Wokey...berbalik kepada tajuk utama, semalam aku bersama wife aku telah menerjah ke satu restoran ni, dengar nama pun dah pelik, taktau lah celah mana wife aku boleh jumpa restoran ni, yang dikenali ramai sebagai Nim's Little Island Cafe. Biasalah perempuan, ingat nama jer, alamat and jalan nak pergi bukannya tau pun. So aku pun dengan rakusnya, terus mengajukan persoalan dengan pakcik google, nasib baik ada jugak info pasal restoran ni. Hmm...daripada info-info yang diorang bagi, nampak macam syok je makan dekat sini, tambah-tambah bila ada menu yang lain dari yang lain. Memang patut kena terjah la ni. Aku pun pelik, even dah lama aku stay dekat Bangi, kenapa tak pernah dengar nama restoran ni. So, lepas solat isyak, kitorang pun membawa diri ke restoran Nim's Little Island Cafe ni.
Hasil pemerhatian aku, suasana dekat sini biasa-biasa je. Tibi pun takde, so pesanan aku, janganlah datang makan sesorang. Loser sangat tu, hehe... Macam aku cakap pada perenggan kedua tadi, cewah...aku datang sini sebab tertarik dengan menu yang diorang sediakan, dari review rakan blogger lain pun cakap not bad. Di samping mendengar cengkerik dengan katak dok berbalas pantun sesama diorang, aku pun tulus ikhlas meneliti menu-menu yang ada dalam list.
Not bad kan harga! Bila tengok menu, serius beb, mula-mula memang aku gelak. Rasa kelakar and kreatif. Inilah faktor-faktor utama yang membawa aku and wife aku ke sini. Kesian dengan minah yang bawa menu ni, abis satu-satu menu aku tanya. Cinoni tu apa maksud, NyiurMelambai tu apa mende, pastu Soda Gembira, Soda Sedih, and Soda Sukaduka tu macam mana pulak? Dah macam wartawan pun ada time tu, siap dok ambik-ambik gambar lagi kan. Hasil penerangan yang minah tu bagi, akhirnya aku pun order, untuk minuman, aku ambik Soda Ceria and wife aku ambik Cinoni Kedondong. Untuk makanan, aku order nasi putih 2, Tomyam Kelapa Muda, Ikan Kembung Masak Pedas, and Telur Bungkus. Sementara menunggu order-order tadi sampai, aktiviti kitorang tak lain tak bukan, check-in lah, hehe...
Lebih kurang 5 hingga 10 minit, order kitorang pun sampai. Sebelum buat apa-apa, ambik gambar dulu. Pastu baru merasa... hmm, hisap sikit Cinoni Kedondong...ok not bad. Sedut Soda Ceria pulak, sedap nyer! Hirup sikit Tomyam Kelapa Muda, kaw jugak rasa kuah dia... So, kalau dah kaw, sedap, terus melantak lah jawab nyer, hehe...
Cinoni Kedondong
Soda Ceria :)
soda + vanilla ice cream + susu + sirap = Soda Ceria
Amacam, menarik??
Tomyam Kelapa Muda
Ikan kembung masak pedas
Mula-mula wife aku cakap, kelapa muda tu diorang ambik yang dah kosong, maksudnya isi kelapa tu dah takde. Disebabkan aku tak tahu apa-apa, aku iyer kan jer. Sekali masa cedok kuah tomyam nak ambik lauk, ada nampak macam isi kelapa. Eh...kelapa ni memang fresh la, terus aku bagitau wife aku, siap ada isi kelapa lagi ni... Seriusly, ni memang first time aku rasa tomyam yang ada isi kelapa muda dekat dalam, lain dari yang lain, memang meletop habislah. Pedasnyer tak yah cakap lah, nama pun tomyam... Masa dapat pinggan nasi tadi, aku siap bahagikan separuh lagi, almaklumlah...orang cakap, malam-malam tak boleh makan banyak. Sekali habis lincin aku tibai...adoi, abislah diet aku, huhu...
Lupa pulak, telur bungkus and ikan kembung masak pedas pun not bad, sedap jer... Kalau tak sedap memang aku cakap tak sedap, tapi sini ok lah. Agak-agak mahal ke tak kitorang makan ni? jeng...jeng...jeng... Total yang aku kena bayar adalah RM33. Harga pun lebih kurang macam dekat tempat lain kan, tapi di sini ada banyak pilihan makanan. Bukan saja makanan melayu, western pun ada. Kot jenis yang tak makan nasi malam-malam, boleh try diorang punya chicken chop ke, steak ke... So, kalau rasa nak try Soda Sedih, Soda Muda or Tomyam Kelapa Muda, boleh terjah sini:
Nim's Little Island Cafe
Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal
43000 Kajang, Selangor
Roger and out
Ooookeh....... mcm dekat jer ngan rumah aku nih, nanti aku nak ajak Kak Dila terjah sini lah orga. Aku nak cuba SODA SEDIH lah sangat tu
ReplyDeleteKalau hang pi shidah, try menu lain, manatau lagi sedap, boleh aku pegi lagi, hehe...
Deletepergh!!! Sedap kebabom. nanti aku nak ajak kawan aku gi sini lah. ni kat tepi jalan tu ke bro?
ReplyDeletejalan nak ke sini macam susah sikit, aku dah update letak maps sekali dila, hang orang bangi mesti tau dekat mana kan...
Deleteikan kembung masak pedas tu nampak sedappp sungguh! kecur air liur aku arini jumaat yang mulia inih!
ReplyDeleteahaha...boleh lah henry, alas perut di waktu malam...
DeleteCukup ke sesuap je nasik tu..sekali baca sampai habis..rupanya bukan sesuap TAPI sepinggan ahahaha
ReplyDeleteNama kedai pun dah menarik..Nim's Little Island..sbb tu tak ada TV coz tak ada siaran/tak dpt chanel sbb kat Pulau kan...ahahaha
Tom Yam tu nampak menarik..still berasap tak letak dalam kelapa tu..kalau dalam claypot lagi meletup..meleleh air idong..
kalau dalam claypot tak dapat lah nak merasa isi kelapa muda jm, kena makan dalam kelapa jugak, baru syok. kalau tak, takkan lah sampai lincin kans, hehe...
Deletemacam2 nama soda, hehe seb baik jauh, kalo x mesti da dtg try...anyway..Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…
ReplyDeletesekali sekala ke bangi or kajang ke, singgah lah sini rose azadir...done polow :)
Deletenak order soda gembira + soda ceria satu!!.. Tak penah makan tomyam dalam kelapa gitu..
ReplyDeletekalau dah soda gembira dengan soda ceria, tambahlah lagi satu soda sukahati CV, baru lengkap...
Deletewahhh macam best je..boleh try ni. Tom yam kelapa muda tu lain daripada yang lain^^
ReplyDeletesetuju tu...memang lain dari yang lain, tak rugi mencuba kan, hehe...
Deletemables aaihh nampak Tomyam Kelapa Muda tu teruih meleleh ayaq liuq cheq tau....
ReplyDeletetak leh jadi nak kena terjah jugak camni...sampai sana kalau sedap last sekali baru oder SODA GEMBIRA + SODA CERIA boleh :P
boleh aja mrs. smile, hehe...tomyam kelapa dia memang sodap, sekali cedoq terlekat dengan isi kelapa, masyuk masa telan tu, hehe...
DeletePelik2nya nama menu dia.. soda sedih, gembira, sukaduka.. Hikhik! Tapi tom yam tu nampak sangat menyelerakan.. Lepas ni kalau ke sana, wajib heret mereka yang berkenaan gi cuba.. Gugugu~
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
kalau menu-menu jenama biasa dah boring dah mieza, bila diorang tukar nama menu, ubah sana sikit, jadi selera pulak nak makan...
DeleteSoda ceria?
ReplyDeleteAgaknya lps minum soda tu, yg down.. terus jd ceria kot? :P
memang pun dekda...kalau sedih ke susah ati ke, boleh la pegi try, hehe...
Deletebila aku nk start 'mencerah' kan mata niiiii..
ReplyDeletedah abis pantang tunggu apa lagi beb, terjah lah, ahaha...
Deletepenah pegi skali lama dlu..lepas tu dah xpegi dah pasai tak jumpa jalan..dulu g org bawak..lepas nk pegi lagi xde org dah nak bawak,. eh. mcm soda sedih je.. tmpt yg menarik untuk dicoba pergi
ReplyDeletebw sini deh
jalan nak ke tempat ni agak kampung sikit, kitorang pun mula-mula macam tak yakin jer, last-last jupe jugak. sebab tu order soda ceria, ahaha...
DeleteNampak semuanya menyelerakan..hehe..nama soda tu..soda sukaduka, sedih..alahai macam2 nama. Unik.
ReplyDeleteunik and sedap la aini, hehe...
DeleteKreatif utk tarik pelanggan..n worth bila makanan pun sedap..
ReplyDeletesetuju tu norh, hehe...
Delete