Wednesday 21 November 2012

Trip ke Phuket - Day 1

Aiyaa~...macam mana nak start nih, lama sangat tak menulis, otak dah jadi beku dah, huhu...Sebenarnya aku plan nak buat entry Phuket ni 2 hari lepas lagi, dengan semangat juang yang tinggi, balik jer dari Phuket, lepas aku pilih-pilih gambar, terus on laptop kononnya nak menulis lah. Lepas 5,6 baris ayat aku tulis, rasa macam tak kena, padam and tulis balik. Pastu, 5,6 baris lagi tulis, aku padam pulak, rasa macam budak sekolah rendah punya ayat, tunggang langgang, ejaan banyak salah, grammar pun banyak lari, pitching tah ke mana...

Semalam pun aku try tulis lagi, lepas on laptop, dengan jiwa yang tenang, fuh~...tarik nafas, lepas...lagi sekali tarik nafas, lepas...@#$%~ Arghh!! Tak boleh jadi nih...Hm, maybe aku nerbes sangat kot, jiwa kacau. So, rini dengan tanpa segan silunya, aku memulakan entry pasal Phuket. Nak dijadikan citer, aku beli tic ke Phuket bulan March 2012 lagi tau, AA return tic untuk 2 orang RM386 including tax bagai, punyalah lama kan, November baru boleh pi. Aku ke Phuket dari 15 Nov sampai 18 Nov, lebih kurang 4 hari jer and seperti semua tau, time ni hampir semua orang cuti seminggu. Duit pun tak banyak sangat aku bawak, lebih kurang 7000 Baht (RM708.40; rate 100 Baht = RM10.12) untuk aku and wife aku selama 4 hari kitorang ada kat sana. Di hari kejadian, Alhamdulillah...lepas check in bag, flight pun tak delay, lebih kurang kul6.10 pm, kitorang berlepas dari LCCT ke Phuket and sampai lebih kurang kul6.30 pm waktu Phuket. Urusan kastam and imigresen pun smooth jer and aku keluar dari airport Phuket lebih kurang kul7.00 pm. Di Phuket, aku stay area Patong sebab hasil penyelidikan aku, area Patong macam happening sikit.

Disebabkan aku bawak duit banyak sangat, so pilihan aku ke Patong dari airport mestilah dengan minibus, apa barang naik teksi, ahaha...Kos dari airport ke Patong dengan minibus 150 Baht sekepala, lepas bayar 300 Baht untuk aku and wife aku, belum sempat aku nak keluarkan camera, ingatkan nak snap kaunter situ, diorang dah suruh aku and wife aku masuk dalam minibus. Patutlah, minibus yang aku kena naik tu dah hampir penuh, tinggal seat depan sebelah driver jer yang kosong. Masuk jer aku and wife aku, minibus ni terus gerak ke Patong. Sebelum aku terlupa, salah satu info aku dapat dari Travelogue Et adalah pasal sim card untuk berinternet, penting ni, sebabnya manatau, kalau tersesat dekat Phuket nanti, boleh tengok google maps kan cari jalan balik. Aku ada terfikir jugak nak beli sim card masa dekat Patong nanti, tapi kebetulan masa on the way keluar dari airport, ada syarikat True Move bagi sim card free di samping ada 70 Baht credit. Okay lah kan, barang free, save buget, hehe...


Gambar ni bukan aku sengaja blur tau, tapi memang blur. Tatau naper, dari dalam camera tengok ok jer, bila upload ke laptop, blur pulak. Senang jer nak aktivated, semua instruction ada dekat dalam. Berbalik citer aku dalam minibus tadi, aku tengok signboard lagi 9 km, tiba-tiba hujan turun, tak lah lebat sangat, tapi kalau kena basah lencun jugaklah. Lepas sorang, sorang minibus ni anta orang. Lebih kurang kul8.30 pm, sampai pulak giliran aku untuk turun.


Ini ler rupa hotel aku stay selama 4 hari 3 malam di Patong Beach, Phuket, iaitu Silver Resortel. Terpaksa letak pic waktu siang, sebab malam tak dan nak snap hujan turun bak hang. Ada 3 sebab kenapa aku pilih hotel ni, pertama wife aku nak cari hotel yang murah tapi ada bathtub (mengada kan), keduanya hotel ni dahla murah and ada bathtub, tepi pantai pulak tu, ketiganya hotel ni bukan setakat murah, ada bathtub and terletak di tepi pantai, ada free wifi lagi and terletak berhampiran dengan Kusuma Seafood Restoran, Jungceylon dan juga Bangla Road. Aku booking thru Agoda, 2 minggu sebelum tarikh ke Phuket and kos untuk 3 malam RM350 including tax.


See! Ada bathtub tau, besar pun besar, hehe...Bila tengok keadaan dalam bilik, puas hati jugaklah. Lepas letak bag, aktiviti kitorang malam ni just nak pergi cari travel agent untuk trip ke pulau esok. Tengok kat luar hujan dah reda sikit, macam nak berhenti dah, kitorang pun keluar. Maklumlah, aku ni baru lega demam, nanti tak pasal-pasal buat trip Phuket dalam bilik jer. Keluar malamnya aku tak bawak 600D pun, biar dia berehat untuk aktiviti esok. Aku just bawak Ixus 220 HS, camera kesayangan sebelum 600D. Macam aku cakap tadi, kebetulan hotel aku berdekatan dengan pantai and dari info aku baca, kalau nak ambik trip ke James Bond Island and Phi Phi Island, better cari travel agent area dekat pantai, lagi murah compare dengan kawasan city. Kalau nak diikutkan, bersepah-sepah travel agent ni, depan hotel aku ada, sebelah kira kanan pun ada, tapi aim aku nak cari yang murah and makanan adalah Halal. Rata-rata travel agent aku dapat 1000 Baht per pax untuk trip James Bond Island and Phi Phi Island. Saje nak survey dulu, memang betul minimum price tetap 1000 Baht jugak aku dapat. Tataulah kalau orang lain boleh dapat lebih rendah dari harga ni.


Selepas survey, SWAT Adventure Travel yang jadi pilihan kitorang. Kebetulan sebenarnya aku jumpa dengan travel agent ni, sebabnya aku pernah terbaca dari blog Iyrin, dia pakai yang nih and dari review dia cakap ok and makanan yang disediakan pun halal. Masa nak booking, aku confirm pasal trip and pasal makan sekali lagi and mamat ni cakap memang trip diorang menyediakan makanan halal. Untuk summary, aku ambik trip ke James Bond Island (termasuk Hong Island, Panak Island, Lawa Island and buffet atas kapal) untuk esok 16 Nov and 17 Nov aku ambik trip ke Phi Phi Island (termasuk Monkey beach, Viking Cave, Loh Sa Ma Bay, Khai Island, and Maya Bay by speedboat, buffet dekat restoran di Phi Phi Island).  Total kos untuk 2 trip ni bagi aku and wife aku adalah 4000 Baht. Lepas dah settle semua pasal aktiviti untuk next 2 days, kitorang pun jalan-jalan sekitar area depan pantai ni jer, cuci mata, hehe...

Aku ingatkan nak kena cari sign Patong Beach nih, rupa-rupanya bersepah dekat laluan pejalan area depan pantai.


Sedap giler Banana Pancake ni, setiap malam mesti kitorang cari. Padahal, kalau dekat M'sia, orang panggil roti pisang jer. Cara nak buat pun senang jer, dia buat macam roti pisang, tapi dekat dalam dia taruk susu lemak manis. Bila dah masak, lepas dia potong-potong tu, dia taruk lagi sekali susu, memang terbaik lah, 40 Baht jer satu set.

Lebih kurang kul10.30 malam camtu, kitorang pun gerak balik hotel sebabnya esok pagi-pagi buta, lebih kurang kul7.45 am, minibus akan datang ambik untuk trip ke James Bond Island. Full aktiviti sampai petang, so kena rest cukup-cukup malamnya. Sebelum ni aku risau sangat pasal keadaan cuaca yang tak menentu ni, hujan jer memanjang. Tetapi, lega sikit rasa bila tengok Phuket Wheather Forecast untuk next 5 days.


Lepas tengok info nih, bolehlah aku tidor dengan senang hati. Yeay...roger & out!


36 comments:

  1. roti pisang thailand mmg terbaik!!! mase g bangkok dulu kitorg dok belasah roti ni tiap2 malam. hahaha. murah la harga tix dan hotel tu. huhuhu. teringin nak pegi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kami pun, setiap malam pi cari. dah balik sini pun, teringat-ingat lagi, hehe...

      Delete
  2. seronoklah dapat holiday kannn... makan2x.. hilang tension...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah mummy alisha, dok rumah pun tatau nak buat apa, cuti seminggu masa tu. baik kuar jalan mana-mana kan...

      Delete
  3. hahaahhahahahahahhahaa siot je ko kate bini ngade. mmg smua bini ngade la. aku juge begitu. nak best tapi nk murah. kekekekeke. tapi dpt kn? ade kan? btw mmg byk hotel sedap2 kat phuket dgn harga yang mampu stay. btw alhamdulillah selamat pegi dan pulang uols. pasal nk buat n3 tuh mcm aku gak tuh. penyakit! itu sbb klu masih ade mood bercuti tuh terus buat n3, paling2 lepas 2-3hri.kalau tggu berminggu mood pon ilang n babai la n3 tu jwb nye.. so ape ole2 utk aku?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...jumpa memang jumpa, tapi perit mencari jelah, hotel dekat patong bukannya sikit. itu lah, sementara memori masih segar di ingatan, better buat entry cepat-cepat. nanti dah hilang, nak ingat balik bukannya senang. Ole2? ahaha...tinggal beg duit bentuk gajah je beb, yang lain-lain dah kena sapu, hehe...pm add ko dekat email aku, nanti aku pos kan...

      Delete
  4. Roti pisang tu pun jadi makanan harian masa ke Krabi dulu. Murah dan mostly yg buat tu Muslim...

    Masa di sana kau tak mengada ke... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mie, itu yang penting, sedap and halal, hehe...

      Mengada? tak boleh mie, dekat sebelah ada cikgu disiplin, terpaksa jaga tingkah laku :)

      Delete
  5. Hai..salam perkenalan..huhu

    Rindu Phuket!!phuket tempat pertama aku backpacking..then balik tu terus membuak-buak semangat nak TRAVEL...Travel bugs dah gigit aku..gilos..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jugak, panjang nama, nak panggil yang mana satu hih, hehe...

      aku pun sama, rindu phuket jugak, rasa macam nak mengajar mamak dekat umah aku buat banana coklat jer. best kan travel tengok budaya orang,aku pun membuak-buak jugak, kena start menabung untuk next trip pulak, hehe...

      Delete
    2. alamak,dah ada tabung utk next trip ke?? wawawa...

      hee..panggil aza sudah..

      Delete
    3. yela aza...nak pergi mana-mana, kenalah menabung,kalau tak, memang tak kemana lah, dok umah jer, hehe...

      Delete
  6. mmg kalo nak berblogging ni kene ade mood. hehehe kalo takde mood toksah duk paksa la mmg takkan jalan ler. hahaha bertabahlah. aku pun selalu mcm tu. kalo idea dtg mengalir laju je jari-jemari ni menaip.

    aku dah burnt tiket phuket bulan9 aritu sbb takde cuti. bertabah jela. insyaALLAH in the future!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler...puas aku dok memikir idea nak tulis apa, sekali datang, panjang lebar aku balun, hehe...ada hikmah kot ko tak dapat pergi phuket ritu, takper john...next time mesti pergi lagi :)

      Delete
  7. 4000 baht dah habis utk pusing pulau..... ada lagi 3000 baht... wei cukup ke nak makan ngan shopping.....

    Orga kau pergi free n easy ke... tak amik guide eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari cukup shidah, 3000 baht lebih kurang RM300 la, aku siap makan mahal lagi tau. untuk lunch hari kedua & ketiga, dah cover dengan trip ke James Bond and Phi Phi Island. Aku just cover makan malam hari kedua & ketiga pastu lunch hari keempat. baju "i love phuket" baru 100 baht = RM10. sewa moto lagi, isi minyak moto lagi, kos sewa minibus pergi airport, beli jajan bagai, cukup jer 3000 baht tu untuk aku and wife aku...

      Aku pergi sendiri jer shidah, tapi banyak wat researchla before pergi. lagi best pergi sendiri sebab tak terikat and suka hati kita lah nak buat aktiviti pape pun, hehe :)

      Delete
  8. Aku pun mood tgh ke laut nk tulis blog nih, jadinya terpaksa baca blog org je dulu.. banana pancake tu aku rasa semua org suka kot. Aku suka jugak, tp mkn sekali je, sb byk sgt dia tabur majerin.. Bangla road memang best utk diterokai malam2..i likeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, yeke?tertunggu-tunggu aku dengan post ko tu, sila rajinkan diri update, hehe...pasal banana pancake, aku jer yang ketinggalan, tapi memang sedaplah..

      Delete
  9. woww...mcm menarik nih...
    cepat post entry terbaru...
    tgh plan nak pi thai lak tahun dpn.cuma xtahu nak kemana..heheww...

    tq bro 4 d info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabaq sat, baru nak bernafas nih, hehe...kalau dibagi peluang, aku pun nak pi lagi sekali :)

      Delete
  10. ello ORGA
    how are u my prennnnnnnnnnnn
    wah duk holiday ja na
    bestnyaaaaaaa aku tengah dok baca ni
    tq 4 de INFO
    kelesssssssssssssssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dila, lama tak dengar citer ko, tertunggu jugak citer terbaru...sila update cepat-cepat :)

      ala...holiday dekat-dekat jer, cuti seminggu dok umah, mati kutu ler, hehe...

      Delete
  11. blog yg menarik bg penggemar xtvt travel.. terbaek!
    looking forward ur next entry..
    agak2 jenjalan phuket ni sesuai tak bawak budak umur 4 thn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! bawak budak umur 4 tahun? pandapat saya, memang sesuai sangat rasanya sebab budak-budak mesti suka main air kan, tambah-tambah mandi pantai. masa jalan-jalan tepi pantai patong ritu, ramai jer saya tengok budak-budak dok main pasir. banyak jer aktiviti kat sini :)

      Delete
  12. bestnya phuket!! apsal aku tak perasan entri ko nih... gagal aku ni wehhhh... heheheh.. by the way.. nice gambar penkek.. nampak cam sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...takper, kalau perasan tu singgah-singgahlah, hehe...a'ah, phuket memang best sangat, kalau ada tiket murah, boleh repeat kot :)

      Delete
  13. seronoknya pi holiday. cantik hotel nya :)

    ReplyDelete
  14. laaa... dah review rupenye. terlepas..

    As usual, gambar2 cantik... not bad la budget nak g sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang budget sangat datang sini, nasib bek cukup :)

      Delete
  15. bestlah entry2 u psl phuket nih. tak sabar nak pegi next month ! eh katne awak tukar duit baht tu ek. macam murah jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...next month pi phuket?ni yang jeles ni, hehe...

      oh~...saya tukar duit dekat kajang, depan metro kajang, sebelah kiri KFC..survey la situ, pastu masa tukar, try deal bagi dapat reger serendah mungkin...

      Delete
  16. info menarik... tengs tgh kumpul info sbg persediaan ke sana...

    ReplyDelete
  17. just nk tanye..charge utk island tour (phi phi island) brape utk satu org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kitorang pergi, 1000 baht sorang...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...