Tatkala warkah ini ditulis, aku masih lagi berada dirumahku sambil ditemani secawan milo yang tak berapa panas dan juga beberapa keping biskut. Apa khabar sahabat-sahabat ku? Aku khabar baik aje dan aku harap koranks-koranks pun begitu jua. Walaupun dah lama aku tak menghupdate, tapi kisah suka duka korang tetap dibacai olehku di kala malam menjelma. Ada yang bertambah ahli keluarga, tahniah diucapkan, ada jugak yang mendirikan rumahtangga, tahniah jugak walaupun tak dijemput makan kenduri, tak lupa jugak pada geng-geng travel yang tak putus-putus berkelana sana dan sini mencari pengalaman baru, syok jer baca citer korang. Jiwang lama-lama pun tak syok kan, nak termuntah dah rasa, ahaha...layan jer cite yang dah lama terbantut ni.
So, bertemu lagi kita di episod kalini untuk edisi bulan Disember tahun dua ribu tiga belas. Perancangan yang rapi yang dibuat oleh 6 orang sahabat pada bulan ramadhan yang lepas, akhirnya berjaya dilaksakan jugak pada cuti hari merdeka ritu. Walaupun singkat, cuma 2 hari 1 malam, tapi amat bermakna bagi 6 orang sahabat tersebut, bak kata pepatah, "ke mana tumpahnya kuah kari kalau bukan ke nasi". Pada awalnya, terdapat beberapa pilihan lain yang masuk dalam list, seperti Port Dickson, Melaka, Terangganu, dan seangkatan dengannya, entah macam mana, Janda Baik yang menjadi pilihan. Seminggu sebelum bertolak, pembahagian tugas diagihkan dengan adil dan saksama di mana tugas aku hanyalah menyediakan arang dan fire starter untuk aktiviti bbq di malam hari nyer. Disebabkan tugas ini terlampau senang, so aku pun tangguhkan la dulu, awal sangat kot nak prepare, seminggu lagi kot baru nak pergi. Tiba hari yang dijanjikan, awal pagi tu aku menerima mesej dari member aku, "orga...arang sama itu fire starter jangan dilupai, mau bikin bbq ini malam ya ampunn". Macam tu la lebih kurang mesej dari member aku, apa lagi, kelam kabut la sikit. Ni la yang terjadi bila tangguh keje last-last minit. So, pagi ni jugaklah baru nak cari arang dengan fire starter bagai. Tepat jam kul11 pagi, kitorang berkumpul and bergerak ke Janda Baik secara berjemaah. Susah jugak bila girlz yang leading, aku asyik menyumpah jer, awatlah lah slow sangat :)
liku-liku kehidupan
Dalam pukul 2 lebih kitorang pun sampai di Janda Baik and chalet yang kitorang stay adalah Chalet Komo. Urusan pembookingan semua diuruskan oleh member aku, oklah jugak tempat ni, yang penting dekat dengan sungai untuk bermandi manda. Macam tahun sebelum ni, chalet yang kitorang stay, Zaini Guest House, pun not bad jugak. Bagi aku, asalkan tempat tido ok, ada tilam bantal bagai, pastu bilik air pun ok, tak la nak kisah sangat. Yang penting, dapat seronok dengan kengkawan.
kol nombor tertera kalau nak book yer.
Ekceli, masa kitorang sampai, cuaca agak mendung. Sementara menunggu member aku ambik kunci chalet and uruskan hal check in, aku pulak sibuk bagi arahan untuk member aku yang sorang lagi sebab dia sesat. Lagi banyak aku bagi arahan, lagi bertambah kesesatan yang dialamai oleh member aku ni. Last-last, staff chalet ni yang pergi jemput dia. Dalam 10-15 minit gitu, member aku berjaya menjejakkan kaki ke chalet ni. Jom tengok-tengok kawasan sekitar sini, sungai betul-betul depan chalet kitorang. Tak perlu jalan, guling je dah boleh terjun sungai :)
suasana di dalam bilik.
Aktiviti pertama lepas letak bag, apa lagi, terjun sungai la. Masa ni dah lupa kejap yang diri ni dah tua, ahaha... Bukan apa, seronok main air punya pasal. Lebih kurang setengah jam gitu, hujan start turun dengan bertubi-tubi. Tapi, ini semua tak menghalang aktiviti bermandi manda kitorang. Diteruskan jua sampai kecut habis jari jemari diriku ini. Lepas puas mandi, then aktiviti bbq pun dimulakan. Tugas guys, memastikan api menyala dan menjadi bara. Geng pompuan pulak menyembelih ikan, memasang sotong dan udang serta sosej pada batang lidi, di samping memastikan menu-menu lain tersedia untuk di bbq kan...
lupa pulak, ikan pari pun ada.
beginilah nasib diriku...huhu
hujan bukan penghalang
nampak tak? nampak tak? hehe...
best menu of the night...lamb!!
Mula-mula misi aku menjadikan api and bara macam tak berapa nak berhasil. Almaklumlah, dah lama tak praktik aktiviti camni. Tak sangka, pilihan aku untuk guna tayar motor sebagai fire starter adalah pilihan yang tepat. Walaupun kadar karbon dioksida yang dihasilkan adalah tinggi, namun aktiviti bbq malam tu berjalan dengan sempurna, maksudnya semua menjadi lauk lah.
Memang meriah abis lah malam tu, sampai ke tuan chalet pun kitorang jemput sekali untuk join aktiviti bbq kitorang. Makanan banyak lagipun, dengan nasi, salad bagai, boleh kenyang sampai harini. Sebenarnya time nak makan ni aku dah hampir-hampir kenyang, yela...sambil aku dok bakar lauk pauk tu, sambil masuk mulut, ahaha... Nasi aku tak sentuh langsung, dok pulun makan lamb jer. Cicah pulak dengan sos black paper plus thousand island, perhh...nikmat betoi!
Selesai aktiviti mengenyangkan perut, kitorang just lepak and borak-borak jer. Pastu tuan chalet ni tanya, apa aktiviti kitorang lepas ni, kitorang jawab lepak and borak-borak lah. Then dia cakap boring. Tak lama lepas tu, dia datang bawak gitar and kad. Nasib baik jugak aku tau sikit-sikit main gitar, so setakat lagu Anuar Zain dengan Jaclyn Victor no hal punyalah, ahaha... Sedar tak sedar dah dekat pukul 3 pagi, lama betoi kitorang lepak. Pastu semua orang balik bilik masing-masing untuk buat taik mata pulak. So tamat aktiviti hari pertama.
Bangun-bangun pagi esoknya, terkejut jugak sebab dekat bawah chalet tetiba ada pelampung. Baik sungguh tuan chalet ni, macam-macam dia bagi. Padahal gitar dengan kad pun tak pulangkan lagi. Disebabkan makanan semalam ada yang terlebih, so tugas guys kena panaskan untuk dijadikan bekpes and lunch nanti.
Lepas siap panaskan lauk pauk semua, apa lagi, aktiviti terjun sungai untuk hari kedua dimulakan. Macam biasalah bila dah start main air, tak ingat masa berlalu. Sedar-sedar dah tengahari, so balik chalet untuk bersihkan diri, and packing untuk check out. Tak seronok datang ke tempat-tempat macam ni sorang-sorang, kena datang dengan kawan-kawan baru best. Padahal aktiviti simple-simple jer, dengan hujan lagi, tapi still boleh enjoy. So, kalau sesapa yang berniat datang cari Janda di Janda baik, kalau taktau nak cari chalet yang mana, Chalet Komo ni boleh dijadikan pilihan. Nak booking, call jer nombor bawah k.
roger and out.
wah Orga seronok betul laaa mandi sungai tu...lama tak mandi sungai....pastu dah lapar2, makan plak bbq tuh..memang terbaik!hehehe
ReplyDeletekalau lama tak jumpa sungai, sekali pergi memang layan abis kak, sejuk-sejuk pun gigih berendam lagi...
DeleteTumpang lalu bang, Chelet ni baru ke? Dulu survey tak jumpa pulak. Kalau chalet Zaini tu biasa dengar....nmpk cantik jgk tmpt dia
ReplyDeletetaktau la pulak baru ke lama chot, sebab member yang carikan. so far ok jer, tapi masa pergi ritu ada perasan jugak diorang tengah renovate chalet-chalet lain, nampak macam baru...
Deleteweh musim banjir sempat lagi gi mandi manda kat sungai..... tapiiii...... macem best je, macam syok je
ReplyDeletemasa pi ni bukan musim banjir lagi shidah, cuti hari merdeka ritu...pegi dengan kengkawan memang syok, ahaha..
DeleteDah beberapa kali sampai di Janda Baik ni tapi balik hari je. Aktivitinya mandi sungai dan makan durian kat dusun member...
ReplyDeleteBest jugak kalau sesekali nginap kat sini... macam best je... macam happening je...
untunglah member ada dusun dekat sini pak lang, saya ni kalau nak makan durian kena balik kampung dululah. nak makan dekat sini kena hulur duit la jawabnyer...
DeleteMacam best je...macam sejuk je mandi sungai tu...
ReplyDeleteUntuk family reunion ok tak?
ok jugak tu kak, kawasan chalet ni pun besar...
Deletelama xupdate blog ye..mcm warkah pulak hahaha. dulu2 pernah ke janda baik..tp kelihatan air sungai takat buku lali je :(
ReplyDeleteada bahagian yang cetek, ada bahagian yang dalam zila. maklumlah, sesetengah member aku ada yang tak reti berenang, tapi gigih nak main air jugak, ahaha
DeleteLama orga menyepi ye...
ReplyDeleteCantik tempat tu, tetiba akak terpikir nak buat family gathering kat situ. Mungkin lepas habis musim hujan kot..
hehe...saje cari angin kak, hibernate kejap...
DeleteWah Orga,
ReplyDeleteBestnyer aktiviti itew.. memang syok kalau buat trip mcm ni dgn member yang sekepala. meriah lauk pauk tu. tertelan ayaq lioq eh! hehehe
lauk pauk tu mula-mula aku pun tak sangka, sampai macam-macam diorang prepare, kitorang geng laki masak jer, ahaha...
Deletehahahaha tajuk ang tak boleh velah hah ORGA!
ReplyDeletemak jan mesti lari mencicit cicit bila ang dok sebut nama ni....
Menarik tempatnya
ayaq tu aku dah leh rasa mesti sejuk naaaaa
ahaha...mak jan sape pulak dila, janda di janda baik ker, hehe...
Deletememang sejuk pun, dengan hujan lagi, bertambah-tambah sejuk air sungai tu...
Best sangat nampaknya tu..cool ja bila dok dlm sungai dgn suasana menghijau tu. ..boleh plan gak ni satu hr nanti..
ReplyDeletememang cool pun norh, rendam dalam sungai time hujan, ahaha...
DeletePertama sekali nk komen Header blog dan background dan BERTUKAR..kalau asyik tak tuka2 pun tak best jugak kan...
ReplyDeleteChalet seperti tdo kat umah kg lah..depan sungai plak tu..selang 30 min boleh terjun dan berendam sampai kecut kak tangan
Wah boleh tahan jugak kalau leh petik gitar ...haruslah tuan chalet tu balik hati coz dh bagi dia mkn free..buat baik dibalas baik katanya.....habis tu..jumpa tak Janda Baik yg di cari....ahahaha...tak perlu carik lah sbb dh ada org umah pun cukup
boring dah header yang lama, tu tukar baru pulak...
Deletekalau dah start berendam jm, sejuk sampai kecut pun tak sedar, makin lama makin syok, ahaha...
niat di hati nak cari janda, tapi tak jupe pulak, sedih kan citer ni, huhu...
huh baru nak tanya mana la ko menghilang haha...mcm menarik jer tempat ni utk lepak2 dgn geng or family ek...
ReplyDeletehibernate kejap biqque, banyak dugaan melintang, huhu...
DeleteOoo patut le x-office dulu beriya nak buat family day kat JANDABAIK.. rupa2nya tempat baekkkk punya... time tu punya lah mls nak gugel.. sekali sekarang baru tau hehe.
ReplyDeleteHmmm ingatkan no. tu utk orang yang AWAL je nak tempah.. rupa2nya nama dia awal hahaha.
sekarang ni memang dah glamor nama awal dekdaa, nak tiru awal shaari la kot, hehe...
DeleteLama tunggu update En Orga nie. FInally! Pernah plan nak buat reunion jugak kat Janda Baik nie, maybe I should include this in the list as well.
ReplyDeletewah...reunion mesti lagi ramai ahli, mesti lagi sonok zara
DeleteOrgaaaaa....
ReplyDeletefirst sekali aku nak cakap 'terima kasih' sebab cakap tahniah kat aku..muahahah perasan kan??
secondly...err..tatau nak komen ape..sebab tak baca abis lagi misi mencari janda ko..heee
betul lah aku cakap tu, watpe nak perasan pulak, ikhlas tau, cewah...
Deletetakper, free-free baca la, lagipun citer ni dah lama, sekarang baru nak hupdate
Salam Orga tuan punya blog. Singgah kat sini sambil cari port baik utk travel.
ReplyDeleteWaaaaaaaa....nice view. cantik sungguh...Janda2 pun mesti cantik2 kat sana..hahaha
salam jugak umai kenzo, jenguk-jenguk la yer, ahaha...
Delete