Friday, 14 September 2012

Pandai Kia Parking Keta

Masa borak-borak dengan abang ipar aku ritu, dia ada sentuh pasal model kereta Kia baru. Al maklum ler, dia pakai Forte, mesti peminat tegar brand Kia nih. Aku layan jelah, student macam aku nih, just boleh tanam minat jer nak pakai kereta apa nanti, rasa-rasa lepas abis study nanti, start jer kejer, kedai kereta lah yang akan dituju dulu kot. Ai~...lamanya rasa nak tunggu tahun 2014, huhu...

Taktaulah samada aku ketinggalan zaman or terlebih zaman, tapi rasa-rasa, aku tak pernah jumpa lagi system canggih camni dekat kereta adik beradik or kengkawan aku. System yang canggih ni dianggil Kia Smart Parking Assist System. Meh aku tunjuk apa system nih dah buat dekat kereta Kia Sportage.

Keta korang ada?

Canggih kan? Automatic tuu...tak perlu susah-susah nak pegang stereng and tengok cermin, just duduk diam-diam dalam keta sampai sudah parking. Bagi yang ada masalah parking reverse, ni adalah peluang diorang. Kalau tak, jadi macam kawan aku, sanggup parking jauh sebab tak reti nak parking reverse, takut excident kata dia, hm~...Hokay, video clip atas model iklan kan, video bawah yang betul-betul pulak.


Kenapa dia kena reverse dulu? Sebabnya, nak bagi system tu detect space between keta, lepas collect data and using algorithm system, baru boleh parking. Kalau tetiba kucing ada dekat tengah jalan tu, agak-agak system nih detect tak? Maklum ler, negara kita kan banyak kucing terbiar.

Pendapat aku, tak lama lagi, semua kereta akan ada system macam nih. Macam GPS, dulu keta-keta tertentu jer ada. Now, dalam Myvi yang model baru pun dah ada. Aku tertarik and kagum sensor yang diguna pakai oleh system nih, tak mustahil kan, kalau now dah ada Smart Parking, one day akan ada pulak Smart Driving. Lepas tu semua orang boleh naik kereta, tambah-tambah untuk golongan OKU, mesti berita baik untuk diorang kan. Just harap, rege kereta tu tak cekik darah sudahlah.


Roger and out!

10 comments:

  1. Lexus dah lame ade system nih... penah tengok dlm top gear few years back ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker?tatau la pulak...tapi rasa macam reger brand lexus mesti mahal giler kan.

      Delete
    2. mati idup semula pun aku tetap tak mampu nak pakai lexus itu T_T ...

      Delete
    3. senasiblah kita azra...cukuplah sekadar boleh bergerak dari point A ke point B.

      Delete
  2. bagus kan, but KA mana2 space pown KA bantai parking hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelumba F1 memang no hal punyer :)

      Delete
  3. Replies
    1. tulah mie, teringin jugak nak memiliki cik kiah nih, hehe

      Delete
  4. Orga ada rezeki sok leh sambar satu. Mana tahu kan....leh bwk aku ngan shida gi kopitiam. Ang x gi mana ke cuti pjg ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. no hal punyer!! Cuti-cuti nih, aku balik kampung jer. Lagipun cik piah nak tayang peti ais baru dia, kenalah balik :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...