Monday, 10 September 2012

Papaku pulang dari kota~...

Everybody!! C'mon...

Papaku pulang dari kota...
Papaku belikan kereta...
Kereta kecil warna merah...
Bolehku bawa ke sekolah...

(sambung sampai abis)

Percaya atau tidak, tak der seorang pun di kalangan sahabat aku panggil ayah diorang Papa. Hm, seingat aku ler, kebanyakannya adalah Ayah, Abah, Bapak, and Pak...Sama juga dengan panggilan untuk Emak, kebanyakannya adalah Emak, Ibu, Umi atau Mak jer. Cuma sekarang nih, anak-anak kepada sahabat aku adalah yang panggil diorang macam tu. Tak kisahlah panggilan apa pun, yang penting anak-anak jangan lupa parent diorang dah lah kan. Baheklah, coretan suka duka ku kalini ada tersentuh sikit kisah papa and mama aku, cewah. Tapi lebih berat dekat mama aku ler. Citernya bermula begini...

(mode: tak berapa nak suspen)

Kes ini terjadi lebih kurang jam 8 malam lebih sikit masa cuti raya ritu. Tengah sonok aku melayan Berita dekat Talibesen, tetiba kedengaran suara budak-budak dihalaman rumah dok jerit "Cik piahh....ooo cik piahh...". Disebabkan mak aku tengah dok syok bergosip dekat dapur dengan wife and adik-adik aku, asyik dok kah...kah...tataulah citer apa yang best sangat. Abah aku pulak awal-awal lagi dah pergi Masjid, anak lelaki dia jer yang malas sikit, adey~...jadi, aku pun keluar jelah tengak apalah yang budak-budak ni nak sebenarnya. Semua dalam kategori sekolah rendah lagi, ada dalam 7 orang.

Aku: hah, hangpa semua nak apa?
Budak 1: Orga, mak hang ada?
Aku: Eh...orga jer, mana panggilan abang? 
Budak 2: hehe...orga, cepatlah, mak hang ada?
Aku: Ada jer dekat dapur, awat?
Budak 1: Panggil mak hang sat, ada hal penting nih...
Aku: Yelah...(berpusing dan berjalan menuju ke dapur)

(sampai di dapur)
Aku: Mak...tu ada 3,4 orang budak-budak cari mak, taktau lah nak apa.
Budak 2: Cik Piah, nak mintak tolong sikit.
Mak: Nak mintak tolong apa Man?
Aku: [(dalam hati) la...nama Man ke budak nih, baru teringat]
Budak 1 aka Man: Nak mintak tolong Cik Piah masak maggi, ni kami share duit 7 orang beli maggi 5 bungkus.
Mak: Laa...pi la balik suruh mak hangpa masak, ada pulak suruh Cik Piah masak.
Budak 3: Mak masak tak sedap, Cik Piah masak sedap.
Aku: kah...kah...kah...(boleh pulak macam nih, aku tengok mak aku senyum jer).
Mak: Yelah...yelah! Bagi maggi tu, nanti Cik Piah masak. Lagi sejam baru mai sini balik yer.

(maaf ye adik-adik, terpaksa guna budak 1,2,3 sebab nama tak berapa nak ingat. itulah, nama boombastic sangat...)

Semua yang datang tadi tu adalah anak kepada jiran-jiran aku. Budak-budak ni pun satu, tak sedar ker taraf diorang tu budak-budak lagi, boleh pulak beli maggi perisa kari. Kalau ayam tu boleh tahan lagi...Mak aku cakap, ni first time diorang buat macam nih, nak tergelak pun ada. Tetapi dah permintaan kan, layan jelah. Mak abah aku suka masak bagi budak-budak, kadang-kadang hujung-hujung minggu waktu petang-petang gitu, buat bihun goreng or mee goreng or laksa, panggil budak-budak nih suruh ajak yang lain datang makan dekat rumah. Lepas dah siap masak maggi tu, mak aku pun mengeluarkan perintah suruh aku pergi panggil budak-budak tu datang makan. Baik boss!!

nyam-nyam

Walaupun mak aku tau budak-budak tak suka makan sayur, dia tetap masukkan sayur jugak. Degil nyer Cik Piah nih...

Sebelum nak masuk umah aku, nak bergaduh pun ada budak-budak nih. Yela...tetiba ada budak yang bijak sikit mengeluarkan isu ada orang lain tak keluarkan duit, tapi masih dapat makan. Maybe takut tak cukup kot sebabnya sekali datang ada dalam 12 orang...Mak aku pun cakap, "ehh...jangan gaduh-gaduh, nanti Cik Piah tak bagi sorang pun makan. Banyak nih, cukup jer semua orang nak makan. Kalau tak cukup, nanti Cik Piah suruh Abang Orga pi beli lagi". Sungguh hebat Mak aku mengatasi suasana yang kurang tenteram nih, nampak sangat banyak pengalaman.


Sambil budak-budak nih dok makan, sambil tu jugaklah mak aku dok bagi nasihat. Biasalah orang tua bagi nasihat dekat yang muda, mak aku cakap, tak baik makan maggi selalu, tak elok untuk kesihatan. And budak-budak ni balas balik, mana ada selalu...ni baru first time. yelah tu...Lepas semua orang settle makan, memang betul, banyak lagi yang lebih. Tetiba perut aku yang dah kenyang pun terasa lapar balik. Layann jer...maggi pun maggi lah!

Roger and out!

8 comments:

  1. he he mesti sodap makn ramai2 mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah sedap, air tangan cik piah :)

      Delete
  2. orga
    Hang ni pandai mengatur bicara. sedap jek baca ayat2 kat blog ang ni.
    CIK PIAH ni penyanyang orangnya. Insan yang sangat penyanyang.aku terharu pulak.....
    seronok aku baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pulak ang cakap aku pandai mengatur bicara, tunggang langgang aku tengok. Cik Piah memang macam tu, tapi jangan bagi dia marah sudahlah. kalau dia marah, jangan cakap singa, naga pun lari, hehe..

      Delete
  3. ekekek...lapik periuk guna bekas telur...kreatif...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi boleh diguna pakai, semua barang akan simpan :)

      Delete
  4. Megi tu kalau di campur dgn sosej yg dipotong kecil2, campur tahu, telur dan sawi memang terangkat. Gerenti tak nampak telinga bila makan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur dengan sawi dah masuk dah mie, tinggal sosej and tauhu jer belum. patutlah budak-budak tu tak berapa nak terangkat sangat...nak kena report cepat-cepat dengan cik piah nih, hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...