday, 27 May 2013

Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

Salam semua...

Lately, aku telah terlibat dengan satu hobi baru and sangat-sangat best. Aku tak tau nak cerita macam mana, tapi masa aku buat aktiviti ni, fuhh~...rasa macam nak melompat pun ada, nak lempang orang pun ada. Korang pun mesti pernah buat kan, letak bonjela dekat ulser, macam mana rasa? Best kan... Tapi, orang tua-tua cakap, kalau nak lagi best, taruk garam. Time-time panas cam gini, rugi sangat kalau sesiapa tak cuba aktiviti nih, hehe... Nanti dah masuk musim hujan, dah tak dapat main lagi :)

Berbalik kepada tajuk asal entry ni, menurut riwayat, pada tiga hari yang lepas, aku bersama-sama rakan-rakanku, telah berikrar dan berjanji, akan mengadakan sesi makan malam bersama-sama. Sebenarnya, telah berhari-hari aku merancang untuk sesi makan malam ni, sebabnya, tiga empat minggu lepas, aku telah dihujani oleh cerita-cerita geng-geng travel yang melancong ke China and masing-masing menayangkan yang mereka telah memakan Mee Tarik. Ini tak boleh jadi, aku pun nak makan jugak! Tanya wife aku, dia pun nak makan jugak. Pastu aku tanya member-member aku, mereka semua pun nak makan mee tarik jugak. Jadi, semua orang nak makan Mee Tarik, tapi masalahnya, kami semua tidak berada di China. Berpandukan Google, aku mula menelaah setiap info yang ada berkaitan Mee Tarik disekitar kawasan sini. Hatta, terjumpalah aku dengan Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi. Dari review yang dibagi oleh blogger lain, diorang recommended kan restoran ni. So, pada hari yang dinanti-nanti, kitorang pun terjah ke restoran yang dinyatakan.

Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi



Dari info yang aku dapat, silap haribulan, memang takda tempat untuk duduk sebab orang sangat ramai. Tapi semasa aku and the geng datang, keadaan takdalah seperti yang diwarwarkan. Berkemungkinan kitorang datang agak lambat, dekat pukul 10 malam baru sampai, tu yang mendorong wujudnya meja-meja kosong. Lagipun malam jumaat pulak kan, jeng...jeng...jeng !! Lepas perhatikan sekeliling, aku decide untuk duduk dekat dalam, bukan apa, dalam ada kipas and aircond, luar takda. Lepas duduk, kitorang diberi menu. Banyak jugak pilihan yang ada, sampai aku pun taktau nak order yang mana satu. Semua nampak sedap jer...tapi, harga pun sedap jugak, huhu~... Jom tengok apa yang kitorang order.

Toothpick Lamb (RM24.00 sepinggan)

Kalau nak diikutkan, memang taktau nak order mende dekat sini, aku ingat-ingat, ramai yang order Toothpick Lamb ni, harga memang agak mahal, tapi kalau tong-tong ramai-ramai jadi murah balik. Kalau aku datang sesorang, memang takde nyer nak order. Rasa dia, hm...nak kata macam sate kambing pun ada, tapi sedaplah. Toothpick Lamb ni boleh dianggap sebagai pembuka selera gitu, sebabnya, lepas order dibuat, menu ni sampai dulu berbanding menu lain.

Mushroom Meat with Noodles (RM8.00)

Beef Laman (RM6.00)

Bean Beef Noodles (RM8.00)

So far, inilah 3 jenis menu Mee Tarik yang kitorang order even 4 orang makan, sebabnya member aku pun order sepesen macam aku jugak, Beef Laman. Wife aku ambik Mushroom Meat with Noodles, and member aku sorang lagi ambik Bean Beef Noodles. Pendapat peribadi aku, semuanya sedap-sedap, especeli mee dia, compare dengan mee kuning yang selalu makan tu, memang jauh beza lah. 

saje nak tunjuk skill pakai chopstik, cewah...

ishh malu pulak nak makan, no camera please
"senangnya dalam hati lala.."

Rata-rata orang cakap rasa mee tarik di sini hampir serupa dengan di China. Tang ni, aku tak dapat nak bagi komen, sebabnya aku belum jejak kaki lagi ke China. Yang pasti, mee tarik dia memang sedap. Walaupun mulut aku ada ulser, tapi deria rasa aku masih lagi berfungsi dengan baik and mampu untuk membezakan yang mana sedap and tak sedap. Kalau teringin, mungkin akan repeat lagi dua tiga kali, try menu lain pulak. Di samping tu, aku pun recommended untuk korang jugak. Kalau nak tau, bukan aku jer yang pernah datang makan di sini, JJCR TV3 pun pernah. Direction untuk ke sini pun senang jer, boleh follow alamat dibawah.


Alamat:

Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
57000 Sungai Besi, KL.

Roger & out.


34 comments:

  1. Apa aktiviti nye..masukkan dalam dalam ulser ke kalau aktviti lain nak melompat jugak heeeeeeee

    Aha..bila tgk harga agak mahal compare dgn harga mee tarikh di China..yeayy..rasanya mee tu mmg sedap tp JM belum pernah try yg di Sg Besi ni

    Pegang chopstick dlm gambar no 11 tu dh mcm nak main drum pun ada hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepek bonjela dekat ulser la jm,syok woo, hehe...

      nanti kalau ada peluang jm rasalah, pastu bagi komen k. yela, jm pernah ke china, mesti boleh compare macam mana rasa...

      eh perasan ke? baru tengah mengetest untuk guna chopstik sebenarnya, hehe...

      Delete
  2. Yeap, i was looking for Mee Tarik as well lepas kecur air liur tgk travel blogger yg duk upload pesal Mee Tarik nie. Thanks for the info then! Kena terjah nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la jugak zara, boleh lah nak cuba nanti :)

      Delete
  3. alamak..jauh kt sungai besi la pulak kan. nak menapak dari shah alam ke sana tu yg agak berchenta tu. hehehehe

    tapi makanan yg cina muslim buat, mmg best2 belaka. kat seksyen 15 shah alam pun ada restoran cina muslim. sedap giler!

    tgk mushroom meat with noodles tu nampak sedap je. nomnom. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat s.alam pun ada sue, cuma taktau dekat mana. kitorang pulak jauh nak ke s.alam sinun, huhu...

      mushroom meat with noodles tu rasa macam nak ke paprik sikit, pedas pun sedang-sedang jer, untuk ibu mengandung, ok kot, hehe...

      Delete
  4. ya Allah tgk pun dah terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lepas pantang nak makan apa pun boleh biqque :)

      Delete
  5. Kau pegang chopstick macam nak pukul drum... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. member yang ambik gambar masa ni mie, tak sempat nak posing maut, hehe...

      Delete
  6. Hua kedai sebijik macam yang ori kat China kan. Menariknya! Terpaksa pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke janggel? kedai je nampak sama, rasa macam mana...kitorang rasa sedap jer, tengoklah orang dah ke china komen macam mana, free-free terjah lah...

      Delete
  7. OMGGGGGGGGGGGGG..nampak menarik! harus ku seret Cawan ke sini..

    ReplyDelete
  8. ni Orga... aku nak tanya sikit... kenapa kau guna chopstik guna dua tangan... pelik aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dan nak bergaya sr, kawan aku terus ambik gambar...aku tengah mencari ilham sebenarnya, macam mana nak guna chopstik, hehe..

      Delete
  9. harus nak kena terjah nie...toothpick lamb dan mee tu nampak sedap semacam aje...gaya pegang chopstick dah macam nak ketuk dram, ada bakat tersembunyi rupanyer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak mencari kelainan, bolehla try ms, hehe...bakat tersembunyi? ahaha...mana ada bakat sangat ms, tetiba je tu :)

      Delete
  10. Satu hari pasti aku gi kat sini
    kawan aku pnh gi memang sedap
    terliuq aku ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lah dila...bangi dengan sg. besi dekat jer, nanti boleh la ko singgah pulak, hehe..

      Delete
  11. perghh terliur tgk..dh dkt ni blh la p..hehe

    ReplyDelete
  12. Pernah tengok restoran ni dalam rancangan jalan-jalan cari makan dulu.. Teringin pulak tembolok kite nih nak merasa mee tarik.. Gluppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak sempat tengok mieza, lepas survey baru tau. selalu tak pernah lepas rancangan JJCM ni, hehe...

      Delete
  13. mee tarik rasa cam spagetti tak? hehe... Teringin plak nak cuba...

    yang Toothpick Lamb (RM24.00 sepinggan) nampak cam sikit je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam spageti? taklah MS, rasa dia lebih lembut. maybe sebab fresh kot, lepas order, time tu jugak mee dibuat and dimasak. toothpick lamb tu portion dia ok jer, tak lah sikit sangat. kalau ikut pendapat saya, macam tak padan jer harga rm24 tu...

      Delete
  14. salam ramadhan..

    kedainya sebijik sebijan bentuk interior design mcm di china.
    lalu kat sungai besi..camneh leh tak perasan kedai nih ada?
    takpasal gigih pi join deme ke guilin nak rasa mee tarik..(alasan sahaja..kan?)

    terima kasih atas informasi ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan jugak akak...saya tau pun sebab ada blogger lain yang share pasal ni, kalau tak, terpaksa ke china jugaklah baru dapat merasa mee tarik asli, hehe...

      Delete
  15. tq for sharing this info. mcm best je, harus pegi terjah one day :)

    ReplyDelete
  16. terliur saya... InsyaAllah nak trylah bila turun KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nanti boleh bagi review jugak :)

      Delete
  17. https://foursquare.com/v/mee-tarik-warisan-asli/528358f511d2868bde3121ba. branch baru di Jln dang wangi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...