Before sampai ke CH, akan terjumpe Tringkap dulu. Sila tengok maps bawah.
source: http://www.cameronhighlandsinfo.com/map/
Mengikut schdule kitorang, kena singgah tempat ni dulu sebab nak pegi Rose Valley. Disebabkan tempat parking yang terhad, so kitorang park jela kat depan gerai-gerai kat situ.
Ai..sempat lagi bergurau senda yer..
Aku pun sempat jugaklah bergambar dengan tukang kebun nie,hehe...
Besar kan rama-rama nih...nasib baik tak boleh buat lauk, huh!
Bukan setakat rama-rama jer ada, binatang lain pun ada jugak macam jenis-jenis ular, belalang, kura-kura, and macam-macam lagi. Tapi kebanyakan binatang lain diletakkan dalam sangkar.
Apa beza gambar nie?
Hahaha...geng bas sekolah!
Dalam 40 minit kitorang abiskan masa kat tempat nie, pastu kitorang pun terus ke destinasi seterusnya iaitu Cactus Point. Nak masuk tempat ni free jer...
Tempat nie besar jugak and kawasan parking pun besar, so senang jela nak parking mana-mana pun.
Bila tengok kawasan kat dalam tempat ni, hati aku berkobar-kobar untuk beli 2,3 pokok nak letak kat umah. Tengok la tu, subur jer tumbuh, kalau bawak balik, siram and letak baja jela kot.
Pokok bonsai pun ada. Unik la pokok bonsai ni, tak mahal pun, dalam Rm49/sepokok. So, rini kitorang just survey dulu nak beli pokok apa, esok nak balik baru singgah beli. Kalau beli rini, takut mati pulak kang. Yela...malam ni tido hotel, kalau beli mesti kena letak dalam bonet keta. Sebab tu tangguh dulu, esok baru beli.
Tengokla tu, dah macam buah tembikai pun ada.
Dari jauh tengok bunga ni memang cantik. Tapi bila datang dekat, perrhh...banyak gile duri. Disebabkan cantik, masuk dalam list untuk beli bawak balik esok. Tengok jam dah kat kul2 dah, perut pun dah berkeroncong sampai macam-macam lagu keluar, so kitorang pun kuar dari tempat ni and terus ke Tanah Rata. Naper terus ke Tanah Rata? Sebabnya, situ kawasan muslim yang ramai, nak makan kat kedai yang halal pun banyak. Lagipun kitorang dah book Century Pines Resort and terletak kat area situ, lepas makan boleh terus caw ke hotel.
Konon-kononnya nak singgah kat Kea Farm on the way tu. Tapi masa sampai kat Kea
Farm, mak aii...ramai gile orang. Cari punya cari tempat nak parking pun
takde. Nak parking tepi jalan, ada polis traffic lah pulak, so tak
dibenarkan untuk parking di tepi jalan. Hm, terpaksa lah menerusakan perjalanan cari makan dulu...
Ni la hotel kitorang. Dari info aku dapat, better amik hotel dekat area Tanah Rata, coz dekat area Brinchang bila waktu petang ke malam memang jam teruk sangat. Lepas solat zohor, kitorang beradu jap sampai petang, sejuk beb sonok betul tido. Tambah-tambah tido petang,hehe.. Lepas solat asar, kitorang pun gerak pegi night market kat area Brinchang. Memang betul, jam tahap gaban. Nasib bek aku amik hotel kat Tanah Rata, tenang sikit rasa. So beli pape yang patut kat night market and terus round-round jer tengok suasana malam, cewah...
Plan untuk esok, pegi Mardi, pastu singgah strawberry farm and Bharat Tea Plantation. ZZzzzz...
Day 2
Breakfast kat hotel ni memang tiptop la...Biasala, aku ni pasal makan amik berat sikit. Lepas breakfast and checkout, kitorang terus ke Mardi yang terletak tak jauh dari hotel kitorang.
Masuk sini dalam Rm3 seorang. Ok la, tak mahal sangat kan. So ada banyak tempat yang menarik kat Mardi ni, ikut map kat atas tu, lebih kurang dalam ada 28 tempat yang patut pergi. Nampak macam banyak, tapi dekat dekat jer...
Hari pertama pun kitorang ada singgah strawberry farm, memang banyak gile kat area CH nie. Kat Mardi pun ada jugak, tengoklah buah tu...merah betul...
Besar kawasan strawberry farm nie. Kalau tak silap aku, strawberry ni pun ada gred yang tersendiri. Bagi yang gred A, satu pokok just ada 1 biji buah jer. Exclusive gitu...jadi, kalau 1 pokok ada banyak buah, gred rendahla...mungkinla kot, orang Mardi yang cakap yer...
Lepas puas aku mencari kat dalam, kecewa betul sebab tak jumpa sebijik pun buah epal. Bila tanya dengan orang Mardi, diorang cakap belum sampai musim lagi...
Camnela orang Mardi ni tanam, besar betul buah labu ni. Kalau wat gulai, sebulan pun tak habis ni.
Mardi jugak ada ternak arnab, burung and binatang lain. hmm...wat sate arnab pun sedap nie,hehe..Kat tengah-tengah Mardi ada tempat untuk beli souvenir and barang-barang keluaran Mardi. Aku teringin nak beli Sos Betik keluaran Mardi, cari kat sini takde pulak. Lepas abiskan masa dalam sejam setengah kat sini, kitorang pun terus nak ke Bharat Tea Plantation. Plan asal nak pegi Boh Tea Plantation, tapi selepas survey, jalan nak ke situ macam tak best, lagipun Bharat Tea terletak tepi jalan jer, so decide untuk pergi Bharat Tea jer. OTW tu, kitorang singgah sekali lagi kat Cactus Point, borong pape yang patut. Sekali lagi, teringin nak singgah kat Kea Farm, kecewa kali kedua, parking memang takde langsung.Tapi takpe, kitorang singgah sekali lagi kat Tringkap beli keychain, ubi kayu, jagung mentah yang boleh terus makan, tak perlu masak, macam-macam lagi la. Lepas tu baru sampai ke Bharat Tea Plantation.
Memang luas betul kawasan nie, nama pun plantation kan...yang penting, view memang cantik sangat...
Berposing bersama wife tercinta, cewahh...
"tengok...apa tu?"
Before berangkat pulang, pekena teh O panas kat Bharat Tea ni dulu. Bila minum...perhh, memang sedap. Pekat betul rasa teh ni, so apa lagi, angkat sekotak. Lepas settle makan and beli souvenir, kitorang pun berangkat pulang. Sonok jugakla datang CH nie, nak jalan-jalan tak panas. Sejuk jer...So, kalau saper-saper nak pergi CH next time, aku cadangkan better stop sini dulu as a first place. Bukan apa, permandangan waktu pagi-pagi lagi menarik + pekena teh panas + nasi lemak...Macam kitorang, dah agak tengahari jugak sampai sini. Papepun...layan...
Roger and out!