Saturday, 16 June 2012

Japan - Osaka (Part 6)

Pejam celik, pejam celik...rupanya hari ini merupakan hari terakhir kami berada di negara matahari terbit, huhu...wah, tak sangka betul, dah seminggu kami kat sini!! Bangun pagi, relax-relax sambil pekena milo and biskut wat breakfast. Sambil-sambil tu packing and pastikan semua barang masuk dalam bag. Lepas check out, usung segala bag ke Namba station. Why pegi Namba station? Malam tadi dah planning nak letak bag dekat Namba station, sebabnya di Namba station ada express train terus ke KIX di samping boleh letak di locker yang tersedia ada. Erm...dengan Osaka free pass ni, banyak tempat nak cover rini sebelum malam menjelma, harap-harap peristiwa semalam tak berulang, huhu...Al maklumlah, flight pulang ke tanahair dalam kul11 malam. Dekat Namba station, aku ambik locker yang paling besar, muat segala luggage dan seangkatannya dengan kos 600 yen/day.

Nagai Botanical Garden & Osaka Museum of Natural History

Dah plan awal-awal lagi, dua tempat ni kitorang akan visit dulu, dari Namba st. shoot terus ke Nagai st. Kedua-dua tempat ni bersebelahan jer and masuk free sebab pakai Osaka pass ni. Keluar dari Nagai station, kena jalan dalam 800 meter (ada signboard). On the way tu, akan lalu banyak kawasan park.

Park dekat sini bersih jer and ramai orang tua-tua melepak.


Kupon untuk masuk ke semua tempat dengan Osaka Unlimited Pass (40 places) untuk 2 hari. Tengoklah bape keping je pakai semalam gara-gara peristiwa hitam, so memang tak sempat nak cover semua harini. 

Ni la Nagai Botanical Garden. Masa ni time spring, so bolehlah tengok macam-macam bunga yang diorang tanam. Tengok langit cerah and tak nampak tanda-tanda hujan, suhu sejuk jer...selesa untuk berjalan. Besar kawasan sini dengan ada tasik dekat tengah-tengah.

Wife aku asyik dok wah~ sana sini...yer-yer, memang cantik! Tu la jawapan aku tiap kali dia tanya pendapat. 

Aku tengok, ramai orang berpiknik kat atas rumput di bawah sinaran mentari, siap ada yang tidor lagi. Kitorang pun layan lah jugak. Aku taktau apa nama pokok yang macam rumput ni, tapi bunga dia kembang, bila tiup bunga tu pecah and terbang. ala~..macam dok wat dalam tv tu, hehe...

 
Kebetulan, waktu kitorang dekat sini, ramai gile budak-budak sekolah wat lawatan. Aku rasa macam dari sekolah lain-lain, sebabnya topi yang diorang pakai, tak sama color. A'ah kan, dekat sini lawatan sekolah kena pakai topi, macam citer Shin Chan, hehe...

Selain boleh tengok pelbagai jenis bunga, dekat sini jugak ada hutan-hutan kecil yang dipanggil 'Forest of History'. Hutan ini merupakan replicates hutan yang terdapat di Osaka dari ancient time lama dulu sampailah sekarang. If masuk dalam lagi, boleh nampak ramai photographer tempatan tengah ambik gambar burung-burung. 






























Banyak sangat gambar pasal bunga kat sini, ni belum termasuk wedding photo lagi, ahaha...layan!

Lepas penat menelaah semua bunga yang ada, masuk tempat ni pulak. Macam aku cakap awal tadi, bersebelahan jer. Apa ada dalam ni? jeng...jeng...jeng...

Aku ada tanya officer dekat sini, semua sample ni jumpa di Japan ker, and dia jawab memang semua dijumpai di Japan. Dalam hati aku macam tak percaya jer, if world, boleh diterima. But if Japan only, was-was jugak, tapi tengok muka officer tu yang macam jujur gile, percaya jelah kan...

Osaka Museum of History

Next destinasi adalah Osaka Museum of History. Dari Nagai st. ke Tanimachi 4-chome st. Keluar jer dari train station ni, terus nampak Osaka Museum of History ni. Gunakan pass and kupon dari Osaka pass, dah boleh masuk.
Masa nak masuk, officer tiket bagitau, naik lift sampai tingkat 8 (if tak silap la..), pastu dari tingkat 8, jalan turun di samping explore setiap tingkat sampai lah tingkat 5. Each floor ada escalator, kalu tak masak jugak nak turun naik tangga ni.

Gelap jer kawasan dekat dalam ni. Setiap tingkat melambangkan perubahan zaman yang berlaku di Osaka, bermaksud dari zaman samurai sampailah zaman sekarang.

Suka aku tengok gambar-gambar kecik ni yang menceritakan peristiwa yang berlaku zaman dulu-dulu. Unik!

View Osaka Castle dari Osaka Museum of History

On the way turun setiap floor dekat museum ni, boleh tengok permandangan Osaka dari luar. Waktu aku snap pic Osaka Castle ni, dari tingkat 7 turun tingkat 6 rasanya. 


Ni la zoom paling dekat yang mampu aku snap menggunakan standard lens (18-55mm) aku ni. Nak buat macam mana, nak beli lens yang zoom besar lagi, mahal. Tak mampu den, huhu~..Lagipun amatur lagi, menambah ilmu itu lagi penting. cewahh...So, alang-alang dah snap pic, ni la next destinasi kitorang.

Osaka Castle


Jauh jugaklah sebenarnya nak menapak dari Osaka Museum ke Osaka Castle ni. Dari view dekat dalam Osaka Museum rasa macam dekat. Bile berjalan, baru tau betapa jauhnya.


Tudiaa...lepas 15 minit berjalan baru sampai sini, masuk dalam nanti, kena berjalan dalam 10 minit lagi baru sampai depan Osaka Castle. Ni baru nak masuk perkarangan istana...Dekat dalam tu, kitorang berhenti minum and lepak, ada gerai-gerai jual air and sebagainya, maklumlah...jauh beb berjalan, biar hilang penat dulu baru teruskan aktiviti.


Tadaa...Osaka Castle dari jarak dekat. Dekat setengah jam jugaklah kitorang lepak, minum-minum, tengok orang lalu lalang, semua tu untuk menghilangkan penat berjalan tadi. If besarkan pic ni, boleh nampak orang dekat atas tu. hah...tak percaya? trylah click pic ni and besarkan.


Penat berjalan dah hilang, pasni nak kena mendaki naik tangga masuk castle pulak. Sebelah kiri aku tu adalah entrance untuk masuk ke dalam Osaka Castle ni. Tunjuk pass and bagi kupon, dah boleh masuk ke dalam. If tak salah, tingkat 3 tak boleh ambik pic. Sama macam dekat Osaka Museum, each floor explain pasal zaman perang and sejarah Osaka Castle ni.

View perkarangan istana and sekitar Osaka dari atas Osaka Castle

Nampak tak Osaka Museum tu? Dari sanalah kitorang menapak datang sini, bukan main lagi jauh..

Datang sini tadi exit dari Tanimachi 4-chome station, balik kitorang plan naik train dekat Morinomiya station pulak. So, keluar jer dari kawasan castle ni, amik kiri and ikut signboard jer. Pastu akan lalu kawasan taman-taman.

View Osaka Castle dalam perjalan ke Morinomiya st.

Laluan di celah pokok-pokok untuk ke train station. Sejuk mata memandang kan...

Kawasan sini siang oklah kot if nak berjalan-jalan. Kalau malam, kena fikir dua tiga kali jugak. On the way, nanti akan jumpa macam tempat untuk orchestra, sebabnya masa kitorang lalu, dengar macam-macam jenis muzik. Nak masuk tak boleh, permitted person jer, so taktau kat dalam macam mana. Maybe sebab diorang buat stage show kot. Before masuk dalam train, kitorang singgah Family Mart, cari makan, huhu...

Disebabkan dah petang, kitorang decide nak terus pegi cari souviner dekat area Namba, sebabnya dekat dengan tempat kitorang letak bag and lepas shopping, boleh terus ke KIX dari Namba st.

Namba Area


Perrgh...bukan main ramai lagi orang dekat sini, nak berjalan pun susah. Rasa macam dekat Tokyo pun ada. If ikut dalam map Osaka, ada 2 kedai yang glamor jual souviner. Kitorang dah pergi kedai yang 1st, agak susah jugak nak cari. Boleh terjumpa pun sebab ada tanya pak cik police. Kecik jer kedai tu, lepas masuk usha-usha paper yang patut, kitorang pun blah ke kedai yang lagi satu.

Ingat motor and kereta je ker yang parking kena bayar, beskal pun kena jugak tau. Tak boleh sesuka hati parking, silap-silap boleh kena saman woo..

Berhadapan dengan kedai souviner yang kitorang nak pergi tu adalah kedai yang ada muka besar ni.


Ni la kedai souviner yang aku cakap tu, info dalam map Osaka, kedai ni ada more than 4000 varieties yang boleh pilih. Tetapi, barang paling murah yang boleh dapat adalah 320 yen. Macam aku cakap dalam post Kyoto dulu, if t-shirt cikai-cikai pun, harga dalam 1500 yen, dekat Kyoto boleh dapat 700-900 yen jer. Kitorang just shopping barang yang berkaitan Osaka jer, macam key chain. Pasal harga, terpaksa tutup sebelah mata jela, huhu...


Betul-betul dekat depan kedai souviner ni adalah Glico, running-man. If nak diikutkan, size Glico yang sebenar 100 kali ganda dari pic kat atas tu. Malas dah nak cari sebab dah nak malam, and kitorang pun lepas ni nak terus shoot ke KIX. So, ambik jelah kat sini. As info, Glico adalah one of the Osaka trademark, if berkesempatan, korang pergilah.

Jalan-jalan sudah, makan-makan pun sudah, shopping pun sudah jugak. Now sampai masa untuk pulang ke tanahair. Dari Namba st., amik bag dekat locker and terus shoot ke KIX. Kebetulan masa kitorang sampai ke airport, ada announcement flight kitorang akan depart awal dari waktu yang sepatutnya. Ikut schdule, sepatutnya,  kul11 baru gerak, tapi diawalkan ke 10.30 malam. Masa sampai airport dah dekat kul9.30 dah. So kelam kabut sikit, dengan nak anta luggage, cek kastam and imigration lagi...ingatkan nak pusing-pusing kejap dekat airport, cehh...haram, langsung tak sempat.


Yup...kitorang sudah menjejak kaki di negara matahari terbit ni. Pengalaman selama seminggu memang best sangat, dari Kyoto, pastu Tokyo and last sekali di Osaka. Syukur jugak sebab sepanjang berada di sini, langsung takde masalah utama berbangkit, macam sakit ker...Masa dekat airport, sempat jugak borak dengan orang lain, rata-rata diorang pun seminggu jugak di sini, tapi just cover Kyoto and Osaka. Kitorang jer gatal lebih pergi sampai Tokyo, hehe...

So, SAYONARA Japan and if diizinkan and murah rezeki, maybe datang lagi. Next time maybe cover sebelah area Sapporo sana pulak.

Occay...selesai sudah post pasal Japan, roger and out!

11 comments:

  1. tempat memang menarik..awesome!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro!memang menarik tempat-tempat kat sana..

      Delete
  2. roughly brape total bajet per person ( minus flight tix) ?

    ReplyDelete
  3. tengah wat post pasal baget, nanti rujuklah

    ReplyDelete
  4. Aduhh..mmg mengelodak dlm hati bila baca entry Jepun nih..
    Bila lah ada rezeki bleh jejak kaki...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah niL, mesti boleh pergi nyer nanti :)

      Delete
  5. perghhh cntik gila osaka....

    ReplyDelete
  6. hum,osaka mcm tak menarik sgt je >.< sy nak buat trip 6D5N,kalau nak pergi tokyo juga,mcm kelangkabut tapi kalau beli 1 hari day pass dekat osaka boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best lagi pergi kyoto and tokyo, tapi kalau nak best, pergilah USJ, hehe...

      boleh jer nak beli 1 day pass, kos dalam 2000 yen.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...