Friday 23 November 2012

Trip ke Phuket - Day 2 (Part 1)

Sehari lepas wife aku merungut cakap boring dah tengok blog aku, dari dulu sampai sekarang theme sama jer, sungguh subur menghijau, pastu tak pernah tukar pape. So, dengan gigihnya aku pun tukar theme baru termasuk header semalam. Kira oklah kan, nak ambik hati punya pasal :)

Berbalik citer pasal Phuket, memandangkan masa booking hotel ritu aku tak ambik sekali dengan breakfast, maka pagi hari kedua ni kitorang buat breakfast sendiri. Milo 3 in 1 panas-panas and roti gardenia sejuk bersalut tuna mayonis sejuk, nyum-nyum! Bukan apa, kalau dibagi breakfast pun memang aku tak akan makan sebabnya tak yakin dengan kehalalan makanan yang disediakan. Seperti yang dijanjikan oleh travel agent semalam, minibus akan datang jemput between 7.45 - 8.00 am, so lebih kurang kul7.45 am kitorang pun turun tunggu dekat lobby. Sementara tunggu minibus sampai, aku keluar pusing-pusing area depan hotel tengok suasana waktu pagi.


Bersepah-sepah aku tengok moto depan hotel, tengok hotel sebelah pun sama, tapi takde sejibik moto pun yang pakai solex. Nampak gaya, orang area Patong memang yakin dengan tahap keselamatan barang-barang diorang. Kebanyakan kedai dok bungkus lagi, tatau la kul berapa depa nak buka. Untuk gambar ketiga ni, aku snap depan hotel. Nampak tak jip kale hitam tu? Belakang tu dah pantai Patong tau. Pagi-pagi cam gini, aku tengok ramai mat and minah saleh dok berjogging, yang mat saleh tu kebanyakan tak pakai baju, eleh...nak tayang badan la tu. Seriusly, aku memang jeles tengok badan diorang ketul-ketul ni, huhu... Lebih kurang kul8.00 am gitu, minibus untuk angkut kitorang pun sampai, yeay~...


Rupa minibus ni sama jer dengan yang bawak dari airport ritu. Bila masuk dalam, kebanyakan adalah omputih. Sebagai peringatan, kena ingat muka driver minibus ni, sebabnya balik petang nanti akan naik minibus yang sama. Masuk jer dalam minibus ni, maka bermulalah aktiviti aku untuk hari kedua iaitu trip ke James Bond Island. Excited giler ni, sekali perjalanan dari Patong ke jeti ambik masa lebih kurang sejam, tersengguk-sengguk aku dalam minibus tu, adey~... lebih kurang kul9.00 am aku pun sampai jeti, tapi singgah di tempat menunggu dulu, berhadapan dengan pintu masuk jeti.


Tempat menunggu pun unik, kelas gitu sebabnya diperbuat daripada buluh and atap rumbia. Sementara menunggu, kitorang dibagi tali benang mengikut kumpulan, macam kitorang kena team biru so dapatlah benang biru and perlu ikat dekat tangan.


Bahagian dalam pulak ada jual barangan souviner, topi, gelang, pakaian mandi, macam-macam lagilah. Aku setakat cuci mata and ambik-ambik gambar jelah. Lebih kurang kul9.15 am camtu, kitorang diarahkan untuk masuk ke kawasan jeti mengikut team masing-masing. Perhh...ramai giler aku tengok, tataulah berapa team ada, tapi aku ada perasan team pink and oren.


Dekat dalam kawasan jeti pun ada jugak jual-jual souviner semua tu. Lepas dah masuk ke kawasan jeti, kitorang diarahkan pulak untuk naik bus yang macam tin sardin ni untuk dihantar sampai dekat ferry. Mostly dekat dalam bus ni, yang duduknya kebanyakan kaum hawa. Kaum adam lebih suka bergayut dekat tepi bus, nampak macho gitu kan, termasuklah aku, muahaha... Eh, lupa pulak, jeti ni namanya Ao Por Pier.


Ferry kitorang yang first dari kanan, maksudnya untuk team biru lah. Bila masuk dalam, aku tercari jugak kot-kot boleh terjumpa dengan orang kampung. Hampeh~...aku dengan wife aku jer yang merupakan team harimau malaya dekat situ.


Lebih kurang kul9.30 am, ferry kitorang pun menggerakkan dirinya meninggalkan jeti Ao Por Pier. Bila tengok langit pun elok, biru jer, apa lagi, mode seronok terus diaktifkan serta merta, ahaha... Untuk pengetahuan, mamat berbaju redbull and berkaca mata hitam ni merupakan kapten kapal kitorang. Masa ni dia tengah nak explain itinerary untuk trip harini. Mengikut schedule, ferry ni akan stop untuk first aktiviti di Panak Island, kemudian Hong Island, pastu lunch (buffet) dekat atas kapal. Mamat ni explain jugak, don't worry about food, it's all halal. Lepas lunch, next aktiviti adalah pergi James Bond Island and lepas tu akan patah balik ke Lawa Island or North Bay, and last sekali akan pulang ke jeti Ao Por Pier.


Perjalanan dari jeti ke Panak Island ambil masa lebih kurang 30-40 minit. Lama jugak tu, tapi takper, sepanjang perjalanan tu view memang cantik bangat, banyak betul pulau. Kitorang tak bawak air mineral paper pun sebab semalam travel agent tu dah cakap, ada disediakan di atas kapal. Memang betul, air sirap hijau and merah, air kosong, kopi and teh, buah pisang, tembikai, buah mata kucing, biskut, semua tu UNLIMITED. Makanlah sampai muntah, pastu mesti anak kapal topup balik.

Panak Island

Excited giler babas dah masa nih, first activity iaitu canoeing dekat Panak Island dah bermula. Layan~...


Nama gua ni adalah Gua Mut (Mut Cave). Setiap kali orang datang ke Panak Island, gua ni lah yang dibawak untuk canoeing. Suasana dekat dalam memang best, siap kena baring lagi sebab ada bahagian langit gua ni rendah sangat. 


Lepas keluar dari Gua Mut, kitorang canoeing dekat area depan ni pulak, menikmati permandangan. Setiap canoe disertakan sekali dengan tukang kayuh, so tak perlu susah-susah mengerah keringat kan. Cukup time, ferry akan bunyikan hon, maksudnya semua kena naik ke ferry balik. Occay, next destination adalah Hong Island pulak :)

Hong Island


Perjalanan dari Panak Island ke Hong Island ambik masa dalam 15-20 minit. So, relax-relax la dulu sambil pekena buah mata kucing dengan air sirap. Sunblock tidak dilupakan kan, panas beb. Kalau tak pakai, memang boleh rentung dekat sini, ahaha...


Bagi yang taktau, ini adalah dry bag or water proof bag. Bag ni memang dibagi pinjam masa awal-awal naik ferry tadi, so bolehlah letak wallet ker, camera ker, passport ker.  Bag kuning aku tu, tinggal jer dekat atas kapal setiap kali turun untuk aktiviti.

Yeay...sudah tiba di Hong Island


So far, aktiviti untuk Panak Island and Hong Island adalah canoeing. Bagi yang nak terjun laut and mandi, boleh jer suruh pengayuh ni stop, pastu terjunlah. Aku tengok ramai omputih buat macam tu, macam aku yang tahap renang kurang memberangsangkan, dok jer diam-diam atas canoe nih, huhu...

Hong Island ni jugak dikenali sebagai James Bond Island 2...diulang yer, James Bond Island 2!


Untuk gambar last ni, pengayuh aku susah payah nak explain pasal rupa bentuk batu nih. Mungkin dia citer sejarah ke apa tataulah sebab aku bukan terer sangat bahasa Thai, tapi 2 perkataan aku dapat tangkap "Stone" and "Fish". Sebabnya, dua perkataan ni jer dia cakap omputih. So, kalau perhati gambar tu betul-betul, ada nampak rupa ikan kan? Ada mata and mulut...Lepas habis menelaah kawasan Hong Island, next aktiviti adalah makan tengahari, nyum-nyum!


Memang buffet habis lah, terbaik makan dekat atas kapal. Bila lagi nak ada experience cam gini pun tatau. Masakan pun semua sedap-sedap, tom yam tak yah cakaplah. Aku makan tak tambah nasi pun, tapi tambah lauk adalah kot dalam 4,5 kali, ahaha...

Occay, sini jer dulu untuk day 2, sambung part 2 pulak nanti. Roger & out!

24 comments:

  1. tetiba rasa nak g phuket.. panas tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa time aku kat sana agak panas jugaklah, tapi best jer bila kena air laut, hehe..

      Delete
  2. kalo depa x bg waterproof bag tu camner la nasib passport bila nek canoe bagai..hahaha

    hebat la ferry smpai 2 tingkat siap ayaq merah ijao ...fuhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tataulah pulak, tapi trip aku memang diorang bagi. kalau risau boleh jer beli bag tu dekat area patong. memang aku kagum dengan air laut situ tambah-tambah dekat maya bay..

      Delete
  3. bestnya!!! nak pegi phuket jugakkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang best sangat john, so sila pergi!!

      Delete
  4. Woiiiiiii. Orga bestnya. Semua gambar view cantik. Tak tahan aku negoknya. Bila aku nak sampai sini tatau

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi shidah...ada promo terus rembat tiket ler ke sana, hehe...

      Delete
  5. Cantik amat, nak kena pergi jugak ni nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik mie, maya bay yang paling tak tahan tu :)

      Delete
  6. betul-betul cantik dan menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat cantik, banyak aktiviti boleh buat dekat sini...

      Delete
  7. semart gambar2 ko!!! garing2 berlaka. ecewah org demam senyum sokmo bejalan ye dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah beb...dah macam budak-budak dah jadi, maklumlah boleh main air, hehe...

      Delete
  8. cantiknya tempat tu.dah la nik suka pulau.
    gambar2 semua cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nik! setiap pulau ada view yang tersendiri, panas-panas pun tetap sonok..

      Delete
  9. kat sana memang view dia cantik lah kannn.. bilalah dapat pegi jamesbond island nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ni kan tengah AA tengah promo 11 sen, akak trylah usha-usha tiket, hehe..

      Delete
  10. Gile best... lame dah x berkayak, last time pun kat pangkor. Berkayak kat tempat cantik cenggini lagi best. lagi sekali.. cantik nk mam... gegambar dalam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best wan, kagum aku dengan air laut situ, kalau dekat PD air cam gini, mau tiap-tiap minggu aku pergi sana, hehe...

      Delete
  11. memang terbaiklah sini..ptt lah ramai gila org g sana...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai orang luar jer hairy, masa dalam ferry, aku dengan wife aku jer makhluk dari M'sia, yang lain semua ovesi, huhu~...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...