1st, Alhamdulillah syukur..permohonan visa jepun
telah diluluskan, hip hip horrayyyy!!!! Wah terbayang-bayang anime dan jugak bunga-bunga sakura
berkembangan (walaupun bukan full bloom time pergi tu, tapi berharap dapatlah
ambik pic sekuntum dua jadiklahhh sob..sob..T__T). Actually tiket ke jepun ni kitorang beli since last
year..masa tu tak planning pun..tiba-tiba AA buat promotion, rm179.00 gitu untuk pegi and return pun sama. Wah...dengan tanpa timbang tara maka TERRRRRbeli la tiket ni (boleh ker?). Lepas dah
beli baru fikir..sempat ke nak kumpul duit ni? Tetapi memandangkan masa banyak lagi..maka
berusaha gigihla kami suami isteri demi merialisasikan impian, maklumlah..aku
kan student…hendak seribu daya kan..cheewahh..;p
Actually masa nak apply visa jepun, kitorang pun macam yang
lain, cari info, google sana sini.
Iye,perkara yang selalu menjadi tanda adalah berapa banyak duit dalam
akaun? Ada cakap nak selamat at least sorang 8 ribu, so dua orang dah 16 ribu
tuuuu. Ishh ada banyak tu baik aku pi haji terus. Pastu fikir pulak, aku kan
student macam mana nak apply, lepas ke? Ish takutla kena reject, tiket dah
beli, rugiii wooo and bla..bla..ngomel laki kepada bini beliau. Dari banyak-banyak info yang aku jumpa, ni blog yang bagi
penerangan bagus la pasal visa jepun. Ok KLIK sini yer.. Berdasarkan pengalaman aku,
tak susah sebenarnya nak apply visa jepun ni, insyaAllah, cukup semua dokumen,
lepas jer. POSITIPPPP!!!
Baheklah, ni berdasarkan pengalaman aku. Step by step punya
(ok poyo!):
STEP 1
GAMBAR : Ambil gambar dengan penuh bergaya. Pergi kedai
gambar minta tokey kedai ambil gambar khas untuk passport jepong. Make sure
background mesti PUTIH.
STEP 2
PELAJAR: Sila pergi universiti, minta surat pengesahan
status pelajar (aku)
Maklumat tambahan - disebabkan aku tak bekerja, so kena ada 'Self Explanatory letter'. Aku wat simple gile, boleh rujuk kat bawah. Kalu tak jelas, boleh besarkan...
PEKERJA: Sila minta dari HR anda surat pengesahan majikan
(wife aku)
Lagi satu, semua dalam bahasa omputih yer.
STEP 3
AKAUN BANK : Pergi bank minta statement akaun. Disebabkan
akaun aku adalah Bank Islam, sangat mudah, pergi mesin statement, print la la tu
jugak, seterusnya ambil cop dari pegawai. Memandangkan aku pergi laki bini,
jadi kami buat satu akaun ja. Total dalam akaun lebih kurang RM 8 K ++ jer taruk...Ok tentang bank akaun ni, sebenarnya sebelum aku apply, aku
ada tanya officer sana.
Aku: Salam cik, nak tanya sikit pasal akaun statement ni.
Officer: Awat..pasai pa?
Aku: Saya dapat maklumat yang at least kena ada RM8K sorang if nak pegi apply visa, betoi ka? Statement saya bawak ni pun dalam RM8 K ++ jer untuk saya and wife saya. Boleh lepas ker?
Officer: Macam ni, if encik tengok dalam website kita, tidak dinyatakan berapa jumlah yang perlu ada. Tetapi, jumlah tersebut kenalah reasonable and logic. Sebagai contoh, if encik pegi dalam 3 hari, RM3K ke RM5K pun dah cukup. Macam encik pegi 7 hari, RM8K ke RM10K pun dah cukup untuk laki bini.
Aku: Ohh..macam tu ka? Kira saya boleh lepas la nih.
Officer: Kalau semua dokumen lengkap, Insyallah lepas.
See!! Diorang tak berkira sangat pun pasal bank statement tu..tapi biar reasonable..
(tapi kalau duit korang memang banyak,
tak ada masalahlah)
STEP 4
ISI BORANG DAN ITINERARY : Ok, isi borang dan lekat gambar. Ni contoh itinerary aku. Ringkas ja,
ruang pun kecik sangat, tulis yang penting-penting ja. Untuk makluman korang, hotel and no. contact aku just ambik dari tenet jer. google! booking ker...pape pun belum buat...
Baik aku mengaku, itinerary ni aku t*** jer.. Buat pun sekadar untuk lepas visa jer. Hik, sebenarnya kami rancang nak
pergi sampai Tokyo sana InsyaAllah..tapi tak bolehla tulis, takut tak lulus
pulak hehheh(baik aku mengaku > J < isk..isk..)
STEP 5
DOKUMEN BUKTI PERTALIAN : Seterusnya kita perlukan surat
pengesahan pertalian. Sijil nikah dan kad nikah sila fotostat ok!
STEP 6
Susun semua ikut susunan! Baik SIAP!!!
STEP 7
Google map Japan embassy di persiaran stonor!!
Seterusnya MEREMPITTTTTT, zasss!!!
Bagi yang tak biasa jalan KL, boleh jer naik PUTRA LRT turun kat Ampang Park, tapi kena menapak la dalam 10 ke 12 minit (menurut google maps).
Kalau nak diikutkan, aku ada kepil sekali flight
ticket. But diorang tak nak la pulak, katanya buat pening banyak-banyak
helai gini...
STEP 8
Tunggu 3
hari bekerja, if tak dapat call apa-apa, dari diorang silalah anggap visa sudah siap,haha...yeahhhh. Ok tiada bayaran dikenakan
ok untuk buat visa japan ni, baguskan. xoxo...
Lupa pulak...ada pesanan dari akak embassy tu. Dia ada cakap, setiap permohonan, diorang tak pernah gagalkan. If ada kekurangan kat mana-mana, diorang akan call untuk minta maklumat tambahan sampai la permohonan tu lengkap. Kalau nak gagal pun, mesti yang betul-betul ada masalah la kot...penjenayah ker...mana tau...Harap-harap, semua jelas la kot...
Roger and out!
kan? senang sangat2 , nak wat visa india 10x lagi susah :-) , bila nak fly?
ReplyDeleteHmm..boleh la wa, risau jugak mula-mula takut tak lulus. So far, alhamdulillah. Insyallah, dalam 12 May nanti gerak pegi sana. Visa India susah? perhh...tak dapat pegi la ni,huhu...
ReplyDeleteWah..gud info!
ReplyDeleteSelama ni duk pk pasal visa lah yg rasa sangkut je nk riki2 tiket Japang!
Nil tak perlu risau sangat pasal visa ni,boleh dikatakan mudahlah jugak.pasal statement bank tu,kalau susah sangat,suruh orang lain masukkan duit dalam akaun, print statement and dapatkan pengesahan,pastu pulangkan balik duit tu..
DeleteKalau bujang, bleh share pakai 1 akaun mcm suami isteri tak??
Deleterasa macam tak bolehlah niL, sebabnya..suami isteri kena sertakan sekali sijil nikah untuk tunjuk ada hubungan. kalau niL pergi dengan kawan, pakai la 2 akaun. tapi trick dia, semua duit (cth: 6k) masuk dalam akaun niL dulu, lepas dapat statement, pindah pulak 6k tu ke akaun kawan, pastu ambik statement jugak. masing-masing ada 6k dalam statement, dah boleh pergi apply visa kan. if ada kawan lagi 10 orang pun,just repeat step yang sama.
DeleteKalau risau, apply niL dulu. visa dah lulus, baru pindah duit tu ke akaun kawan. 3 hari jer untuk lulus visa. hantar isnin, rabu dah boleh ambik.
salam bro,
ReplyDeletesaya pun akan ke jepun jan 2013 ni, ada no contact bro tak nak tanya detail cara nak apply visa, pening sangat ni , dah tempah tiket dah.
wau...bestnyer!time winter kan masa tuh...boleh main baling-baling salji ler macam tu. kalau ada paper yang tanya, email jer lah lagi senang, boleh explain panjang lebar...
Deleteemail: bulatnyer@yahoo.com
Saya ke Osaka turn Kat kansai, kyoto ngan Osaka Ada snow ke time january? Or Kat tempt lain, thanks bro coz Bagi email, banyak bends an Tanye pasal visa hehehe.
ReplyDeletesaya dah reply email.
DeleteSalam Orga,
ReplyDeleteAkak nak tanya psl surat pengesahan status pelajar. Mcm mana rupa benda nih ek ? Anak akak kat USM (2nd year) nak kena ada minta surat pengesahan gak ker. FYI akak, hubby, 2 orang anak akan ke Tokyo awal tahun depan.
salak akak nori, pasal surat pengesahan pelajar, setiap universiti mesti ada. mohon dekat hal ehwal pelajar, macam saya upm, saya pergi hal ehwal pelajar and cakap nak buat surat pengesahan untuk ke Jepun. 2 hari lepas tu dah boleh ambik. dalam surat tu ada info yang saya masih study di upm (no matrix, semester semasa, bidang pengajian, fakulti dsb).
Deleteseingat saya, officer embassy ada cakap yang semua maklumat diri adalah untuk make sure yang kita pergi Jepun untuk melancong sahaja,jadi dengan adanya surat pengesahan pelajar anak akak,ni dah buktikan yang anak akak akan pulang ke m'sia untuk teruskan pengajian.
tapi semua ni terpulang dekat akaklah, kalau tak nak buat pun takper. hantar jer dulu application, kalau lepas okeylah...kalau tak lepas, diorang tak gagalkan tapi akan mintak maklumat tambahan sehingga lengkap. jadi kena buat jugak lepas tu :)
wow...sonoknya akak, pegi time winter, dapat main salji!
Salam..Thx for posting this. Sangatla membantu :D
ReplyDeleteErr.. nak tanya, kalau pegi dengan member (kitorg pon student), nak buat camne ek dokumen pertalian tu? itenerary kena buat sorang satu ke or boleh gne satu itenerary je?
thx! :)
salam jugak...kalau pegi dengan member-member, better buat sorang satu, maksudnya apply sorang-sorang. itinerary sama pun takpa, dah pegi sama-sama kan. sebabnya, dokumen pertalian tu kena sertakan sekali salinan sijil kahwin.
DeleteAssalamualaikum.. nak tanya sikit about bank statement. Perlu bagi berapa byk bank statement? Macam dekat page Japan Embassy tulis macam ni.
ReplyDelete"Personal savings, latest current account statement, fixed deposit, Tabung Haji or Amanah Saham Berhad (ASB) (original certified true copy by the bank) (need to show the applicant’s name as the account owner, account number and current balance)"
Means kena bagi 4 statement ke? Or kena tunjuk satu je dari semua yang ditulis ni? ._. Mohon penjelasan. Thx in advance :)
W'salam...Bank statement boleh bagi salah satu yang disebutkan tu, tak perlu bagi semua. Tapi make sure kena ada cop dari pihak bank la..
DeleteTetapi, katakan amount macam tak cukup dalam saving acc, boleh jer combined dengan current acc. Pandangan saya, better buat 1 bank statement jer, tak perlu susah payah nak dapatkan pengesahan bank nanti.
Baiklah.. terima kasih banyak2! :D
Deletedoitashi mashite :)
Deletehello,
ReplyDeletesaya plan g jepun hujung april ni..ticket hotel suma da book n byr da..saya ada satu soalan yg agak memeningkan..haha..harap2 orga still open website nie..mcm mana kan..kalau saya masukkan around 7-8k..tapi pada hari saya nk apply visa..mksud saya..saya apply 1 march..saya masukkan 7k on 1 march jugakk.dorang tak kisah ker? thanks. hrp dpt membantu
lebih kurang saya jela tu, hehe...macam saya, harini gaji masuk, pastu pindah masuk 1 akaun, ambik statement, esoknya baru pegi apply visa. so far alhamdulillah, lulus :)
Deletesalam,
ReplyDeletesaya nak tanye pasal self explanatory letter.saya pn student n dapat scholar.perlu ke sertakan surat tawaran scholar skali? tp surat tu dlm BM.harap dapat membantu~ thanks!
salam jugak...tak perlu pun jiyongbabeh, just bagi self explanatory letter and surat dari pusat pengajian siswazah...
DeleteSalam... nk tnya, kalau pergi dengan kawan2 perlu ke sijil lahir, or dokumen pertalian ni? dengan kawan2 mana nak ada sijil apa2..
ReplyDeletekalau pergi dengan kawan-kawan, apply secara individu, so tak perlu buktikan apa-apa pertalian...
DeleteThanks for the info!Saya tak buat esearch pun lagi psl Japan sebab lama lg nak pergi...cuma nak tanya if tahu la, yang step 5 tu...mcm mana if sya bawa org tua saya?perlu ke pertalian tu...sbb saya prefer utk tunjuk akaun saya je la...senang cerita...or nak kena buat asing ngn diorg?+ ada isu ke kalo kita letak info, ada family di sana?ke tak perlu pun...TQ!
ReplyDeletekalau DJ bawak orang tua and nak pakai 1 akaun jer, DJ memang kena buat surat and explain yang DJ akan tanggung perbelanjaan diorang lah, di samping buktikan pertalian seperti salinan ic...pasal kalau letak info ada family dekat sana, saya tak sure pulak DJ. kalau nak jelas lagi, DJ boleh terus call embassy untuk clear information...
DeleteOK nanti saya call terus embassy masa dkt2 nakpi...tq!
DeleteNak tanya, kalau org lain yg tlg submit application bg pihak kita blh x?
ReplyDeleteboleh jer...tapi make sure semua lengkap lah...
DeleteKalau sy dh bekerja tp pgi dgn ayah mak..perlu ke tnjuk statement bank?surat beranak?pengesahan majikan?sb sy dh bekerja.
ReplyDeletesekiranya ayah shazass yang apply untuk visa and ada state untuk tanggung shazass and mak, tak perlu tunjukkan statement bank. tapi dokumen yang menunjukkan pertalian hubungan perlu and surat pengesahan majikan jugak perlu.
Deletesalam saya nak tnya, abg orga pegi sane berape hari ye?? dlm intended of stay in Japan, letak berapa ye??
ReplyDeletesaya pergi 7 hari, dalam intended of stay pun sama, letak 7 hari jugak...
DeleteOrga, nk tanya...bkn nk p..tanya ja dulu..ha..ha.. kanak2 pon kena sertakan bnk statement ke..? atau memadai parents aja....? and kalau memadai parents aja, adakah perlu rm6k x 4 = rm24k in an account? tq
ReplyDeletetakda lah sampai rm24k farikica, dari info lain, dalam rm10 pun dah cukup untuk 7 hari kot. kalau family husband and wife plus anak-anak...
DeleteSalam orga..he..he..la ni x yah submit pape dah kan.. visa less nk ke jepun..woohoo.. tu rasa mcm tertarik2 plak nk p..tp mahal btl la expensesnya.. kena baca2 bnyk carik tips la...
Deletehehe...kan senang kalau dari dulu lagi diorang wat macam ni kan, takdelah nak pening kepala kumpul duit bagai untuk visa...macam nak repeat pulak :)
Delete