Monday 25 June 2012

Baru aku tau!

Pelik ke tajuk post aku ni? haha...kalini aku masuk bab agama sikit. Amboi...nak jadi ustaz ke aku ni? Bukan nak jadi ustaz tapi sekadar nak berkongsi...Nak dijadikan cerita, aku baru sudah tengok 30 Minit Bersama Ustaz Don and tajuk yang Ustaz Don bawak malam ni adalah Sunat Ab'adh.

Apa itu Sunat Ab'adh? Mengikut Ustaz Don, sunat ab'adh adalah perkara sunat yang dilakukan di dalam Solat Fardhu contohnya macam Doa Qunut. Jadi, apa kaitan dengan tajuk post aku ni? Selama aku dok solat ini, aku ingat Tahiyat Awal adalah WAJIB!! Pasal doa qunut memang dah lama aku tau, just tahiyat awal jer yang BARU AKU TAU malam ni. Jadi, bila dikatakan adalah Sunat Ab'adh, sah-sah lah perbuatan dan bacaan tahiyat awal tu adalah sunat. Kalau tertinggal, kena Sujud Sahwi and sujud sahwi juga adalah sunat. Bila SUNAT, kalau tak buat, tak apa, SAH jugak solat tu. Kalau buat, dapatlah pahala Sunat Ab'adh.

Lepas tengok rancangan ustaz Don ni, terus aku rujuk balik 13 Rukun Solat. Baru aku perasan, di dalam 13 rukun solat, langsung tak sebut pasal tahiyat awal. adeyy...macam mana boleh ter-miss nih...

Sebelum ini, ada jugaklah aku terlupa nak baca tahiyat awal. Bila masuk rakaat ketiga, tiba-tiba teringat. Terus aku solat balik sebab aku ingat solat aku tu dah TAK SAH. Jadi sekarang, BARU AKU TAU kalau tertinggal tahiyat awal masih SAH solat aku, yeee...

Lagi satu aku nak tambah, ustaz Don ada tanya, apa terjadi sekiranya masa tahiyat awal, kita baca bacaan tahiyat akhir? hah...macam mana tu, dah baca tahiyat akhir dah, nak terus bagi salam ke pastu? sah ke tak sah solat? Jawapan dari ustaz Don, boleh baca tapi tidak digalakkan dan solat tu tetap SAH.

Jadi, sekiranya nak tau lebih lanjut pasal Sunat Ab'adh ni, tanya pak cik google occay! Ilmu di dada ni ciputt jer, jadi sama-sama lah kita saling beringat.

Roger and out!


2 comments:

  1. Salam Ya ustad ORGA
    pasal sujud sahwi ni aku teringat lak zaman skolah Agama dulu. SEMOGA DAPAT DIKONGSI BERSAMA dan moga kita sama dapat manfaatnya, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...eh dila, ko sekolah agama ke dulu? mesti terer bahasa arab ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...