Pada suatu hari, kejadian mencendol bakar di Kg. Assam Jawa di wilayah Kuala Selangor terjadi selepas pemergian aku and the geng ke kenduri kahwin yang terletak di Sabak Bernam seadanya. Pada mulanya, jalan yang aku lalui adalah berlainan sekali, kerana kami mengikuti highway Guthrie dan selepas tu masuk ke highway Utara-Selatan, dan kemudia exit di mana taktau sebab memang fully depends dekat Waze application. Aku yang merangkap pemandu utama, berlagak pandai kekononnya jalan yang dilalui tersebut adalah bertepatan sekali. Perjalanan mengambil masa agak lama untuk sampai ke Sabak Bernam, nasib baiklah bekalan yang dibawa seperti jajan, sandwich, buns serta kacang parang mampu melegakan kelaparan yang melanda diri. Hampir 3 jam, kami tiba ke destinasi kenduri kahwin dengan jayanya. Apabila hendak pulang, kami beramai-ramai bersetuju untuk tidak menggunakan laluan yang sama, dan memilih laluan lain untuk pulang ke KL. Kali ini aku tidak menggunakan khidmat Waze application, tetapi cukup sekadar berpandukan papan tanda di tepi jalan.
Dalam sejam perjalanan, aku dapat rasakan sama jer jarak perjalanan sewaktu datang awal tadi, nasi kenduri yang dijamah tadi telah mula meninggalkan kesan. Hatta, perut pun kembali menyanyikan lagu kelaparan diiringi mata yang mula layu di tasik madu. Keberhentian aku untuk mengisi minyak kereta Ron95 yang kini telah dinaikkan harga kepada Rm2.30 seliter di Shell, mampu memberikan sedikit ruang untuk ke toilet dan sebagainya. Selesai mengisi minyak kereta, salah seorang kawan aku memberikan pendapat untuk singgah di Cendol Bakar Kg. Assam Jawa. Kata beliau, glamor cendol bakar tersebut dan kedudukannya betul-betul di pinggiran jalan sahaja. Tampak sinar cahaya di situ, aku pun memandu ke desinasi yang telah dicadangkan.
Setelah sampai di tempat kejadian, kami bercadang untuk menikmati cendol bakar di sini sahaja, sesambil tu boleh pekena menu yang lain. Akan tetapi terdapat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di mana Aimi yang dari awal berkelakuan baik, secara senyum dan tawanya telah memberakkan diri di atas auntie Linda. Disebabkan plan sedikit tergendala, dan pilihan yang ada adalah dengan membeli melalui drive thru.
Ermm...harga pun boleh tahan, so kitorang pun memulakan order and aku memilih Cendol Tapai. Manakala Cendol Durian and Cendol Pulut menjadi pilihan wife aku and yang lain-lain. Dari pemerhatian aku, operasi cendol bakar di sini sungguh tersusun, sebabnya tugas untuk membuat cendol sudah dibahagikan untuk yang drive-thru and makan di situ. Sekajap jer cendol-cendol yang diorder telah diterima.
Selesai shopping cendol di sini, aku cepat-cepat belah nak cari tempat untuk basuh Aimi. Tak jauh dari Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, terdapat sebuah R & R and aku lupa nama apa. Kitorang berhenti di sini untuk solat, and menikmati cendol bakar.
Cendol Tapai yang aku order boleh tahan sedapnya. Tapi Cendol Durian yang wife aku order lebih sedap dan lazat. Sangat recommended! Sekian dulu coretan aku mengenai Cendol Bakar Kg. Assam Jawa, harga boleh tahan, sedap pun sedap, portion pun banyak.
Yeay...berjaya juga aku siapkan entry ni, 3 hari ambik masa, not bad. Lama sangat tak menulis, camnilah jadinya. Wokeylah, till next time, wassalam :)
Wow lamanya 3 hari? Kene carik blk momentum ni. Ahaks.
ReplyDeleteDlu aku mati2 ingta cendol tu dibakar pakai bara ape bla bla bla. Kene gelak okeh. Rupanya bakar tu nama owner dia. X sempat rasa lg cuma lalu je nk g kenduri kawen gak. Hahaha
tu la pasal john, padahal entry pendek je, mati kutu cari idea...
Deleteserius kalau ko tak bagitau, mati-matian aku pun ingat cendol ni dibakar, nama owner rupanya, ahaha...
Wah hang dah sampai kat cendoi bakaq na
ReplyDeleteaku sampai cendoi batu 9 ja
alamak aimi berrak ka
lau tak hang boleh pulun makan cendoi kat situ
tak pa lain kali boleh mai
tunggu umah kampong aku siap nanti leh aa jalan kat TG karang wei
kebetulan je lalu jalan tu, alang-alang singgah jela...
Deletehang betoi-betoi jemput la ni dila, nanti set date kita serbu TG Karang :)
ok aku pun sama macam john.dulu memang ingat femes giler cendol bakar ni sebab dia bakar cendol tuh!hahahaha boleh gitu?hahaha terliur plak baca cendol durian tuh..haishh nakpi jauh sgt la pulok...hehehe
ReplyDeletesama je kita DJ, mati-matian ingat memang cendol di bakar, memang nama owner cendol tu...
DeleteWah.. .menu aiskrim goreng dan coconut shake pun ada nampaknya...
ReplyDeleteserbu jangan tak serbu pak lang mie, hehe...
Deletepernah makan sekali di sini tapi cendol biasa je...maybe next time, try pulak cendol durian as recommended..
ReplyDeleteada nampak signage coconut shake with ice-cream..
kalau terlalu tu recomended la untuk singgah nohas, tapi cendol durian memang sedap pung, next time pulak...
Deletearitu ada singgah sat tmpt ne masa hantar adik balik asrama..kebetulan waktu tgh lepak2 tu datang sorang apek ne..marah2 kat pekerja sebab cendol dia tak dibakar hahaha! sabar ajelah..apa pun, sedaplah cendol dia..harga pun blh tahan....
ReplyDeleteahaha...macam mana apek ni boleh tahu cendol dia tak bakar, lawak giler, suka-suka hati jer marah orang. mesti pekerja tu confius, pehal lah dengan apek ni...
Deletetertanya2 jugaklah nape namanya cendol bakar..rupa2nya tokey dia nama bakar...hahaha
ReplyDeletehang pun sama macam aku jugak zila, ahaha...
Deletelaaa..owner dia ke bakar tu? CN pun mati2 duk ingat cendol tu di letak arang ke apa ke dlmnya :D
ReplyDeleteahaha...ramai yang tertipu dengan nama cendol bakar rupanya :)
Deletehehe... mmg tak terfikir plk cendol bakar is own by encik bakar :D
Deletewah..mesti pergi tempat ini pasal ada coconut shake...bakar pun bakar le..
ReplyDeletekalau dok area situ ok lah MKL nak pi, tetiba lalu jalan area situ ke, jauh jugak tu dari kl...
DeleteAKu x de kesempatan lagi pi sini. Dah banyak kali tengok kawan2 aku upload kat ig pasal cendol ni. And yes, aku pun sengal gak ingat cendol tu kena bakar. Hahaha. Patutnya EnBakar tu letak cendol si Bakar baru ngam.
ReplyDeletePemilik kedai ni genius dow! Dengar je nama kedai mesti tertanya-tanya kenapa cendol bakar. :)
ReplyDeleteAsal hujung minggu je jalan depan kedai ni jadi sibuk kerana Cendol Bakar ni. Btw untuk pemegang kad OKU bole dapat free cendol. Dulu arwah abah merasa la sekali guna benefit ni.
ReplyDeleteSedap ke ek..tiap2 minggu lalu depan kedai ni..tak pernah pulak singgah sebab jem je manjang he he he
ReplyDeleteHello Bro.... I followwww (^_^)
ReplyDeletewah...sedapnyer...teringiin nak makan tapi sampai skarang tak pernah mkn.nnt kena try ni :)
ReplyDelete