Friday, 20 December 2013

Cuti-Cuti Ni, Hangpa Pi Mana?

Salam jumaat semua...

Rasanya ramai yang akan cuti panjang next week sempena cuti X'mas, tambah-tambah pulak nak abiskan cuti tahunan katanya. Aku pun tergolong dalam golongan yang bercuti jugak, kalau boleh nak cuti hari-hari. Tapi apakan daya, kerja yang bersepah-sepah, dengan nak exam lagi awal bulan satu nanti, cuti pun terpaksa disingkatkan. Disebabkan cuti yang tak berapa banyak ni, plan aku satu jer, cuma nak utara tanahair kita, sebabnya tak lain tak bukan, nak balik kampung lah. Rasa serabut sangat dok KL ni, sana jem, sini jem, nak pergi kerja jem, balik kerja jem, kerja pulak semua nak mintak masa hujung tahun cam gini, report tu lah, report ni lah, stress!! Dengan bercuti jer baru pemikiran ni tenang sikit.


Walaupun perjalanan tu ambik masa hampir 5 ke 6 jam, bila nampak tol Alor Setar, langsung tak rasa penat, lagi excited adalah. Aku suka drive kawasan ni, jalan pun tenang, kiri kanan menghijau jer penuh dengan pokok-pokok, kadang-kadang terserempak dengan orang jual air tebu, air kelapa, nira nipah (hmm...aku kurang berkenan sikit, tapi favorite bapak aku), mesti aku berhenti beli. Rasa macam nothing special kan, tapi feel orang yang dok jauh sekali sekala balik ni lain.


Sesapa yang belum pernah ke Kedah, jemput lah mai sini. Banyak tempat-tempat menarik di Kedah yang boleh diteroka, yang dah banyak kali mai sini, mai lah lagi, bukan setakat banyak tempat menarik, makanan pun murah. Bila sebut pasal makanan ni, aku dah awal-awal lagi roger mak aku, mengidam laksa utara hasil tangan mak sendiri, mana nak dapat dekat tempat lain beb. Bila Kak Piah bagi jawapan "ya" jer, ayaq liuq terus menitik sampai kaki. Tangan dah terketaq-ketaq nak pegang camca dengan garpu untuk makan laksa nanti.

waduh-waduh~...

Member kamcing aku pulak, bila tau aku nak balik, apa lagi, hari-hari tepon tanya. Mak aku cakap credit asyik dia jer yang abiskan, suruh guna wassap dia tak berapa pandai sangat. Kekadang tu mak aku cakap, member aku ni selalu bising dekat depan rumah tanya pasal aku, nampak tak...betapa prihatin nya member kamcing aku ni. Sebab tu orang tua-tua cakap, "kawan biar seribu, musuh biar satu".


Meh aku perkenalkan member aku ni, panggil jer dia Ben10. Lama dah tak jumpa dia, taktau macam mana keadaan dia sekarang. "tunggu yer...nanti kita balik jumpa awak"... Tak sabar-sabar dah rasa nak tunggu hujung minggu ni, banyak sangat perkara menarik menanti di kampung.

lokasi kejadian: Bendang

Memanglah niat dihati nak pulang ke kampung, tapi kalau tuan bendahari tak bagi green light, susah jugak. Nasib baik dia pun ok, now tunggu hari dan waktu jelah untuk berangkat. Kalau orang Negeri Sembilan ada lagu "apo kono eh jang", kitorang orang Kedah pun ada lagu jugak lah. Sebelum aku tamatkan entry ni, layan dulu lagu "Seloka Negeri Kedah (Mai Cek Oi Mai Cek Mai)"...



Roger & out.




Tuesday, 17 December 2013

Overall Budget - Fly to Seoul, South Korea



Salam semua...

Kalini aku mau berbicara mengenai Budget ke Korea masa aku ke sana awal bulan tiga ritu. Patutnya entry ni aku post masa bulan puasa, tapi tiap kali dok kira-kira, dapat jumlah lain. Kira lagi sekali jumlah lain pulak, almaklumlah...aku bukannya accountant, matematik pun tak pandai sangat, orang lain sibuk masuk kelas, aku sibuk dengan hal lain, latihan olahraga lah, hoki lah, bola sepak lah, abis tu, macam mana nak kicap dengan orang lain, hehe... Tapi takper, aku akan try menjot-down segala isi-isi penting berkaitan budget ni. Untuk makluman, aku and wife aku ke Korea lebih kurang dalam 7 hari, dari 6 - 12 March 2013.

Overall Budget Korea

Macam biasa, aku bahagikan kepada 2 bahagian, untuk bahagian pertama budget yang aku settlekan before berangkat ke Korea and bahagian kedua budget semasa aku berada di sana.

Bahagian Pertama

Airasia return tic to Seoul (Inc) untuk 2 orang = RM 888

World of Guesthouse, Incheon Int. Airport = RM 130 per night (booking thru Agoda)

Total  = RM 888 + RM 130 =  RM1018 

Bahagian Kedua

Duit poket aku bawak (termasuk wife aku) lebih kurang dalam 840,000 won iaitu bersamaan RM2,520.00. Senang citer budget dalam RM2,500 lah, and rate untuk 1000 won = RM 3.

Day 1
Beli T-Money = 3,000 won (6,000 won / 2 pax)
Top-up T-Money = 20,000 won (40,000 won / 2 pax)
Bus fares from Incheon Int. Airport to Seoul = 10,000 won (20,000 won / 2 pax)
Check in Namsan Guesthouse 3 = 60,000 won x 4 malam = 240,000 won
Adapter = 8,000 won (16,000 won / 2 pcs)
Susu pisang = 1,200 won
Nasi = 1,550 won (3,100 won / 2 pck)
Shopping = 50,000 won

Total Day 1 376,300 won 

Day 2
Train : Myeongdong St. to Cheongpyeong St. = 1,850 won (guna T-Money. Baki = 18,150 won)
1 day pass Gapyeong Shuttle Bus = 5,000 won (10,000 won / 2 pax)
Petite France entrance fee = 8,000 won (16,000 won / 2 pax)
Nami Island entrance fee = 8,000 won (16,000 won / 2 pax)
Susu pisang = 2,400 won
Nasi = 1,550 won (3,100 won / 2 pck)
Coffee = 2,000 won
Train : Gapyeong St. to Dongdaemun St. = 1,850 won (guna T-Money. Baki = 16,300 won)
Dinner Ikan Bakar Dongdaemun = 12,000 won
Train : Dongdaemun St. to Myeongdong St. = 1050 won (guna T-Money. Baki = 15,250 won)

Total Day 2 61,500 won 

Day 3
Shopping Namdaemun = 50,000 won
Lunch Lotteria = 5,000 won (10,000 won / 2 pax)
Train : Myeongdong St. to Gangbyeon St. = 1,150 won (guna T-Money. Baki = 14,100 won)
Tiket Bus Seoul to Sokcho = 17,300 won (34,600 won / 2 pax)
Coffee = 2,000 won
Check in The House Hostel = 35,000 won per night
Telur = 1,500 won
Susu pisang = 1,200 won

Total Day 3 134,300 won 

Day 4
Tambang bus Sokcho to Mound Sorak = 1,100 won (2,200 won / 2 pax)
Mount Sorak entrance fee = 3,500 won (7,000 won / 2 pax)
Cable car = 9,000 won (18,000 won / 2 pax)
Nasi (lunch) = 1,550 won (3,100 won / 2 pck)
Tambang bus Mount Sorak to Sokcho = 1,100 won (2,200 won / 2 pax)
Tiket Bus Sokcho to Seoul = 17,300 won (34,600 won / 2 pax)
Train : Gangbyeon St. to Myeongdong St. = 1,150 won (guna T-Money. Baki = 12,950 won)
Nasi (dinner) = 1,550 won (3,100 won / 2 pck)

Total Day 4 70,200 won 

Day 5
Train : Myeongdong St. to Gyeongbukgong St. = 1,050 won (guna T-Money. Baki = 11,900 won)
Souvenir = 30,000 won
Susu pisang = 1,200 won
Nasi = 1,550 won (3,100 won / 2 pck)
Telur = 1,500 won
Cable Car to Namsan Tower - one way = 6,000 won (12,000 won / 2 pax)
Train : Sookmyung Women Unv. St. to Myeongdong St. = 1,050 won (guna T-Money. Baki = 10,850 won)

Total Day 5 47,800 won 

Day 6
Train : Myeongdong St. to Dongdaemun St. = 1,050 won (guna T-Money. Baki = 9,800 won)
Strawberry = 4,000 won
Train : Dongdaemun St. to Itaewon St. = 1,050 won (guna T-Money. Baki = 8,750 won)
Train : Itaewon St. to Namdaemun St. = 1,050 won (guna T-Money. Baki = 7,700 won)
Shopping = 50,000 won
Lunch Yoogane = 11,000 won
Sotong bakar = 5,000 won
Train : Myeongdong St. to Incheon Int. Airport St. = 3,950 won (guna T-Money. Baki = 3,750 won)
Taxi to World of Guesthouse = 3,000 won

Total Day 6 73,000 won 

Day 7
Back to M'sia


Grand Total 
= 376,300 won + 61,500 won + 134,300 won + 70,200 won + 47,800 won + 73,000 won
=  763,100 won (RM 2,289.30) 

Baki = 840,000 won - 763,100 won = 76,900 won (RM 230.70)

Baki T-Money = 3,750 won


So far, inilah perbelanjaan terlebih terkurang aku and wife aku masa berada di South Korea, total sekali dengan flight dalam RM3,307.30. T-Money pun still ada balance lagi, kot-kot la nanti nak pegi pulak, boleh pakai balik kan. Lagi satu, kepada mereka-mereka yang request tu, sori lah beb sebab lambat sikit update pasal budget ni.

Ok lah selamat bercuti !!

Roger & out.



Friday, 13 December 2013

Misi mencari Janda di Janda Baik

Kehadapan sahabat handai yang dikasihi...

Tatkala warkah ini ditulis, aku masih lagi berada dirumahku sambil ditemani secawan milo yang tak berapa panas dan juga beberapa keping biskut. Apa khabar sahabat-sahabat ku? Aku khabar baik aje dan aku harap koranks-koranks pun begitu jua. Walaupun dah lama aku tak menghupdate, tapi kisah suka duka korang tetap dibacai olehku di kala malam menjelma. Ada yang bertambah ahli keluarga, tahniah diucapkan, ada jugak yang mendirikan rumahtangga, tahniah jugak walaupun tak dijemput makan kenduri, tak lupa jugak pada geng-geng travel yang tak putus-putus berkelana sana dan sini mencari pengalaman baru, syok jer baca citer korang. Jiwang lama-lama pun tak syok kan, nak termuntah dah rasa, ahaha...layan jer cite yang dah lama terbantut ni.

So, bertemu lagi kita di episod kalini untuk edisi bulan Disember tahun dua ribu tiga belas. Perancangan yang rapi yang dibuat oleh 6 orang sahabat pada bulan ramadhan yang lepas, akhirnya berjaya dilaksakan jugak pada cuti hari merdeka ritu. Walaupun singkat, cuma 2 hari 1 malam, tapi amat bermakna bagi 6 orang sahabat tersebut, bak kata pepatah, "ke mana tumpahnya kuah kari kalau bukan ke nasi". Pada awalnya, terdapat beberapa pilihan lain yang masuk dalam list, seperti Port Dickson, Melaka, Terangganu, dan seangkatan dengannya, entah macam mana, Janda Baik yang menjadi pilihan. Seminggu sebelum bertolak, pembahagian tugas diagihkan dengan adil dan saksama di mana tugas aku hanyalah menyediakan arang dan fire starter untuk aktiviti bbq di malam hari nyer. Disebabkan tugas ini terlampau senang, so aku pun tangguhkan la dulu, awal sangat kot nak prepare, seminggu lagi kot baru nak pergi. Tiba hari yang dijanjikan, awal pagi tu aku menerima mesej dari member aku, "orga...arang sama itu fire starter jangan dilupai, mau bikin bbq ini malam ya ampunn". Macam tu la lebih kurang mesej dari member aku, apa lagi, kelam kabut la sikit. Ni la yang terjadi bila tangguh keje last-last minit. So, pagi ni jugaklah baru nak cari arang dengan fire starter bagai. Tepat jam kul11 pagi, kitorang berkumpul and bergerak ke Janda Baik secara berjemaah. Susah jugak bila girlz yang leading, aku asyik menyumpah jer, awatlah lah slow sangat :)

liku-liku kehidupan

Dalam pukul 2 lebih kitorang pun sampai di Janda Baik and chalet yang kitorang stay adalah Chalet Komo. Urusan pembookingan semua diuruskan oleh member aku, oklah jugak tempat ni, yang penting dekat dengan sungai untuk bermandi manda. Macam tahun sebelum ni, chalet yang kitorang stay, Zaini Guest House, pun not bad jugak. Bagi aku, asalkan tempat tido ok, ada tilam bantal bagai, pastu bilik air pun ok, tak la nak kisah sangat. Yang penting, dapat seronok dengan kengkawan.

kol nombor tertera kalau nak book yer.

Ekceli, masa kitorang sampai, cuaca agak mendung. Sementara menunggu member aku ambik kunci chalet and uruskan hal check in, aku pulak sibuk bagi arahan untuk member aku yang sorang lagi sebab dia sesat. Lagi banyak aku bagi arahan, lagi bertambah kesesatan yang dialamai oleh member aku ni. Last-last, staff chalet ni yang pergi jemput dia. Dalam 10-15 minit gitu, member aku berjaya menjejakkan kaki ke chalet ni. Jom tengok-tengok kawasan sekitar sini, sungai betul-betul depan chalet kitorang. Tak perlu jalan, guling je dah boleh terjun sungai :)

suasana di dalam bilik.


Aktiviti pertama lepas letak bag, apa lagi, terjun sungai la. Masa ni dah lupa kejap yang diri ni dah tua, ahaha... Bukan apa, seronok main air punya pasal. Lebih kurang setengah jam gitu, hujan start turun dengan bertubi-tubi. Tapi, ini semua tak menghalang aktiviti bermandi manda kitorang. Diteruskan jua sampai kecut habis jari jemari diriku ini. Lepas puas mandi, then aktiviti bbq pun dimulakan. Tugas guys, memastikan api menyala dan menjadi bara. Geng pompuan pulak menyembelih ikan, memasang sotong dan udang serta sosej pada batang lidi, di samping memastikan menu-menu lain tersedia untuk di bbq kan...

lupa pulak, ikan pari pun ada.

beginilah nasib diriku...huhu

hujan bukan penghalang

nampak tak? nampak tak? hehe...

best menu of the night...lamb!! 

Mula-mula misi aku menjadikan api and bara macam tak berapa nak berhasil. Almaklumlah, dah lama tak praktik aktiviti camni. Tak sangka, pilihan aku untuk guna tayar motor sebagai fire starter adalah pilihan yang tepat. Walaupun kadar karbon dioksida yang dihasilkan adalah tinggi, namun aktiviti bbq malam tu berjalan dengan sempurna, maksudnya semua menjadi lauk lah.


Memang meriah abis lah malam tu, sampai ke tuan chalet pun kitorang jemput sekali untuk join aktiviti bbq kitorang. Makanan banyak lagipun, dengan nasi, salad bagai, boleh kenyang sampai harini. Sebenarnya time nak makan ni aku dah hampir-hampir kenyang, yela...sambil aku dok bakar lauk pauk tu, sambil masuk mulut, ahaha... Nasi aku tak sentuh langsung, dok pulun makan lamb jer. Cicah pulak dengan sos black paper plus thousand island, perhh...nikmat betoi! 


Selesai aktiviti mengenyangkan perut, kitorang just lepak and borak-borak jer. Pastu tuan chalet ni tanya, apa aktiviti kitorang lepas ni, kitorang jawab lepak and borak-borak lah. Then dia cakap boring. Tak lama lepas tu, dia datang bawak gitar and kad. Nasib baik jugak aku tau sikit-sikit main gitar, so setakat lagu Anuar Zain dengan Jaclyn Victor no hal punyalah, ahaha... Sedar tak sedar dah dekat pukul 3 pagi, lama betoi kitorang lepak. Pastu semua orang balik bilik masing-masing untuk buat taik mata pulak. So tamat aktiviti hari pertama.

Bangun-bangun pagi esoknya, terkejut jugak sebab dekat bawah chalet tetiba ada pelampung. Baik sungguh tuan chalet ni, macam-macam dia bagi. Padahal gitar dengan kad pun tak pulangkan lagi. Disebabkan makanan semalam ada yang terlebih, so tugas guys kena panaskan untuk dijadikan bekpes and lunch nanti.


Lepas siap panaskan lauk pauk semua, apa lagi, aktiviti terjun sungai untuk hari kedua dimulakan. Macam biasalah bila dah start main air, tak ingat masa berlalu. Sedar-sedar dah tengahari, so balik chalet untuk bersihkan diri, and packing untuk check out. Tak seronok datang ke tempat-tempat macam ni sorang-sorang, kena datang dengan kawan-kawan baru best. Padahal aktiviti simple-simple jer, dengan hujan lagi, tapi still boleh enjoy. So, kalau sesapa yang berniat datang cari Janda di Janda baik, kalau taktau nak cari chalet yang mana, Chalet Komo ni boleh dijadikan pilihan. Nak booking, call jer nombor bawah k.


roger and out.



Friday, 11 October 2013

Sesuap nasi di Nim's Little Island Cafe, Kajang

Salam semua...sihat-sihat belaka yer? Dengar cerita, harini hari jumaat, so kepada jejaka-jejaka tampan di luar sana, janganlah lupa tanggungjawab kita yer. Solat jumaat tu janganlah dilupakan... Yang merangkap kaum hawa pulak, toksah lah nak ajak boipren, husben, kawan laki yang merangkap bff, teman pegi shopping ke, servis kereta ke, u ambik ai dekat opis kita keluar makan nak...tak yah...tak yah... Kalau nak buat jugak boleh, biarlah lepas solat jumaat. Bukan apa, sekarang zohor masuk awal, takut-takut terlepas je nanti. Tetiba kalini nak jadi ustaz pulak kan, cewah~...

Wokey...berbalik kepada tajuk utama, semalam aku bersama wife aku telah menerjah ke satu restoran ni, dengar nama pun dah pelik, taktau lah celah mana wife aku boleh jumpa restoran ni, yang dikenali ramai sebagai Nim's Little Island Cafe. Biasalah perempuan, ingat nama jer, alamat and jalan nak pergi bukannya tau pun. So aku pun dengan rakusnya, terus mengajukan persoalan dengan pakcik google, nasib baik ada jugak info pasal restoran ni. Hmm...daripada info-info yang diorang bagi, nampak macam syok je makan dekat sini, tambah-tambah bila ada menu yang lain dari yang lain. Memang patut kena terjah la ni. Aku pun pelik, even dah lama aku stay dekat Bangi, kenapa tak pernah dengar nama restoran ni. So, lepas solat isyak, kitorang pun membawa diri ke restoran Nim's Little Island Cafe ni.


Hasil pemerhatian aku, suasana dekat sini biasa-biasa je. Tibi pun takde, so pesanan aku, janganlah datang makan sesorang. Loser sangat tu, hehe... Macam aku cakap pada perenggan kedua tadi, cewah...aku datang sini sebab tertarik dengan menu yang diorang sediakan, dari review rakan blogger lain pun cakap not bad. Di samping mendengar cengkerik dengan katak dok berbalas pantun sesama diorang, aku pun tulus ikhlas meneliti menu-menu yang ada dalam list.


Not bad kan harga! Bila tengok menu, serius beb, mula-mula memang aku gelak. Rasa kelakar and kreatif. Inilah faktor-faktor utama yang membawa aku and wife aku ke sini. Kesian dengan minah yang bawa menu ni, abis satu-satu menu aku tanya. Cinoni tu apa maksud, NyiurMelambai tu apa mende, pastu Soda Gembira, Soda Sedih, and Soda Sukaduka tu macam mana pulak? Dah macam wartawan pun ada time tu, siap dok ambik-ambik gambar lagi kan. Hasil penerangan yang minah tu bagi, akhirnya aku pun order, untuk minuman, aku ambik Soda Ceria and wife aku ambik Cinoni Kedondong. Untuk makanan, aku order nasi putih 2, Tomyam Kelapa Muda, Ikan Kembung Masak Pedas, and Telur Bungkus. Sementara menunggu order-order tadi sampai, aktiviti kitorang tak lain tak bukan, check-in lah, hehe...

Lebih kurang 5 hingga 10 minit, order kitorang pun sampai. Sebelum buat apa-apa, ambik gambar dulu. Pastu baru merasa... hmm, hisap sikit Cinoni Kedondong...ok not bad. Sedut Soda Ceria pulak, sedap nyer! Hirup sikit Tomyam Kelapa Muda, kaw jugak rasa kuah dia... So, kalau dah kaw, sedap, terus melantak lah jawab nyer, hehe...

 Cinoni Kedondong

Soda Ceria :)

soda + vanilla ice cream + susu + sirap = Soda Ceria

Amacam, menarik??

Tomyam Kelapa Muda

Ikan kembung masak pedas

Mula-mula wife aku cakap, kelapa muda tu diorang ambik yang dah kosong, maksudnya isi kelapa tu dah takde. Disebabkan aku tak tahu apa-apa, aku iyer kan jer. Sekali masa cedok kuah tomyam nak ambik lauk, ada nampak macam isi kelapa. Eh...kelapa ni memang fresh la, terus aku bagitau wife aku, siap ada isi kelapa lagi ni... Seriusly, ni memang first time aku rasa tomyam yang ada isi kelapa muda dekat dalam, lain dari yang lain, memang meletop habislah. Pedasnyer tak yah cakap lah, nama pun tomyam... Masa dapat pinggan nasi tadi, aku siap bahagikan separuh lagi, almaklumlah...orang cakap, malam-malam tak boleh makan banyak. Sekali habis lincin aku tibai...adoi, abislah diet aku, huhu...


Lupa pulak, telur bungkus and ikan kembung masak pedas pun not bad, sedap jer... Kalau tak sedap memang aku cakap tak sedap, tapi sini ok lah. Agak-agak mahal ke tak kitorang makan ni? jeng...jeng...jeng... Total yang aku kena bayar adalah RM33. Harga pun lebih kurang macam dekat tempat lain kan, tapi di sini ada banyak pilihan makanan. Bukan saja makanan melayu, western pun ada. Kot jenis yang tak makan nasi malam-malam, boleh try diorang punya chicken chop ke, steak ke... So, kalau rasa nak try Soda Sedih, Soda Muda or Tomyam Kelapa Muda, boleh terjah sini:


Nim's Little Island Cafe
Jalan Teratai, Kg. Sungai Ramal
43000 Kajang, Selangor

Maps


Roger and out



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...