Tuesday 24 July 2012

Overall budget - Singapore

Salam to all...

Tengah dok tunggu waktu berbuka puasa nih, sempat lagi aku nak mengepost pasal budget pergi Singapore ritu. Maklumlah, rini semua menu berbuka di tapau khas dari param, so lenggang kangkung sikitlah petang ni, hehe...

Bahek lah, budget pasal pergi Singapore nih aku bahagikan jugak kepada 2 bahagian. Bahagian pertama aku dah setel masa dekat sini lagi and bahagian kedua semasa aku berada di Singapore. Walaupun aku just pergi dua hari jer, tapi bila tengok balik total cost, banyak jugak aku abiskan, huhu...

Bahagian Pertama

Sebelum ke Singapore! Disebabkan plan kitorang untuk pergi ke USS, kenalah beli tiket kan, kalau tak, macam mana nak masuk nanti, muahaha...

(rate: SGD1 = RM2.50)

USS ticket = SGD64 = RM160 (RM320 /2 orang)
Return ticket KTM (katil bawah) dari Kajang to Woodland = RM90 (RM180 /2 orang)
ABC Backpackers Hostel (Private room) = SGD60 (RM150)

Total = RM320 + RM180 + RM150 = RM650

Bahagian Kedua

Duit poket = RM500 = SGD200 (SGD100 untuk aku + SGD100 untuk wife aku; tapi share-share jer, hehe)

Day 1
Bus dari Woodland Check Point to Woodland MRT = SGD1.20 (SGD2.40 /2 orang)
Breakfast = SGD10 /2 orang
Train Woodland to Orchard = SGD2.10 (SGD4.20 /2 orang)
Singapore 2 day pass = SGD16 (SGD32 /2 orang)
Sentosa Express = SGD3 (SGD6 /2 orang)
Souviner = SGD10
Dinner = SGD7 (Nasi goreng chicken) +  SGD6 (Beriyani ayam) + SGD2.40 (2 limau ais)
            = SGD15.40

Total =SGD2.40 + SGD10 + SGD4.20 + SGD32 + SGD6 + SGD10 + SGD15.40 = SGD80

Day 2
Breakfast = SGD3 (SGD6 /2 orang)
Beli belah di Bugis Street = SGD15
Lunch = Coin Prata Meal (adik beradik roti boom) + soft drink = SGD4 + SGD2 = SGD6
Beli belah di Chinatown = SGD20
Dinner = SGD5 (Nasi Lemak Ayam) = SGD10 /2 orang
Train Orchard to Woodland = SGD2.10 (SGD4.20 /2 orang)
Bus dari Woodland MRT to Woodland Check Point = SGD1.20 (SGD2.40 /2 orang)

Total =  SGD6 + SGD15 + SGD6 + SGD20 + SGD10 + SGD4.20 + SGD2.40 = SGD63.60

GRAND TOTAL = SGD80 + SGD63.60 = SGD143.60 (RM359)

BALANCE = SGD200 - SGD143.60 = SGD56.40 (RM141)
_____________________________________________________________________


SUPER GRAND TOTAL = RM650 + RM359 = RM1009

_____________________________________________________________________

So far, ni lah budget aku and wife aku semasa pergi Singapore ritu. Terpaksalah kan, harga tiket USS mahal, dia saja dah makan dekat tiga ratus lebih. Lagi satu, aku banyak abis dekat souviner and makan-makan, nak buat macam mana, kaum kerabat ramai, semua nak pesan barang, hehe...

Untuk penambahan, ada orang tanya aku pasal kos buat passport. Jadi, aku selit sikit dekat sini. Untuk buat passport, RM100 jer untuk 2 tahun and RM300 untuk 5 tahun. Kalau tinggal dekat area Bangi, Kajang and seangkatan, better pergi buat dekat Putrajaya Presint 15. Kalau dekat Kajang, ramai giler orang sebabnya, Kajang senang nak access sebab dekat station bas jer, macam Putrajaya susah sikit.

Oklah, sampai sini jer. Di Kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan;

Selamat Berbuka Puasa


Roger and Out!

10 comments:

  1. Taun depan nak pegi lagi tak? hehehe.... jadi tourist guide aku ngan Kak Dila... tambah satu kos perjalanan ke pulau sentosa naik cable car

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...jadi tourist guide pulak,mana aci macam ni...insyallah, kalau takde aral melintang,aku on jer, hehe

      Delete
  2. tahun depan gi skali lagi apa macam....
    nanti kena bentangkan budget 2012 punya na

    ReplyDelete
    Replies
    1. dila, ang salah tahun kot tu, tahun depan mestilah 2013 kan,hehe..

      Delete
  3. Salam Ramadhan

    Terima kasih sudi jengah blok akak. Balas semula..miker pun kaki ngembara jugak yer...elok ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah sangat akak, sajer seronok-seronok jer, hehe...

      Delete
  4. Just found out about your blog! Have fun travelling!

    ReplyDelete
  5. Orga nak tanye, Sentosa Express pi USS tu takleh cover pakai Singapore Tourist Pass to ehh?
    Berbaloi ke tak sebenarnye beli tourist pass tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi jugaklah, sebab naik mrt and bus dah tak kena bayar. untuk Sentosa Express tu Singapore Pass tu tak cover, aku rasa train tu bukan public transport, tapi bawah Sentosa punya kot...

      Tapi depend la azra, kalau ko day trip ke USS sahaja, better tak payah kot, unless ko pergi jalan-jalan tempat lain sekali...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...