Saturday 8 December 2012

Trip ke Phuket - Day 3 (Part 2)

"let's go...let's go, everyone...please go in the boat. we will continue our next activity"...

Itulah arahan daripada kapten kapal kepada semua orang selepas selesai makan tengahari. Tapi, masa dalam boat, aku nampak macam peserta dah berkurangan. Aku malas nak tanya paper, nanti cakap menyibuk pulak. Lepas boat bergerak, kapten kapal ni bagitau, ada 4 orang tak dapat join untuk aktiviti seterusnya, sebab tahap mabuk laut diorang tu dah kemuncak. So, diorang dihantar balik ke jeti dengan boat lain. Kesian pun ada, bukan apa, nak patah balik tu pun bukannya dekat. Yang dok ada dalam boat ni pun, ada 2,3 kerat yang masih lagi mabuk laut, tapi tak la sekronik 4 orang tu.

Menurut kapten, sebelum ke Maya Bay, kitorang akan singgah sat dekat Viking Cave. Lepas tu dia pun citer pasal sejarah Viking Cave ni. Aku bila orang cerita pasal sejarah jer, mata terus jadi layu, asyik nak tertutup jer, al maklum ler, baru lepas makan tengahari. Tak boleh jadi nih, terus aku bangun ke bahagian depan boat. Tetiba boat pun slow, jadi maksudnya dah sampai dah Viking Cave ni. Boat tak berhenti pun, tapi bergerak slow ya amat.

Viking Cave


Masa sampai sini, masing-masing keluarkan camera ambik gambar. Yang aku tau, Viking Cave ni tempat penghasilan sarang burung, and banyak dieksport ke China. Lebih kurang 15 minit camtu, perjalanan diteruskan ke Maya Bay. Walaupun tengahari cam gini panas, tapi bila kena angin, tak terasa la pulak. Lain kali kalau nak naik boat, aku akan pastikan aku dapat tempat dekat depan, baru best. On the way ke Maya Bay, view permandangan memang superb, cantik giler!

Maya Bay


Tau huruf U? Maya Bay terletak dekat tengah-tengah U tu lah, macam ada pintu masuk untuk sampai ke pantai. Dari jauh aku nampak pasir pantai yang memutih, tambah-tambah yang kena pancaran matahari. Aku tengok muka semua orang happy giler, termasuklah geng-geng yang mabuk laut tu, tiba-tiba jer boleh ok balik kan, masing-masing tak sabar nak turun ler tu. Tengah boat nak memparkingkan dirinya, kapten kapal cakap, semua barang boleh tinggal dalam boat, and diorang akan take care nanti. Apa yang kitorang buat dekat sini ialah enjoy! Masa yang dibagi, lebih kurang sejam.


Turun jer dari boat terus pijak pasir yang putih melepak ni, huhu...cantiknya! Pusing belakang tengok laut pulak, huhu...cantik jugak! Tengok kiri...tengok kanan...huhu, semua cantiklah! Wife aku tanya, nak buat apa lepas ni? Aku cakap, kita pusing-pusing ambik gambar dulu, pastu baru kita mandi laut.

Kalau masuk bahagian dalam, ikut laluan ke toilet, ada lagi port untuk ambik gambar. Tapi aku tak pergi pun, sebab kawan dari Surabaya cakap, orang dekat situ ramai giler, siap kena beratur lagi untuk ambik gambar. So, kitorang just singgah toilet jer, alang-alang dah sampai depan toilet kan. Keluar dari toilet, kitorang ke pantai balik. Layan jer beberapa aksi kitorang dekat pantai nih :)


Kalau nak diikutkan, aku nak buat istana pasir, tapi memandangkan masa yang dibagi sejam jer, terpaksa dilupakan niat yang murni tu.


"We are here Maya" maksudnya "kami berada di Maya Bay", dan tidak ada kena mengena langsung dengan Maya Karin. Maya Karin pun taktau yang kami berada dekat Maya Bay waktu nih. Lepas sesi bergambar selesai, aku pun hantar camera dengan selipar dekat boat. Lepas tu, mandi laut tak hinggat...kuak lentang, kupu-kupu, bebas semua aku buat walaupun tak reti berenang, muahaha...cukup time, anak kapal datang panggil yang tiba masanya untuk balik ke jeti. Aku tak puas hati, siap tanya lagi, dah cukup sejam ker? Macam kejap jer rasa...yelah-yelah, berat hati nak naik boat, rasa macam nak berendam lagi...

Lepas semua dah naik, perjalanan diteruskan sampailah ke jeti. Penat tapi best! Sampai di jeti, minibus dah siap sedia menunggu untuk hantar balik ke hotel. Macam hari sebelumnya, sepanjang perjalanan balik ke hotel, aku tidor jer. Orang lain pun sama, makan masa dekat sejam kot, nak buat apa dalam minibus tu, buat taik mata jelah...

Di Kala Bulan Mengambang, lagi...

Selepas berehat, mandi and solat, kitorang pun keluar. Plan malam ni nak pergi makan dekat Kusuma Seafood Restoran, nak try sebab aku baca dekat forum orang cakap sedap, pastu lepas makan malam, nak shopping-shopping sikit, lepas tu pulak, nak booking transport untuk hantar ke airport.


Tetapi, sebelum ke Kusuma Seafood, pekena Banana Chocolate dulu, yang terletak dekat hujung jalan sebelah pantai Patong ni. Memang terbaiklah...yang tak baiknya, kitorang makan sambil berjalan, ish-ish...teruk kan! Untuk ke Kusuma Seafood, dari pantai Patong dekat kitorang beli Banana Chocolate Pancake nih, terus jer, lalu depan hotel balik, pastu belok kiri bila sampai simpang empat depan kedai T-shirt 100 Baht tu. Sila tengok map bawah...


Lepas belok kiri terus jer, sampailah jumpa Kusuma Seafood Restoran. Makan masa dalam 15 minit jugak kot dari pantai Patong ke Kusuma Seafood nih. Okaylah, takla jauh mana pun, sambil berjalan, sambil makan pancake, sambil cuci mata...

banyak jumpa depan restoran yang besar-besar

yee...dah sampai, siap ada bendera M'sia lagi...


Inilah yang kitorang order, Nasi Goreng Pattaya and Nasi Goreng Seafood, no more tom yam. Wow...tengok reger, lebih murah berbanding dengan Foodcourt dekat Jungceylon. Sedap pun sedap and service pun cepat dan tangkas. Yang bestnya, ownernya boleh kecek melayu...sambal belacan dengan timun tu memang percuma, bukan takat tu jer, pencuci mulut pun percuma.


Kalau tak mau makan nenas, diorang akan tukarkan tembikai. hm~...not bad! Memang recommended la kalau saper-saper datang sini. Lama jugak kitorang lepak dekat Kusuma Seafood nih, borak-borak sebab ni malam last kitorang dekat Phuket. Lepas aktiviti makan malam settle, aku pun terus shoot ke kedai T-Shirt 100 Baht dekat simpang empat tu, untuk beli t-shirt and souviner sikit-sikit.


Aku angkat 5 helai t-shirt, FM 4 keping, and souviner lain yang murah-murah. Tak boleh boros sangat, bajet ciput jer nih, huhu...Lepas beli souviner bagai, kitorang pergi sekali lagi Bangla Road, untuk tawaf balik ke hotel. Kalau dari kedai T-shirt 100 Baht ni, dekat pulak nak balik hotel, lagipun malam masih muda. 

Bangla Road, lagi...

macam biasa, happening jer kawasan Bangla Road ni, penuh dengan manusia...


Ahaha, nasib baik sikit malam ni sebab ada pertunjukan ladiesman dekat tengah jalan. Yang tak tahan, badan ketak-ketak pun ada hati nak pakai camtu. Bukan takat tu jer, tuan puteri pun ada jugak. Macam-macam depa ni kan...

Sepanjang jalan depan hotel aku tu, memang banyak travel tour agent. Untuk booking teksi or minibus, boleh booking dengan diorang. Untuk teksi, paling murah aku dapat 500 Baht dari Patong ke Airport. Kalau datang dengan group, better pakai teksi kot cepat and jimat, sebab dia cas 1 teksi, payment boleh kongsi-kongsi, kalau bahagi 5 orang, baru 100 Baht sorang. Lagi murah dari naik minibus. Untungnya naik teksi sebab tak berhenti-henti ambik orang dah, dari hotel terus pergi ke Airport. 

Bagi yang plan nak naik minibus awal-awal lagi macam aku  nih, kena booking sehari awal. Macam aku booking malam ni, untuk hantar ke Airport esok petang. Aku booking dengan travel tour agent betul-betul depan hotel aku (bertentangan jalan). Bagi waktu pulak, minibus akan datang ambik ikut jam, macam puku1, pukul 2, takder pukul 2.30 or pukul1.45 ker. Kalau dengan teksi, lebih kurang sejam jer dari Patong ke Airport. Tapi kalau dengan minibus, 1 jam setengah, sebab minibus akan ambik orang dari berlainan hotel sampai lah minibus tu penuh. Disebabkan flight ke KL pukul 7, aku kena booking minibus pukul4, sebab akan sampai Airport pukul5.30. Kalau booking kul5, nanti sampai airport pukul6.30, takut tak sempat check kastam and imigrasen. Jadi, better sampai awal sikit. 

Bayaran untuk minibus ke Airport dari Patong kos 160 Baht sekepala. Jadi, untuk aku and wife aku, kena 320 Baht. Lepas buat bayaran, balance duit ada dekat aku boleh dihabiskan sampai licin esok, sebabnya transport ke Airport dah settle :)

Balik bilik, plan untuk esoknya. Ikut itinerary aku, esoknya nak sewa motor and pusing-pusing area Phuket. Mana aku pi? Insyaallah, akan aku ceritakan dalam next entry.

Roger and out!

20 comments:

  1. Aku tak sure spanjang panjang aku pegi dlu kat sana dah ade blum kusumadewi tuh punya kedai. aku tlepas pandang kot. tapi mmg aku pg laki bini mmg sgale patong tuh kami korek2 tp mmg kompem tak pnh jmpa bendera msia sgale tuh. balik2 aku ulang kedai usang depan mesjid tuh. chill weh! cakap pon cakap melayu. tp mayb ssh sket klu bejalan. kami sewa motor. btw klu dah ade kedai kusumadewi ni lebih mudah la. aish nk repeat je rase.. uwawawawawa.

    lepas ni ko kne plan ke pattaya n alang2 bkk plak. sementra berdua ni. ye dak? ahaks. kimsalam bini ang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak sure pulak, bila kusuma ni buka, tapi agak-agak tahun ni dah ada, sebab ada forumer yang makan sini. ulang pun tak per beb, tempat best kan, hehe...nak pergi pattaya?hm...kalau aku nak merepeat pun, maybe by driving kot, pergi dengan family.maklumlah, family kedah perlis, dah dekat thailand dah tu...

      Delete
  2. Salam Yeop

    Wow...memang cantek la tempat ni....

    ReplyDelete
  3. siap ada ladies man.. dorang errrr menakutkan!!!! time aku g krabi, dia mencangkung.. tak senohoh punya oram... heheheeh

    pankek tu sgt sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...mencangkung tuh, apa yang dia buat pun taktau. tapi yang dekat street nih, badan ketak-ketak, ketara sangat,hehe...

      Delete
  4. tempat ni mmg cantik sgt la.
    terliur tengok makanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat nik, pasir putih giler...terliur tengok makanan?kena pergi try nih :)

      Delete
  5. Cantik la view kat pulau - pulu tu. Mcm fantasi lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi sekali lagi, memang aku lepak maya bay jer, tak pergi tempat lain dah, hehe...

      Delete
  6. Cantik sungguh gambarnya....Paling akak suka setiap kali ke Thai...roti pisangnya...umpph!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler akak, balik sini teringat-ingat dengan roti pisang ni,huhu!

      Delete
  7. Pankek tu nampak sungguh teliuq aihh...Kalao p Krabi pun akan buat island hopping yang sama ka dengan phuket?? Anyway tq bg komplit info bole mark feberet utk masa depan..heheeh..

    p/s: setuju dgn BEB nnt ada rejeki try p BKK n Pattaya...lebih happening ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa-rasa sama jer kot kalau pergi dari phuket or krabi,mesti pakej include pergi james bond island and phi phi island. wah...nampak gaya memang nak kena menabung untuk pergi BKK n Pattaya la nih, chaiyo!!

      Delete
  8. Happening sangat Banghla Road tu memalam kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, memang happening sangat...syok jer jejalan situ...kalau ada kedai mamak halal,memang lepak sampai pagi la kot, haha...sayangnya,takda :(

      Delete
  9. tgk entry asal phuket ni tiba2 rasa bersmgat...haha...nk ckp apa pn xtau sbb xpnh smpai -(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena terjah sana baru tau suasana macam mana...ahaha...

      Delete
  10. enak sangat sepertinya... i'll be there soon, thanks For the story, nice to read and take some information :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jugak muhdcha sebab sudi singgah, hehe...have a nice trip ok :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...