Thursday, 2 May 2013

Fly to Seoul (Day 5) - Bukchon Hanok Village & Insadong

Salam u'olls...macam mana dengan cuti semalam? Mesti semua orang riang gembira kan... Aku pun sama, riang ria jugak. Nak dijadikan citer, petang Selasa ritu, waktu nak balik dari lab, disebabkan keje aku bersepah, so aku pun pasanglah niat nak bawak balik untuk siapkan dekat umah. Sambil dok mengemas, aku pun la~...la~...la~...menyanyi dengan riang ria, nak bercuti kan esoknya sempena Labour Day, gigih usung bawak balik rumah. Sekarang, dah masuk hari Khamis, keje yang aku bawak balik tu langsung tak usik. Dah tengah malam baru teringat, aku ada bawak balik keje untuk disiapkan. Semua ni terjadi sebab aku dah terjebak dengan Candy Crush Saga... Jadi harini, dengan gigihnya, nak kena usung balik keje yang tak siap tu masuk lab. Tengoklah...betapa riang ria nya aku, la~...la~...la~...

Okey, mai kita sambung citer pi Korea ritu untuk hari kelima. Selesai melawat Gyeongbokgung Palace, next destinatsi adalah Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ni sebenarnya adalah kawasan perumahan yang masih lagi mengekalkan seni bina traditional Korea. Kalau dekat Melaka kita ada Perkampungan Morten, di Seoul depa ada Bukchon Hanok Village. Berpandukan map ditangan and tips yang diberi oleh Henry Fox, kitorang pun memulakan langkah menuju ke tempat tersebut.


Seronok berjalan dekat sini, even dah tengahari, tapi still sejuk.

budak-budak Korea memang camni, suka main yang pelik-pelik...


Entrance untuk masuk ke The National Folk Museum of Korea. Aku lalu jer, tak masuk pun sebab dah set awal-awal untuk ke Bukchon Hanok Village. Takda bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam. 

 kena cross ke seberang jalan.

Direction dari Gyeongbukgong Palace ke Bukchon Hanok Village:
1. Keluar dari palace ambik kiri.
2. Sampai hujung jalan ambik kiri lagi and akan nampak view macam dalam gambar ke-3. 
3. Kemudian jalan terus sahaja sampai nampak "Naked Museum" sebelah kanan. Ada gambar Monalisa tengah baring besar-besar.
4. Bila dah nampak "Naked Museum", kena cross jalan macam dalam gambar diatas.
5. Selepas cross, jalan terus ke atas sampai jumpa Tourist Information. 


Wajib singgah dekat Tourist Information ni sebab untuk dapatkan Map of Bukchon. Pastu nanti staff di sini akan tanya, apa aktiviti aku akan buat selepas ni. Bila aku jawab nak ke Insadong, dia pun explain route yang sesuai disamping 8 view point yang patut aku singgah and ambik gambar. Bila tengok balik Map of Bukchon ni, antara 8 view point tu, ada yang dekat and ada yang jauh. Jadi, aku plan tak cover semua lah, mana yang jumpa baru berhenti ambik gambar.

Bukchon Hanok Village


rasa-rasanya boleh nampak Gyeongbokgung Palace dari sini...


Sampai dekat persimpangan ni, kitorang terus belok masuk. Ekceli, kalau nak jalan terus lagi pun boleh, tapi nanti jauh sikit untuk pusing balik. Aku belok masuk ke sini sebab staff dekat Tourist Information tadi explain suruh masuk sini. Lagipun perjalanan ke sini agak mendaki, dat's why sampai boleh nampak Gyeongbokgung Palace. 


Aku tengok, memang betul rumah-rumah dekat sini design traditional Korea. Tapi, bila tengok dekat  pintu rumah masing-masing, macam canggih semacam jer, ada camera, loceng electronik, dan macam-macam lagi. Yang berada disekitar kawasan sini pulak kebanyakan adalah pelancong, aku tak nampak pun tuan rumah buka pintu luas-luas dok menyembang dekat luar. Maybe masing-masing perlukan privasi kot. Jalan punya jalan, akhirnya sampai dekat view point yang pertama, tapi bila tengok dekat Map of Bukchon, view point ni adalah no. 6. Pastu berdekatan dengan no 6, adalah view point no. 7. Oklah, setel 2 daripada 8.

View point no. 6

view point no. 7

jangan bising, nak bising pi main dekat tempat lain...syuh-syuh!

view point no. 5

Keluar dari view no. 7, terus jumpa view point no. 5. Pada mulanya, aku pun tak perasan, kebetulan tengok orang lain ambik gambar, aku pun refer balik map. Yela, tempat aku sekarang ni adalah view point no. 5. Patutlah ramai dok ambik gambar dekat sini. Sebenarnya, aku harap akan jumpa 2,3 orang Korea pakai Hanbook akan lalu dekat kawasan sini. Baru menambahkan lagi suasana traditional dekat Bukchon ni, tapi sayang, sampai ke sudah, sorang pun tak jumpa. Kalau datang tadi perjalanan agak mendaki, untuk balik, lega sikit sebab mostly perjalanan turun bukit, so taklah rasa penat sangat nak berjalan. Kemudian, kitorang bergerak menuju ke view point seterusnya.

view point no 4.

Lepas sampai view point no 4, kitorang decide untuk ke Insadong. Sebabnya, view point no. 4 ni dah dekat penghujung Bukchon Village, so boleh terus keluar untuk ke Insadong. Penat jugak berjalan dekat Bukchon Village ni, so bagi nak menambahkan balik tenaga, singgahlah dekat Mart GS25. Dah boleh agak kan apa air yang kitorang beli, aku beli air kosong jer, wife aku macam biasalah. Bila sampai dekat Mart GS25 ni, kena belok ke kanan untuk ke Insadong. 


Nampak kan orang ramai depan tu tengah berkumpul. Sebenarnya, diorang tengah tunggu lampu hijau untuk cross ke seberang jalan. Dekat seberang jalan tersebut adalah Insadong and kitorang pun cross jalan dekat situ jugak. 

Insadong


arca berus


Insadong, Namdaemun, Dongdaemun, and Myeongdong adalah kawasan untuk shopping, samada pakaian or souvenir. Pendapat aku, dari empat tempat ni, Insadong lebih selesa untuk berjalan-jalan sebab kawasan luas, tapi yang tak bestnyer, tak banyak sangat pilihan dekat sini. Harga dekat kawasan sini agak pricey compare dengan tempat lain, tapi kalau pandai demand, boleh jer dapat murah kan. Tengah dok berjalan and survey harga dekat setiap kedai, tetiba dengar orang menyanyi. Rupa-rupanya ada pertunjukan untuk promosi Culture Festival disamping diorang memakai costume yang pelik-pelik.


Hampir setiap kedai kitorang masuk untuk tengok barang-barang souvenir, especially nak cari FM yang cantik, mahal sikit pun takpe. Dekat Namdaemun dah usha dah, tapi kurang berkenan dengan design. Cari punya cari, still tak jumpa yang berkenan dihati, pastu beli mende lain. Dongdaemun belum pergi usha lagi, maybe boleh jumpa dekat sana pulak. Saja nak bagi sedap hati kan... Lepas puas cuci mata dekat sini, then kitorang decide untuk berjalan balik ke guest house. 

angkat tangan pulak mamat ni bila aku ambik gambar

rupa-rupanya diorang dari group Nikon


Dekat nak sampai kawasan untuk keluar dari Insadong, aku tengok orang ramai tengah berkumpul dekat satu gerai ni, gerai Ice Cream. Unik giler ice cream yang diorang jual, tengok cup dia tu, berpusing-pusing. Orang yang beratur memang ramai, aku tengok jelah, harga pun agak mahal jugak. Pandai diorang design, kebanyakan yang beratur untuk beli adalah parent. Nampak sangat budak-budak tertarik dengan reka bentuk ice cream ni, jadi sebagai mak pak, kenalah berkorban untuk anak kan. Tapi ada jugak yang dapat, pastu nangis tak hingat, hehe...

Keluar dari Insadong, kitorang berjalan kaki balik ke guest house. Rasa macam dekat, tapi agak jauh jugaklah sebenarnya. Kalau musim panas, memang tak sanggup aku nak jalan kaki balik, sebab musim sejuk, cuaca pun nyaman, so enjoy jer sambil tengok suasana bandar Seoul. Sampai dekat 7-E dekat kawasan guest house, singgah beli nasi untuk lunch. Dah petang baru nak lunch kan. Masuk dalam bilik, ingatkan nak prepare untuk lunch, lepas quick meeting, just makan roti and tuna mayonis, minum milo, and terus layan tidor petang. Malamnya nanti plan nak pusing-pusing sekitar sini jer, and mana kitorang pergi, aku sambung next entry yer.

Roger and out.



30 comments:

  1. Kalau ikut penerangannya Insadong ni lebih khusus kepada kedai antik dan hasil seni. Mungkin sebeb tu tak berapa happening untuk menyoping...

    Tapi kalau ada masa kena pergi juga tempat ni nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu mie, suasana dekat sini lebih kurang macam Central Market (KL) gitu...sebab dah terletak dalam 1 arah perjalanan jer, tu pasal kitorang singgah. penat berjalan dekat Gyeongbokgung Palace and Bukchon Hanok Village, dekat sini kitorang relax-relax sikit...

      Delete
  2. Terkena demam Candy Crush Saga jugak..ahahah..samalah kitewwww

    Panjang nyer kon ice cream tu like belalai gajah..kalau yg paling panjang tu makan sorang pun tak habis kan..ice cream di masukkan ke dalam atau just letak kat ujung je..pastu kt dlm kosong ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal jm, mula-mula just nak bantu wife main jer. life tinggal 5,6, baru nak mintak tolong, hm~...last-last, sendiri terjebak, haha...

      dekat dalam pun ada ice cream jm, diorang isi pakai mesin. pam masuk dalam batang ice cream tu sampai keluar di hujung...

      Delete
  3. Sy pun teringin nk ke bukchon village tu tp my sis xbeapa sihat. Sy kt sana x extream sgt jln2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sihat baik jalan tempat lain zila, yang santai-santai sikit. suasana dekat sini macam mendaki sikit, mungkin tak sesuai untuk orang yang tak sihat...

      Delete
  4. Weh...... ramai friend kat FB add aku main game Candy Crush Saga,,, tak kose nak layan... aku takut nanti semua benda tak jalan... melekat kat lappy jer.

    Cerita kau buatkan aku tergedik-gedik nak ke Korea... memang dah lama aku simpan cita2 nak gi sana... tapi apa kan daya... budget lum cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...sekarang semua tengah demam game ni shidah, nak buat macam mana...

      one day hang mesti pi jugak shidah, seronok ambik gambar dekat sana, kalau pi time bunga sakura lagi cantik...

      Delete
  5. ORGA
    candy crash buat aku sempot hahahhahaa
    sabor je lah layan candy ni
    ** photoq korea amat berkesan menyentuh hati ku
    Superb Debomppp aa ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru sampai level 52 ni dila, tension dengan coklat, susah betoi...

      wah...bangga ni, berjaya buat hang sampai menyentuh hati :)

      Delete
  6. tunggu la tahun depan g sana lagi. harap2 masa tu panjang umur lagi... amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah pm...kalau ada kesempatan, aku pun join jugak, ahaha...

      Delete
  7. pergghh pergghh dan pergghh lagik. semua gambar sgt awesome!
    rasa teruja nak ke sana. tapi xtau bila. huhuhu
    comel je sepit rambut kartun tu. cute giler!

    Eh..sue ade inform kt orga x yg keychain yg orga kirimkan aritu dah selamat sampai?
    sue ade update entry last week/last 2 weeks. lupa sudah. hehehe
    thanks so much ya! sgt kiut miut comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak beli pun sepit rambut tu sue, beli mende lain, save bajet, hehe...

      lega rasanya dah sampai...hadiah kecil-kecilan jer :)

      Delete
  8. Salam Orga..nekcik pun termiss Insadong..dah dekat tapi mmg dah tak larat nak melangkah...pasal dah puas menapak kat palace tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insadong dengan Namdaemun and Myeongdong lebih kurang je Nekcik...tempat menyoping katakan...

      Delete
  9. aku aritu nak sgt g buckhon hanok village tu...sebab si lee min ho berlakon kat situ,cerita personal taste..konon-konon boleh lah bernafas di udara yang samam...auch....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...ko ni memang kan aza...aku pun sama, sebab wife aku yang cakap nak datang sini, so aku pun cari lah jalan...

      Delete
  10. owh Korea... kalau nk pegi lagi, ajak aku sekali. and tlg belanja jgk..haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...no hal kimi, harap ada orang belanja aku jugak...

      Delete
  11. diorang ni suka buat benda comel2 dan unik
    dan akak perasan rumah diorang kawasan berbukit
    mmg slim la sebab kena jalan kaki turun naik bukit.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dok korea memang slim mlim akak...berjalan jer mana-mana pun, nak naik train pun sama, lagilah, nak kena turun naik tangga...bila balik M'sia, breakfast jer dah tambah balik lemak yang hilang tu, hm~...

      Delete
  12. Memang pelik sungguh gambar tu......
    Hehheheheh.....
    Wahhh... Orga pegi time yang tepat kot..
    Ade je pertunjukan.... =D
    Comelnya klip rambut dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan aj...sengaja depa nak buat time ni...ok jugak, kalau tak, taktau nak tulis apa dalam entry nih, sebab kawasan sini tempat shopping jer...

      Delete
  13. saya memang akan ikot panduan2 orga, john dan D Teoh dlm misi ke Seoul x lama lagik nih..he..he.. untk house hostel tu kan, u suggest book direct ke atau thru Hostel world? Orga book thru hostel world kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm...saya tak sure lah yang mana better farikica, tapi so far, saya book thru www.hostels.com ok jer...saya rasa, mana-mana pun ok, yang penting dapat maklum balas dari hostel yang booking dah confirm..

      Delete
    2. itulah...x book lagik nih.. namsan dah book tp nanti 2 minggu sblm ke sana, kena reconfirm bookingkan?

      Delete
    3. a'ah...lagi 2 minggu before pergi kena reconfirm, kalau tak nanti diorang cancel kita punya booking...kena note siap-siap farikica, jangan terlupa okay...

      Delete
  14. Replies
    1. kan...rugi tak beli banyak-banyak ritu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...