Sunday 30 September 2012

Berjaya - Air

Salam to all...

Sedang aku dok godek godek tenet, terjumpa dengan satu website nih yang diberi nama Berjaya-Air. Selama nih, aku ingatkan dekat semenanjung just ada Mas, AA and Firefly jer, tak sangka ada lagi yang lain. Dari penyiasatan aku, Berjaya-Air nih flight terus pergi pulau-pulau pelancongan dekat semenanjung macam Pangkor, Redang, Langkawi, Tioman & Singapore. Tapi bila tengok dekat booking, ada pulak ke Kota Bharu Kelantan. Sonoklah orang Kelatan, ada banyak pilihan untuk balik kampung, naik jer dekat Subang terus shoot sampai Kota Bharu, tak payah susah-susah nak lalu lebuhraya Karak yang menakutkan tu, hehe...

Lepas aku dapat tau pasal Berjaya-Air, aku ada cari-cari jugak dekat tenet pasal pengalaman orang yang pernah naik, kebanyakkannya cakap occay... Hmm, occay la kot sebabnya, kalau macam Tioman and Redang, tak perlu nak mabukkan diri sendiri naik feri or bot untuk ke pulau, sebabnya Berjaya-Air memang terus shoot sampai pulau, menarik nyer ! Macam nak try jer, hehe...

Kalau nak tau lebih details or nak try ker, boleh lah pergi website diorang. Roger and out !

Saturday 22 September 2012

Alhamdulillah & TQs Tourism Selangor

Pada 15 September 2012 ritu, aku terperasan ada email baru dalam inbox aku di mana sender and tajuk email tu buat aku rasa tak senang duduk. Apa lagi...terus bukalah! Dari perkataan pertama sampai yang last aku baca, betul-betul tak sangka, ingatkan ada orang nak melawak, tapi memang betul! Email tu dari Tourism Selangor, depa habaq mai yang aku adalah salah seorang pemenang untuk Selangorlicious Food Blogging Competition 2012 (Selangorlicious). Tapi, menang apa dirahsiakan...Takperlah, dapat tau menang tu pun dah bersyukur and aku dijemput untuk Prize Giving Ceremony pada 19 September 2012 di Gulam Mee Restoran Kota Damansara.

19 September 2012
Disebabkan Kota Damansara bukan tempat kelahiran aku, maka berpusing-pusing jugaklah dok cari dekat manalah location Gulam Mee Restoran nih. Berpandukan map yang dibekalkan oleh Tourism Selangor, akhirnya jumpa jugak dengan Gulam Mee Restoran, fuhh~(sambil lap dahi)....


Lepas register, aku cari tempat duduk and aku pilih meja yang paling tak ramai orang. Maklum ler, aku nih pemalu sikit orangnyer, muahaha...Of coz lah aku datang dengan wife aku, nak kena sembelih lah kalau datang sorang-sorang. Bila aku pusing belakang, aku macam nak kenal dengan brader yang berbaju coklat pakai spek mata tuh.


Kalau nak tau, insan istimewa nih adalah Azuan Zahdi and aku tau pasal Selangorlicious Food Blogging ni pun dari blog dia and sorang lagi insan istimewa iaitu Adam Eben. Lepas tengok diorang dok promote, macam best jer...apa kata aku tumpang sekaki :) Aku tegur diorang pun masa last dekat nak balik dah, hehe...rasa rendah diri pulak bila jumpa dengan orang yang hebat-hebat...


Lepas sesi berucap oleh VIP dah tamat, maka tibalah masa untuk bagi hadiah, yee...ni lah yang dinanti-nantikan sebenarnya!!


Macam tak percaya jer bila MC announced 2nd Runner-up adalah aku, ingatkan menang saguhati jer, tak sangka pulak boleh dapat hadiah banyak nih, syukur sesangat! Tengok wife aku mata dah blink-blink dah...

Bersama brader Lobam

  Bersama rakan seperjuangan yang lain

Lepas sesi bergambar beramai-ramai nih, AJK diorang ada mengutip balik kepingan cek yang aku pegang tu. Dengan malu-malu tersipu-sipu bahasa, aku cakap nak bagi kemudian, tak puas lagi nak bergambar, haha...jadi jakun kejap. Bukan apa, rasa-rasa aku, nih first time aku menang hadiah cam gini. Tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...bayangkan, nak berkata-kata pun tak boleh!

TQs Tourism Selangor

Apa aku nak buat dengan hadiah banyak nih? Hmm...mula-mula aku akan belanja family and member-member aku, selebihnya apa lagi, beli flight tiket ler. Memangkan sektor kewangan aku yang kurang memberangsangkan sejak dua menjak nih, rege flight tic pulak macam nak taknak bagi aku travel jer, now masalah tu sedikit sebanyak dapatlah diatasi. Bila tengok blog orang lain semua ada travel wishlist, aku pun nak buat jugaklah. Semangat tengah berkobar-kobar nih!!aaarrhh!!!

Bagi mereka-mereka yang banyak masa lapang, followlah Tourism Selangor. Seriously, diorang banyak sangat aktiviti yang best-best!

Roger & out!

Monday 17 September 2012

Open House Sana Sini

Hah? Beraya tak habis-habis lagi? Ish...ish...ish...

Yer...itulah aku and member-member aku, selagi ada hayat dikandung badan, selagi bulan Syawal tak tutup tirai, selagi itulah jugak aktiviti beraya nih diteruskan. Pantang ada orang jemput jer, mesti pergi. Sebenarnya, pada bulan-bulan lain pong boleh buat jugak, tapi lepas raya yang lagi best kalau pergi Open House. Feel katakan! Non-stop kalori masuk dalam badan. Pastu mulalah, naik tangga sikit dah semput, berpeluh macam lepas berlari 100 meter pulak. Bayangkan lah, ada satu hari tu, 3 ke 4 buah rumah yang buat rumah terbuka nih, bila sampai rumah yang first, ingatkan nak makan sikit jer. Konon-kononnya nak save untuk makan dekat rumah member aku yang lain. Tapi apakan daya, rumah first dah sediakan menu yang boombastic giler, kalah makan dekat hotel tu, jadi pandang-pandang jeling-jeling jelah dengan wife aku, muahaha...

Cait!! Wife aku pong lima kali lima, sama banyak jer dengan aku ambik. Boleh pulak dia bisik dekat aku, nanti rumah second, kita makan sikit jer kay! Disebabkan aku husband yang misali, anggukkan jelah... Pergi rumah yang kedua, hampehh...makan lagi banyak dari rumah pertama pulak tu, yang magic nya, sistem percernaan aku berfungsi dengan hebat sekali, langsung tak rasa sakit perut ke apa...memang hebatlah! Pergi rumah yang ketiga, perrhh...walaupun menu tak sama, tapi makan sama banyak dengan rumah kedua. Kalau ikut formula matematik, jadi macam nih: makan rumah pertama < makan rumah kedua = makan rumah ketiga...Tak sangka, pandai jugak member-member aku masak, tak menyesal pun rasa even kena travel jauh-jauh. Jom layan beberapa gambar yang aku pergi open house ritu :)

Gambar tisu pun tisu lah! Malas nak jalan-jalan dalam rumah orang, masing-masing busy makan.

Selamat Hari Merdeka! Selamat Hari Malaysia!

Bihun Sup yang Sedap!!


Bercampur aduk gambar aku letak nih, kejap dekat rumah orang lain, pastu rumah orang lain pulak, hari pun tak sama. Sajer nak bagi feel rumah terbuka, manatau kot-kot raya korban nanti ada member nak repeat buat rumah terbuka lagi. Harap aku dijemputlah, aku janji, kalini aku makan sikit jer :)

 "ada lori ada bas...ada hari boleh balas"

Till then, roger and out!

Friday 14 September 2012

Pandai Kia Parking Keta

Masa borak-borak dengan abang ipar aku ritu, dia ada sentuh pasal model kereta Kia baru. Al maklum ler, dia pakai Forte, mesti peminat tegar brand Kia nih. Aku layan jelah, student macam aku nih, just boleh tanam minat jer nak pakai kereta apa nanti, rasa-rasa lepas abis study nanti, start jer kejer, kedai kereta lah yang akan dituju dulu kot. Ai~...lamanya rasa nak tunggu tahun 2014, huhu...

Taktaulah samada aku ketinggalan zaman or terlebih zaman, tapi rasa-rasa, aku tak pernah jumpa lagi system canggih camni dekat kereta adik beradik or kengkawan aku. System yang canggih ni dianggil Kia Smart Parking Assist System. Meh aku tunjuk apa system nih dah buat dekat kereta Kia Sportage.

Keta korang ada?

Canggih kan? Automatic tuu...tak perlu susah-susah nak pegang stereng and tengok cermin, just duduk diam-diam dalam keta sampai sudah parking. Bagi yang ada masalah parking reverse, ni adalah peluang diorang. Kalau tak, jadi macam kawan aku, sanggup parking jauh sebab tak reti nak parking reverse, takut excident kata dia, hm~...Hokay, video clip atas model iklan kan, video bawah yang betul-betul pulak.


Kenapa dia kena reverse dulu? Sebabnya, nak bagi system tu detect space between keta, lepas collect data and using algorithm system, baru boleh parking. Kalau tetiba kucing ada dekat tengah jalan tu, agak-agak system nih detect tak? Maklum ler, negara kita kan banyak kucing terbiar.

Pendapat aku, tak lama lagi, semua kereta akan ada system macam nih. Macam GPS, dulu keta-keta tertentu jer ada. Now, dalam Myvi yang model baru pun dah ada. Aku tertarik and kagum sensor yang diguna pakai oleh system nih, tak mustahil kan, kalau now dah ada Smart Parking, one day akan ada pulak Smart Driving. Lepas tu semua orang boleh naik kereta, tambah-tambah untuk golongan OKU, mesti berita baik untuk diorang kan. Just harap, rege kereta tu tak cekik darah sudahlah.


Roger and out!

Monday 10 September 2012

Papaku pulang dari kota~...

Everybody!! C'mon...

Papaku pulang dari kota...
Papaku belikan kereta...
Kereta kecil warna merah...
Bolehku bawa ke sekolah...

(sambung sampai abis)

Percaya atau tidak, tak der seorang pun di kalangan sahabat aku panggil ayah diorang Papa. Hm, seingat aku ler, kebanyakannya adalah Ayah, Abah, Bapak, and Pak...Sama juga dengan panggilan untuk Emak, kebanyakannya adalah Emak, Ibu, Umi atau Mak jer. Cuma sekarang nih, anak-anak kepada sahabat aku adalah yang panggil diorang macam tu. Tak kisahlah panggilan apa pun, yang penting anak-anak jangan lupa parent diorang dah lah kan. Baheklah, coretan suka duka ku kalini ada tersentuh sikit kisah papa and mama aku, cewah. Tapi lebih berat dekat mama aku ler. Citernya bermula begini...

(mode: tak berapa nak suspen)

Kes ini terjadi lebih kurang jam 8 malam lebih sikit masa cuti raya ritu. Tengah sonok aku melayan Berita dekat Talibesen, tetiba kedengaran suara budak-budak dihalaman rumah dok jerit "Cik piahh....ooo cik piahh...". Disebabkan mak aku tengah dok syok bergosip dekat dapur dengan wife and adik-adik aku, asyik dok kah...kah...tataulah citer apa yang best sangat. Abah aku pulak awal-awal lagi dah pergi Masjid, anak lelaki dia jer yang malas sikit, adey~...jadi, aku pun keluar jelah tengak apalah yang budak-budak ni nak sebenarnya. Semua dalam kategori sekolah rendah lagi, ada dalam 7 orang.

Aku: hah, hangpa semua nak apa?
Budak 1: Orga, mak hang ada?
Aku: Eh...orga jer, mana panggilan abang? 
Budak 2: hehe...orga, cepatlah, mak hang ada?
Aku: Ada jer dekat dapur, awat?
Budak 1: Panggil mak hang sat, ada hal penting nih...
Aku: Yelah...(berpusing dan berjalan menuju ke dapur)

(sampai di dapur)
Aku: Mak...tu ada 3,4 orang budak-budak cari mak, taktau lah nak apa.
Budak 2: Cik Piah, nak mintak tolong sikit.
Mak: Nak mintak tolong apa Man?
Aku: [(dalam hati) la...nama Man ke budak nih, baru teringat]
Budak 1 aka Man: Nak mintak tolong Cik Piah masak maggi, ni kami share duit 7 orang beli maggi 5 bungkus.
Mak: Laa...pi la balik suruh mak hangpa masak, ada pulak suruh Cik Piah masak.
Budak 3: Mak masak tak sedap, Cik Piah masak sedap.
Aku: kah...kah...kah...(boleh pulak macam nih, aku tengok mak aku senyum jer).
Mak: Yelah...yelah! Bagi maggi tu, nanti Cik Piah masak. Lagi sejam baru mai sini balik yer.

(maaf ye adik-adik, terpaksa guna budak 1,2,3 sebab nama tak berapa nak ingat. itulah, nama boombastic sangat...)

Semua yang datang tadi tu adalah anak kepada jiran-jiran aku. Budak-budak ni pun satu, tak sedar ker taraf diorang tu budak-budak lagi, boleh pulak beli maggi perisa kari. Kalau ayam tu boleh tahan lagi...Mak aku cakap, ni first time diorang buat macam nih, nak tergelak pun ada. Tetapi dah permintaan kan, layan jelah. Mak abah aku suka masak bagi budak-budak, kadang-kadang hujung-hujung minggu waktu petang-petang gitu, buat bihun goreng or mee goreng or laksa, panggil budak-budak nih suruh ajak yang lain datang makan dekat rumah. Lepas dah siap masak maggi tu, mak aku pun mengeluarkan perintah suruh aku pergi panggil budak-budak tu datang makan. Baik boss!!

nyam-nyam

Walaupun mak aku tau budak-budak tak suka makan sayur, dia tetap masukkan sayur jugak. Degil nyer Cik Piah nih...

Sebelum nak masuk umah aku, nak bergaduh pun ada budak-budak nih. Yela...tetiba ada budak yang bijak sikit mengeluarkan isu ada orang lain tak keluarkan duit, tapi masih dapat makan. Maybe takut tak cukup kot sebabnya sekali datang ada dalam 12 orang...Mak aku pun cakap, "ehh...jangan gaduh-gaduh, nanti Cik Piah tak bagi sorang pun makan. Banyak nih, cukup jer semua orang nak makan. Kalau tak cukup, nanti Cik Piah suruh Abang Orga pi beli lagi". Sungguh hebat Mak aku mengatasi suasana yang kurang tenteram nih, nampak sangat banyak pengalaman.


Sambil budak-budak nih dok makan, sambil tu jugaklah mak aku dok bagi nasihat. Biasalah orang tua bagi nasihat dekat yang muda, mak aku cakap, tak baik makan maggi selalu, tak elok untuk kesihatan. And budak-budak ni balas balik, mana ada selalu...ni baru first time. yelah tu...Lepas semua orang settle makan, memang betul, banyak lagi yang lebih. Tetiba perut aku yang dah kenyang pun terasa lapar balik. Layann jer...maggi pun maggi lah!

Roger and out!

Thursday 6 September 2012

Cuba Try Test


Macam biasa, selepas mendapat suntikan pencetus dari en. utube, aku start berjinak-jinak dengan video pulak. Wife aku cakap, selagi hobi aku ni berada di dalam kategori sihat and tak bahaya, dia ok jer. Hmm...patutkah aku bagitau dia, kalau buat movie, kena ada adegan action yang bahaya, baru best!! Tak boleh...tak boleh, biarlah perkara tu menjadi rahsia kerajaan dulu, kalau tak nanti, tak pasal-pasal adegan romantik bertukar jadi adegan seram pulak.

Oklah, papehal layan jelah video amatur aku nih, kejap jer...tak sampai seminit pong!

Roger and out! (sambil menggengam jari berazam menjadi pro one day, chaiyo!)


Monday 3 September 2012

Hujan emas di negeri owang...hujan batu di negeri sendiri - Part 2

Baheklah...meh kite masuk part 2 pulak. Before aku menayangkan view kampung aku, sajer nak berkenalan dengan tiga sahabat karib mak and abah aku. Diorang nih, sepanjang masa datang umah aku, kadang-kadang makan minum dengan tidor pun sekali dekat umah aku. Ish...ish...ish tak malu betul kan. Disebabkan baru-baru ni adik aku yang bongsu dapat masuk politeknik, maka tinggal mak and abah aku jer dekat rumah sekarang. So, bertambah akrablah hubungan persahabatan antara diorang dengan mak abah aku.

eh...jangan tengok lama-lama, malu kiter...

Yang ni nama dia TOM, paling disayangi oleh mak aku. Kalau mak aku tengok TV dekat ruang tamu, dia boleh datang and naik dekat atas riba mak aku and tidor. Itu aku boleh tahan lagi...yang tak tahannya, berani pulak dia wat perkara yang sama dengan abah aku. Dia taktau betapa garangnya abah aku tu...dasar tak sedar diri betul lah si tom nih...

Kenapa saya itam?erm...jangan tanya saya, mana saya tahu. Tanyalah ibu saya...

Yang nih nama dia HITAM. Paling disayangi oleh adik aku yang bongsu dan mereka saling menyayangi. Kenapa aku cakap macam tu? Kalau adik aku masuk bilik tutup pintu tak bawak dia sekali, dia boleh panjat bilik air, naik atas bumbung, pastu pergi ke bilik adik aku. Satu hal pulak nak kena bawak turun dia lepas tu sebabnya dia pandai naik jer, turun tak reti...Hitam nih special sikit, sebabnya dia boleh makan semua jenis makanan. Orang makan kacang pun dia makan, makan laksa pun dia makan. yang paling best, kitorang makan durian, dia pun makan sekali. Banyak pulak tu...

boleh tak ambilkan secawan air untuk saya...plzzz!

Ini pulak nama dia OREN. Senang-senang jer nama timangan mak aku bagi. Si oren ni kesian tau, selalu kena buli dengan si TOM. Tempat tidor dia adalah bilik aku. Kalau aku tak balik kampung, dialah yang selalu masuk tidor. Dah tu, tak reti nak kemas balik, ciss...Perasan tak dekat kaki si oren ada sejenis pokok? Meh aku zoom kan...

hai...cita-cita saya nak jadik pilot.

Apa istimewa sangat pokok nih? haa...nama pokok nih, mengikut gelaran dari kampung aku ler, orang panggil Pokok Daun Kapal Terbang. Pokok nih istimewa sangat, salah satunya adalah dapat memberhentikan atau menyelowkan darah sekiranya terluka. Dulu bila aku jatuh beskal, atuk aku amik daun nih, kunyah and pastu letak dekat luka. Wow...magic nyer, tak lama lepas tu, darah terus berhenti. Taktau lah if korang pun ada pengalaman yang sama.

Tengok wife aku, dah tak sabar-sabar dah tu. Asyik dok suruh cepat-cepat...kononnya nak tunjuk view kampung aku. Yer...yer...laling faham! eww...nak termuntah rasa kan bila cakap camtu, hehe :)


Pendakian dimulakan! Ini adalah view taman perumahan aku. Nak dijadikan cerita, kawasan perumahan aku terletak dikaki bukit. Kenapa baru sekarang aku bawak wife aku pergi tengok? Sebabnya, dulu takder track untuk naik, now dah ada. Masa aku budak-budak dulu, selalulah aku and the gang panjat bukit nih, meredah hutan belantara, bila sampai atas, masak maggi. Best woo...

laa...tadi suruh cepat, dia pulak yang lambat


On the way naik, macam-macam jenis pokok yang takder dekat KL nih boleh jumpa. Bagi yang tahu, kebanyakan pokok-pokok tersebut ada medical value. Tengah dok snap sana sini, terserempak pulak dengan pokok palas nih. Bagi yang tak kenal, inilah pokok palas. Daun pokok nih orang kampung aku ambil buat Ketupat Palas. Untuk buat pembalut ketupat palas, selalu daun muda yang belum kembang diambil. Dekat nak raya macam gini, dok tepi jalan pulak, jangan haraplah dapat cari yang pucuk muda.


Ini bukan rumah hantu yer, ini adalah Tangki Air kampung aku. Kalau takder air jer, tempat inilah yang akan dipersalahkan. Now kitorang selevel dengan tangki air nih. Penah woo tengah-tengah posa panjat bukit. Gigih betul kitorang ni kan...


Kalau naik pagi-pagi nih lagi best, dapat tengok matahari naik. Amacam, tenang dan mendamaikan tak? Wife aku tanya, nih ker view yang aku nak tunjuk tu? Aku jawab ni salah satu. Untuk lebih jelas, kena naik sampai puncak bukit nih. Terkejut dia bila aku cakap nak kena panjat lagi, hehe...


Dekat bahagian bawah bukit nih, akan jumpa batu-batu biasa. Bila dah panjat 1/3 dah, kebanyakan batu-batu macam dekat atas nih. Kalau tak silap aku, batu nih jenis batu kapur. Nampak macam keras, bila pegang, hancur.


Yee...jumpa jugak dengan buah nih. Nama buah nih adalah Buah Cenerai. Apa yang istimewanya? Buah ni pun ada medical value jugak, bukan untuk menyembuhkan luka, tapi untuk menambahkan lagi luka adalah, haha...Masa budak-budak dulu, aku and the gang selalu kutip buah nih untuk dijadikan peluru Caplom atau nama KL dia Senapang Buluh. Kalau duduk kampung, tak sah kalau tak main caplom nih. Walaupun sakit kalau kena tembak, tapi tetap nak main jugak. Orang Utara cakap, "ketegaq betui budak ni kan"...


Akhirnya, sampai jugak kitorang dipuncak. Nampak tak, tangki air tu pun berada dibawa kitorang. Nak terkucil terberak semua ada bila sampai atas, penat woo...dari sini kalau pakai terowong teropong or binocular, boleh nampak sekolah rendah aku, kebun getah parent aku, sawah padi parent aku (now tengah convert untuk dijadikan 2nd kebun getah parent aku), rumah adik-beradik parent aku yang lain, and macam-macam lagilah. Aku pun puas hati jugak sebab dapat naik sampai puncak, sebabnya last aku panjat bukit masa study dulu. Dapat tengok view macam nih, hilang stress...Percaya atau tidak, aku dengan wife aku jer dekat atas nih. Sebab ada track untuk naik jer, kalau takder, jangan haraplah aku nak bawak dia naik. Dah lewat petang, baru kitorang turun sebabnya nak kena pergi param beli juadah berbuka pulak.

Ok lah, sampai sini sajer untuk Part 2. Compare dengan Part 1, adalah advanture sikit kan. Kalau hari biasa, maybe kitorang dah berkelah dah dekat sini. Till then, roger and out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...