Tengok...baru jer cakap, dah terletak gambar dah. Jesselton Point. Bukan apa, saja nak tunjuk Kota Kinabalu Welcome You tu jer, hehe...Apa yang aku tau, di sini la tempat bot-bot nak berlabuh, bak kata orang tua-tua, macam jeti la. Kalau nak pergi pulau mana-mana, Labuan ker...boleh naik kapal kat sini. Nak tanya sejarah pasal tempat nie, jangan tanya aku. Maklumla...aku nie tak pandai mana sejarah. Nak tau lebih banyak, korang google la sendiri k...
Sini la tempat aku beradu and bermandi manda. Aku pilih hotel ni sebabnya, harga yang boleh tahan, dalam RM150/night. Bilik pun ok... So,bila dah sampai KK, better sewa keta jer, jangan naik teksi. Bukan apa, kalau naik teksi, satu perjalanan dah RM25-30 kalau tak silap, lagipun nanti nak keluar jalan-jalan payah, nak kena panggil teksi lagi. Kalau sewa keta, amik kancil pun dah cukup, sekitar RM60/day jer.
Tadaa...ni la keadaan dalam bilik kat hotel nie. Bagi gamers, jangan lupa bawak PS ke mana-mana saja anda pegi. Lepas penat berjalan or just nak bersantai dalam bilik je ker, boleh la bertarung, ahaha...
Sekitar Town KK
Hari dah makin malam. so, apa lagi...kenala pegi cari tempat untuk makan malam. Tempat ni bersebelahan dengan Pasar Philippines. Nak pegi makan, awal lagi, so lepak-lepak dulu menikmati permandangan.
Sebelah pasar philipines, heaven untuk penggemar seafood. Aku and the geng apa lagi, serbu ler. Boleh tawar menawar pulak nak beli lauk-lauk, lagi satu pong, yang tukang jual tu, budak-budak jer. Budak-budak, putar belit sikit terus dapat reger murah, hehe...
Ok...dah kenyang makan, pegi la pulak kat area bazar nie. Bazar nie terletak bertentangan dengan Pasar Philippines nie. Setahu aku, bazar ni glamor dengan manik and crystal. Contohnya macam rantai, gelang, perhiasan, butang baju, macam-macam lagi la idea kreatif diorang nie yang kebanyakan diperbuat dari manik and crystal. Cantik giler, rambang mata beb...Apa lagi, perabis duit ler...
Konon-kononnya nak pegi jalan-jalan kat Centre Point la, tengok apa ada, dalam pukul 8 malam macam tu la kot, sampai-sampai dah hampir tutup semua kedai. Baru tersentak kejap. Borneo masa cepat sikit dari semenanjung. Kalau ikut waktu bukak pose, diorang kul6 lebih-lebih dah buka dah. So, tak kesampaian jugak. Tapi takper, malam sok nyer, kitorang datang awal gile. hmm...sama macam kat Sungai Wang jer...apa activity lewat malam kitorang? haha...apa lagi, karaoke la...member-member aku gile sikit pasal karaoke ni...
Ni jela kot sedikit sebanyak pasal KK nie. Ada banyak lagi tempat menarik, macam museum, zoo, Gunung Kinabalu, cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan.
Roger and out!
No comments:
Post a Comment