Tuesday 18 December 2012

Trip ke Phuket - Day 4 (Last Part)

Sedih aku bila baca pasal Pembunuhan Beramai-ramai dekat Connecticut yang berlaku 2 hari lepas, kesemua mangsa seramai 26 orang dan 20 daripada mangsa tersebut adalah kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 hingga 10 tahun. Aku pun tak faham, apalah yang pembunuh ni fikir sampai boleh bertindak macam tu, kalau marah sekalipun, mesti ada jalan penyelesaian. Syukur sesangat, perkara macam ni tak pernah berlaku dekat negara kita. Aku yakin, kalau pegangan agama kita kuat, Insyaallah perkara macam ni dapat dielakkan.

Sebelum aku nak citer pasal Trip ke Phuket Last Part, saja nak buat promosi sikit, hehe... Mana-mana individu atau company yang berniat untuk memiliki domain website sendiri (dot my), bolehlah refer tutorial aku dekat link bawah ni:

http://www.skampung.my/2012/12/tukar-dari-blogspot-ke-dot-my-my.html

Tak kisahlah, kalau tetiba rasa nak buat bisnes Cupcake ker, kalau pakai Cupcake.blogspot.com, macam rasa tak berapa nak sedap kan, better tukar ke Cupcake.my, lagi sedap bunyi dia. Tak pun nak involved dalam Wedding Photography ker, boleh guna weddingphotography.my instead of weddingphotography.blogspot.com, kan panjang nama tu. Kalau TAKDA website or blog sekalipun boleh daftar, booking domain dulu (Bahagian Pertama Tutorial), nanti dah ada idea nak buat website/blog/bisness apa, baru guna domain tu, PERCUMA ni beb! Peluang ni terbuka sampai 25 Disember 2012 sahaja, sekian :)

Panjang pulak mukadimah aku kan, sekali sekala apa salahnya, hehe...Baheklah, meh nak sambung citer Trip ke Phuket nih. Selepas seronok menikmati permandangan dan panorama di Promthep Cape, next plan nak pergi ke Karon View Point pulak. Jarak perjalanan lebih kurang 10-15 minit gitu.


Sebenarnya masa on the way dari Patong nak ke Promthep Cape, aku terperasan lepas area Kata Beach tu, ada banyak tempat untuk naik gajah ni, tepi-tepi jalan jer. So, on the way nak ke Karon View Point, masa lalu kawasan sini, aku pun berhenti ambik gambar, tapi dari jauh jelah. Mahal jugak pakej nak naik gajah ni, kalau tak silap reger atas 500 Baht kot. Memandangkan bajet aku yang tinggal sekangkang kera, niat nak naik tu terpaksa dilupakan. Lagipun wife aku cakap, dia geli dengan mende-mende cam gini, ceh~ alasan! Aku tengok, yang ramai dok naik gajah ni mat and minah saleh. Lebih kurang 10-15 minit cam gitu, aku pun sampai ke Karon View Point, yeay...

Karon View Point


Boleh tahan jugak tempat ni, just parking agak susah untuk yang berkereta, kebanyakan parking di monopoly oleh geng-geng minibus. Macam kitorang yang naik motor ni tak kisah, celah-celah kereta pun boleh parking lagi. Belum sempat aku turun dari motor, dah ada orang datang promote untuk pakej naik gajah. Offerlah macam mana pun, aku memang tak mau naik, lainlah kalau free. Alang-alang mamat ni dah datang jumpa aku, even tak jadi ambik pakej diorang, boleh pulak aku suruh dia ambik gambar kitorang atas motor ni. Nasib baik mamat ni pun sporting jer.

Karon View Point
Inilah motor yang disewa, 200 Baht sehari

Bila aku naik atas, boleh tahan ramai orangnya. Kitorang pun duduk relax kejap, tunggu orang kurang sikit, baru cari port untuk ambik gambar. Untuk makluman, dekat bahagian bawah tempat ni ada kedai macam minimart gitu, aku tau pun sebab ternampak budak makan ice-cream. Setakat duduk saja tak boleh jadi, lagipun panas, sedap jugak ni layan ice-cream, hehe...

Karon View Point
Karon View Point
Orang agak ramai time dekat tengahari cam gini

Sudah jer makan ice-cream, tengok orang pun dah makin kurang, so aku pun cari port and terus snap gambar. Memang cantik view dekat Karon View Point ni, tambah-tambah cuaca pun memang elok, seronok ambil gambar.

Karon View Point
Karon View Point

Lama jugaklah kitorang lepak sini, dalam pukul 11.15 camtu, kitorang pun blah~...Kalau ikut plan, nak singgah Kata Beach ambik gambar, tapi memandangkan kitorang abis banyak masa dekat Promthep Cape and Karon View Point, terpaksa skip part untuk singgah Kata Beach. Sebabnya, pukul1.00 petang camtu dah nak kena check out, dari Karon View Point nak patah balik ke Patong Beach sampai depan hotel, ambik masa lebih kurang setengah jam. Plan nak sampai hotel sebelum pukul12, before check out, nak mandi semua dulu, bag pun tak kemas lagi. On the way balik ke Patong, tugas ambik gambar aku serahkan dekat minah yang tengah pakai helmet dekat bawah ni. Memang takkan berhenti mana-mana dah,so kalau tengok view cantik, aku suruh snap jer.

Karon View Point
Bye bye Karon View Point

Layanlah gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Karon View Point balik ke Patong Beach :)

Kata Beach
Depan situ adalah Kata Beach, tak sempat nak berhenti.

Kata Beach
Roundabout dekat Kata Area

Patong Beach
Dah nak sampai Patong Area

Patong Beach

Patong Beach
Naik motor bertiga,berempat tu adalah habitat orang dekat Patong.

Patong Beach
Bacaan minyak motor bila sampai depan hotel.

Kalau pergi makan 1 bar, balik pun makan lagi 1 bar. Kitorang sampai depan hotel lebih kurang pukul 11.50 cam gitu. Lepas parking motor, terus masuk bilik, baring-baring, mandi-mandi and packing, dekat pukul1.00, kitorang pun check out. Lega rasa bila tanya pasal tempat simpan bag, hotel ni ada bilik khas and untuk pelanggan or bekas pelanggan, percuma jer untuk simpan bag. Sesetengah hotel, takde bilik untuk simpan bag, pastu letak tepi meja receptionist jer, macam tak berapa nak selamat kan. Lagipun petang nanti dalam pukul4 camtu, minibus akan datang ambik kitorang dekat hotel ni jugak untuk ke airport. Lepas hal bag settle, next plan nak pergi makan tengahari dekat area depan Masjid, Saveena Restaurant

MAP AREA PATONG


Boleh refer MAP dekat atas kalau tak faham bila aku citer pasal selok belok jalan di Patong ni. Untuk ke Saveena Restaurant, keluar dari hotel, aku terus menghala ke Pantai Patong, lepas tu ambik kiri menghala ke roundabout or Hachiko, Phuket (nanti aku explain pasal ni). Masuk roundabout ambik pukul 3 (arah kanan), terus sampai jumpa Masjid. Dekat depan Masjid ni lah terletaknya Saveena Restaurant.

Lepas parking motor depan Saveena Restaurant, ingatkan nak terus masuk makan tengahari. Alang-alang dah depan Masjid, kitorang pun naik solat dulu. Kalau tak salah aku, ini satu-satunya Masjid dekat area Patong.

Masjid


Bahagian ambil wuduk, toilet laki, pompuan adalah dekat bawah Masjid ni, belakang tangga tu. Sementara tunggu wife aku sudah solat, tetiba ada orang tegur aku. Nampak sangat aku orang luar sampai ada orang kenal. Yang tegur aku tu kakitangan masjid ni jugak, berasal dari Kelantan. Peramah jugaklah and dia pun syorkan untuk aku makan dekat Saveena Restaurant nih. Apa lagi, lepas selesai solat, terus kitorang terjah restoran nih.

Saveena Restaurant


Buat kali terakhir, kitorang order tomyam dekat Phuket nih. Perhh...memang terbaiklah tomyam diorang buat, telinga berasap macam keretapi tu, pedas and sedap. Harga pun tak mahal sangat, total aku and wife aku makan sekali dengan air just 120 Baht jer. Bila perut dah penuh, energy ada balik, baru best nak teruskan next aktiviti. Plan nak round-round area Patong jer, tapi sebelum ke mana-mana, aku singgah isi minyak motor dekat Station Minyak ESSO.


Kalau ikut MAP dekat atas, dari Saveena Restaurant, terus ke bahagian atas and akan jumpa ESSO sebelah kanan, besar jugak station minyak ni. Tetapi, sekali kena beraturlah pulak, nasib baik tak panjang sangat. Setahu aku, dalam dok pusing-pusing area Patong ni, ESSO satu-satunya station minyak yang aku jumpa. Selain daripada ESSO, boleh  jer isi minyak dekat kedai-kedai tepi jalan, diorang jual minyak petrol dalam botol, ala...macam zaman-zaman dulu, masa station minyak tak banyak lagi. Tapi, dari info aku dapat, yang dalam botol tepi-tepi jalan tu mahal, satu botol berharga 40 Baht, tak penuh pun botol tu. Ada orang suggest, lagi baik isi dekat pam station.

Dekat ESSO ni, hampir setiap pam ada orang jaga, so bila turn aku sampai, just sebut FULL, dia dah faham dah. Memang cekik darahlah isi minyak dekat Thailand ni, patutlah orang kita dok seludup masuk sana. Untuk penuhkan tank minyak motor aku yang hilang 2 bar tu, isi penuh lebih kurang 100.++ Baht. Tu belum isi yang pakai botol, tataulah berapa botol nak kena isi sampai penuh. So, macam orang lain jugak, aku suggest better isi dekat station minyak berbanding kedai-kedai tepi jalan ni. Mula-mula berani, cewah~...plan nak keluar kawasan Patong nih, tapi lepas few kilometer, patah balik sebab takut sesat. Luar dari kawasan Patong, aku tak study route dia, kalau banyak masa, memang aku bantai jer, sesat pun sesatlah. Tapi sebab pukul4 nanti nak kena balik hotel, niat untuk ke luar kawasan terpaksa dipendam, next time maybe :)

Patah balik ke Patong, depan sinun tu adalah Patong.


Ingatkan nak singgah beli tshirt Hard Rock Cafe, tapi bajet lari pulak, so aktiviti diteruskan dengan jalan-jalan tepi pantai Patong. Daripada Hard Rock Cafe, jalan terus and aku parking motor dekat dengan Hachiko Version Phuket. Bukan Shibuya jer ada Hachiko, Phuket pun ada jugak.

Hachiko Version Phuket


Aku taktau nama local patung anjing ni, tu pasal aku panggil Hachiko version Phuket. Located dekat tepi pantai Patong, refer MAP atas untuk lebih faham. Jam pun dah dekat pukul 2.30, aku rasa aku buat tindakan yang tepat untuk lepak area pantai Patong. Nanti dalam 3.45 petang, nak gerak pergi hantar motor balik dekat kedai motor sebelah 7E, pastu balik hotel and tunggu minibus datang pick up untuk ke airport. Layanlah gambar-gambar dekat pantai Patong waktu petang, memang happening!

macam best main mende ni, 1100 Baht sekali main.


Lebih kurang pukul3.45, kitorang ke motor and patah balik ke kedai sebelah 7E tu. Minyak motor tak tergugat pun, masih lagi full. Urusan pulangkan motor pun kejap jer, lepas dapat Passport aku, kitorang jalan balik ke hotel. Ambik bag and tunggu minibus datang pick up. Dalam pukul4 camtu, minibus sampai and aku tengok ada 3,4 tempat lagi dalam minibus tu yang masih lagi kosong. Nampaknya, lepas ambik kitorang, minibus ni akan pergi ambik orang lain pulak sampailah tempat duduk dalam minibus ni penuh. Hehe...tekaan aku memang betul pun and kitorang sampai dekat airport lebih kurang pukul 5.30 petang. Nasib baik jugak sampai awal dekat airport, urusan check in bag, kastam and immigration memang lama, ramai sangat orang. Dapat masuk dalam and duduk dekat depan departure gate lebih kurang pukul 6.30, ambik masa dalam sejam jugaklah semua urusan tadi tu. 

Flight kitorang pukul 7, masuk jer dalam kapal terbang AA, maka dengan rasminya berakhirlah percutian kitorang ke Phuket. Memang best sangat, pengalaman yang lain rasa, and syukur jugak sebab sepanjang berada di Phuket, cuaca elok jer.

Bye bye Phuket!

Kalau ada peluang, mungkin akan repeat lagi sekali kot. Tapi next time nak try pergi jalan darat pulak, maklumlah kitorang orang utara, Thailand tu bersebelahan jer. Ai~...mengidam pulak dengan Banana Pancake, huhu...

Hokeylah, nama pun Last Part kan, so Entry aku untuk Trip Ke Phuket tamat di sini dengan jayanya. Untuk next entry, aku akan try finalize budget aku untuk Trip Ke Phuket nih.

Roger and out.

42 comments:

  1. Replies
    1. baheklah zila, nanti aku bagitau dia. Tapi, ko tak nak kim salam dekat aku sekali, hehe :)

      Delete
  2. 50 hinggit nek gajah..ok la tu..best tau nek gajah..kalo dia panjat bukit..fuhh..adventure betul la rasa!!! cantik betul langit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 sebab kenapa aku tak nak naik zila, satu sebab wife aku geli katanya, tak syok pulak nek sorang-sorang, kedua sebab nak kejar masa. takper...next time pergi layan gajah pulak...

      Delete
  3. rindu pulak kat phuket..hee eh,murah lak naik gajah 50hinggit dulu dekat 80-100 camtu..boleh menangis beb..hehe *sbb mahal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah ker?ala...ruginya, kalau tau, memang ambik jer pakej dengan mamat tu.sebab dari awal tak plan untuk aktiviti naik gajah ni, so tak buat apa-apa research, huhu :(

      Delete
  4. Replies
    1. hehe...macam-macam kaler ada lagi mummy, keluar duit jer kalau nak naik :)

      Delete
  5. wahhh!!!! cantik giler view dari puncak tuh! awesome bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah bertukar nama yer danny :)

      memang cantik view dekat karon view point tu,tapi view ni jelah yang ada boleh tengok laut pun.bila pusing arah lain dah tak nampak laut dah...

      Delete
  6. subhanallah. cantiknya pemandangan ciptaan Ilahi. saya suka view yg mcm ni, laut yg tenang, langit yg kebiru2an. oh damainya! hahaha. saya perhatikan, kt thailand mmg terkenal dgn wayar2 serabut, dulu g bangkok lg la nmpk ketara. kikiki. mcm x teratur pulak. awk perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun begitu jua, aiseh~...ayat skema :)

      a'ah sue, perasan jugak, serabut kepala tengok wayar letrik diorang ni, nampak macam masih guna yang lama-lama. maybe tak pernah tukar dari zaman dulu kot.

      Delete
  7. ah kangen sama itu masjid. dah cantik sket lah. aku sll mkn kat kedai buruk sbelah tuh. hari2 gak. sbb kt stu ade ayam msk lomak cili api..

    so kemane lepas ni?! ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku makan dekat saveena restoran ni, perasana ada jugak kedai makan yang lain.aku pergi saveena ni sebab ada forumer cakap sedap, pastu orang masjid tu pun cakap ok. A'ah beb, dah cantik masjid ni, berkilat-kilat lantai, masjid kat kampung aku tak macam ni...

      Lepas ni? hm...mana lagi, claim hadiah pergi melaka yang tourism m'sia tu ler, hehe...

      Delete
  8. Kau tak tanya apa maksud Patong tu...

    Apa da, tempat dah kilas tapi masih isi minyak pakai botol lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...takla terfikir nak tanya masuk Patong tu, entahlah...fikir menda lain kot.

      entahlah mie, mungkin sebab reger petrol tak terkawal kot dekat sana and maybe jugak kos nak buka station minyak tu mahal. tapi agak menyusahkan lah untuk yang taktau jalan ni, tambah pelancong kan...

      Delete
  9. *kelas

    Orga, buang aje lah word verification tu... boleh buat juling biji mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeker? sebab komen sendiri takda pulak word verification tu, jadi tak tahu masalah rakyat jelata. baheklah mie, nanti aku remove :)

      Delete
    2. Orga aku dah lama nak cakap pasal word verification nih.... ingatkan mmg kau nak letak

      Delete
    3. kalau takda orang cakap, memang taktau pasal ni shidah.dah remove dah :)

      Delete
  10. Best la baca cerita kau ke Phuket ni free n easy jer kan... tapi aku takut nak gi sendiri kalau takder yg kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...kena berani shidah, sekali hang try, lepas tu gerenti mesti hang berani punya.aku pun sama, mana ada kenal sesaper dekat phuket ni, tapi before pergi kena buat research dulu lah...

      Delete
  11. The overall view dari Karon View Point tue mmg amazing! Seriously! Love your Phuket entry ni. Very free and easy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zara, ahaha...memang betul pun, cantik view dekat karon view point tu...

      Delete
  12. bestnyer, tq berkongsi with us yek

    ReplyDelete
  13. perghhh bestnya! bila lah dpt pegi phuket ni...nk pegi tp takut :p..cantik gila view..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa...apa yang takutnya hairy, budaya jer lain, tapi lagi happening per, hehe...

      Delete
  14. bestnyer baca entry phuket ni. suatu hari nnt harap dapat jejak kaki ke sana jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai~..orang tu kan ada cuti 60 hari lagi, ajaklah dia pergi, hehe...

      Delete
  15. Wah! Seronoknya dapat bercuti macam ni sesekali kan ? Tak pernah sampai lagi ke sana.. Baca entri ni terus rasa macam nak pegi.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...memang patut pun mieza, sesekali ubah angin ke sini pulok...

      Delete
  16. sempat lagi nk buat peace atas motor, kalau terlanggar gajah, buat naya jek! phuket memang awesome!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Na, gajah tu tak paham bahasa, kenalah tunjuk peace supaya dia memahami, hehe...

      Delete
  17. wak X penah sampey phuket, tp wak dh sampey krabi tapii..iiiHHIks, chantek dn menarik gambar2 semuanyee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai...wak, tertukar pulak kiter yer, dah sampai phuket, tapi krabi belum lagi, ahaha...

      Delete
  18. Orga aku dah cuba buat tutorial tu... dah byk kali tapi asyik try again jer... pastu last skali dia ckp domain aku lak benda apa ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. shidah, hg dah dapat semua email ker (4 email) dari mynic.my?

      Delete
  19. betul2 cantik la view dari karon point tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kira...cantik bangat, nasib jugaklah sebab cuaca pun elok jer...

      Delete
  20. Apa2 pun helmet STYLE GILE hahaha... tapi Hachiko pukhet mcam ( anjing M.mouse jer.. ) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai cukup syarat jer, tak pakai nanti tak pasal-pasal pulak melambung mata wang baht nak bayor saman...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...